Selasa, 9 Mei 2017

Resepi Walnut Chocolate Brownies

Resepi Walnut Chocolate Brownies

Bahan A
190 gm tepung gandum
30 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat

Bahan B
125 gm mentega salted
200 gm coklat masakan cincang kasar (sy guna butang beryls)
230 gm gula kastor
2 biji telur B (pukul dgn garfu)
100 gm yogurt asli
100 gm kacang walnut cincang kasar
1 sudu teh esen vanila
20 gm gliserin (pelembut brownies/muffin)
Apa2 jenis coklat untuk buat topping (kitkat/Hershey/perero dll) optional

Resepi Ganache Coklat 1

500 gm coklat masakan cincang kasar
350 gm uht whipping cream
30 gm mentega
2 sudu besar glukos syrup

Panaskan uht whipping cream hingga hampir mendidih. Tuangkan kedalam coklat masakan dan gaul sebati. Biarkan ganache pekat baru tuang atas brownies hias dgn walnut cincang

Resepi Chocolate Ganache Topping 2

1 1/2 cwn coklat masakan (sy guna butang beryls lebih sedap dan berkilat)
1 cwn uht whipping cream

Panaskan whipping cream (dgn api kecil jgn sampai berbuih just panaskan shj)
Masukkan coklat masakan biarkan sekejap kacau sampai cair dan berkilat

Resepi Sos Caramel Topping

50 gm coklat masakan putih
75 gm mentega (salted)
170 gm gula halus
170 ml uht whipping cream

Masak gula sehingga keperang-perangan. (Jaga api jgn besar sgt jgn sampai gula hangus nnt pahit)
Kemudian tutup api dan masukkan uht whipping cream(hati2 tuang ye nnt gula meletop2) kacau sebati.
Masukkan pula mentega dan coklat putih kacau sebati... Siap...
Klu nak buat salted caramel buh 1 sudu kecil garam halus.

Panaskan oven 180
Dalam bekas ayak bahan A
Masukkan walnut cincang gaul rata
Double boil coklat dan mentega kacau hingga cair dan berkilat
Angkat dr api dan masukkan gula gaul rata
Masukkan telur, esen dan yogurt kacau sebati
Masukkan gliserin dan kacau rata
Tuang coklat cair kedalam campuran tepung td
Gaul dgn senduk hingga sebati. Jgn over mix kerana brownies akan keras
Tuang kedalam loyang yg dah dilapik dgn kertas minyak
Bakar 35 mnt suhu 180c (loyang10x10)

Untuk mendeco
Susun coklat atas brownies
Paipkan caramel dan coklat ganache (sy guna ganache no2). Selamat mencuba


fb : jom belajar buat biskut

 
Foto Jom Belajar Buat Biskut.

TART NENAS GULUNG


TART NENAS GULUNG

Bahan-bahan:

250gm mentega
300gm tepung gandum
50gm gula kaster
40gm tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit kuning telur + sedikit air + pewarna kuning - untuk sapuan

Cara:

1. Satukan semua bahan dan uli dengan menggunakan tangan sahaja.
2. Masukkan dalam acuan dan picit. Letakkan inti dan gulung.
3. Sapukan sedikit kuning telur. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 170'C selama 25 minit.
4. Susun atas redai dan bila sejuk bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.
 
 
fb : jom belajar buat biskut
 
Foto Jom Belajar Buat Biskut.

BISKUT UNTAIAN KASIH AKA ULAT BULU

BISKUT UNTAIAN KASIH AKA ULAT BULU
================================
Perkongsian dari Fb Ameera Asri

Assalamualaikum warga MAHN . salam jumaat n selamat tengah hari . tahun nie rasanya dah x de ambik order untk biskut raya legend nie . jadi sy berbesar hati ingin kongsikan resepi biskut untaian kasih aka ulat bulu n semprit susu nie . top sales sy masa raya . sape yg nak save boleh save ya . inshaallah dengan tips yg sy beri nie dengan izinnya menjadi .

Bahan A

250g butter ( lebih lemak farm cows )
3/4 cawan gula aising . ( x nak manis boleh guna setengah cawan je ) .
1 bji kuning telur .

Bahan B

1/2 cawan tepung jagung . ( ada org guna secawan . tapi sy guna 1/2 cawan . takut terlalu rapuh masa nak packing dlm balang ) .
2 sdb susu tepung dutch lady
3 cawan tepung gandum . ( sedap guna tepung cap ros daripada cap sauh ) .

Satukan bahan A kacau sebati . sy guna senduk kayu sahaja . jika guna mixer . biskut akan kembang . masukkan bahan b uli sebati sehingga jadi doh . ( asal x melekat tgn dah la ). Jangan terlalu lembik . agak2 ya .

Terap pakai acuan atau nozel org buat crrampuff tu .

Tipssss !!!

Biatkan biskut bawah kipas selama 15-20 min supaya biskut x jatuh lembik . selepas tu baru masuk oven . inshaallah hasilnya macam bunga gambar biskut sy dibawah .

 Foto Jom Belajar Buat Biskut.

Kek lapis cheese

Kek lapis cheese

Bahan-bahan:

1 Bungkus biskut marie ikut perisa yang anda suka (original/chocolate/coffee)
1 Cawan susu segar
250gm Cream cheese
100gm Whipping cream non-dairy
3 Sudu besar gula castor
1 Sudu besar gelatin halal
50ml air panas

Hiasan:
Chocolate rice

Cara membuatnya:

1. Putar cream cheese dgn gula hingga kembang. Dalam bekas yang berlainan putar whipping cream hingga kembang kental. Campurkan kedua-dua adunan dan gaulkan dengan spatula.

2. Cairkan gelatin dgn air panas. Bila telah hancur tapis dan masukkan dalam adunan tadi. Kacau hingga rata dan sebati.

3. Sediakan bekas/loyang dilapik dengan aluminium foil atau kertas minyak keseluruhannya agar mudah ditarik keluar bila keras nanti.

4. Panaskan susu seketika kemudian angkat. Celupkan biskut marie sekejab jgn sampai lembik.

5. Lapiskan satu persatu dgn adunan cream cheese tadi sehingga habis, lapisan cheese yg terakhir.

6. Taburkan chocolate rice di atas lapisan cheese.

7. Bekukan dalam 1-2jam dalam peti ais. Bila keras bolehlah dikeluarkan dan dipotong.



sumber : fb jom belajar buat biskut

 
Foto Jom Belajar Buat Biskut.

Resepi Popia Nestum Rangup

Resepi Popia Nestum Rangup

Bahan-Bahan:

1 bungkus popia
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan gula – kisar halus
1 cawan nestum – kisar halus
Lidi satay
Telur
Minyak masak

Cara Membuat:

1. Gulung kulit popia dengan menggunakan lidi satay, tinggalkan dalam 1-2 cm untuk lekatkan dengan telur. Buat hingga habis.

2. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengekalkan kelembapan dan mudah dipotong.

3. Potong kulit popia yang telah digulung tadi secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.

4. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing. Angkat dan toskan.

5. Apabila sudah sejuk, tabur, horlicks, gula dan nestum kisar di atas kulit popia tersebut.

6. Gaul hingga semua kulit popia disaluti bahan di atas. Simpan dalam bekas kedap udara.



 fb : jom belajar buat biskut
 Foto Jom Belajar Buat Biskut.