Khamis, 26 Februari 2015

CARA MENANAM TAUGEH ..SUMBER FB




CARA MENANAM  TAUGEH


Walaupun proses penghasilan tauge nampak mudah, kesilapan pemprosesan memberi kesan kepada peng­hasilan.
Justeru, pilih lokasi yang betul dari segi sumber air.

Benih kacang mestilah bernas dan bersaiz besar bagi mendapatkan hasil yang baik.
Aktiviti mengasing dan membasuh perlu dilakukan dengan teliti sebelum kacang direndam.

Tempoh rendaman enam hingga lapan jam dengan larutan hormon pembesaran.

Setiap sekilogram benih menghasilkan 8.7 kilogram (kg) tauge.

Untuk percambahan menggunakan tong plastik, pastikan ia tebal dan tidak lut cahaya supaya tauge dapat mencambah dengan sempurna.


Proses pengeluaran tauge:

• Menyediakan persekitaran dan lokasi.
• Mendapatkan bahan mentah (kacang hijau/kacang hitam).
• Mengasingkan benih (benda asing, kacang rosak, batu dan sampah).
• Membasuh (hingga kacang bersih).
• Merendam (6 hingga 8 jam menggunakan larutan hormon).
• Menggaul.
• Mencambah (4 hingga 6 hari dalam bilik yang gelap dan suhu rendah serta tong bersesuaian).
• Menyiram (2 hingga 4 jam sekali).
• Mengasingkan kulit.


Tong penanaman:

Gunakan tong plastik berwarna hitam berukuran 30 liter dengan keting­gian 60 sentimeter (sm), seperti tong sampah.

Bahagian penutup tong ditebuk untuk memasukkan nozel penyembur.

Bahagian bawah tong, dibuat 20 hingga 30 lubang bergaris pusat 4 hingga
5 milimeter.

Lubang ini bertujuan mengalir air siraman keluar.

Tong yang digunakan mesti berwarna hitam kerana keadaan gelap dalam tong diperlukan untuk percambahan tauge.

Dengan tong ini, kuantiti benih kacang yang boleh dimasukkan ialah 1.5 hingga 2.0 kg dan kapasiti pengeluaran antara 10 hingga 15 kg setiap tong.


Penghasilan tauge cara konvensional:

Tidak memerlukan tanah dan kawasan yang luas sebagai media untuk pertumbuhannya.

Ia boleh diusahakan hanya di dalam atau di kawasan belakang rumah.

Apa yang perlu hanyalah sebuah bangunan berbumbung dan dinding saja.

Keperluan asas lain ialah sebuah perigi untuk kegunaan penyiraman.

Kaedah ini mampu menghasilkan 7,200 kg tauge sehari atau 216,000 kg sebulan dengan menggunakan 60 peti.


Bahan yang diperlukan ialah:

1. Kacang

Bahan utama perusahaan tauge ialah kacang hijau.

Jenis yang digemari ialah kacang yang berkulit hitam kerana jenis ini lebih murah daripada jenis hijau. Kacang sebanyak 1 kg boleh menghasilkan 10 kg tauge.


2. Peti percambahan

Peti yang digunakan diperbuat daripada kayu dan berukuran 70 sm x 55 sm x 65 sm.

Kayu di bahagian bawah dijarangkan supaya air boleh mengalir keluar dengan mudah.

Peti kayu ini boleh digunakan sebanyak empat kali.


3. Plastik

Plastik ini digunakan untuk dilapik di sekeliling permukaan dalam peti percambahan bagi menjamin kebersihan tauge.


4. Daun pisang

Daun pisang diperlukan untuk dilapik di bahagian bawah kotak percambahan supaya benih kacang tidak terjatuh melalui lubang.


5. Peralatan menyiram

Perusahaan tauge memerlukan air yang jernih dan tidak mempunyai sebarang kimia (termasuk klorin).

Air perigi sesuai untuk menghasilkan tauge berkualiti.


Kaedah operasi:

1. Pembersihan kacang

Kacang perlu dibersihkan bagi membuang kulit, kotoran lain dan kacang yang tidak bernas.

Ini bagi memastikan kadar percambahan yang tinggi.


2. Memasukkan kacang (benih)

Peti perlu dilapik de­ngan plastik di sekeliling dan daun pisang di bahagian bawah. Bagi peti yang berukuran 70 sm x 55 sm x 65 sm (0.25 m3), benih kacang digunakan ialah sebanyak 12 kg.

Benih dibuang ke dalam peti menggunakan baldi. Ratakan kacang dalam peti bagi memperbaiki kadar percambahan.


3. Menyiram

Siram menggunakan air perigi. Gunakan pam bagi memudahkan proses penyiraman.

Siraman perlu dilakukan setiap empat jam selama enam hari atau 36 kali dalam tempoh hayat tauge.

Menyiram adalah perkara paling mustahak dalam menjamin pertumbuhan dan kualiti tauge.


4. Penjagaan

Selepas mengisi kacang ke dalam peti, siram setiap empat jam. Daun pisang perlu dibuang selepas hari kedua. Tiada sebarang bahan kimia atau racun makhluk perosak digunakan.


5. Memungut hasil

Tauge sedia untuk dipungut selepas enam hari. Saiznya kira-kira 6 hingga 8 sm panjang. Berat satu peti tauge ialah 120 kg.
Bottom of Form

Selasa, 24 Februari 2015

cara membuat kulit popia

Cara-caranya:
Sediakan bahan-bahan dulu...
1 kg tepung gandum
2 biji telur ayam
1 sudu besar minyak masak
sedikit garam
air secukupnya


Cara membuatnya:
Mulanya campurkan semua bahan (tepung, telur, minyak, garam) dan gaulkan dengan air sedikit2 sehinga sebati dan menjadi seperti bancuhan cekodok. Biarkan selama 1/2 jam.
Selepas itu panaskan plat (kuali untuk roti canai atau burger) dengan menggunakan api yang perlahan dan sapu serta ratakan sedikit saja minyak diatas plat (untuk elak tepung melekat pertama kali).
Kemudian.. ambil sesuku senduk bancuhan tadi dan letakkan diatas plat dan tebarkan dengan tangan atau skapel burger untuk mendapat kulit popia yang nipis dan rata ketebalannya. Ikut suka untuk jadikannya bulat atau segiempat. Tunggu sehingga masak dan angkat. Teruskan tebaran sehingga habis bancuhan tadi.
Biarkan kulit popia sejuk sekejap dan anda bolehlah mula menggulung popia dengan bahan kegemaran anda dan digoreng atau makan begitu sahaja. Selamat mencuba.

resepi nasi kabsa .... simple resepi

Bahan Rempah Kabsa
4 sudu ketumbar
2 sudu jintan manis
2 sudu jintan putih
2 sudu cengkih
2 sudu buah pelaga
2 sudu lada hitam

Kesemuanya disangai hingga wangi dgn api yg sederhana lebih kurang 10 minit.
Kisar kering semuanya hingga halus.
+ 2 sudu kunyit
Simpan dalam bekas kedap udara. Lain kali nak pakai senang je....

Bahan-bahan untuk Ayam Kabsa dan Nasi Arab

1/2 ekor ayam potong 4 atau ikut suka
5 sudu bawang mesin @ 2 biji bawang besar
2 sudu bawang putih mesin @ 6 ulas bawang putih
3 in halia di mesin
2 sudu rempah kabsa

3 cawan beras Basmathi
2 sudu minyak sapi + 1 sudu minyak zaitun
2 biji buah pelaga, 2 kuntum cengkih dan 5 biji lada hitam
sedikit saffron

Cara membuat Ayam Kabsa

1. Air dalam 1 liter atau lebih dipanaskan dalam periuk.

2. Mesin bawang, bawang putih dan halia dan dibahagi kepada 3 bhgn : Untuk masak nasi, stok ayam dan masak Ayam Kabsa.

3. Bila air dalam periuk dah mendidih, masukkan 1/3 bahan mesin dan 1 sudu rempah kabsa.

4. Masukkan ayam dan biarkan reneh 15 minit.

5. Selepas 15 minit angkat ayam dan tapiskan stok ayam, stok ayam tersebut akan digunakan utk masak nasi Arab dan bahan yg tertinggal dalam tapisan akan digunakan utk memerap ayam.

6. Lumurkan ayam dgn 1/3 bahan mesin, 1 sudu rempah kabsa, dan bahan yg ditapis tadi dan garam. Perapkan sebentar dan bakar selama 30 - 40 minit, suhu 180 C dalam aluminium foil.


Cara Memasak Nasi Arab

1. Beras direndam 20 minit.

2. Tumiskan buah pelaga, lada hitam dan cengkih.

3. + bahan mesin dan tumiskan hingga wangi.

4. + 4 cawan stok biarkan mendidih dan masukkan beras yg direndam tadi. Masak seperti biasa.

5. Utk menkais nasi gunakan btg chopstick utk elakkan beras patah2.

6. Bila air agak kering, taburkan saffron di atasnya...


Salsa Tomato
2 biji lada merah
2 biji tomato
10 biji cili padi
1/2 biji bawang merah
1/2 biji lemon diperah airnya
garam dan gula
Blend semuanya dan sesuaikan rasanya...

Apa yang Perlu Ada dalam Profil PPB Individu Guru ...sumber fb

Apa yang Perlu Ada dalam Profil PPB Individu Guru?

Assalamualaikum.
Salam. Sek cg2 dh mula buat fail ini ke?
Pasti ramai yang tertanya-tanya, apa itu Profil PPB Individu? Profil PPB Individu itu membawa maksud, Profil Pembangunan Profesional Berterusan.
"Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia bersesuaian dengan persaingan pendidikan abad ke-21 dan transformasi pendidikan untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia yang mampu bersaing dan mengharungi cabaran peringkat antarabangsa. Katanya, profesion guru abad ini dibina atas dasar persaingan, iaitu pendidikan selepas tamat persekolahan, latihan dan pembangunan kerjaya."

BAHAGIAN KULIT DEPAN FAIL PROFIL PPB INDIVIDU
Nama:
Jawatan:
Tempat Bertugas:

BAHAGIAN ISI FAIL

A. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
1. Vitae Kurikulum
2. Falsafah Pendidikan Negara
3. Skop Kerja
4. sasaran Kerja Tahunan

B. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL
1. Matlamat Pengajaran/Kepimpinan Masa Hadapan
2. Cadangan Aktiviti untuk Penambahbaikan
3. Penyertaan dalam Aktiviti PPB

C. SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI
1. Senarai Tugas dan Tanggungjawab
2. Sumbangan kepada KPM/JPN/PPD
3. Penulisan/Penerbitan

D. BAHAN BUKTI DALAM PdP/KEPIMPINAN
1. Sukatan Mata Pelajaran/Rancangan Mengajar dan Penilaian/Perancangan Strategik
2. Contoh Hasil Kerja

E. ANUGERAH /PENCAPAIAN
1. Anugerah Perkhidmatan
2. Anugerah dalam PdP/Kepimpinan/Lain-lain
3. Jemputan untuk Konsultasi, Bengkel, Penulisan dan Lain-lain

F. PENILAIAN PdP/KEPIMPINAN
1. Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/Kepimpinan
2. Rakaman Video Pengajaran/Kepimpinan
3. Maklum Balas dan Penilaian daripada Murid/Ketua Jabatan
Vitae Kurikulum terdiri daripada maklumat peribadi (seperti nama, alamat), rekod perkhidmatan, pencapaian, senarai kursus yang dih adiri dan perkara-perkara lain yang berkaitan.
Moga perkongsian bahan Profil PPB Individu ini dapat membantu

Khamis, 19 Februari 2015

Resepi maggi tomyam

Bahan-bahan
1 bungkus maggi perencah tomyam
segelas air
sedikit hirisan ayam/ daging
sedikit fishball
sedikit sayur campur ( kubis+ lobak merah + tomato)
1 ulas bawang merah dan putih untuk tumis

Cara masak
1.Tumis bawang, bila dah garing , kacau bersma perencah
2. Masukkan air, bila air mendidih masukkan ayam/daging , sayur sayuran dan fishball
3. Bila bahan diatas masak boleh masukkan maggi.
4. Siap dihidang.. bagi yg rasa kurang garam boleh la tambah sedikit sahaja


Ahad, 15 Februari 2015

cebisan panduan kepada lepasan stam / stpm / spm

Saja kongsi:  Kalian perlu tahu kehendak kalian dan cita-cita kalian. Apapun bergantung dengan keputusan peperiksaan. Seeloknya isi semua borang yang berkaitan seperti borang upu, barang ipgm ( institut perguruan), kalau untuk keluar negara kena mula dah survey, matrikulasi dan borang spa8 .. kebanyakkan borang sekarang kena online , ada yang kena beli nombor pin seperti upu dan ipgm, ada yang tidak perlu beli nombor pin seperti borang spa8...borang spa8 banyak menawarkan pekerjaan kosong bawah spa dan latihan perubatan, untuk kalian jika isi borang spa ni seeloknya bohon untuk latihan perubatan. Perlu juga rujuk kaunselor sekolah untuk memdapat panduan-panduan dalam pemilihan kursus. Bagi lepasan spm, selain semua diatas, boleh la sambung belajar dengan melanjutkan pelajaran untuk ambik stam atau stpm juga. Selain itu juga pelajar-pelajar yang keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan boleh juga menyambung pelajaran ke ikbn , kolej komuniti dan ilp untuk mempelajari kemahiran-kemahiran yang anda minat, jangan ingat lekeh ambik sijil sedangkan kawan-kawan lain dapat buat diploma sebab kadangkala kerja yang berkaitan kemahiran lebih banyak di Malaysia. Bagi yang dari keluarga yang berpendapatan ok, boleh je sambung ke kolej swasta tapi kena buat rujukan kolej tu sijil diiktiraf atau tidak takut kena tipu.

Sabtu, 14 Februari 2015

cabaran dan nikmat menjadi orang bujang merangkap belum kahwin

Macam-macam tanggapan orang terhadap orang yang tak kawin ni..tambahan bila umur dah masuk pertengahan 30 an.... he.he.he macam gelaran orang beri.. andartu, andalusia, demand tinggi dan macam-macam la..kadangkala macam orang kasihan tapi kadangkala ada unsur sindiran@ hinaan @gurauan @ macam-macam la. Sebenarnya selalu orang fikir negatif dari positif...orang lain pula lebih-lebih berbanding tuan empunya diri. He.he.he..sebenarnya aku dulupun mcm tu juga terima kata-kata pujian tu, dulu pernah juga jatuh air mata tapi bila mak aku dan adik beradik selalu ingatkan aku tentang rahsia Allah, aku dah tak kisah dah.. tipu la kalau tak rasa apa orang2 lain kata tapi tau bila fikir balik orang2 yang kata tu diwujudkan untuk beri pahala dan rezeki untuk kita daripada DIA. Bukan senang jadi orang bujang tapi think positif. Ayat selalu la kena, bolehla bagi dia buat kerja ni tak da sapa perlu dia minta izin, boleh la bagi program malam atau hari cuti sebab dia tak kahwin dan ada anak, dia kena fikir masalah kita yang ada suami ni dan macam-macam lagi la..Dulu pernah juga pihak yang ambik pekerja, macammana la dia orang boleh dapat pekerja yang kerja nak kurang tapi gaji nak sama..tapi bila fikir balik rezeki orang biarlah halal @ tak halal, berkat dan tak berkat tu masalah dia.. he.he.he tapi kadangkala kesian juga dalam nak elak keja macam alasan yang diberi untuk suruh orang bujang cover kerja, hmmmm kalau nak minta tolong orang tolongpun kalau bo;eh jangan la wujud kata-kata yang nampak sangat bebanan dapat suami dan anak..kadangkala macam sumpah anak dan suami pun ada.... kita yang bujang pulak takut nak kahwin bila dengar ayat-ayat tidak bersyukur ni... mau tengah bagi alasan tu masin kata2 mau DIA tarik balik rahmat yang diberikan selama ni, teruklah. Tah apa-apa... sepatutnya kita bersyukur dengan apa yang ada dan cariu keberkatan untuk rezeki yang ada....

Bagi yang bujang yang hadapi cabaran ni, anda perlulah juga fikir untuk masa depan, banyak cara yang boleh buat, jangan sampai terdesak sampai banyak kes dah berakhir dengan penceraian dan penderaan, punya la takut orang kata tak pasal cari masalah pilih pasangan yang bukan-bukan..macam2 yang nak mudah tumpang ja harta isteri, silap2 kena tanggung lagi keluarga dan hutang lagi...

Nikmatilah hidup anda, ada macam-macam cara antaranya
1) Pilih kerja yang disukai.
2) Kumpul harta untuk hari tua.
3) Bantu orang susah yang memerlukan bantuan macam anak2 yatim.
4) Aktifkan anda dalam persatuan / kelab.
5) Buat perniagaan untuk mengisi ruang yang kosong.
6) Berbakti kepada ibubapa.
7) Melibatkan diri dengan aktiviti agama dan sukan.
8) Bersiar-siar.
9) Senytiasa berdoa.
10) Sambung belajar 
dan banyak lagi la.

Hidup ni kena bersyukur dan menikmati apa yang kita ada....

Rabu, 11 Februari 2015

sup ikan merah ...sumber fb

SUP IKAN MERAH

bahan :
ikan merah
3 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia - diketuk
1 paket perencah sup ikan adabi
kentang
garam dan serbuk perasa
daun sup
bawang goreng

cara-cara :
Tumis bawang putih, halia dan bahan dalam paket perencah sup ikan.kacau hingga naik bau.masukkan bawang merah.kacau hingga garing.
Masukkan kentang.kacau sebentar.kemudian masukkan 3-4 cawan air.biarkan mendidih dan kentang sedikit empuk.
Masukkan ikan merah.biar hingga ikan masak.perisakan garam dan serbuk perasa.
Taburkan bawang goreng dan daun sup semasa menghidang.
***sedap dimakan bersama kicap cili.

Resepi Cheese Cake Marble ... sumber fb

Resepi Cheese Cake Marble
Bahan-Bahan :
6 keping keju - ( jenama ikut pilihan masing2)
1/2 cawan susu cair*
1 cawan gula kasar
1 cawan marjerin
2 cawan tepung kek - jenama NONA
2 sudu besar koko
3 biji telur
sedikit esen vanila

Cara-cara Menyediakan:
1. Panaskan bahan bertanda sampai cheese cair dan kacau supaya x bergentel.
2. Masukkan gula dan kacau sampai gula hancur biarkan sejuk
3. Pukul telur,majerin dan esen vanila lalu masukkan dalam chesse tadi dan kacau hingga sebati
4. Masukkan tepung kek sedikit2 dan kacau secara kaup balik
5. Bahagikan kepada 2 bahagian…satu bahagian dimasukkan serbuk koko dan satu bahagian lagi warna asal
6. Masukkan dalam loyang yang dah disapu majerin dan alaskan kertas secara selang seli dan lorekkan dengan lidi
7. Kukus hingga masak
 

penggalak tanaman ..share dari sumber fb

PENGGALAK TANAMAN (PT)
Penggalak Tanaman (Plant Booster) memudahkan tanaman menyerap baja. Penggunaan baja boleh diminimakan bila digandingkan dengan penggalak tanaman ini. Sesuai digunakan disemua peringkat tanaman, dari anak pokok hingga berbunga, berbuah, hingga pokok tua. Kalau pokok dah mati tak payah gunalah...
Bahan-bahan
Bahan A (kisar halus)
1. 0.5kg pisang
2. 0.5kg nenas
3. 0.5kg betik
4. 0.5kg kangkung
5. 0.25kg belacan
Bahan B
6. 5 biji telur, sekali dgn kulitnya
7. 0.5kg gula merah
8. 0.25kg dedak (sy gantikan dengan beras yg dihancurkan)
9. 1L susu cair
10. 10L air
Bahan C
11. 0.5kg labu, hiris nipis, lebihkurang 2mm tebalnya.
12. 3 biji/peket ragi.
Cara Membuat
1. Campur bahan A (yg dikisar) dgn bahan B. Masukkan dlm satu bekas, kacau.
2. Susun labu yg dipotong nipis atas permukaan bahan. Tabur ragi diatas permukaan labu dan bahan cecair. Jangan tanya saya kenapa, kalau nak tau jugak pasal apa, sila tanya Jabatan Pertanian, diaorang suruh buat macam tu.
3. Tutup bekas samada dengan kain atau penutup lain. Kain batik orang rumah pun boleh guna. Pastikan bekas yg digunakan tidak penuh. Perlu ada sekurang2nya 1/3 ruang untuk udara dalam bekas peraman. (mikrob pun nak bernafas jugak).
4. Peram seminggu. Hari ke 5 dan ke 6, kulapuk dah mula banyak dipermukaan. Biar saja, jgn usik usik dia.
5. Baja matang selepas hari ke 7. Baunya masam masam manis.
6. Bila baja dah matang, kacau dan tapis. Bersabar waktu menapis, istighfar banyak banyak sbb proses menapis sangat menguji kesabaran. Kalau tapis sambil baca nasyid pun boleh jugak. PT ni agak pekat dan sedikit berlendir.
Cara penggunaan.
Cairkan PT, 10ml atau 20ml dengan 1L air tanpa klorin dan sembur atau siram pada keseluruhan pokok dan tanah. Ikutlah citarasa masing masing. Seperti biasa, saya selalu bermewah-mewah dengan penggunaan baja buatan sendiri. Kalau habis boleh buat lagi. Seronok pulak main peram- peram baja ni.
Gunakan sekali atau 2 kali seminggu. Adalah perlu diingati bahawa Penggalak Tanaman ini perlu digunakan bersama baja.

Selasa, 10 Februari 2015

Roti telur goyang2 cheese

Bahan2
Sekeping roti
Telur
Minyak
Chesse 2 keping
mayonis
sos
daging/ ayam hancur dimasak blackpeeper 3 sudu

cara masak daging blackpeeper
tumis bawang, masukkan daging/ ayam hancur bersama sos blackpeeper dan kiub ayam


cara sediakan roti
sekeping roti
( bahan2 yang diletak atas roti)
letakkan telur yg digoreng 1/2 masak atau 2/3 masak... boleh juga telur rebus separuh masak
letak cheese keping 2 keping
seterusnya letakkan ayam/ daging blackpeeper atas chesse
tuang sedikit sos dan mayonis ikut citarasa

cara membuat aiskrim pasu ..cara mudah

Bahan2
Pasu kecil kecil / atau acuan bentuk pasu
Aiscream pelbagai perisa ikut citarasa
Kek ( tak kira perisa apapun) ikut citarasa atau cupcake
Biskut oreo/ biskut tiger /milo / susu serbuk/ horlick
Straw / biskut love letter/ biskut jejari / waffle
coklat m&m/ kacang2/ coklat rice / buahan2 koktail/ cornflake
Bunga kek / daun pudina / strawbery

Cara2 membuat
1. Tekankan kek ke dasar pasu ikut citarasa.
2. Cucukkan  love letter / biskut jejari / straw / waffle
3. Maukkan aiskrim menggunankan sudu secara berselang seli mengikut perisa berbeza.
4. Taburkan biskut oreo / tiger yang dihancurkan /milo/susu serbuk/ horlick
5. Letakkan sedikit coklat m&m/ kacang2/ coklat rice / buahan2 koktail/ cornflake
6. Letakkan Bunga kek / daun pudina / strawbery diatas atau tepi Straw / biskut love letter/ biskut jejari / waffle

contoh surat panggilan mesyuarat



            Ruj. Kami:
                                                                                                                                Tarikh:
Kepada
Semua Penolong Kanan
Semua Guru Kanan Matapelajaran
Kaunselor

Tuan/Puan
MESYUARAT ____________________________________________________
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2.             Sukacita dimaklumkan bahawa satu mesyuarat akan diadakan seperti berikut :
Tarikh    :              Masa      :            
Tempat:                               
Agenda  :                Ucapan Aluan Pengerusi
                                Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat
                                Perkara Berbangkit
                                ____________________________
                               ___________________________________
                                Hal-hal lain
3.             Sehubungan dengan itu, tuan / puan dijemput hadir dalam mesyuarat tersebut. Kerjasama tuan / puan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian    .

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah

…………………………………….
(                                                                )
Pengetua                              

Isnin, 9 Februari 2015

resepi mi rebus ..sumber fb

MI REBUS
BAHAN-BAHANNYA
1 kg mee kuning
150 g taugeh, buang ekor
2 keping tauhu, goreng terendam, hiris nipis
2 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 pokok daun sup, hiris
1 pokok daun bawang, hiris
4- 5 biji telur rebus, kupas dan belah 2
6 biji limau kasturi, belah 2
Bawang goreng secukupnya
Kuah mee rebus*

BAHAN KUAH MEE REBUS*
1/4 cawan minyak masak
2 camca besar rempah kari daging
2 1/2 camca besar tauco, tumbuk lumat
500 g daging lembu (sedap yang ada lemak sikit)
5 - 6 cawan air
500 g keledek
1 cm lengkuas, dititik
1/3 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan kisar halus
1 biji tomato, belah 4
7 biji bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*(*tumbuk halus)
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA
1) UNTUK KUAH MEE REBUS :- Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut (kalau guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu). Keledek direbus hingga lembut dan kisar halus. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah taucho dan rempah kari, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan daging (kalau daging rebus, masukkan sekali air rebusannya), air, keledek dan lengkuas. Masak perlahan selama 20 minit. Tambah kacang tanah kisar dan tomato, perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga kuah pekat. (selalunya kuah mee rebus perlu manis sedikit).
2) PENYEDIAAN MEE REBUS :- Celur mee dan taugeh mengikut kuantiti yang diperlukan. Letak dalam bekas sesuai. Kacau kuah dan tuang atas mee. Letak telur rebus dan taburkan cili hijau/merah, tauhu, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan diakhiri dengan perahan jus limau kasturi. Hidangkan segera.

 

resepi cereal butter prawn ...sumber fb

Cereal Butter Prawn
Bhn A - sebatikan semua
1 cwn Nestum cereal (original flavour)
garam
1½ tsp gula
1½ tbsp susu tepung
Bhn B - gaul sebati
Udang - gunting muncung udang dan kakinya, dan belah belakang udang tu, kalau nampak urat hitam tu buang le pastu basuh dan keringkan dengan tisu
garam
1 telur - pukul ngan garfu
1½ tbsp tepung gandum
Bhn C
minyak
2tbsp butter
cili api potong kecik2
daun kari
Cara
Mula2, panaskan minyak masak dan goreng udang yg telah digaul dengan bhn B tadi, angkat guna penapis biar minyak tos.
Pastu, panaskan butter, masukkan cili api dan daun kari..goreng sebati dan kecikkan api, baru masukkan Bhn A dan kacau2lah biar rata hingga cereal jadi golden brown...baru masukkan udang yg digoreng tadi tu sebatikan, angkat dengan penapis biar minyak tos kejap n ready to serve....hasilnya nanti cereal, daun kari sumer jadi crunchy dengan rasa lemak2 susu.

CONTOH KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR ( KERJASAMA)



Unit Pusat Sumber SMA _____________ ( alamat)

Unit Biasiswa SMA _______________

Unit Bimbingan dan Kaunseling SMA ______________

Unit Badan Pengawas  ______________

Unit Pengawas Siber SMA _____________

 kepada 

Pengetua _______________ ( alamat sekolah)

Melalui :                                                                                                          Tarikh :

Unit Hal Ehwal Murid SMA ___________________



Assalamualiakum w.b.t
Tuan,

MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR UNTUK PELAJAR BIASISWA PUTERA DAN GABUNGAN PENGAWAS ( PENGAWAS PUSAT SUMBER, PENGAWAS SEKOLAH, PEMBIMBING RAKAN SEBAYA DAN PENGAWAS SIBER) SMA           ).
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.         Adalah dimaklumkan bahawaUnit Pusat Sumber dengan kerjasama Unit Biasiswa, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Pengawas dan Unit Pengawas Siber  ingin mengadakan Lawatan Sambil Belajar untuk pelajar biasiswa putera dan gabungan pengawas ( pengawas pusat sumber, pengawas sekolah, pembimbing rakan sebaya dan pengawas siber) seperti maklumat berikut:

            Tarikh              :
            Tempat            : Pulau Pinang
            Pelajar             : 100 0rang
            Guru              :  10 orang

3.         Tujuan ianya diadakan ini adalah untuk tujuan mendedahkan pelajar khususnya tentang peluang kerjaya pada masa akan hadapan, penghargaan kepada pelajar dan pembelajaran diluar sekolah.

4.         Sehubungan dengan itu adalah dimohon kebenaran daripada pihak tuan bagi melaksankan program ini. 

5.         Segala perhatian daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih

Sekian.


Yang benar,



……………………………..
(                                                           )
Setiausaha Program
















KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR UNTUK PELAJAR BIASISWA PUTERA DAN GABUNGAN PENGAWAS     ( PENGAWAS PUSAT SUMBER, PENGAWAS SEKOLAH, PEMBIMBING RAKAN SEBAYA DAN PENGAWAS SIBER) SMA ____________).


PADA :-

BERTEMPAT DI :-


PERPUSTAKAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM), PULAU PINANG.

PUSAT SAINS UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KABEL CAR PULAU PINANG

MUZIUM 3D PULAU PINANG

ANJURAN :-

UNIT PUSAT SUMBER
UNIT BIASISWA
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
UNIT PENGAWAS
UNIT PENGAWAS SIBER
SMA ______________________________ ( alamat)


KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR UNTUK PELAJAR BIASISWA PUTERA DAN GABUNGAN PENGAWAS     ( PENGAWAS PUSAT SUMBER, PENGAWAS SEKOLAH, PEMBIMBING RAKAN SEBAYA DAN PENGAWAS SIBER) SMA   .

1.                  PENDAHULUAN

Salah satu program yang sangat berkesan bagi mengeratkan ukhwah dan menbuka minda para pelajar mengenai sesuatu pengalaman yang baru ialah dengan mengadakan suatu aktiviti yang baru dan berbeza dengan aktiviti-aktiviti yang selalu diadakan.Lawatan kerjaya yang akan diadakan dapat memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang jurusan pengajian dan peluang pekerjaan.Selain itu,ini akan membuka minda para pelajar untuk memilih haluan sendiri selepas tamat pengajian di bumi _________.
           
Sehubungan dengan itulah kertas kerja ini dicadangkan untuk dilaksanakan sebagai satu usaha berterusan kearah melahirkan pelajar yang mempunyai cita-cita dan matlamat hidup.


2.                  OBJEKTIF

-Memberi pendedahan tentang jurusan pengajian dan peluang kepada pelajar
-Membuka minda pelajar untuk memilih haluan setelah tamat pengajian
-Melahirkan pelajar yang mempunyai matlamat hidup.


3.                  KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran program ini adalah 100 orang yang merupakan pelajar biasiswa dan gabungan pengawas.


4.                  PERLAKSANAAN PROGRAM

Program ini akan dilaksanakan dengan mengadakan aktiviti berbentuk lawatan dan taklimat dari USM di Pulau Pinang. Maklumat program adalah seperti yang berikut:
           
Tarikh              :
                        Tempat            : Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Cabel Car dan
   Muzium 3D.
                        Pelajar             : 100 orang pelajar, 10 orang guru

           











5.                  ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM

Pendapatan:
Kutipan Pelajar ( RM30X100)                                    RM3000
Dewan Makan ( RM10X100)                                     RM1000
Sumbangan luar:                                            
Sumbangan YIPs                                                        RM500                                                            Sumbangan PIBG                                                             RM500
Lain-lain                                                                      RM500
JUMLAH                                                               RM5500                                                        

Jumlah Pendapatan  ( jumlah pendapatan mesti sama jumlah perbelanjaan)                          


Perbelanjaan:

Sewa Bas                                                                    RM3000                                                                       Makan & Minum                                             RM1000         
            Bayaran Cabel Car dan Muzium  3d                          RM2500
            JUMLAH                                                                   RM5500        
           

                                                               


6.                  JAWATAN KUASA LAWATAN
Penaung                       : PENGETUA

: PK
: PK                                    

            Pengerusi                    :
            Naib Pengerusi            :
             
Setiausaha                 
Naib Setiausaha          :

Bendahari                    :

Pengangkutan             :
                                     




 GURU PENGIRING :
UNIT PUSAT SUMBER
UNIT BIASISWA
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
UNIT PENGAWAS
UNIT PENGAWAS SIBER
 :




7.                  TENTATIF PROGRAM

Tarikh :

Masa                           Aktiviti

  7.00 pagi       - Bertolak daripada SMA_______________
10.00 pagi        - Tiba di USM
  1.30 ptg         - Solat Zohor & Makan Tengahari
  2.30 ptg          - Tiba di Muzium 3D
  4.00 ptg         -  Tiba di Cabel Car
  7.30 ptg         -  Solat maghrib dan makan malam
  8.00 mlm       -  Bertolak balik
10.00 mlm       -  Sampai di SMA____________


8.                  PENUTUP

Perlaksanaan program adalah satu mekanisme yang cukup bagi memberikan latihan dan pengalaman kepada para pelajar yang dilahirkan oleh sekolah agar dapat memiliki ilmu yang tidak hanya didapati daripada dalam sekolah ini bertepatan dengan visi dan misi iaitu melahirkan insan yang berpengetahuan di dunia dan akhirat.Ini juga akan membangkitkan lagi semangat mereka untuk menyumbang kepada sekolah pada masa akan datang. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan kerehaan Ilahi,




Disediakan Oleh,




……………………………..
            (                                                           )
Setiausaha