Bahan Rempah Kabsa
4 sudu ketumbar
2 sudu jintan manis
2 sudu jintan putih
2 sudu cengkih
2 sudu buah pelaga
2 sudu lada hitam
Kesemuanya disangai hingga wangi dgn api yg sederhana lebih kurang 10 minit.
Kisar kering semuanya hingga halus.
+ 2 sudu kunyit
Simpan dalam bekas kedap udara. Lain kali nak pakai senang je....
Bahan-bahan untuk Ayam Kabsa dan Nasi Arab
1/2 ekor ayam potong 4 atau ikut suka
5 sudu bawang mesin @ 2 biji bawang besar
2 sudu bawang putih mesin @ 6 ulas bawang putih
3 in halia di mesin
2 sudu rempah kabsa
3 cawan beras Basmathi
2 sudu minyak sapi + 1 sudu minyak zaitun
2 biji buah pelaga, 2 kuntum cengkih dan 5 biji lada hitam
sedikit saffron
Cara membuat Ayam Kabsa
1. Air dalam 1 liter atau lebih dipanaskan dalam periuk.
2. Mesin bawang, bawang putih dan halia dan dibahagi kepada 3 bhgn : Untuk masak nasi, stok ayam dan masak Ayam Kabsa.
3. Bila air dalam periuk dah mendidih, masukkan 1/3 bahan mesin dan 1 sudu rempah kabsa.
4. Masukkan ayam dan biarkan reneh 15 minit.
5. Selepas 15 minit angkat ayam dan tapiskan stok ayam, stok ayam
tersebut akan digunakan utk masak nasi Arab dan bahan yg tertinggal
dalam tapisan akan digunakan utk memerap ayam.
6. Lumurkan ayam
dgn 1/3 bahan mesin, 1 sudu rempah kabsa, dan bahan yg ditapis tadi dan
garam. Perapkan sebentar dan bakar selama 30 - 40 minit, suhu 180 C
dalam aluminium foil.
Cara Memasak Nasi Arab
1. Beras direndam 20 minit.
2. Tumiskan buah pelaga, lada hitam dan cengkih.
3. + bahan mesin dan tumiskan hingga wangi.
4. + 4 cawan stok biarkan mendidih dan masukkan beras yg direndam tadi. Masak seperti biasa.
5. Utk menkais nasi gunakan btg chopstick utk elakkan beras patah2.
6. Bila air agak kering, taburkan saffron di atasnya...
Salsa Tomato
2 biji lada merah
2 biji tomato
10 biji cili padi
1/2 biji bawang merah
1/2 biji lemon diperah airnya
garam dan gula
Blend semuanya dan sesuaikan rasanya...