Unit
Pusat Sumber SMA _____________ ( alamat)
Unit
Biasiswa SMA _______________
Unit
Bimbingan dan Kaunseling SMA ______________
Unit
Badan Pengawas ______________
Unit
Pengawas Siber SMA _____________
kepada
Pengetua _______________ ( alamat sekolah)
Melalui
: Tarikh
:
Unit
Hal Ehwal Murid SMA ___________________
Assalamualiakum
w.b.t
Tuan,
MEMOHON
KEBENARAN UNTUK MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR UNTUK PELAJAR BIASISWA PUTERA
DAN GABUNGAN PENGAWAS ( PENGAWAS PUSAT SUMBER, PENGAWAS SEKOLAH, PEMBIMBING
RAKAN SEBAYA DAN PENGAWAS SIBER) SMA ).
Dengan segala
hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawaUnit Pusat
Sumber dengan kerjasama Unit Biasiswa, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit
Pengawas dan Unit Pengawas Siber ingin
mengadakan Lawatan Sambil Belajar untuk pelajar biasiswa putera dan gabungan
pengawas ( pengawas pusat sumber, pengawas sekolah, pembimbing rakan sebaya dan
pengawas siber) seperti maklumat berikut:
Tarikh :
Tempat : Pulau Pinang
Pelajar : 100 0rang
Guru :
10 orang
3. Tujuan
ianya diadakan ini adalah untuk tujuan mendedahkan pelajar khususnya tentang
peluang kerjaya pada masa akan hadapan, penghargaan kepada pelajar dan
pembelajaran diluar sekolah.
4. Sehubungan
dengan itu adalah dimohon kebenaran daripada pihak tuan bagi melaksankan
program ini.
5. Segala
perhatian daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih
Sekian.
Yang
benar,
……………………………..
( )
Setiausaha
Program
KERTAS
KERJA
LAWATAN
SAMBIL BELAJAR UNTUK PELAJAR BIASISWA PUTERA DAN GABUNGAN PENGAWAS ( PENGAWAS PUSAT SUMBER, PENGAWAS SEKOLAH,
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA DAN PENGAWAS SIBER) SMA ____________).
PADA :-
BERTEMPAT DI :-
PERPUSTAKAAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM), PULAU PINANG.
PUSAT
SAINS UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
KABEL
CAR PULAU PINANG
MUZIUM
3D PULAU PINANG
ANJURAN :-
UNIT PUSAT SUMBER
UNIT BIASISWA
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
UNIT PENGAWAS
UNIT PENGAWAS SIBER
SMA ______________________________ ( alamat)
KERTAS
KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR UNTUK PELAJAR BIASISWA PUTERA DAN GABUNGAN
PENGAWAS ( PENGAWAS PUSAT SUMBER,
PENGAWAS SEKOLAH, PEMBIMBING RAKAN SEBAYA DAN PENGAWAS SIBER) SMA .
1.
PENDAHULUAN
Salah
satu program yang sangat berkesan bagi mengeratkan ukhwah dan menbuka minda
para pelajar mengenai sesuatu pengalaman yang baru ialah dengan mengadakan
suatu aktiviti yang baru dan berbeza dengan aktiviti-aktiviti yang selalu
diadakan.Lawatan kerjaya yang akan diadakan dapat memberikan pendedahan kepada
para pelajar tentang jurusan pengajian dan peluang pekerjaan.Selain itu,ini
akan membuka minda para pelajar untuk memilih haluan sendiri selepas tamat
pengajian di bumi _________.
Sehubungan
dengan itulah kertas kerja ini dicadangkan untuk dilaksanakan sebagai satu
usaha berterusan kearah melahirkan pelajar yang mempunyai cita-cita dan
matlamat hidup.
2.
OBJEKTIF
-Memberi
pendedahan tentang jurusan pengajian dan peluang kepada pelajar
-Membuka minda
pelajar untuk memilih haluan setelah tamat pengajian
-Melahirkan
pelajar yang mempunyai matlamat hidup.
3.
KUMPULAN
SASARAN
Kumpulan
sasaran program ini adalah 100 orang yang merupakan pelajar biasiswa dan
gabungan pengawas.
4.
PERLAKSANAAN
PROGRAM
Program
ini akan dilaksanakan dengan mengadakan aktiviti berbentuk lawatan dan taklimat
dari USM di Pulau Pinang. Maklumat program adalah seperti yang berikut:
Tarikh :
Tempat : Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Cabel Car dan
Muzium 3D.
Pelajar : 100 orang pelajar, 10 orang guru
5.
ANGGARAN
PERBELANJAAN PROGRAM
Pendapatan:
Kutipan Pelajar ( RM30X100) RM3000
Dewan Makan ( RM10X100) RM1000
Sumbangan luar:
Sumbangan YIPs RM500 Sumbangan PIBG RM500
Lain-lain RM500
JUMLAH RM5500
Jumlah Pendapatan ( jumlah pendapatan mesti sama jumlah perbelanjaan)
Perbelanjaan:
Sewa Bas RM3000 Makan &
Minum RM1000
Bayaran
Cabel Car dan Muzium 3d RM2500
JUMLAH RM5500
6.
JAWATAN
KUASA LAWATAN
Penaung : PENGETUA
: PK
: PK
Pengerusi :
Naib Pengerusi :
Setiausaha
:
Naib Setiausaha :
Bendahari :
Pengangkutan :
GURU PENGIRING :
UNIT
PUSAT SUMBER
UNIT
BIASISWA
UNIT
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
UNIT
PENGAWAS
UNIT
PENGAWAS SIBER
:
7.
TENTATIF
PROGRAM
Tarikh
:
Masa Aktiviti
7.00 pagi - Bertolak daripada SMA_______________
10.00 pagi
- Tiba di USM
1.30 ptg - Solat Zohor & Makan Tengahari
2.30
ptg - Tiba di Muzium 3D
4.00 ptg -
Tiba di Cabel Car
7.30 ptg -
Solat maghrib dan makan malam
8.00
mlm - Bertolak balik
10.00 mlm - Sampai di SMA____________
8.
PENUTUP
Perlaksanaan
program adalah satu mekanisme yang cukup bagi memberikan latihan dan pengalaman
kepada para pelajar yang dilahirkan oleh sekolah agar dapat memiliki ilmu yang
tidak hanya didapati daripada dalam sekolah ini bertepatan dengan visi dan misi
iaitu melahirkan insan yang berpengetahuan di dunia dan akhirat.Ini juga akan
membangkitkan lagi semangat mereka untuk menyumbang kepada sekolah pada masa
akan datang. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan kerehaan Ilahi,
Disediakan Oleh,
……………………………..
( )
Setiausaha