Ahad, 23 November 2014

Banana pancakes.....sumber fb

Banana pancakes

Bahan-bahan
-1 batang pisang
-2 biji telur
-1-2 sudu gula aising
- 1/2 cawan tepung
- 1/2 penutup esen vanila.

Cara-cara
- Gaulkan kesemua bahan kedalam food processor/blender sehingga sebati.
- Panaskan kuali leper yg disapu sedikit mentega
-Tuangkan 1 senduk ke dalam kuali yg panas.
-Masak sehingga warna menjadi coklat dan terbalikkan utk sebelah lg. *masak dgn api yg kecil dan jangan biarkan terlalu lama diatas kuali kerana batter mudah hangus. Selamat mencuba!

Resepi Talam Seri Muka Pandan ..... sumber fb

Resepi Talam Seri Muka Pandan

Bahan2 Lapisan Bawah:

500 gm beras pulut
200 ml santan pekat
400 ml air
2 tsp garam halus

Cara2nya:-
Rendam pulut sekurang2nya 4 jam.
Basuh bersih & toskan. Masukkan pulut bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.
Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang size 9"x9"x4" yang dialas plastik.

Bahan2 Lapisan Atas:

Bahan A

250 gm gula halus
150 gm tepung gandum
50 gm tepung ubi
400 ml santan pekat
350 ml air
20 gm daun pandan (dikisar dengan air diatas.
kemudian tapis.)

Bahan B

4 biji telur
1/2 tsp garam halus
1/2 tsp pandan essence
pewarna hijau- secukupnya

Cara2nya:
Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.
Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap jer.
Tuang keatas lapisan pulut tadi & kukus selama 30 minit.
*Pastikan Talam betul2 sejuk dahulu sebelum keluarkan dari loyang.


 

Sabtu, 22 November 2014

kata-kata alu aluan ( 4 )



KATA ALU-ALUAN ( 4 )

Assalamualaikum ,

Syukur kehadrat ilahi kerana atas limpah kurnianya dan inayahNYA dapat kita bertemu sekali lagi dalam majlis Hari Anugerah dan Kecemerlangan Pelajar ______________ Dalam majlis yang seumpama ini kita bukan sahaja dapat bertemu malah kita juga dapat sama-sama  berbincang tentang masa depan anak-anak yang bakal mewarisi kehidupan suatu hari nanti.

Majlis Anugerah Kecemerlangan ini diharapkan akan menjadi  satu mekanisme yang cukup bermakna bagi memberi semangat  kepada para pelajar yang dilahirkan oleh _________________ agar dapat terus cemerlang dari segi ilmu, sahsiah dan akhlak  yang mulia bertepatan dengan visi dan misi ___________ iaitu melahirkan insan muslim cemerlang  yang berilmu pengetahuan di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya anak-anak membesar begitu cepat sekali. Sehingga kadang kala menghairankan kita walaupun kita dan mereka sentiasa bersama. Apatah lagi apabila anak-anak tinggal di asrama dan kita sentiasa berjauhan dengan mereka. Oleh sebab cepatnya mereka membesar, dalam sekelip mata sahaja mereka sudah menjadi dewasa, seperti kita. Ini membuktikan  pengisian adalah sangat penting. Isikanlah jiwa anak-anak dengan ilmu dan agama, dan berikanlah kepada mereka input yang berguna yang boleh menyokong kehidupan mereka. Belailah mereka, sayangilah mereka. Ingatlah selalu bahawa anak-anak adalah zuriat kita, harta yang Allah amanahkan. Ilmu tanpa amal umpama si buta tanpa tongkat. Maka guru-guru rangsanglah jiwa dan minda pelajar-pelajar agar pelajar-pelajar dapat tumbuh dengan sempurna dan menjadi modal insan yang berguna. Ibubapa perlulah membantu pembentukkan bakal-bakal tokoh ini. Sepertimana firman Allah dalam  Surah Ar-Rad (ayat 11):

    “ Tuhan tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum kecuali kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka

Semoga melalui program ini kita dapat melahirkan anak- anak yang  berjuang ke arah pembentukan modal insan yang berguna dan berpotensi untuk keluarga, agama, masyarakat dan negara.

Pada kesempatan ini saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua ibu bapa / waris pelajar kerana memberi sokongan kepada pihak sekolah dalam  menjayakan program ini. Terima kasih juga saya tujukan kepada semua warga sekolah , PIBG dan semua pihak  yang bertungkus-lumus merealisasikan program ini. Semoga hubungan baik kita dan anak-anak kita bertambah erat.

Sekian, terima kasih,


_____________________
 (                                              )                     
Pengetua


Kata-kata alu-alauan hari kecemerlangan (3)



KATA ALU-ALUAN (3)

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t….

Syukur kehadrat ilahi kerana atas limpah dan kurnianya dapat kita meraikan majlis Hari Anugerah dan Kecemerlangan Pelajar ______________. Dalam majlis yang seumpama ini kita bukan sahaja dapat bertemu malah kita juga dapat sama-sama  berbincang tentang masa depan anak-anak yang bakal mewarisi kehidupan suatu hari nanti.

Majlis seperti ini saya kira sangat penting. Hal ini disebabkan pelbagai program dapat diatur dan direalisasikan. Program penyampaian hadiah atau anugerah kepada anak-anak yang berjaya adalah antara yang terpenting. Disamping itu ibu bapa akan mendengar taklimat dan ucapan berhubung dengan perkembangan pelajar dan  hal-hal semasa sekolah. Selain itu guru-guru dan ibu bapa serta para pelajar dapat saling berkomunikasi dan bertukat-tukar pendapat bagi mengukuhkan talian silatulrahim sesama mereka.Justeru, ingatan ibu bapa terhadap masa depan anak-anak dan sekolah akan bertambah lantaran disebabkan berputiknya kejayaan anak-anak mereka di sekolah ini.Rangsanglah jiwa dan minda anak-anak agar mereka dapat tumbuh dengan sempurna dan menjadi modal insan yang berguna.

Perubahan zaman memberi cabaran secara tidak langsung kepada pelajar-pelajar untuk menghadapi cabaran dalam pelbagai bidang dan dimensi khasnya teknologi maklumat, perhubungan, ekonomi, politik  dan sosial. Pelajar - pelajar amat memerlukan peningkatan dan perkembangan pendidikan sistematik dan pantas bagi membantu perkembangan mereka dari segi  rohani dan jasmani. Bagi menentukan taraf pendidikan Negara bertaraf dunia, komitmen, sumbangan dan lonjakan berganda daripada setiap peringkat warga pendidik dan masyarakat terutama ibubapa amat diperlukan bagi melancarkan  misi dan visi Kementerian Pelajaran dan sekolah. Di samping itu, sahsiah  pelajar amat perlu dipertingkatkan bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian hidup kelak. Sehubungan itu, para pelajar disaran mengamalkan nilai-nilai murni yang dituntut oleh agama. Kerjasama guru-guru dalam mendidik amat ditagih demi membantu perkembangan akademik  dan sahsiah dengan memcemerlangkan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran serta mengadakan program-program yang membantu pelajar daripada aspek sahsiah. Kaedah-kaedah, teknik-teknik dan program-program yang dijalankan perlulah selari dengan perubahan  dan peredaran zaman supaya pelajar bersedia menghadapi cabaran ketika meninggalkan zaman persekolahan. Kejayaan dan kemenangan sesuatu bangsa adalah kehebatan mereka dalam penguasaan ilmunya, kekebalan sahsiahnya dan jati dirinya seiring dengan percakapannya.

Pada kesempatan ini saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua guru, kakitangan sekolah dan ibubapa dalam membantu, memberi sokongan  serta kerjasama kepada pihak Jabatan Pelajaran ________ dan sekolah  dalam  menjayakan setiap program sekolah melibatkan matapelajaran serta sahsiah pelajar. Semoga hubungan baik kita akan membantu kecemerlangan anak-anak kita di dunia dan akhirat.

Sekian, terima kasih


_____________________
Pengarah,

kata - kata aluan hari kecemerlangan sekolah ( 2 )



KATA –KATA ALU-ALUAN (2)


Assalamualaikum salam sejahtera.Syukur Alhamdulilah. Saya terlebih dahulu mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk memberi kata-kata  aluan..
           
            Sesungguhnya sekolah ini yang dikenali sekarang sebagai __________Sekolah ini ditubuhkan oleh __________________. Motif penubuhan sekolah ini  antaranya ialah untuk memajukan pelajaran agama dan menambahkan bilangan rakyat yang berkebolehan  dalam bidang agama. Walaupun pelajaran agama diajar di sekolah-sekolah lain, namun  sekolah ini  telah menekankan  perkara itu. Harapan yang diletakkan ialah pada suatu hari nanti, akan ramailah ahli-ahli agama serta tokoh-tokoh beraliran agama yang lahir di negeri ______ dan ramai pula yang boleh diketengahkan.
           
            Adalah, tidak salah kalau saya katakan bahawa _____________ lah yang menjadi pengimbang kepada perkembangan pelajaran agama di sekolah-sekolah lain. Memanglah benar, setakat ini pun __________ telah berjaya melahirkan ramai graduan yang berpotensi bukan sahaja di pentas pendidikan, malah juga di pentas masyarakat.
           
            Kita amat bergembira dengan kejayaan-kejayaan yang diraih oleh sekolah ini. Namanya menjadi semakin harum bukan sahaja di peringkat negeri tetapi juga diperingkat kebangsaan  yang diraih oleh sekolah ini. Namanya menjadi semakin harum  bukan sahaja diperingkat negeri tetapi juga di peringkat kebangsaan. Diperingkat negeri, sekolah ini pernah memenangi pertandingan kawat, pertandingan memanah, pertandingan pantun, pidato, pertandingan nasyid dan sebagainya. Malah kita juga menjulang nama sebagai antara sekolah terbaik di peringkat STAM dan antara yang terbaik di peringkat PMR dan SPM _____________. Semoga ___________ dapat terus menggondol kejayaan pada masa-masa yang akan datang.
           
            Majlis pada hari ini sebenarnya bertujuan untuk menghadiahkan penghargaan daripada pihak sekolah, guru-guru dan staf sokongan kepada para pelajar yang telah menunjukkan kejayaan dalam perjuangan mereka. Penghargaan yang akan merangsang perjuangan mereka kearah pembentukan modal insan yang berguna dan berpotensi untuk keluarga, agama, masyarakat dan negara.

Sama-samalah kita mendoakan kejayaan yang terus menerus  __________________..

Sekian, terima kasih.
­­
 —————————————
(                                                                    )