Khamis, 16 April 2015

Jeruk sengkuang asam boi merah


 JERUK SENGKUANG
Bahan-bahan
1 biji sengkuang
10-20 biji asam masin merah
7-10 biji cili padi
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara menyediakannya:
1. Bersihkan sengkuang dan kemudian hiris.
2. Gaulkan sengkuang dengan garam dan gula secukupnya dan biarkan sebentar agar ia mesra.
3. Kemudian tambahkan cili padi yang telah dihiris.
4. Akhir sekali tambahkan asam boi merah. Gaul rata dan simpan sekurang-kurangnya 3 jam sebelum menikmatinya.
‪#‎majalahkeluarga‬ ‪#‎magisdetikbahagia‬
Oleh: Nadia Seri Dewi & Keluarga

contoh surat pohon diskaun/ potongan harga untuk lawatan pelajar



Ruj Kami   :

                                                                                                                Tarikh        :


Pengarah,
Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka.
Jalan Tun  Syed Sheh Aras 9, Bangunan Graha Maju,
75300 Melaka,
Melaka.

Assalamualaikum w.b.t
Tuan,
PERMOHONAN LAWATAN KE RIVER CRUISE
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.         Adalah dimaklumkan bahawa SMA ______________  akan mengadakan Lawatan ke River Cruise .Kami juga memohon kepada pihak tuan agar dapat memberi sedikit potongan harga tiket untuk masuk ke tempat tersebut. Maklumat lawatan tersebut adalah seperti berikut:
           
Tarikh                                      :
Masa                                        
Bilangan pelajar  dan guru     

3.         Sehubungan dengan  itu saya berharap agar pihak tuan dapat memudahkan lagi  aktiviti tersebut  dijalankan dengan sempurna.

Sekian , terima kasih.

Saya yang menurut perintah,



…………………………………..
(                                                  )
Pengetua





















                                                                       
 Ruj Kami   :

                                                                                                                Tarikh        :


PENGARAH
I-Berhad
D-1-G, Jalan Multimedia 7/AJ
CityPark, I-City
40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Tel: +6 03 5521 8800 Fax: +6 03 5521 8810

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Tuan / Puan ,

PERMOHONAN LAWATAN KE I CITY
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.         Adalah dimaklumkan bahawa SMA ______________  akan mengadakan Lawatan ke I CITY. .Kami juga memohon kepada pihak tuan agar dapat memberi sedikit potongn harga tiket untuk masuk ke tempat tersebut. Maklumat lawatan tersebut adalah seperti berikut:
           
Tarikh                                      :
Masa                                        
Bilangan pelajar  dan guru     

3.         Sehubungan dengan  itu saya berharap agar pihak tuan dapat memudahkan lagi  aktiviti tersebut  dijalankan dengan sempurna.

Sekian , terima kasih

Saya yang menurut perintah,

…………………………………..
(                                                )
Pengetua


JERUK MANGGA ASAM BOI PUTIH

JERUK MANGGA ASAM BOI PUTIH ( Resepi dr Mingguan Wanita)
Bahan-bahan
2 biji buah mangga muda
7-8 biji cili padi
10-15 biji asam boi
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara menyediakannya:
1. Buangkan kulit buah mangga dan basuk bersih. Toskan airnya dan kemudian hiris memanjang.
2. Campurkan gula dan garam secukupnya. Gaul rata.
3. Kemudian masukkan pula asam boi dan gaul biar sebati.
4. Ketuk cili padi dan campurkan ke dalam buah tadi.
Nota: Perapkan jeruk ini sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dimakan. Lebih lama diperap rasanya menjadi lebih sedap.
 

KEK MARBLE PANDAN

KEK MARBLE PANDAN

Bahan-Bahan
4 biji telur gred A
100 g gula pasir
1 sudu besar ovallate
25 ml pati santan
50 g minyak jagung
100 g tepung gandum*
1/2 sudu teh garam halus*
1/2 sudu teh baking powder*(*digaul dan diayak)
1 sudu teh pandan paste
1 sudu teh serbuk koko
1 /2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh coklat emulco

Cara-cara :
Putar gula dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat (seperti adunan baulu).
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata. Tuang minyak jagung dan pati santan. Gaul hingga sebati.
Adunan dibahagi 2, satu bahagian dia campur dengan esen vanilla, serbuk koko dan coklat emulco, gaul rata. Dan satu bahagian dicampur dengan pandan paste. Gaul rata.
Masukkan adunan koko dan pandan secara berselang-seli ke dalam tin kek yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan menggunakan chop stick.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 30 minit, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek dahulu sebelum dipotong dan dihidang.

Resepi Kek Buah Campur....




Resepi Kek Buah Campur

Bahan - bahan :
2 Cawan Marjerin
3/4 Cawan Gula
2 Cawan Tepung Gandum
5 Biji Telur
1 Cawan Susu Pekat
1/2 Sudu Kecil Soda Bikarbonat
1 Paket Buah Campur

Cara membuatnya :
*panaskan oven 175C dan lenser kan tin kek dengan mentega.
*putar gula(telah di kisar halus) dengan mentega hingga jadi putih, masukkan telur satu persatu dan putar hingga sebati.
*perlahankan speed dan masukkan tepung (yang telah di ayak dengan soda bikarbonat) sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati. Dan kemudian masukkan susu pekat dan putar hingga sebati. Akhir sekali masukkan buah campur dan gaul guna sudu(selerakkan mengikut kesesuaian)
*bakar 50-60 minit mengikut oven masing2