Isnin, 23 Mac 2015

resepi kuih qasidah


Resepi Kuih Qasidah

Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
6 1/2 cawan air*
1 cawan gula (ikut citarasa)*
4 ulas bawang merah
1/2 sudu kecil perwarna kuning*
1/3 minyak

Cara-cara:
1) Blender semua bahan bertanda * sampai sebati. Tapi boleh juga gaul jgn tangan ja, jgn biar tepung berketul-ketul.
2) Masuk semua bahan blender tadi dalam periuk kacau..... ja sampai dia jadi pekat mcm dodoi lmbut ,kacau dgn api perlahan hampir 1 jam, untuk memastikan tepung benar2 masak.
3. Goreng bawang bersama minyak sehingga bawang perang. Asingkan bawang dan minyak. Gunakan minyak bawang untuk ratakan loyang.
3) Tutup api terus tuang dalam loyang. biar agak2 sejuk ckit.
4) Ambik minyak yang lebih tiangkan sedikit atas kuih, seterusnya tabur bawang yang digoreng di atas.
5) Biar sejuk ,kemudian potong dan selamat menjamu selera.

Resipi Mudah Untuk Detoks

 Resipi Mudah Untuk Detoks

1. OREN + LIMAU NIPIS + EPAL HIJAU
Bagus untuk pencernaan dan mengurangkan lemak / toxin.

2. OREN + EPAL HIJAU + MANGGA MUDA
Untuk pencernaan dan pengbuangan toxin.

3. OREN + LEMON + HALIA
Buah oren membantu dalam peredaran darah yang sihat. Lemon pula membantu dalam pencernaan (menyegarkan nafas), dan halia bagus untuk sistem imun.

4. TIMUN, RASPBERI DAN ANGGUR
Timun adalah penghidratan dan menyingkirkan toksin. Raspberi pula mempunyai ciri-ciri anti-radang, dan kandungan anggur melawan kanser dan pembersihan kompaun.

5. RHUBARB, EPAL DAN KULIT KAYU MANIS
Rhubarb mengandungi vitamin K untuk membantu pembekuan darah dan epal mengekalkan kesihatan tulang dan tisu badan. Kayu manis pula merupakan salah satu herba berkesan sebagai penggalak metabolisme badan.

6. STRAWBERI + LIMAU
Strawberi penuh dengan anti-oksidan dan limau pula sangat baik sebagai senjata anti penuaan kerana sifat pemulihan untuk rambut, kulit dan kuku.

7. NANAS + DAUN PUDINA
Nanas merupakan bahan anti-radang yang membantu melegakan sakit sendi dan arthritis, dan daun pudina menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan.

8. TEH HIJAU + DAUN PUDINA + LIMAU
Ia bagus untuk membakar lemak, penghadaman, sakit kepala dan menghilangkan bau mulut.

9. STRAWBERI + KIWI
Bagus untuk kardiovaskular, perlindungan usus dan kitaran gula darah.

10. TIMUN+ LIMAU + LEMON
Sesuai bagi mengawal nasfu makan, penghidratan, elak perut kembung dan kekal kurus.

11. TEMBIKAI + OREN
Membantu pembuangan toxin

contoh kata alu-aluan hari kecemerlangan 2015 (3)

Kata alu-aluan3


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selayaknya kepada Tuhan Yang Maha Pemurah. Dia yang mengurniakan ilham, keringat dan semangat kepada guru-guru dan pelajar –pelajar untuk mencemerlangkan SMA ___________________

Kejayaan murid pada hari kecemerlangan ini adalah menjadi simbol kejayaan sistem persekolahan dan pendidikan hasil kerjasama antara pentadbir, guru, sokongan ibu bapa dan murid sendiri. Sekolah sebagai institusipendidikan berperanan untuk membangunkan dan mengembangkan potensi murid melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap pelajar  memiliki potensi yang tersendiri. Potensi yang menjadi anugerah Tuhan ini boleh dibangunkan dan dikembangkan ke tahap maksimum melalui program-program kurikulum dan kokurikulum yang disediakan oleh pihak sekolah. Oleh itu, setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian yang aktif dalam setiap program yang disediakan oleh guru agar potensi pelajar yang dimiliki dapat dimaksimumkan dan dapat membantu pelajar untukmencapai kejayaan dalam kehidupan.

Saya yakin komuniti sekolah ini ialah warga yang positif, dapat menerima perubahan, dan berusaha mengangkat martabat pendidikan sesuai dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang termaktub dalam Pelan Induk PembangunanPendidikan (PIPP). Semua pelajar hendaklah sentiasa menjaga budi bahasa, bertingkahlaku mulia dan menjadikan sekolah sebagai tempat menimba ilmu dan kemahiran yangdiperlukan untuk masa depan masing-masing. Para guru pula hendaklah bersungguh-sungguh memupuk, menggilap dan mengembangkan potensi pelajar agar fungsisekolah sebagai institusi pendidikan dapat mencapai matlamatnya. Akhir kata, marilah kita berusaha bersungguh-sungguh menjayakan agenda pembangunanpendidikan di peringkat sekolah, negeri dan negara agar matlamat kita untuk membangunkan potensiindividu melalui pendidikan berkualiti menjadi kenyataan.

Sekian, terima kasih




_________________________________
(                                                                                       )










contoh kata alu-aluan hari kecemerlangan sekolah 2015 (2)



Kata alu-aluan 2


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtehtera. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat.

Tahniah kepada para pelajar  di atas daya usaha, kegigihan dan kesabaran dalam mengharungi dunia pembelajaran , ternyata segala usaha dan pengorbanan akhirnya membuahkan hasil. Saya percaya majlis yang gilang-gemilang ini merupakan titik permulaan bagi anda untuk menuju ke arah kecemerlangan dalam pembelajaran anda nanti .
Syabas dan tahniah juga kepada semua ibubapa dan guru-guru di atas usaha, pengorbanan, sokongan serta dorongan yang diberikan kepada anak-anak ini sehingga berjaya melakar sejarah peribadi dalam hidup mereka. Kepada para pelajar, siapalah anda tanpa ibu dan bapa serta guru-guru yang sentiasa membantu dan mendoakan kejayaan anda semua.

Untuk mencapai sesuatu kejayaan, matlamat atau halatuju gerak kerja kita mestilah jelas. Jika matlamat tidak jelas tentulah sukar atau pun kita mungkin akan gagal mencapai kejayaan yang diimpikan. Dengan matlamat yang jelas kita mampu atau kita boleh mencapai kejayaan. Kejayaan murid adalah menjadi simbol kejayaan sistem persekolahan dan pendidikan hasil kerjasama antara pentadbir, guru, sokongan ibu bapa dan murid sendiri. Hubungan erat pihak sekolah dengan ibu bapa juga dapat merealisasikan hasrat sekolah untuk menjadi sebuah institusi yang cemerlang, modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berkeperibadian mulia, berpengetahuan, berkemahiran tinggi serta berdaya saing.

Semoga kerjasama dikalangan kita akan dapat menghasilkan pelajar-pelajar yang berkualiti bukan saja membantu menaikan nama sekolah tetapi juga menaikan nama negeri dan negara kita.

Sekian, terima kasih


___________________________________
(                                                                                               )



contoh teks kata alu- aluan hari kecemerlangan sekolah 2015 (1)



Kata alu –aluan 1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya berpeluang mengabdikan kata alu-aluan di dalam buku program hari kecemerlangan SMA _____________________  pada 9 April 2015. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan hari kecemerlangan sekolah. Dunia pendidikan pada alaf ini semakin kompleks dan bersifat global. Malah ilmu menjadiprasyarat kepada permulaan para pelajar untuk pembentukkan pelajar untuk menjadi generasi pemimpin pada masa hadapan. Menyedari hakikat pentingnya ilmu pengetahuan sebagai penyuluh yang menerangi kegelapan, makakerajaan telah menjadikan pendidikan sebagai salah satu daripada Enam Bidang KeberhasilanNegara (NKRA) bertujuan untuk memastikan anak-anak kita selayaknya mendapat ilmu pendidikan yang berkualiti dan secukupnya. Generasi muda negara kita pada hari ini amat perlu berilmu, berfikiran kreatif,berinovatif,bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada antara bangsa yang penuh dengan cabaran.

Sekolah merupakan tapak semaian dalam menghasilkan modal insan cemerlang dan berketrampilan. Dalam usaha untuk menterjemahkan hasrat dan objektif pendidikan, setiap pendidik tidak dapat lari daripada menghadapi pelbagai kemelut dan cabaran dalam dunia pendidikan. Kecemerlangan dan kehebatan murid tidak mungkin kita saksikan; tanpa adanya guru. Justeru, tidak adil jika kita tidak mengucapkan syabas dan tahniah kepada para guru yang telah membimbing murid-murid. Amalan ini akan membantu sekolah mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif selaras dengan usaha menjadikan sekolah sebagai sebuah institusi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.


Sesungguhnya perbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dalam pembentukkan sahsiah pelajar tetapi satu kelebihan kepada sekolah ini apa bila sekala ini amat menekankan pendidikan berteraskan agama dan semua pelajar menetap di asrama, kelebihan ini amat membantu dalam pembentukkan generasi pada masa hadapan disamping dapat membantu Sma Al Madrasah Al Alawiyah melahirkan tokoh-tokoh ilmuan Islam daripada Perlis.


Sekian, terima kasih




……………………………..

(                                                          )