Isnin, 23 Mac 2015

contoh kata alu-aluan hari kecemerlangan sekolah 2015 (2)



Kata alu-aluan 2


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtehtera. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat.

Tahniah kepada para pelajar  di atas daya usaha, kegigihan dan kesabaran dalam mengharungi dunia pembelajaran , ternyata segala usaha dan pengorbanan akhirnya membuahkan hasil. Saya percaya majlis yang gilang-gemilang ini merupakan titik permulaan bagi anda untuk menuju ke arah kecemerlangan dalam pembelajaran anda nanti .
Syabas dan tahniah juga kepada semua ibubapa dan guru-guru di atas usaha, pengorbanan, sokongan serta dorongan yang diberikan kepada anak-anak ini sehingga berjaya melakar sejarah peribadi dalam hidup mereka. Kepada para pelajar, siapalah anda tanpa ibu dan bapa serta guru-guru yang sentiasa membantu dan mendoakan kejayaan anda semua.

Untuk mencapai sesuatu kejayaan, matlamat atau halatuju gerak kerja kita mestilah jelas. Jika matlamat tidak jelas tentulah sukar atau pun kita mungkin akan gagal mencapai kejayaan yang diimpikan. Dengan matlamat yang jelas kita mampu atau kita boleh mencapai kejayaan. Kejayaan murid adalah menjadi simbol kejayaan sistem persekolahan dan pendidikan hasil kerjasama antara pentadbir, guru, sokongan ibu bapa dan murid sendiri. Hubungan erat pihak sekolah dengan ibu bapa juga dapat merealisasikan hasrat sekolah untuk menjadi sebuah institusi yang cemerlang, modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berkeperibadian mulia, berpengetahuan, berkemahiran tinggi serta berdaya saing.

Semoga kerjasama dikalangan kita akan dapat menghasilkan pelajar-pelajar yang berkualiti bukan saja membantu menaikan nama sekolah tetapi juga menaikan nama negeri dan negara kita.

Sekian, terima kasih


___________________________________
(                                                                                               )