Jumaat, 27 Mac 2015

Puding Roti Kukus

Puding Roti Kukus

Bahan-bahan :

6 keping roti dipotong kecil-kecil
375ml susu cair
2 biji telur
3 sudu gula
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu butter cup
kismis

Cara Membuat:

1. Gaul gula, telur dan esen vanilla, kacau rata. Masukkan pula susu cair serta kacau hingga sebati.

2. Roti disapu dengan butter dan disusun dalam loyang.

3. Adunan tadi dituang ke atas roti dan bolehlah diletakkan kismis

4. Kukus selama 25 minit dengan api sederhana.

5. Hidangkan apabila sudah masak atau simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.