Isnin, 23 Mac 2015

contoh kata alu-aluan hari kecemerlangan 2015 (3)

Kata alu-aluan3


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selayaknya kepada Tuhan Yang Maha Pemurah. Dia yang mengurniakan ilham, keringat dan semangat kepada guru-guru dan pelajar –pelajar untuk mencemerlangkan SMA ___________________

Kejayaan murid pada hari kecemerlangan ini adalah menjadi simbol kejayaan sistem persekolahan dan pendidikan hasil kerjasama antara pentadbir, guru, sokongan ibu bapa dan murid sendiri. Sekolah sebagai institusipendidikan berperanan untuk membangunkan dan mengembangkan potensi murid melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap pelajar  memiliki potensi yang tersendiri. Potensi yang menjadi anugerah Tuhan ini boleh dibangunkan dan dikembangkan ke tahap maksimum melalui program-program kurikulum dan kokurikulum yang disediakan oleh pihak sekolah. Oleh itu, setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian yang aktif dalam setiap program yang disediakan oleh guru agar potensi pelajar yang dimiliki dapat dimaksimumkan dan dapat membantu pelajar untukmencapai kejayaan dalam kehidupan.

Saya yakin komuniti sekolah ini ialah warga yang positif, dapat menerima perubahan, dan berusaha mengangkat martabat pendidikan sesuai dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang termaktub dalam Pelan Induk PembangunanPendidikan (PIPP). Semua pelajar hendaklah sentiasa menjaga budi bahasa, bertingkahlaku mulia dan menjadikan sekolah sebagai tempat menimba ilmu dan kemahiran yangdiperlukan untuk masa depan masing-masing. Para guru pula hendaklah bersungguh-sungguh memupuk, menggilap dan mengembangkan potensi pelajar agar fungsisekolah sebagai institusi pendidikan dapat mencapai matlamatnya. Akhir kata, marilah kita berusaha bersungguh-sungguh menjayakan agenda pembangunanpendidikan di peringkat sekolah, negeri dan negara agar matlamat kita untuk membangunkan potensiindividu melalui pendidikan berkualiti menjadi kenyataan.

Sekian, terima kasih




_________________________________
(                                                                                       )