Rabu, 25 Mac 2015

Resepi Sambal Hitam Belimbing

Resepi Sambal hitam Belimbing
200 gm belimbing yang telah direbus (hitam)
400 gm ikan bilis yang telah dikopek
2 genggam cili padi (nak lagi pedas boleh tambah)
4@5 biji bawang besar dipotong kecil
garam (jika perlu) dan sedikit gula
1 cawan minyak
caranya merebus belimbing fresh utk dijadikan belimbing hitam
belimbing fresh ni biasa kalau mak buat - rebus belimbing buluh dgn garam dlm periuk hingga ia bertukar menjadi warna hitam.. rebus belimbing ni tanpa air ye..masa merebus agak lama kene bersabar.. kalau blh guna periuk/kuali lama ye
1. Bilis yang dikopek dicuci bersih dan ditumbuk tp jangan terlalu lumat ye dan
masukkan belimbing dlm lesung dan tumbuk juga
2. cili padi dipotong bersama dengan bawang besar di kisar (saya kisar tak terlalu
hancur)
3. Panaskan minyak dalam kuali..masukkan bahan kisar (bawang dan lada)
tumis hingga naik bau.. kemudian masukkan bilis dan belimbing tumbuk dan
masak hingga ia agak kering.. masukkan sedikit gula dan garam (jika perlu)
secukup rasa..(biasanya belimbing dah rasa masin sbb proses merebus tu dah
ditaruk garam)
4. agak2 dah kering boleh la toskan minyaknya dan boleh disimpan dlm peti utk
kegunaan akan datang..