Kata alu –aluan 1
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Syukur ke
hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya berpeluang mengabdikan kata alu-aluan di dalam buku program hari kecemerlangan
SMA _____________________ pada 9 April 2015. Syabas dan tahniah
kepada semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan hari kecemerlangan sekolah.
Dunia pendidikan pada alaf ini semakin kompleks dan bersifat global. Malah ilmu
menjadiprasyarat kepada permulaan para
pelajar untuk pembentukkan pelajar untuk menjadi generasi pemimpin pada masa
hadapan. Menyedari hakikat pentingnya ilmu pengetahuan sebagai penyuluh yang
menerangi kegelapan, makakerajaan telah menjadikan pendidikan sebagai salah
satu daripada Enam Bidang KeberhasilanNegara (NKRA) bertujuan untuk memastikan
anak-anak kita selayaknya mendapat ilmu pendidikan yang berkualiti dan secukupnya.
Generasi muda negara kita pada hari ini amat perlu berilmu, berfikiran
kreatif,berinovatif,bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada antara bangsa yang penuh dengan cabaran.
Sekolah merupakan tapak semaian dalam
menghasilkan modal insan cemerlang dan berketrampilan. Dalam usaha untuk
menterjemahkan hasrat dan objektif pendidikan, setiap pendidik tidak dapat lari daripada menghadapi pelbagai kemelut dan cabaran dalam dunia
pendidikan. Kecemerlangan dan kehebatan murid tidak
mungkin kita saksikan; tanpa adanya guru. Justeru, tidak adil jika kita tidak
mengucapkan syabas dan tahniah kepada para guru yang telah membimbing
murid-murid. Amalan ini akan membantu sekolah mewujudkan iklim pembelajaran
yang kondusif selaras dengan usaha menjadikan sekolah sebagai sebuah institusi
yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sesungguhnya
perbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dalam pembentukkan sahsiah
pelajar tetapi satu kelebihan kepada sekolah ini apa bila sekala ini amat
menekankan pendidikan berteraskan agama dan semua pelajar menetap di asrama,
kelebihan ini amat membantu dalam pembentukkan generasi pada masa hadapan
disamping dapat membantu Sma Al Madrasah Al Alawiyah melahirkan tokoh-tokoh
ilmuan Islam daripada Perlis.
Sekian, terima
kasih
……………………………..
( )