Jumaat, 27 Mac 2015

Resepi Kuih / Biskut Suji

Resepi Kuih Suji


Bahan2:
guna nisbah 1 minyak sapi: 1 gula kastor: 2 tepung gandum

cth:
1/2 kg minyak sapi
1/2 kg gula kastor
1 kg tepung gandum
Cara2 nak buat:
1. Mula2 masukkan gula kastor dan tepung gandum ke dalam satu bekas. Jangan lupa ayak masa nak masukkan tu.
2. Lepas tu, masukkan minyak sapi pulak.
3. Gaul semua sampai jadi doh. Pastikan kuku pendek dan tangan bersih.
4. Gelek2 dan terap ikut suka hati. Bentuk love ke, ikan ke, beruang ke apa2 jelah. Kalau nak gentel2 jadi bulat pun boleh. Ikut kreatif masing2 la ye.
5. Susun atas talam dan dah boleh bakar. Suhu lebih kurang 150 darjah celcius selama 15 minit ataupun agak2 dah bau nak hangit tu cepat2lah keluarkan.
6. Sejukkan dan boleh makan ramai2.
Tips:
+ gula kastor dan tepung mesti diayak sebelum guna utk dapatkan tekstur yang halus dan tidak berketul-ketul.
+ kalau doh tu berderai sangat, tambah minyak sapi sikit.
+ kalau doh tu melekit sangat, tambah tepung gandum sikit.
+ kalau nak lagi manis, tambahlah gula. janganlah tambah garam pulak.
+ suhu oven tu berbeza2 ikut jenama. testlah bakar sekeping dua dulu utk test power. dah ok baru bakar banyak2.
+ jangan guna tray yang dapat sekali dgn oven tu. guna talam aluminium atau tudung periuk pun boleh. tray oven selalunya buat kuih cepat hangus