Khamis, 19 Mei 2016

TEORI REBT



TEORI REBT
11 PEMIKIRAN TIDAK RASIONAL

1.       ADALAH SANGAT PERLU SESEORANG ITU DIKASIHI DAN DISANGI OLEH ORANG YANG SIGNIFIKAN.
2.       ADALAH PERLU SESEORANG ITU LENGKAP , CEKAP DAN BERJAYA DALAM SEMUA PERKARA.
3.       SESETENGAH ORANG JAHAT DAN KEJAM. SEBEGINI SEHARUSNYA DIHUKUM DAN DIPERSALAHKAN YANG SETIMPAL DENGAN KESALAHANNYA.
4.       ADALAH LEBIH SENANG LARI DARIPADA KESULITAN DAN TANGGUNGJAWAB DARIPADA MENGHADAPINYA.
5.       SETIAP PERKARA YANG TERJADI SEPATUTNYA MENGIKUT APA YANG DIRANCANG. ADALAH TERUK DAN MALANG APABILA SESUATU PERKARA SESUATU PERKARA YANG TERJADI TIDAK SEPERTI YANG DIHARAPKAN ATAU DIIMPIKAN.
6.       MANUSIA TIDAK BERUPAYA UNTUK MENGAWAL DIRI KERANA KESENGSARAAN YANG BERLAKU DISEBABKAN OLEH FAKTOR2 LUARAN ATAU DILUAR KAWALAN INDIVIDU.
7.       PERISTIWA MASA LALU DALAM KEHIDUPAN INDIVIDU MENENTUKAN TINGKAH LAKU MANUSIA DAN IANYA TIDAK BOLEH DIUBAH.
8.       JIKA  SESUATU PERKARA ITU MERBAHAYA DAN MEROSAKKAN INDIVIDU SEPATUTNYA, SESEORANG ITU MENGAMBIL BERAT DAN SENTIASA BERWASPADA SEPANJANG MASA UNTUK MENGELAKKAN SEGALA KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI.
9.       INDIVIDU SEHARUSNYA BERGANTUNG KEPADA ORANG LAIN YANG LEBIH BERKUASA DAN KUAT.
10.   SESEORANG ITU SEPATUTNYA MENGAMBIL BERAT DAN MERASA SUSAH HATI DENGAN MASALAH ORANG LAIN.
11.   SELALUNYA ADA JAWAPAN YANG BETUL DAN TEPAT KEPADA SESUATU MASALAH.

APLIKASI REBT DALAM KAUNSELING
·         TERAPI INDIVIDU
·         TERAPI  KELOMPOK
·         TERAPI RINGKAS
·         TERAPI KELUARGA
ELLIS (1993)
1.       Terapis dan klien bekerjasama untuk mencabar kepercayaan tidak rasional yang mengakibatkan gangguan emosional.
2.       Mengubah perkara yang tidak reality, tidak matang, terlaku menuntut dan tidak logic kepada pemikiran yang lojik, matang dan realistic.
3.       Individu yang mengalami gangguna kerana sentiasa berterusan mengulangi ayat-ayat yang tidak lojikal.
4.       Gangguan emosi ( wujudnya deoresidab anxiety dalam diri seseorang.

Isnin, 16 Mei 2016

Nasi daging untuk berbuka puasa ..resepi fb

Nasi daging
By lyana

Bahan-bahan:
½kg daging (hiris dan rebus bersama halia dan 1 sudu rempah kurma hingga lembut,sedikit garam)
4 cawan beras (dibersihkan)
4 cawan air rebusan daging (ikut beras)
1cawan susu cair
1 sudu besar rempah kurma
daun pandan
1 biji tomato (potong dadu)
garam dan gula
daun ketumbar


Bahan tumis:
kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buah pelaga
1 bawang besar (dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
1 inci halia( di mayang)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan penumis hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kurma, goreng biar garing dan wangi
3. Masukkan beras yang dibasuh dan tos, gaul sedikit..
4. Masukkan air rebusan daging, daging, tomato, susu cair, daun pandan gula dan garam. Biar sehingga mendidih.
5. Masakkan nasi dengan rice cooker sehingga masak
6. Taburkan daun ketumbar, jika suka
7. Hidang bersama air asam.


 

Jumaat, 13 Mei 2016

ucapan persaraan guru sekolah



Assalamualaikum warahmatullahhi taala wabarakatuh, salam satu Malaysia dan salam sejahtera semua.

Yang dihormati dan disanjung tinggi Puan Pengerusi/Pengacara Majlis………….( nama pengerusi)

Yang Berusaha ……………….( nama Pengetua)
Yang Berusaha …………………( Pen. Kanan Pentadbiran )
Yang Berusaha ………………….( Pen. Kanan HEM )
Yang Berusaha …………………..( Pen. Kanan Ko-Kurikulum )
Yang Berusaha …………………..( Guru Pen. Kanan Tingkatan 6 )
Yang Berusaha Ketua-Ketua Jabatan
Yang dihormati para kanselor
Yang dihormati guru-guru
Yang dihormati para kaki tangan/staff sokongan sekolah
Yang disayangi para pelajar dan anak-anak didik cikgu sekalian.

Alhamdulillah hirabbil alamin wassala tuwasslam muala asyrafil ambia iwalmursalin syayidina muhammadin walaala alihi wasahbihi wassalam. Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya telah diberikan kesihatan dan kekuatan kepada kita semua untuk berada di dalam dewan yang mulia ini pada tengah hari yang ceria ini. Marilah kita sama-sama merendahkan diri kepada kekuasaan dan keagungan Allah SWT. Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Besar Muhammad SAW. Mari pula kita doakan kepada muslimin dan muslimat yang mendahului kita telah kembali ke rohmatullah semoga roh mereka di tempatkan pada sisi orang-orang yang beriman. Mari pula kita doakan semoga umat Islam yang masih hidup baik di kampung, negeri dan negara Malaysia hidup dalam keadaan sejahtera, aman dan damai. dan marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan dan turut bersimpati dengan penderitaan hidup umat Islam di negara Iraq, Mesir, Palestin, Libya, Tunisia, Selatan Thailand yang sedang bergolak dilanda perang saudara yang kita dan dunia pun tidak tahu sampai bila akan berakhir. Kita harus bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih banyak kepada kerajaan yang ada pada hari ini kerana dapat mengawal negara kita daripada berlaku sebarang perkara yang tidak dingini.

Guru-guru, para pelajar dan hadirin sekalian.

Pada hari ini tanggal tarikh …………( hari ) merupakan hari paling nostalgiatik dalam lipatan sejarah hidup saya. Pada hari ini hari terakhir saya bekerja dan sampai tempuh  bersara dalam perkhidmatan kerajaan sebagai kaki tangan perkhidmatan awam ( guru ) selepas menyandang jawatan ini selama ………. tahun …… hari yang bermula pada tarikh ……. sehingga ……... Tarikh kuat kuasa sebenar persaraan saya ialah pada ……….

Pada kesempatan di ruangan ini, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah terutamanya kepada ………… ( Pengetua ) kerana telah mengadakan majlis khas untuk saya. Saya mengucapkan penghargaan yang amat tinggi dan sangat teruja dengan majlis pada hari ini. Majlis perpisahan yang dibuat oleh pihak sekolah terhadap saya pada hari ini merupakan penghargaan yang amat tinggi dan bernilai. Satu penghargaan yang amat bermakna dalam hidup saya dan keluarga. Dalam berkarya sebagai kerjaya guru selama …………tahun dalam ……… yang sempat bertugas di …… buah sekolah menengah tidak pernah dibuat majlis perpisahan yang sebegini meriah.
 Cerita sejarah dalam pekerjaan .  dan ulasan berasaan yang dirasa anda

Selama bertugas dibanyak tempat tugas, tidak pernah dibuat majlis penghantaran dan sambutan seperti pada tengah hari ini. Tidak pernah merasai suasana dihantar dan disambut, apalagi dihargai dan dipuji sanjung. Tapi pada hari ini suasananya amat berlainan sekali, saya terasa sungguh dihargai dan dihormati dengan majlis yang diadakan. Ibarat kata permata timbul di hujung senja.

Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ---------------- yang diketuai/dipengerusikan oleh ……………. yang telah merancang dengan baik majlis pada hari ini. Satu tugas dan tanggungjawab yang amat mencabar telah berjaya ditangani dengan sempurna oleh ………………….. Syabas dan tahniah. Satu perencanaan yang amat kemas dan rapi telah diatur seperti menyediakan beca berhias, perarakan kumpulan kompang, perbarisan bunga mangga pasukan beruniform, pemberian cendera kenangan, dan seterusnya meminta saya mengenaikan set pakaian melayu beserta tengkolok. Terima kasih kepada semua guru, kaki tangan sokongan sekolah dan pelajar kerana telah memberikan kerjasama dan sokongan moral yang jitu terhadap majlis perpisahan saya ini. Pada kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk memberi kemaafaan kepada semua pihak dan mengizinkan segala perkongsian ilmu yang didapati daripada saya. Dalam masa yang sama, saya juga ingin menyusun sepuluh jari dari hujung kaki sampai ke hujung rambut untuk memohon maaf daripada semua pihak ( guru-guru, kaki tangan sokongan dan para pelajar ) jika terdapat sebarang kesilapan dan kesalahan baik yang berlaku dengan sengaja atau pun tidak dengan sengaja sepanjang bergaul dan bertugas di sekolah ini.

Kepada pengetua ……………. dan para pentadbir ……………, saya terpaksa memohon maaf secara khusus dan terbuka kerana memang ada kesalahan dan kesilapan.


Guru-guru dan para pelajar sekalian. •Sebenarnya jasa saya kepada sekolah ini selama ……… tahun ………. bulan bertugas di sini tidaklah seberapa. Guru-guru dan para pelajar yang dihormati sekalian. Bermula pada hari ini, terputus sudah hubungan rasmi saya sebagai guru atau kaki tangan perkhidmatan awam Malaysia dengan para pelajar, guru, PPD, JPN, KPM dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia kerana telah bersara. Namun begitu roh, semangat dan jiwa kependidikan masih tebal menapak dan membara di dalam diri, jiwa dan sanubari saya. Masih utuh dan sedia menyumbang bakti kepada sesiapa sahaja asalkan untuk kemajuan pembangunan pendidikan, masyarakat, agama, negara dan bangsa. Tugas guru pada akhir-akhir ini amat berat dan mencabar. Guru adalah arkitek dan juruteknik manusia. Profesion keguruan berbeza dengan tugas-tugas kaki tangan perkhidmatan awam lain. Kaki tangan perkhidmatan awam lain seperti polis, tentera, doktor, pegawai daerah, peguam, hakim dan lain-lain menggunakan ilmu yang dimilki pada dirinya sebagai pelaksana tanggungjawab yang diamanahkan oleh kerajaan kepadanya. Tetapi guru menggunakan ilmu



Surat Persaraan Pekerja



Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh dan salam sejahtera untuk semua yang saya kasihi.

Yang dihormati, tuan pengetua ( nama), penolong kanan-penolong kanan, semua guru , rakan pekerja dan anak-anak yang sikasihi sekelian.

 Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya telah diberikan kesihatan dan kekuatan kepada kita semua untuk berada di sekolah ini. 

Terima kasih tidak terhingga diatas semua penghargaan kepada orang kecil seperti saya sehingga saya boleh bekerja dengan sebaik-baiknya disini, tanpa rasa direndahkan. Kenangan saya bekerja beberapa tahun amat tersemat dihati. ( cerita sejarah diri dan pekerjaaan, macam tempoh tahun bekerja, cabaran-cabaran dan kenangan-kenangan). Pada kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah kerana telah mengadakan majlis khas untuk saya. Saya mengucapkan penghargaan yang amat tinggi  dengan majlis pada hari ini.Majlis perpisahan yang dibuat oleh pihak sekolah terhadap saya pada hari ini merupakan penghargaan yang amat tinggi dan bernilai. Satu penghargaan yang amat bermakna dalam hidup saya.

 Pada kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk memohon kemaafan jika ada salah dan silap ketika saya berkhidmat di (nama sekolah) , saya ingin menyusun sepuluh jari dari hujung kaki sampai ke hujung rambut untuk memohon maaf daripada semua pihak jika terdapat sebarang kesilapan dan kesalahan baik yang berlaku dengan sengaja atau pun tidak dengan sengaja sepanjang bergaul dan bertugas di sekolah ini.  Jika kita jumpa diluar bolehlah saling menegur, semoga ukhwah kita berkekalan didunia dan akhirat. 

Sekian, Terima Kasih.

Khamis, 12 Mei 2016

SAJAK HARI GURU ( SELAMAT HARI GURU CIKGU )



SAJAK HARI GURU

SIAPAKAH DIA
MANUSIA YANG MENGABAIKAN REHATNYA UNTUKKU
MANUSIA YANG MENGABAIKAN MASA TIDURNYA UNTUKKU
MANUSIA YANG MENGABAIKAN MASA MAKANNYA UNTUKKU
MANUSIA YANG MENGABAIKAN KELUARGANYA UNTUKKU
MANUSIA YANG MENGABAI DIRINYA UNTUKKU

SIAPAKAH DIA
MANUSIA YANG MENGAJAR AKU MENGENAL HURUF
MANUSIA YANG MENGAJAR AKU MENULIS
MANUSIA YANG MENGAJAR AKU MEMBACA
MANUSIA YANG MENGAJAR AKU MATLAMAT KEHIDUPAN
MANUSIA YANG MENGAJAR AKU HALAL DAN HARAM
MANUSIA  YANG MENGAJAR AKU MENCARI MAKNA KEMANUSIAAN

SIAPAKAH DIA
MANUSIA YANG MENCONTAHI DIRINYA UNTUK MEMBENTUK AKHLAKKU
MANUSIA YANG MENCONTOHI DIRINYA UNTUK KEREDHAAN ILMUKU
MANUSIA YANG MENCONTOHI DIRINYA UNTUK MENJADI TAULADAN DIRIKU
MANUSIA YANG MENCONTOHI DIRINYA UNTUK MEMBENTUK IBADATKU
MANUSIA YANG MENCONTOHI DIRINYA UNTUK MENCARI KEBERKATAN HIDUP

SIAPAKAH DIA
MANUSIA YANG SENTIASA BERSEDIA DIKELAS DENGAN ILMU
MANUSIA YANG SENTIASA MENGINGATKAN TENTANG  NILAI ILMU
MANUSIA YANG SENTIASA MEMBERI KASIH SAYANG DENGAN ILMU
MANUSIA YANG SENTIASA DIRUJUK  KETIKA KEKABURAN MENUNTUT ILMU
MANUSIA YANG SENTIASA ADA NILAI KASIHNYA UNTUK PELAJAR
MANUSIA YANG SENTIASA MENGINGATI TENTANG KEBERKATAN ILMU

SIAPAKAH DIA
DIALAH ORANG YANG SENTIASA KAMI TUNGGU DIKELAS
DIALAH YANG SENTIASA MENASIHATI
DIALAH YANG SENTIASA MEMBIMBING
DIALAH  TEMPAT KAMI MENGADU
DIALAH SENTIASA ADA BILA KAMI KECELARUAN
DIALAH MEMBENTUK SAHSIAH KAMI
DIALAH HERO KAMI
DIALAH GURUKU , DIALAH MUALIM MUALIMAH KAMI

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU ,TAK KIRALAH GURU MATAPELAJARAN ATAU GURU BIMBINGAN KAUNSELING , GURU DISIPLIN , GURU PENGAWAS . YANG PASTI SELAMAT HARI GURU.