APLIKASI NEURO-LINGUISTIK
PROGRAMMING (NLP)
DALAM KAUNSELING
PENGENALAN
a)
Sejarah
NLP
Pada
awal tahun 1970an, NLP telah dibangunkan dan dipelopori oleh Dr. John Grinder,
seorang Profesor Linguistik dan Richard Bandler seorang pelajar Sarjana
Komputer dan Matematik serta Psikologi di California iaitu di Universitiy of
California. Beberapa orang yang lain seperti David Gordon, Leslie Cameron,
Steve dan Connirae Andreas, Robert Dilts, dan lain-lain turut menyertai mereka
kemudiannya.
Mereka
telah menjalankan kajian ke atas hasil kerja Milton Erickson, seorang
hipnoterapis terkemuka; Virginia Satir, seorang kaunselor keluarga yang
efektif, dan Dr. Fritz Perls, seorang pakar Gestalt, Gregory Bateson, seorang antropologis, Alfred
Korzybski, seorang saintis dan lain-lain melalui kaedah modeling atau mencontohi dan meniru tingkah laku orang lain yang
cemerlang. Kesemua ini telah membangunkan apa yang dikenali sebagai Neuro-Linguistic
Programming atau NLP.
b)
Apa
Itu NLP?
NLP
adalah satu kajian sistematik mengenai tingkah laku manusia. Ia merupakan satu
model yang unik yang membolehkan kita mengetahui bagaimana manusia belajar,
memotivasikan diri mereka dan mengubah tingkah laku untuk mencapai
kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diingini.
NLP
juga merupakan aplikasi amali bagaimana kebolehan dan keupayaan seseorang
individu yang cemerlang boleh dipindahkan kepada individu yang lain dengan
menggunakan kaedah pencontohan atau modeling.
Ia membolehkan kita mencontohi model, atau meniru kecemerlangan seseorang individu
dalam pelbagai bentuk.
NLP
membolehkan individu mengenal pasti apa yang membuatkan seseorang itu amat
berkebolehan atau berkemahiran, dan mendapatkan kebolehan dan kemahiran
tersebut untuk diri sendiri atau mengajarnya kepada orang lain. NLP dapat membantu
individu menjadi mahir dalam apa jua yang penting kepada dirinya, sama ada
ianya mengenai hubungan dengan keluarga, hubungan dengan rakan sekerja ataupun
menjadi seseorang yang lebih efektif di tempat kerja dan sebagainya.
NLP
juga merupakan satu set kaedah terapeutik yang boleh digunakan untuk melakukan
perubahan tingkah laku daripada yang tidak diingini kepada yang disukai.
NLP membolehkan seorang terapis mengubah impak masa silam
ke atas seorang kliennya. Kebanyakan
kaedahnya adalah remedi atau pemulihan yang menfokus kepada penyelesaian
masalah dari masa silam.
Apa
yang dimaksudkan dengan perkataan Neuro-Linguistic
Programming itu sendiri ialah seperti berikut:
Neuro -
|
Sistem saraf atau
neurologi di mana maklumat dan pengalaman diterima melalui lima deria iaitu
penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa. Tingkah laku kita diasaskan
daripada proses kelima-lima deria tersebut. Neurologi bukan sahaj merangkumi
proses pemikiran yang tidak Nampak tetapi reaksi fisiologi yang jelas pada
sesuatu yang diterima oleh deria.
|
Linguistic -
|
Sistem bahasa dan
komunikasi bukan lisan dimana sistem representasi mengkod, mengatur dan
memberi makna. Di sini kita menyusun fikiran dan kelakuan melalui bahasa
untuk berkomunikasi sama ada dengan diri sendiri atau orang lain.
|
Programming-
|
Keupayaan untuk mengatur
sistem neurologi melalui format dan proses tertentu, corak, model dan
paradigm yang ada bagi mencapai matlamat yang spesifik atau hasil yang
diingini.
|
c)
Empat
Tonggak NLP
Pemahaman
mengenai NLP memerlukan seseorang itu untuk mengetahui tentang empat tonggak utama
NLP seperti berikut:
·
Hubungan Mesra atau Rapport
Membina
hubungan mesra atau rapport merupakan
anugerah paling utama terbit dari NLP. Ianya berasal dari perkataan Perancis,
“rapporter” yang bermaksud “kembalikan atau bawa balik”, manakala kamus Inggeris
mendefinisikannya sebagai “hubungan yang bersimpati atau memahami”. Ianya adalah
bagaimana seseorang individu membina hubungan dua hala dengan orang lain.
Keupayaan membina hubungan mesra yang baik membolehkan seseorang itu melaksanakan
sesuatu kerja dengan baik, mengurangkan tekanan, mempengaruhi atau meyakinkan
orang lain, dan ini tentunya boleh melonjakkan kejayaan diri seseorang itu ke
tahap yang lebih tinggi.
·
Kesedaran
Sensori atau Sensory Awareness
Manusia
mempunyai lima pancaindera yang menerima pelbagai maklumat iaitu penglihatan,
pendengaran, sentuhan atau perasaan, rasa dan bau. Apa jua maklumat yang
diterima diproses melalui kelima-lima pancaindera ini. Lebih tajam pancaindera
seseorang itu, maka lebih bertambahlah kesedaran sensori atau deria seseorang
itu. Ketajaman deria setiap individu
berbeza antara satu sama lain. Kesedaran sensori boleh ditajamkan melalui
amalan dan latihan. NLP menunjukkan cara kesedaran sensori atau deria ini
dipertingkatkan kerana pemikiran, fisiologi dan deria adalah saling berkait
rapat. Proses pemikiran akan mengubah keadaan fisiologi seseorang itu.
·
Fikiran Penyudah atau Outcome
Thinking
Kehidupan
seseorang itu dibentuk daripada pilihan kepada keputusan yang telah dibuat.
Bagi setiap pilihan dan keputusan yang diambil ianya bergantung kepada apa yang
seseorang itu mahukan. Persoalan seperti “apakah yang saya mahu?” merupakan
paksi kepada segala kehidupan seseorang itu yang mana ia merupakan soalan
pemandu kepada matlamat yang seseorang itu inginkan atau capai.
·
Tingkah laku Fleksibel atau Behavioural Flexibility
Ini
merupakan salah satu kelebihan atau satu kekuatan diri yang perlu diteroka dan
diterapkan dalam diri seseorang individu. Seseorang yang fleksibel lebih
terbuka, mempunyai kesanggupan untuk menilai semula dan mengubah tingkah laku
serta tindakan jika apa yang dilakukan tidak membuahkan hasil yang diingini.
ANDAIAN-ANDAIAN DAN
PRINSIP NLP
NLP
berdasarkan kepada andaian-andaian yang merupakan landasan atau kepercayaan
mengenai diri seseorang itu dan dunia yang didiaminya. Andaian ini menjadi
prinsip yang memandu seseorang itu mengatur kehidupannya dan menjadi “penapis” kepada
sudut pandangannya.
Walau
bagaimanapun andaian-andaian tersebut tidak semestinya benar atau salah.
Perkataan dalam andaian mungkin berbeza mengikut penyampai tetapi niat dan
maknanya tetap sama. Idea asal adalah dari pemerhatian yang dibuat terhadap
Milton Erickson, Virginia Satir dan Fritz Perls yang merupakan model kepada
pengasas NLP iaitu Richard Bandler dan John Grinder.
Terdapat
lebih daripada sepuluh andaian-andaian NLP. Antara andaian-andaian yang sering
digunakan dalam NLP adalah seperti berikut:
- Manusia sentiasa berkomunikasi. Manusia tidak boleh tidak berkomunikasi.
Berkomunikasi
adalah fitrah semula jadi manusia. Setiap masa dan dalam apa jua keadaan kita
sentiasa berkomunikasi sama ada dengan diri sendiri, tuhan, orang lain dan juga
objek tertentu secara lisan atau bukan lisan. Apabila kita berkomunikasi, kita
akan melibatkan semua aspek iaitu daripada segi gaya penyampaian, pilihan
bahasa, fisiologi dan keadaan diri kita. Semua aspek tersebut mesti dalam
keadaan selari supaya mesej yang ingin disampaikan walaupun kepada diri sendiri
menjadi lebih efektif.
- Manusia sentiasa membuat pilihan terbaik yang boleh dilakukannya pada masa tersebut.
Dalam
kehidupan seharian, kita sentiasa perlu membuat pilihan dan keputusan.
Kebiasaannya pilihan dan keputusan yang kita buat pada satu-satu masa adalah
berdasarkan apa yang kita rasa, fikirkan dan kita nampak terbaik pada ketika
itu, walaupun kemudiannya kita dapati keputusan yang kita buat itu adalah satu
kesilapan. Kita tidak perlu bimbang tentang kesilapan itu kerana itulah pilihan
yang terbaik ketika itu. Dengan menerima keadaan ini, kita akan lebih pasrah
dan reda dengan pilihan yang kita buat kerana itulah yang termampu kita lakukan
pada ketika itu.
- Tidak ada kegagalan, hanya maklumbalas. Maklumbalas hanyalah maklumat sahaja.
Orang
yang berjaya dan cemerlang kebiasaannya adalah orang yang pernah gagal sama ada
sekali atau beberapa kali dalam hidupnya. Daripada satu kegagalan yang dilalui,
kita dapat mempelajari sesuatu daripadanya. Apa yang dipelajari ini merupakan
maklumbalas yang dapat mengajar kita meningkatkan keupayaan diri untuk
melakukan sesuatu dengan lebih baik.
- Peta itu bukan kawasan. Ianya adalah reprensentasi simbolik kawasan tersebut.
Peta
Pulau Pinang mempunyai butiran-butiran terperinci yang boleh kita jadikan
panduan untuk bersiar-siar di negeri itu. Namun, peta tersebut bukanlah sebuah
kawasan yang sebenarnya. Setiap individu mempunyai peta di dalam mindanya iaitu
peta mengenai agama, bahasa, budaya, kerjaya, politik dan sebagainya. Peta minda
inilah yang memberi panduan kepada kita untuk bertindak balas terhadap
situasi-situasi yang berlaku dalam kehidupan seharian. Peta ini juga menjadi
penapis kepada tingkah laku dan tindak balas kita terhadap sesuatu perkara.
Jika peta ini mengalami kekangan atau kekurangan maklumat yang menghalang kita
untuk maju ke depan, maka kita perlulah mengubahnya atau mewujudkan peta minda
yang baru.
- Kita bertindak balas mengikut peta kenyataan atau pengalaman diri kita, bukan kenyataan yang sebenarnya.
Setiap individu melalui pengalaman yang berbeza. Daripada
pengalaman ini kita membentuk satu peta realiti dalam minda kita. Peta ini akan
menentukan cara kita bertindak balas terhadap sesuatu perkara atau peristiwa
yang berlaku di sekeliling kita. Oleh sebab setiap individu melalui pengalaman
yang berbeza, maka peta realiti dalam minda dan cara tindak balas masing-masing
juga berbeza. Perbezaan ini menyebabkan komunikasi menjadi lebih kompleks. Oleh
itu, sebelum kita berkomunikasi atau cuba menyampaikan sesuatu mesej, kita
perlu pastikan peta minda seseorang itu terhadap perkara tersebut lebih kurang
sama dengan peta minda kita.
APLIKASI
NLP DALAM KAUNSELING
a)
Sistem Representasi
Sistem Representasi
adalah satu sistem dimana seseorang individu memberi keutamaan atau mempunyai
kecenderungan terhadap sesuatu deria dalam menerima, memproses dan menyampaikan
maklumat berdasarkan kepada ketajaman setiap derianya. Maklumat yang diterima
oleh seseorang individu itu diproses melalui lima sensori atau deria yang
dipanggil modaliti iaitu lihat (Visual),
dengar (Auditory), perasaan atau sentuhan (Kinesthetic), bau (Olfactory) dan rasa (Gustatory). Ianya
lebih dikenali dengan VAKOG. Secara umumnya
kebanyakan pemerolehan dan tapisan maklumat adalah dengan tiga cara iaitu VAK.
Sistem representasi boleh memainkan
peranan yang penting dalam kaunseling kerana dengan mengetahui sistem
representasi diri dan sistem representasi orang lain, seorang kaunselor boleh mempertingkat
kemahiran komunikasinya dan seterusnya memudahkan dia untuk membina perhubungan
yang mesra bersama klien. Ini disebabkan sistem representasi membolehkan
seseorang itu lebih peka terhadap gaya bahasa yang digunakan setiap individu
dan dia juga boleh mengubah gaya bahasanya mengikut kesesuaian sistem
representasi orang di sekelilingnya.
Sebahagian daripada ciri-ciri sistem
representasi yang dimiliki oleh individu yang cenderung memilih gaya Visual, Auditory atau Kinesthetic adalah seperti berikut:
V-
Melihat (Visual)
Mata
|
Menggerakkan
mata, ke atas kiri dan kanan, atau mata mereka nampak tidak fokus.
|
Gerak Tubuh
|
Gerak
tubuh mereka pantas, bersudut termasuk menunjuk; gerak isyarat sebelah atas
yang beria-ria.
|
Pernafasan
|
Bernafas
di bahagian dada, cetek dan cepat.
|
Percakapan
|
Bercakap
dengan lebih cepat atau laju serta nada yang nyaring.
|
Perkataan
|
Perkataan yang menambat perhatian mereka
termasuk: lihat, tengok, bayangkan, menampakkan, perspektif, bercahaya,
berdepan, berseri, berwarna, cerah, fokus, gambar, gelap, grafik, imbas,
intip, jelma, jelas, jelling, jerebu, kabus dan lain-lain. Dalam NLP,
perkataan-perkataan ini dipanggil predikat.
|
Penyampaian
|
Lebih
gemarkan gambar, rajah, wayang atau video
|
|
·
Kurang sensitif
kepada bunyi, lebih minat dengan rupa bentuk benda, mudah bosan dengan arahan
lisan.
|
A
- Mendengar (Auditory)
Mata
|
Bergerak
secara melintang, kiri dan kanan
|
Gerak Tubuh
|
Gerak
tubuh mereka lebih seimbang, menyentuh muka (menggosok dagu), gerak isyarat
sebelah tengah dan cenderung untuk menyendeng.
|
Pernafasan
|
Bernafas
di bahagian tengah dada, berirama serta perlahan.
|
Percakapan
|
Gemar
bercakap dan dengan berirama (rhythm)
|
Perkataan
|
Perkataan yang menambat perhatian mereka
termasuk: Dengar, tanya, cakap, klik, senada, adu, bincang, bercakap, berceloteh,
bergaung, beritahu, berleter, bertelingkah, bertengkar, bersungut, bersyarah,
bisik, bising, caci, celah, cela, deklamasi, dering dan lain-lain. Dalam NLP,
perkataan-perkataan ini dipanggil predikat.
|
Penyampaian
|
Lebih
gemarkan senarai, ringkasan, petikan, bacaan
|
|
·
Memberi lebih
perhatian kepada bunyi, nada dan mudah terganggu dengan kebisingan, gemar
nada suara, bahasa yang spesifik.
|
K
– Perasaaan atau Sentuhan (Kinesthetic)
Mata
|
Melihat
ke kanan dan ke bawah
|
Gerak Tubuh
|
Gerak
tubuh mereka berirama, menyentuh bahagian dada (lebih kepada lelaki)
|
Pernafasan
|
Bernafas
di bahagian bawah dengan lebih dalam dan lebih perlahan
|
Percakapan
|
Bercakap
dengan lebih perlahan atau lambat
|
Perkataan
|
Perkataan yang menambat perhatian mereka
termasuk: rasa, sentuh, pegang, sambut, angkut,
bawa, beban, bengkuk, bergelut, bergelumang, berus, cubit, ganggu, remuk, sapu, selesa, seksa, konkrit, kukuh
, lambung, lari, lembut dan lain-lain. Dalam NLP, perkataan-perkataan ini
dipanggil predikat.
|
Penyampaian
|
Menuju (matlamat):
mencapai, mendapat, meraih
Lari Dari (Masalah):
elak, keluar, lega
|
|
·
Lebih berminat untuk merasa sesuatu itu betul atau menimbulkan perasaan
betul
|
Setiap individu
memproses maklumat dengan deria yang
berbeza. Bahasa yang mereka gunakan akan mendedahkan cara representasi mereka. Kaunselor
perlu peka terhadap ciri-ciri tersebut dan mengenalpasti sistem representasi
klien. Masalah komunikasi selalunya terjadi apabila dua orang atau lebih
bercakap dalam sistem representasi yang tidak sama atau selari. Sebagai contoh,
maklumat yang ingin disampaikan adalah sama, tetapi diluahkan dengan berbeza
oleh individu yang berbeza sistem representasinya seperti berikut:
Lihat
(V) : “Saya nampak apa yang anda maksudkan”
Dengar
(A) : “Saya dengar
apa yang anda katakan”
Perasaan
(K) : “Saya dapat pegang perkara itu”
Oleh itu, kaunselor perlu lebih peka dan
cuba mengubahsuai sistem representasi sendiri dengan menggunakan
perkataan-perkataan atau predikat yang dapat menambat hati klien supaya
komunikasi lebih efektif.
Bagaimana kaunselor boleh menggunakan
ketajaman deria dan seterusnya membina hubungan mesra?
1) Sentiasa
bernafas bersama dengan klien. Jika mereka bernafas
dengan cepat, atur rentak supaya menjadi perlahan. Lakukan teknik pernafasan
yang betul.
2) Cerminkan
betul-betul kedudukan atau postur dan pergerakan klien.
Ikut rentak mereka seperti jika mereka duduk condong ke hadapan, kaunselor
turut duduk dalam gaya yang serupa. Jangan mengajuk, hanya ikut rentak mereka.
3) Samakan
(match) jenis perkataan yang klien gunakan.
Jika klien berkata mereka tidak melihat sesuatu berhasil, mereka tidak
dapat membayangkan dengan jelas hasil akhirnya, kaunselor
hendaklah menandingi (match) perkataan “lihat” (visual); iaitu melihat gambar
dengan jelas.
4) Jejak
balik (backtrack) apa yang klien beritahu anda.
CORAK-CORAK
NLP
Kaunselor boleh menggunakan corak-corak
NLP dalam sesi kaunseling untuk membantu klien dalam proses penyelesaian pelbagai
masalah atau isu. NLP dapat mengani isu fobia dan trauma, konflik dalam diri,
penghargaan kendiri yang rendah dan sebagainya dengan menggunakan corak-corak
NLP seperti berikut:
a) Mengikis
Ketakutan Dan Fobia
Corak atau teknik ini dapat meneutralkan
perasaan-perasaan negatif yang kuat disebabkan fobia atau trauma dan juga
akibat kejadian-kejadian yang menyedihkan. Fobia atau trauma adalah sesuatu
yang dipelajari dengan pantas dalam satu situasi yang sebenarnya bahaya atau nampak
merbahaya. Kenyataan bahawa individu dapat melakukan one trial learning seperti yang dikatakan oleh ahli psikologi
membuktikan bahawa minda manusia dapat belajar dengan pantas apabila berdepan
dengan sesuatu situasi atau kejadian. Kebolehan untuk belajar dengan cepat
memudahkan kita mempelajari kaedah baru bagi membalas sebarang fobia atau
pengalaman traumatik. Tujuan teknik ini ialah untuk memperhalusi dan meningkatkan
kemampuan minda bagi melindungi kita dengan pengemaskinian maklumat di dalam minda.
Kaedahnya adalah seperti berikut:
- Kaunselor minta klien duduk dalam keadaan yang paling dia rasa selesa. Lakukan teknik pernafasan dan teknik relaksasi yang ringkas.
- Kemudian, kaunselor minta klien relaks dan tumpukan perhatian kepada suara kaunselor. “Dengan mata anda tertutup atau terbuka, bayangkan diri anda sedang duduk di dalam sebuah panggung wayang (atau auditorium) dan anda sedang melihat satu gambaran diri anda di atas kain layar (atau skrin)”.
- “Sekarang, keluarkan diri dari tubuh anda dan apungkan diri naik ke atas di belakang panggung wayang ke dalam bilik tayangan (projection room). Bilik ini dilindungi oleh pelindung yang kuat dan tahan pecah serta tidak lut peluru jenis “plexiglass”. Dari bilik tayang ini, lihat diri anda yang sedang duduk di dalam panggung wayang melalui cermin, yang sedang melihat gambar hitam putih anda di atas kain layar (atau skrin) di hadapan. Ingatkan diri bahawa anda dilindungi di dalam bilik yang kukuh dengan dinding “plexiglass” pada bahagian hadapan.”
- “Sekarang lihat dan dengar, dengan dilindungi dalam bilik tayangan ini, semasa anda menonton wayang hitam putih pada waktu anda mula melalui situasi di mana anda mengalami fobia atau trauma tersebut. Tonton keseluruhan kejadian itu, bermula sebelum insiden tersebut berlaku. Perhatikan sehingga ke akhirnya apabila semuanya kembali baik seperti sediakala.”
“Jika anda tidak sisihkan sepenuhnya dari
kejadian itu, jadikan skrin panggung itu kecil, mengecil dan semakin jauh.
Jadikan gambar yang dilihat kasar dan hentikan wayang itu. Mulakan kembali
wayang itu sehingga apabila anda menontonnya anda tidak lagi lekat dan berkait
dengannya. Akhirkan wayang itu selepas kejadian yang menyebabkan fobia dengan
merangkakan gambar kaku (freeze frame)
anda.”
- “Selepas itu, tinggalkan bilik tayangan dan masukkan diri anda semula ke dalam tubuh anda sekarang di tempat duduk. Bangun dari tempat duduk dan berjalanlah ke hadapan dan masuk ke dalam “gambar kaku” diri anda di dalam skrin di akhir wayang tadi. Sekarang tayangkan keseluruhan wayang secara depan ke belakang (rewind) dipenuhi dengan warna, dengan kelajuan dua saat. Pastikan tayang ke belakang iaitu sebelum insiden itu bermula. Lihat, dengar dan rasa semuanya menjadi terbalik (backwards) dalam lima saat,. Sekali lagi dalam masa 10 saat. Rewind dalam masa lima saat. Rewind sekali lagi dalam masa dua saat.”
- “Baiklah, tarik nafas sedalam-dalamnya dan lepaskan perlahan-lahan.”
- “Sekarang, cubalah kembali kepada keadaan fobik dengan apa cara yang boleh. Apa kata jika anda berada dalam situasi tersebut sekarang? Bilakah agaknya anda akan berhadapan dengan salah satu situasi begitu? Jika anda masih mendapat respon fobia, kita akan ulang semula langkah 1 hingga 5 dengan tepat, tetapi dengan lebih pantas setiap kali sehingga tiada respons fobia yang tinggal.”
- “Sejak anda menjadi fobia atau traumatik, anda telah menjauhi situasi tertentu yang mana membuatkan anda berasa fobia dan menjadikan anda tidak berpeluang untuk belajar mengenainya. Bermula apabila anda berhadapan dengan meneroka situasi ini pada masa akan datang, adalah ditekankan supaya anda berhati-hati sehinggalah anda berasa selesa dengannya.”
- “Baiklah, tarik nafas sedalam-dalamnya dan lepaskan perlahan-lahan, dan bukalah mata anda perlahan-lahan (jika klien menutup mata sepanjang proses tersebut) apabila anda telah bersedia.
b) “Visual Squash”
Corak “Visual Squash” adalah satu proses
penyelesaian konflik dalaman yang membolehkan kita mengintegrasikan bahagian
diri kita yang bertentangan. Sebagai contoh, i) satu bahagian kita inginkan
berat badan yang ideal tetapi satu bahagian lagi mahukan makanan yang
berlebihan; ii) satu bahagian kita amat cermat dengan wang tetapi satu bahagian
lagi ingin berbelanja dengan berlebihan. Kaedahnya sepeti berikut:
1. Pertama, buatkan klien berfikir mengenai
seseorang, atau tempat, atau perkara yang mereka sukai. Di manakah mereka
merasai perasaan ini? Minta klien menunjukkan tempat tersebut dan
menghuraikannya dengan lebih terperinci mengenai warnanya, bentuk, bunyi, dan
tempat letaknya.
2. Minta klien pejamkan mata jika perlu. Lakukan
kaedah pernafasan dan relaksasi. Memadai dengan relaksasi biasa, untuk
mengenepikan minda sedar klien dari mengganggu.
3. Setelah klien menjadi relaks, kaunselor
memulakan teknik, “Bayangkan, dalam mata minda anda, bahagian diri anda ingin
berubah, bahagian yang anda bawa ke sini, yang sebenar-benarnya mahukan
matlamat ini__________________ (kaunselor
ulang matlamat itu di sini dalam bentuk positif semestinya). Anda tahu
sebabnya (senaraikan beberapa sebab yang
telah diberitahu pada anda; seperti ingin nampak lebih sihat, lebih yakin,
lebih bergaya dan segak, dan lain-lain) dan beberapa sebab lain yang anda
tidak sedar. Itu tidak mengapa. Biarkan bahagian ini mempunyai warna, bentuk,
bunyi, dan rasa. Ianya mungkin apa sahaja; awan putih, hati yang ungu, apa juga
ianya adalah ianya. Saya mahu ucapkan terima kasih pada bahagian ini, dan anda
juga patut berterima kasih, kerana ianya mahukan yang terbaik untuk anda.”
4. “Sekarang bayangkan di sebelahnya pula, dalam
mata minda anda, bahagian diri anda yang apa jua sebabnya, menghalang anda dari
mencapai perubahan ini. Anda tahu sebabnya, atau anda tidak tahu sebabnya tanpa
disedari. Itu tidak mengapa. Biarkan bahagian ini mempunyai warna, bentuk,
bunyi dan rasa. Apa jua yang terlintas di dalam minda anda ianya diterima.
Ianya adalah bahagian anda yang menahan anda dari mencapai matlamat ini.
Sekarang saya mahu ucapkan terima kasih kepada bahagian ini, dan anda juga
patut berbuat begitu. Kita mungkin tidak suka apa yang telah dilakukannya,
tetapi dia telah melakukannya untuk sebab-sebab tertentu. Saya mahu anda
membiarkan bahagian ini untuk melihat pada semua perlakuan dan kepercayaan yang
telah menyebabkan ia melakukan perkara ini. Semasa kita membesar, kita
mempelajari perkara yang kita tidak inginkan. Seorang kanak-kanak mungkin
mendengar, “Basuh pinggan anda, orang lain kebuluran di sesetengah pelusuk
dunia.” Ibu bapa kita bermaksud jangan bazirkan makanan, bukan terlebih makan.
Yang sebenarnya, kita tersilap belajar tentang pengajarannya. (Masukkan di sini perkara spesifik seperti:
kadangkala, minda sebelum sedar kita tidak memahami kejadian atau situasi.
Ianya bukanlah sesuatu yang jarang bagi ibubapa atau pihak atasan memberitahu
kita untuk “kerjalah dengan lebih gigih atau anda tidak akan berjaya,” ataupun
“anda seorang yang kalah,” dan minda kita hanya mendengar perkara yang negatif
sahaja). Kadangkala sesuatu perkara tidak menjadi seperti yang kita mahu,
bola yang terlepas, gerakan yang tidak betul, tergamam dalam sesaat, yang boleh
menyebabkan kita memainkan kejadian-kejadian ini seolah-olah ianya sebahagian
dari kita, iaitu ianya bukan sesuatu yang telah terjadi yang boleh kita
pelajari dan jadikan iktibar.”
5. “Sekarang saya menjemput bahagian ini untuk
melepaskan kejadian ini dan yang lain-lain yang mengekang diri anda. Anda boleh
benarkan diri anda melihat kejadian-kejadian ini ataupun sebabnya dalam
perspektif baru. Sekarang bahagian ini boleh mempelajari semua apa yang perlu
bagi menjana diri anda dengan lebih baik lagi.”
6. “Sekarang biarkan kedua-dua bahagian ini
berhadapan antara satu sama lain dalam minda anda, setiap bahagian memperakui
yang lain. Ramai orang nampak hubungan tenaga di antara keduanya. Kedua-dua
bahagian menyedari mereka tidak menyerahkan apa-apa; mereka semakin kuat kerana
bersatu. Setiap bahagian mempunyai sesuatu yang diperlukan oleh bahagian yang
lain. Begitulah cara yang betul.”
7. “Sekarang pandang dan dengar dengan kedua-dua
bahagian yang berharga ini. Izinkan kedua-duanya menjadi satu secepat mungkin
supaya mereka berpadu dan sebati dalam cara yang paling selesa dan berguna pada
anda… iaitu dengan cara tiada bahagian anda yang kehilangan apa-apa, dapat mengekalkan
kegunaan dan kepentingan kedua-duanya, setiap bahagian mendapat keuntungan dari
kualiti dan keupayaan bahagian yang lain di mana mereka sendiri kekurangannya
tetapi ada di dalam bahagian yang satu lagi.
Anda
mungkin terpesona memerhatikan sesetengah perubahan yang berlaku pada dua-dua
imej itu apabila mereka mula bersama secepat yang boleh untuk menerapkan
perubahan. Anda juga mungkin terkejut dengan imej yang diwujudkan bila dua imej
itu akhirnya bercantum dan menjadi satu imej apabila keduanya lebur ke dalam
satu sama lain dan mengambil keupayaan satu sama lain. Perhatikan bagaimana
imej baru itu kelihatan kerana bahagian baru ini mewakili gabungan keupayaan
yang anda tidak pernah miliki sebelum ini, dan oleh itu bahagian baru ini akan
mempunyai kemahiran dan kebolehan tambahan yang anda tidak pernah duga, yang
boleh anda nikmati. Kaedah baru dalam mencapai semua kehendak hasil secara
serentak.”
8. Kaitkan dengan bahagian yang baru.
9. “Bila anda bersedia, bayangkan bahagian ini
datang dalam diri anda, ke dalam tempat dimana anda berasa kasih sayang dan
kepercayaan, yang entah bagaimana meresap masuk ke dalam tubuh anda, dengan
menjadi sebahagian dari anda dan semua kelakuan anda yang bersedia diperolehi
pada bila-bila masa. Apabila anda melakukan ini, anda berasa tenaga melanda ke
dalam tubuh anda semasa bahagian ini bersatu dengan anda. Ambillah sedikit masa
untuk menghargai kualiti bahagian baru yang unik ini.”
10. “Sekarang fikirkan pada masa-masa dan
tempat-tempat yang tertentu di mana anda mahukan kualiti-kualiti dan keupayaan
yang bersepadu ini dalam kendalian anda sepenuhnya untuk masa hadapan.”
11. “Baiklah, tarik nafas sedalam-dalamnya dan
lepaskan perlahan-lahan, dan bukalah mata anda perlahan-lahan (jika klien menutup mata sepanjang proses
tersebut) apabila anda telah bersedia.”
c)
‘Swish’
Teknik ini mengambil mana-mana tingkah
laku yang tidak dikehendaki dan mengubahnya kepada keinginan untuk menjadi
seseorang yang diingini. Ia adalah berguna pada bila-bila masa klien ingin mengubah
tingkah laku atau perasaan yang tidak dikehendaki. Kaedahnya:
- Teknik pernafasan dan relaksasi ringkas.
- Apabila klien relaks, kaunselor minta klien membayangkan gambaran diri yang ingin diubah dengan imej yang besar dan berwarna terang. Letakkan ia di sebelah untuk seketika.
- Kaunselor mulakan, “Sekarang, gambarkan diri anda seolah-olah anda sudah dapat mengawal destini anda iaitu anda sudah mencapai segala yang dihajatkan dalam kehidupan anda. Bayangkan hal ini dengan intensiti yang kuat dengan penuh dorongan dan perhatian. Lengkapkan lagi gambar ini dengan suara yang bersemangat dan bertenaga bagi mengesahkan kehendak anda pada masa hadapan.”
- “Ambil imej diri yang tidak dikehendaki tadi yang terang dan besar, dan letakkan satu imej kecil yang gelap iaitu imej yang anda kehendaki pada bahagian sudut bawah sebelah kiri. Jadikan gambar besar yang terang tadi tiba-tiba gelap; dan serentak itu gambar kecil yang gelap tadi timbul semakin membesar saiznya dan terang menggantikan gambar imej diri yang ingin diubah tadi, dan jeritkan “Swish!” atau “Tukar!” (sambil melagakan atau selisihkan kedua-dua telapak tangan, kiri dan kanan)
·
Ulang
proses ini dengan cepat sebanyak 5 kali berturut-turut, dan setiap kali
menyebut (menjerit!) ‘SWISH’. Buka
mata anda pada setiap satu proses sebagai selingan.
d)
Membina Penghargan
Kendiri
(Melihat Diri Dari Kaca Mata Orang
Yang Menyayangi Kita)
Teknik ini membantu anda untuk memperolehi penghargaan
untuk diri sendiri yang orang lain ada untuk anda. Ianya
berguna bagi membentuk penghargaan dan keyakinan diri.
- Teknik Pernafasan dan relaksasi ringkas. Minta klien pejamkan mata jika perlu.
- Apabila klien relaks, minta klien fikirkan seseorang yang menyayanginya. “Sekarang fikirkan yang anda tahu menyayangi diri anda. Fikirkan seseorang yang tanpa anda ragu amat menyayangi diri anda. Dia mungkin ibu bapa anda, isteri (suami) anda, datuk atau nenek anda, kekasih anda, anak-anak anda atau sesiapa sahaja yang menyayangi anda. Jika anda tidak dapat memikirkan seseorang yang anda tahu menyayangi anda, cuba fikirkan seseorang yang anda telah bantu apa jua dan orang itu amat menghargai diri anda. Sama ada anda memikirkan seseorang yang menyayangi anda atau menghargai anda, cuba amati siapa orang itu sekarang. Anda akan menggunakan sumber ini kemudian”
- “Sekarang, bayangkan anda sedang duduk di sebuah meja menulis autobiografi atau riwayat hidup anda. Tidak kiralah samada anda sedang menulis dengan pen atau pensil ataupun dengan mesin taip ataupun menggunakan komputer. Anda sedang menulis autobiografi anda, cerita atau riwayat hidup anda. Anda dapat rasakan kerusi dan meja yang sedang gunakan. Anda dapat lihat dalam beberapa saat atau pun sebentar lagi perkataan-perkataan yang menceritakan kehidupan diri anda menjelma kepada anda, dan semasa anda menulis, anda menyedari fikiran anda kepada seseorang yang anda tahu menyayangi diri anda ataupun yang menghargai anda. Anda mula berfikir dengan semakin jelas mengenai orang yang menyayangi diri anda.”
- “Sekarang ambil masa untuk perhatikan di sebelah bilik dimana anda sedang menulis autobiografi anda. Anda dapat lihat seseorang sedang berdiri di sebelah pintu kaca, seseorang yang anda tahu amat menyayangi anda. Dan semasa anda melihat orang yang menyayangi atau menghargai diri anda ini, anda menyedari bahawa dia sedang melihat anda, memerhatikan anda, dan anda memutuskan untuk memerikan kehidupan anda. Ambil masa untuk menceritakan apa yang anda lihat dan apa yang anda rasai mengenai orang ini. Masukkan jua apa yang anda dengar anda katakan pada diri anda mengenai kisah hidup anda. Ambillah sebanyak masa yang anda mahu.”
- “Oleh kerana anda sekarang mengetahui sepenuhnya perihal orang yang anda tahu menyayangi anda, benarkan diri anda meninggalkan anda dari meja tersebut dan apungkan kesedaran diri anda dari bilik itu melalui pintu kaca dan perhatikan bagaimana rasanya berdiri disamping orang yang menyayangi diri anda. Ambil masa untuk melihat dari pintu kaca tersebut dan perhatikan diri anda menulis biografi anda. Berdirilah di situ dan tengoklah bagaimana anda kelihatan dari perspektif ini iaitu dibelakang pintu kaca itu. Dan perhatikan berapa banyak anda hargai diri anda waktu ini. Perhatikan perasaan anda yang sebenarnya mengenai diri anda semasa anda melihat diri anda melalui pintu kaca tersebut. Anda dapat perhatikan betapa banyaknya sanjungan sendiri ataupun hanya dapat perhatikan sedikit sahaja. Apa pun yang anda perhatiakan terimalah pengalaman ini dengan baik dan seadanya”.
- “Sekarang, dengan lemah dan lembut, benarkan diri anda masuk ke dalam tubuh insan di sebelah yang anda tahu menyayangi diri anda. Ambillah sebanyak masa yang perlu untuk melakukannya dengan selesa dan mudah. Apabila anda telah sepenuhnya masuk ke dalam tubuh insan yang menyayangi atau yang amat menghargai anda, lihatlah melalui matanya pada diri anda di sana yang sedang menulis autobiografi anda. Perhatikan apa rupa diri anda di sana yang sedang menulis autobiografi tersebut. Perhatikan bagaimana anda bergerak dan bernafas. Ambillah masa secukupnya untuk menghargai semua kualiti dan aspek-aspek istimewa diri anda yang anda sedari mungkin buat pertama kali semasa anda lihat dari mata yang penuh kesayangan, semasa anda berada di sana iaitu di meja tulis dari perspektif seseorang menyayangi diri anda.”
- “Apabila anda sudah menyedari sepenuhnya tentang kualiti dan ciri-ciri istimewa diri anda yang menjadikan siapa dan apa sebenarnya diri anda, dengan lemah lembut benarkan kesedaran diri keluar dari tubuh insan yang menyayangi anda itu dan apungkan diri kembali melalui pintu kaca merentasi bilik dan kembali ke dalam tubuh anda di meja penulisan autobiografi anda.”
- “Ambillah masa anda sekarang untuk menulis ke dalam autobiografi anda apa yang anda baru sahaja alami dengan melihat diri anda dari kaca mata kasih sayang dan penuh penghargaan. Semasa anda menulis apa yang anda alami pastikan anda perihalkan beberapa kualiti dan ciri-ciri istimewa yang anda perhatikan pada diri apabila anda melihat dari kaca mata kasih sayang.”
- “Semasa anda menulis pengalaman ini ke dalam autobiografi anda, mula fikirkan masa hadapan anda iaitu perkara masa akan datang yang anda jangka dan perkara yang tidak dijangka yang akan memeranjatkan anda. Fikirkan semua tempat dan waktu-waktu di masa hadapan tersebut iaitu esok, lusa, minggu berikutnya, bulan-bulan berikutnya dan tahun-tahun seterusnya supaya mudah bagi anda untuk mengimbau, mengkaji dan mengenang kembali perkara-perkara yang amat bernilai ini dari kaca mata penuh kasih sayang. Perhatikan pada keistimewaan diri anda dan hargai dengan sewajarnya siapa dan apa diri anda sebenarnya dalam dunia ini.”
- “Sekarang dengan menarik nafas panjang dan dengan perlahan-lahan saya mahu anda kembali kepada kesedaran anda sepenuhnya. Dengan masa sendiri menjadi semakin sedar, bukalah mata perlahan-lahan, dan kembalilah ke masa kini”
Terdapat
banyak lagi corak-corak NLP selain daripada di atas yang boleh digunakan oleh
kaunselor untuk membantu kliennya dalam menangani isu atau masalah yang
dihadapi klien. Kaunselor juga boleh membangunkan corak-corak yang lain dengan
menggunakan kreativitinya sendiri asalkan isi kandungan asasnya masih ada.
KESIMPULAN
NLP
merupakan satu kaedah alternatif yang boleh digunakan dalam kaunseling. NLP
membantu mempermudahkan proses membina hubungan mesra melalui komunikasi dengan
klien dengan kaedah mengenali sistem representasi klien. Selain itu, NLP
membuatkan kaunselor lebih peka dengan sistem representasi sendiri dan mendorongnya
untuk mengubahsuai sistem tersebut untuk disesuaikan dengan sistem representasi
klien supaya komunikasi boleh dilaksanakan dengan lebih efektif. NLP telah
memberi kelainan dan sumbangan yang penting dalam kemahiran berkomunikasi yang
mana kemahiran ini sangat penting dalam menjayakan sesi kaunseling dan juga
dalam hubungan interpersonal dalam kehidupan seharian. Selain itu, NLP memberi
impak yang penting dalam bidang kaunseling yang mana ia dapat membantu
kaunselor menangani isu berkaitan klien dengan cepat dan efektif.
RUJUKAN
Bailey,
R., (1997), NLP Counseling: Helping
People Change, The Essential Counseling Series, United Kingdom: Speechmark
Publishing Ltd.
Bradbury,
A., (2000), Develop your NLP Skills (Ed.
Ke-2), London: Kogan Page Limited.
Hall,
L.M., & Belnap, B.P., (2004), The
Sourcebook of Magic: A Comprehensive Guide to NLP Change Patterns (Ed.
Ke-2), United Kingdom: Crown House Publishing Limited.
Md.
Taib Mat, (2009), NLP: Rahsia Sains dan
Seni Kejayaan Diri, Shah Alam : MTM Consultants Sdn. Bhd.
Molden,
D. & Hutchinson, P., (2008), Brilliant
NLP: What The Most Successful People Know, Do And Say (Ed. Ke-2), Great
Britain: Pearson Education Ltd.