Khamis, 25 Januari 2018

contoh surat lawatan sambil belajar ke Kolej Vokasional untuk pelajar lepas pt3



Ruj Kami   :

                                                                                                                Tarikh        :

                       
                                                                                               

PENGARAH

KOLEJ VOKASIONAL ARAU
JALAN PADANG NYU
02600 ARAU, PERLIS
TEL : 049865211 FAK : 04-9860288

 

Assalamualaikum w.b.t

Tuan,

PERMOHONAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KOLEJ VOKASIONAL ARAU UNTUK PELAJAR LEPASAN PT3

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah  ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke Kolej Vokasional Arau. Berikut maklumat program yang akan dijalankan untuk makluman pihak tuan.

Tarikh            : 19.10.2015
Pelajar            : 52 lelaki dan 49 perempuan
Guru               : 4 orang

3.         Program ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar berkaitan kemahiran-kemahiran yang bersesuaian dan penerangan kursus –kursus yang ditawarkan untuk pelajar tingkatan 4 ,2016 di Kolej Vokasional. Guru-guru yang boleh dihubungi ( nama dan nombor telefon guru).
           
4.         Atas kerjasama daripada pihak tuan di dalam membantu kecemerlangan sahsiah dan pendidikan para pelajar di dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. Harap Maklum

 

“BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA”


Saya Yang Menjalankan Tugas,



……………………
MUKHTAR BIN KASIM
PENGETUA