Khamis, 25 Januari 2018

contoh surat pemohanan kursusdi Kolej Komuniti untuk pelajar sekolah



Ruj Kami   :

                                                                                                                Tarikh        :


PENGARAH
KOLEJ KOMUNITI ARAU PERLIS
JALAN BN , TAMBUN TULANG,
02600 ARAU, PERLIS                   
                                                                                               

Assalamualaikum w.b.t

Tuan,

PERMOHONAN KURSUS UNTUK PELAJAR TINGKATAN 2

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah  ingin memohon kursus jangka pendek daripada kolej komuniti Arau kepada pelajar tingkatan 2. Berikut maklumat program yang akan dijalankan untuk makluman pihak tuan.

Tarikh            : 18.10.2015
Pelajar            : 84 lelaki dan 58 perempuan
Guru               : 4 orang

3.         Program ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar berkaitan kemahiran-kemahiran yang bersesuaian dan  menambah ilmu berkaitan pembelajaran diluar sekolah.

4.          Kami ingin juga memohon pengangkutan bas untuk pelajar kami untuk pergi dan pulang dari pihak Kolej Komuniti. Guru-guru yang boleh dihubungi ( nama guru dan nombor telefon)
           
5.         Atas kerjasama daripada pihak tuan di dalam membantu kecemerlangan sahsiah dan pendidikan para pelajar di dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. Harap Maklum

 

“BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA”


Saya Yang Menjalankan Tugas,



……………………

PENGETUA