Selasa, 16 Januari 2018

contoh laporan khidmat masyarakat dan dwen



1.            PENDAHULUAN

Program Khidmat Masyarakat dan Dasar Warga Emas Negara ( DWEN) adalah sebahagian daripada program tahunan sekolah SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah (AL MA’AD). Program ini dilaksanakan pada setiap tahun dan disertai oleh pelajar-pelajar sekolah dan guru-guru.

2.      TUJUAN

2.1 – Memenuhi salah satu daripada program ikrar kelima dalam Rukun Negara: “Kesopanan & Kesusilaan”.
2.2 – Program bertujuan mendorong para pelajar sekolah ini untuk turun membawa khidmat bakti kepada masyarakat awam secara keseluruhan serta mengeratkan lagi hubungan silatur-rahim yang ada.


3.                  OBJEKTIF

3.1 – Program ini berfungsi sebagai medium dalam usaha untuk melibatkan para pelajar SMA AL MA’AD bersama masyarakat luar.
3.2 – Mensasarkan kepada generasi muda (para pelajar / belia-belia) dengan bertujuan mengisi ruang-ruang kosong dengan amalan-amalan berfaedah serta mendatangkan manfaat yang berkesinambungan antara dua generasi (muda & tua).
3.3 – Berfungsi sebagai program tautan muhibah dan silatur-rahim antara para pelajar dan masyarakat kariah Kg Serdang khasnya.
3.4 – Memperkenalkan idea ‘Rakan Masjid’ melalui program ini, iaitu program bermula di masjid. Selain itu, program ini turut mengajak para pelajar dalam acara ‘ziarah masjid’ setiap tahun.




4.                  TARIKH & TEMPAT

Tempat                        :           Pekarangan Masjid Nurul Yaqeen,
                                                Jln Tok Pulau, Kg Serdang, Simpang Empat, Perlis              
                       
Tarikh                          :           2 November 2013


5.                  BELANJAWAN & PENGANGKUTAN

Lihat lampiran 1.

6.                  ANJURAN

Kelab Rukun Negara
Kelab Pembimbing Rakan Sebaya
Persatuan Geografi & Sejarah
Persatuan Kemahiran Hidup

7.                  JAWATANKUASA PELAKSANA
Lihat lampiran 2.

8.                  SASARAN

80 orang pelajar (40 orang pelajar lelaki / 40 orang pelajar perempuan).                                                                                           



9.                  LAPORAN PROGRAM

Seramai 80 orang pelajar yang terdiri daripada 40 orang pelajar lelaki dan 40 orang pelajar perempuan dari pelbagai tingkatan telah menyertai lawatan ini. Program tersebut turut diiringi oleh beberapa orang guru dari kelab-kelab penganjur. Para pelajar telah berkumpul seawal jam 7:30 pagi di hadapan surau (pelajar lelaki) dan di dataran Pawanteh (pelajar perempuan). Mereka akan berangkat dengan dua (2) buah bas yang ditempah khas dari syarikat bas (Pak Cha Interprise) pada jam 8 pagi.

DSCN6875    P7150251

Para pelajar begitu teruja dan bersemangat apabila berpeluang untuk mengerah keringat bakti yang dianjurkan oleh kelab dan persatuan mereka masing-masing. Perjalanan yang mengambil masa kurang dari 30 minit untuk sampai ke destinasi disambut oleh tuan imam ____________dan sebahagian ahli-ahli kariah masjid.


Para pelajar gembira kerana dapat sekali lagi turun padang bersama masyarakat setempat, bersuai kenal dan bekerjasama dalam hal ehwal kemasyarakatan yang ianya sudah pasti akan meninggalkan kenangan dan pengalaman. Bermula dengan penyediaan alat-alat memasak, memproses bahan-bahan mentah hinggalah kepada objektif utama -

- iaitu gotong royong membersihkan masjid, mereka amat bertuah kerana dapat menimba pengalaman dan pembelajaran yang bukan semua golongan belia seperti mereka perolehi akan kekal di sanubari mereka.  Gelak tawa dan riang ria daripada semua pihak memeriahkan lagi kegiatan ini kerana inilah kegiatan manis para pelajar bergembleng tenaga bersama-sama golongan tua, secara tidak langsung program ini sebagai titik persediaan dan persiapan bagi menghadapi bulan Ramadan tidak lama lagi.


Program ini berakhir selepas solat Zuhur berjemaah diimamkan oleh saudara _________, pelajar tingkatan 3 dan selaku anak kariah masjid tersebut. Turut sama mengimarahkan masjid ialah tuan pengetua yang dikasihi, _____________ yang bersama-sama dengan kami sejak dari awal lagi. Para pelajar pulang semula ke sekolah dengan selamat pada jam 3 petang.





10.              REFLEKSI
  
10.1 – Pengangkutan.
        Permohonan bas kepada Unit Perhubungan, Jabatan Pelajaran Perlis tidak diluluskan berikutan pihak jabatan sendiri tidak mempunyai peruntukan biaya khas (rujuk lampiran 3.)
10.2 – Pendaftaran pelajar.
        Memandangkan pihak jabatan gagal menyediakan dua buah bas untuk membawa para pelajar ke Kampung Serdang, maka pihak penganjur terpaksa mengambil langkah kedua iaitu membuat permohonan sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk 80 orang pelajar yang menyertai program tersebut.
       Setiap pelajar yang menyertai program ini dikenakan sebanyak RM3 sahaja.

10.3 – Persediaan memasak.
       Peralatan adalah hasil kerjasama pihak sekolah dan kariah masjid.
10.4 – Sambutan.
Sambutan program kemasyarakatan ini agak dingin kerana berlaku beberapa sebab:

10.4.1: Ahli kariah Kampung Serdang adalah diantara komuniti yang mempunyai jumlah ahli tidak lebih dari 100 buah keluarga. Menurut en. Zakaria, hampir 50% adalah daripada keluarga ibu tunggal, manakala sebahagian besar daripada belia-belia kampung tersebut telah berhijrah ke luar negeri. Ini memberi impak pengurangan ahli jemaah yang datang mengimarah masjid di kampung tersebut.


11.       RUMUSAN

            Walau pun pelbagai cabaran dan kekurangan yang berlaku semasa menjayakan program ini, fenomena ini tidak membantutkan semangat kerjasama dan toleransi antara pihak penganjur dan masyarakat Kampung Serdang. Para pelajar begitu kuat dan tekun menyempurnakan kegiatan ini kerana ia adalah sebahagian daripada tugasan yang harus mereka laksanakan. Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada ___________dan seluruh ahli kariah Masjid Nurul Yaqeen, Kg Serdang di atas kesudian menerima kami. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru penyelaras yang dapat hadir, tuan pengetua _________ dan Guru Kanan Mata Pelajaran _________. Jazakumullah khairon.


Laporan disediakan oleh:





Guru Penyelaras
Kelab Rukun Negara










GALERI FOTO:








LAMPIRAN 1:
  1. Pendapatan:
Bil.
Item
RM
1.
2.
3.
4.
Sumbangan PIBG
Sumbangan kelab / persatuan
Kutipan pelajar (80 peserta)
Sumbangan waris pelajar:
  1. sumbangan wang
  2. sumbangan beras (50kg)
300.00
190.00
170.00

122.00
-
Jumlah
782.00


  1. Perbelanjaan:
Bil.
Item
RM
1.
2.
3.
4.

5.
6.
7.
Sewa bas x2 buah (80 org)
Pengangkutan (Van Sekolah)
Bahan-bahan memasak bubur lambok:
Bungkusan polistrin, kordial, plastik bungkus,
pisau mini.
Ais kiub x2
Air tapis (beserta tong) x1
Air minuman (botol) x5
360.00
30.00
214.20

25.00
05.00
14.00
06.00
Jumlah
654.20


  1. Perbelanjaan: (RM)                                                                         


4. Baki (Bahan Mentah):
i.    Beras*
ii.   Botol Minuman
iii. Kordial
iv. x1 paket lada putih
v.   x1/2 paket lada hitam
vi. x4 bungkus plastik






*Lebihan baki beras disumbangkan kepada j/kuasa kariah untuk dimanfaatkan.

LAMPIRAN 2:

JAWATAN KUASA PELAKSANA

Penasihat                     : Pengetua
Guru Penyelaras          : GP Kelab Rukun Negara
                                    : GP Kelab Pembimbing Rakan Sebaya
                                    : GP Perst Sejarah & Geografi
                                    : GP Perst Kem Hidup
Pengerusi                     :
N.Pengerusi                 :
Setiausaha                   : i)
                                     ii)
Bendahari                    : i)
                                     ii)

Pendaftaran                 :
                                    :
Dokumentasi                           : i)
                                                 ii)
Persiapan Makan/minum         :
                                                :
                                                :
                                                :
Persiapan Peralatan                 :
                                                                                         
Perhubungan                           :
                                                :

LAMPIRAN 3: