Semasa perjumpaan pertama lebih fokus kepada guru penasihat memperkenalkan diri dan membuat perlantikan jawatankuasa tertinggi pelajar . Seperti Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan ajik setiap tingkatan. Seterusnya perbincangan berkaitan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun dan yuran untuk persatuan.
PERJUMPAAN KEDUA
Perjumpaan ini lebih berfokus kepada berapa pembelajaran dan nota.
- Logo BBM
-Maksud logo dan warna logo
-Cara mengikat kain anduh
- Langkah-langkah dan cara menghadapi kecemasan.
-Persediaan kumpulan untuk Kem Kokurikulum
BERIKUT NOTA YANG DILAMPIRKAN OLEH GURU
BENDERA BBM
1) Reka Bentuk Logo:
a. Bentuk asas berupa
pentagon ( lima bucu ) berwarna hitam
b. Warna latar logo hijau
tua
c. Lingkaran bunga tanjung
(10 kuntum) di bahagian dalam pentagon berwarna kuning emas
d. Daun bunga tanjung 2 helai
di puncak dan 4 helai di bahagian bawah berwarna kuning emas
e. Bulan Sabit berada di
bahagian dalam lingkaran bunga tanjung berwarna merah.
f. Bintang 14
bucu di bahagian atas di antara pucuk daun bunga tanjung dan tanduk bulan sabit
berwarna merah.
g. Dua tangan berjabat erat
di tengah-tengah bulan sabit berwarna kuning emas.
h. Riben berwarna kuning
emas di bahagian bawah / tapak logo bertulisan Briged Bakti huru besar berwarna
hitam
i. Memasukkan
tahun ‘1991’ berwarna hitam pada ruang tengah di antara
tangan sedang berjabat tangan dengan bulan sabit merah.
(2) Pengertian Lambang:
a. Bucu Lima (pentagon)
berwarna hitam bermaksud:
Kepatuhan dan penghayatan kepada 5 prinsip
teras Briged Bakti iaitu: Ketuhanan, Kesetiaan, Persaudaraan, Kebaktian, dan
Keikhlasan.
b. Lingkaran Bunga
Tanjung berwarna kuning bermaksud:
Pengorbanan, Kemanfaatan, dan Ketrampilan.
c. Daun Bunga Tanjung
berwarna kuning bermaksud:
Sedia membantu dan memberi khidmat bakti.
d. Bulan Sabit berwarna
merah bermaksud:
Keprihatinan dan Pertolongan Cemas.
e. Bintang 14 Bucu berwarna merah bermaksud:
Kesejagatan dan 14 buah negeri di Malaysia.
f. Tangan
Berjabat Erat berwarna kuning bermaksud:
Persahabatan, Perpaduan, dan Kerjasama.
g. Riben Bertulisan
Briged Bakti bermaksud:
Paksi Kesukarelaan dan Kesukarelawanan.
h. Tahun 1991 berwarna
hitam bermaksud:
Tahun rasmi penubuhan BBM.
(3) Pengertian Warna Logo:
a. Hijau Tua: Bermaksud Kesabaran Dan Ketenangan.
b.
Merah : Bermaksud Keberanian
Dan Ketangkasan.
c.
Kuning : Bermaksud Kewibawaan,
Kecemerlangan Dan Proaktif.
d. Hitam :
Bermaksud Sentiasa Bersiap Sedia, Berdisiplin Dan Komited.
Misi, Visi dan Objektif Briged Bakti Malaysia
JENIS BALUTAN ANDUH
Jenis Balutan Anduh
Pembalut cincin
-Balutan ini digunakan
apabila cedera tekena atau tertusuk objek tajam.
-Diperbuat daripada
pembalut tirus.
-Digunakan untuk
menutup luka.
Anduh kecil/ Anduh
pergelangan tangan
-Letakkan tapak tangan
yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan
bucu atas kain anduh
di atas tangan.
-Silangkan kedua-dua
bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.
-Ikatan buku sila
kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.
Anduh besar/ Anduh
lengan
-Bucu kain atas anduh
hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera.
-Kemudian ikatan buku
sila diikatkan pada atas bahu.
-Bucu atas kain anduh
yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat
ke bahagian dalam
supaya nampak lebih kemas.
Fungsi:
- mengampu bahagian
anggota atas yang luka atau cedera.
- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
LANGKAH-LANGKAH DAN
CARA-CARAMENGHADAPI KECEMASAN.
.1 TAKRIF
PERTOLONGAN CEMAS
* Pertolongan cemas
merupakan bantuan awal atau bantuan rawatanyang diberikan kepada seseorang yang
tercedera atau sakit secaratiba-tiba sementara menunggu bantuan tiba
BANTUAN KECEMASAN
2.1 MERAWAT LUKA
DAN BERDARAH
Rawatan luka kecil
- Alirkan air pada
luka dan keringkandengan kain bersih.
-Bersihkan kelilingan
luka dengankapas atau kain bersih yangdibasahkan dengan air dan sabunatau
antiseptik.
Mengawal pendarahan
- Hentikan
pendarahan denganmeletakan kain bersih pada luka dantekan dengan jari atau
tangan(Tekanan Tepat).- Apabila pendarahan berhenti, balutdengan kain bersih.
-Jika terdapat objek
asing sepertipaku, kaca atau pisau, jangan tekan pada luka. Balut
sekelilingobjek itu dengan kain bersih dan dapatkan rawatan lanjut.
-Jika tangan atau kaki
yang cedera, tinggikan ia melebihi paras keretakan atau patah berlaku pada
tulang paha atau pelvis.
- Kesukaran untuk
menggerakkan anggota secara normal atau tidakdapat bergerak langsung.
-Luka dengan hujung
tulang tertonjol.
Merawat Kepatahan
Tulang.
-Berikan rawatan
kepada pendarahan dan kesesakan terlebih dahulu.
-Berikan rawatan di
tempat kejadian.
-Elakkan pergerakan
yang tidakperlu. Jangan gerakan bahagianyang patah.
-Rawat dan hentikan
pendarahanluka jika ada.
-Jangan tekan pada
luka sekiranyaada tulang terkeluar.
-Buat tuapan dengan
mengikat kayu, kertas tebal, suratkhabar dansebagainya di atas dan bawah sendi
tulang yang patah.
-Jika tiada bahan
tuapan, ikatkan pada anggota badan yang tidak cedera.
-Dapatkan rawatan
lanjut.
3 MANGSA PENGSAN.
• Tanda-tanda
pengsan.
-Hilangnya daya sedar
yang singkat menyebabkan mangsa jatuh ke lantai.
-Denyut nadi yang
perlahan.
-Pucat, kulit sejuk
dan berpeluh.
• Merawat Mangsa
Pengsan.
-Baringkan mangsa.
-Longgarkan pakaian
yang ketat.
-Tinggikan kaki dengan
alas bantal, buku dansebagainya.
-Pastikan udara bersih
mencukupi.
-Periksa lain-lain
kecederaan jika ada.
-Tunggu sehingga
mangsa sedar dan pulih
4 MANGSA TERCEKIK.
• Tanda-tanda
tercekik.
-Mangsa akan
menunjukkan tangannya pada leher.
-Mangsa akan cuba
bercakap, tetapi tidak dapat.
-Muka mangsa kelihatan
kemerah-merahan.
-Mangsa mengalami
kesukaran bernafas.
•Teknik Heimlich
Manuver bagi Mangsa sedar
(Untuk kanak-kanak1
tahun dan orang dewasa).
-Berdiri di belakang
mangsa dan bersedia dengan kekuda, beritahunyayang anda cuba membantu.
-Peluk kedua-dua
tangan anda di tengah-tengah perutnya.
-Genggam satu tangan
dan letakkan di tengah perut antarapusat dan bahagian bawah tengah tulang
rangka(ulu hati, tulang Sternum )
Tekan dengan tujahan
ke dalam dan ke atas beberapa kali sehinggaobjek yang tersekat itu terkeluar.-
Jika anda tercekik dan berseorangan, buat sesuatu yang bolehmenarik perhatian
orang lain seperti ketuk, baling sesuatu atau apa sajayang boleh membantu.
-
Cari hujung penyandar
kerusi yang tumpul dan letakkannya diantara pusat dan bahagian bawah tengah
tulang rangka anda.- Tekan perut anda dengan kuat sehingga objek tersebut
terkeluar.
* Untuk mangsa yang
mengandung, tekan di atas bahagian perut dengan teknik tekanan di tengah
dada. Dapatkan rawatan lanjut sekiranya perlu.
Rawatan tercekik
Mangsa pengsan.
-Baring dan
terlentangkanmangsa.
-Dapatkan bantuan danhubungi
ambulans.
-Buka mulut mangsa,
periksabendasing dan keluarkandengan jari anda.
-Buka saluran
pernafasan (teknik angkat dagu dandongak kepala) dan periksa pernafasan.
-Jika tiada, lakukan
bantuan pernafasan mulut ke mulutdan terus ulangi jika tiada tindakbalas dari
mangsa.
-Jika dada masih tiada
pergerakan, beri 15 kali tekanandidada (posisi tangan sama seperti CPR).
-Ulangi langkah di
atas sehingga mangsa pulih ataubantuan tiba.
* Apabila membuka
saluran pernafasan mangsa yang disyaki mengalami kecederaan tulang
belakang, JANGAN gunakan teknik ini. GUNAKAN teknik tolakan tepat sendi
rahang.* Anda dinasihatkan mempelajari teknik Heimlich Manuver yang betul.
Hubungi Jabatan Pertahanan Awam untuk maklumat lanjut program ini
MERAWAT MANGSA
KEBAKARAN DAN KELECURAN.
1 Kelecuran ringan.
• Tanda-tanda
kelecuran ringan.
-Kulit yang
kemerah-merahan.
-Sakit pada kawasan
yangterbakar.
-Lecur pada kulit yang
terjejas.
Rawatan.
-Segera sejukkan
dengan air paip yang mengalir, rendam dalamtakungan air atau balut dengan kain
yang basah selama 5 minitsehingga hilang sakit.
-Tanggalkan cincin,
jam tanganatau barang kemas yangdipakai pada tempat cedera.
-Jangan pecahkan
gelembongatau tanggalkan kain yangmelekat pada tempat yangcedera.
-Balut dengan kain
bersih.
Kelecuran teruk.
• Tanda-tanda
kelecuran teruk.
-Sakit.
-Kesan kelecuran yang
jelas.
-Kesukaran untuk
bernafas.
-Renjatan.
•Rawatan kelecuran
teruk.
-Baringkan mangsa dan
siramkan tempat melecur dengan air selama10 minit.
-Periksa pernafasan
dan nadinya.
-Dapatkan bantuan
Ambulans atau Pertahanan Awam dengan kadaryang segera.
-Tanggalkan barang
kemas,jam,tali pinggang aau benda yangdipakai ketat.
-Jangan Tanggalkan
pakaian yang melekat pada tempat yangterbakar.
-Balut tempat yang
cedera dengan kain bersih dan tidak berbulu.
-Selimutkan mangsa dan
dapatkan rawatan lanjut dengan segera
Melecur disebabkan
bahan kimia.
Tanda-tanda
- Kesan-kesan kimia
dikawasan persekitaran.
-Kesakitan yang kuat
danmenyengat.
-Kawasan kulit yang
terjejasberubah warna, melecur,mengelupas danbengkak.
Rawatan
-Segera alirkan air
ditempat yang cedera selama 20 minit. Elakkandiri dan mangsa dari terkena air
yang bertakung.
-Tanggalkan sebarang
pakaian yang tercemar dengan bahan kimia.
-Balut kecederaan
dengan kain bersih.
-Dapatkan rawatan
lanjut dengan segera.
-Berhati-hati supaya
bahan kimia tersebut tidak terkena pada anda.
Jangan sapukan losyen, minyak urut, ubat gigi
atau sebagainya pada bahagian yang melecur.
KERACUNAN.
- Keracunan boleh
terjadi melalui makanan, minuman, pernafasan dan menyerap pada kulit dan
mata.
Tanda-tanda.
kemungkinan terdapat
tanda-tanda berikut bergantung keatas jenis racun:
-Muntah, kadang-kadang
terdapat kesan darah.
-Daya sedar yang
lemah.
-Rasa sakit dan perit
yang membakar.
-Bekas-bekas kosong
dikawasan persekitaran.
-Latarbelakang
pendedahan/tertelan.
-Cirit-birit
-Pening kepala dan
demam.
-Tanda-tanda
renjatan.
-Perut sakit dan
kejang.
• Rawatan Awal
Keracunan.
-Pastikan anda selamat
dari sebarang ancaman bahaya.
-Hampiri mangsa dan
periksa nafas dan nadi,lakukan CPR jika perlu.
-Jika mangsa
sedar,tanyakan apa yang telah dimakan atau minum.
-Tunggu arahan dan
bertindak segera.
-Jangan beri mangsa
makan atau minum sehingga dibenarkan.
-Jangan galakkan
mangsa muntah melainkan diarahkan
-Jika bibir mangsa
terselar oleh bahan-bahan kakis, beri mangsa minumair atau susu sejuk dari masa
kesemasa sementara menunggu bantuanperubatan.