KATA ALU-ALUAN PENGETUA
Assalamualaikum ,
Syukur kehadrat ilahi kerana atas limpah dan kurnianya dapat kita bertemu sekali lagi dalam majlis Hari Anugerah dan Kecemerlangan Pelajar _______________________. Dalam
majlis yang seumpama ini kita bukan sahaja dapat bertemu malah kita juga dapat sama-sama berbincang tentang masa depan anak-anak yang bakal mewarisi kehidupan suatu hari nanti.
Majlis seperti ini saya kira sangat penting. Hal ini disebabkan pelbagai program dapat diatur dan diraelisasikan. Program penyampaian hadiah atau anugerah kepada anak-anak yang berjaya adalah antara yang terpenting.. Di samping itu ibu bapa akan mendengar taklimat dan ucapan berhubung dengan perkembangan pelajar dan hal-hal semasa sekolah. Selain itu guru-guru dan ibu bapa serta para pelajar dapat saling berkomunikasi dan bertukat-tukar pendapat bagi mengukuhkan talian silatulrahim sesama mereka.Justeru, ingatan ibu bapa terhadap masa depan anak-anak dan sekolah akan bertambah lantaran disebabkan berputiknya kejayaan anak-anak mereka di sekolah ini.
Lanjutan dari itu ibu bapa akan sentiasa berkunjung ke sekolah bagi meninjau kemajuan akan-anak mereka dari semasa ke semasa. Inilah senario sebenar yang dikehendaki oleh pihak sekolah. Janganlah pula ibu bapa melepaskan beban pendidikan anak-anak kepada pihak sekolah semata-mata. Jika perkara ini berlaku sudah tentu anak-anak mereka akan gagal dan prestasi sekolah akan tercalar. Berilah sokongan sedaya upaya kepada anak-anak. Rangsanglah jiwa dan minda mereka agar mereka dapat tumbuh dengan sempurna dan menjadi modal insan yang berguna.
Sesungguhnya anak-anak membesar begitu cepat sekali. Sehingga kadang kala menghairankan kita walaupun kita dan mereka sentiasa bersama. Apatah lagi apabila anak-anak tinggal di asrama dan kita sentiasa berjauhan dengan mereka. Oleh sebab cepatnya mereka membesar, dalam beberapa klip mata sahaja mereka sudah menjadi dewasa, seperti kita. Kerana itu pengisian adalah sangat penting. Isikanlah jiwa anak-anak dengan ilmu dan agama, dan berikanlah kepada mereka input yang berguna yang boleh menyokong kehidupan mereka. Belailah mereka, sayangilah mereka. Ingatlah selalu bahawa anak-anak adalah zuriat kita, harta yang Allah amanahkan.
Pada kesempatan ini saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dan memberi sokongan kepada pihak sekolah dalam menjayakan program ini. Terima kasih juga saya tujukan kepada semua kakitangan _____________________ yang bertungkus-lumus merealisasikan program ini. Semoga hubungan baik kita dan anak-anak kita bertambah erat.
Sekian, terima kasih
________________
( )
Pengetua
|