Rabu, 25 Mei 2016

sinopsis pra novel : tajuk tak letak lagi



Melayan Perasaan
Bencinya hari ni jumpa orang yang pandai sombong….pandai sebab belajar  tinggi tapi sombongnya sebab hina orang sedangkan orang yang dia hina tu lebih baik dari dia. Perasan bagus siap speaking inggeris lagi dengan orang , tahulah pandai cakap ompetih tapi tak payah menunjukkan sangat. Cakap ompeteh untuk sama-sama belajar tak pe lah , ni tidak cakap Bahasa omputeh untuk hina orang atau tunjuk kata dia tu lebih. Zaman sekarang orang tak pandang la orang syok sendiri dengan sombong.  Memang la orang pandang kepandaian, harta dan fizikal tapi setakat mana ja orang boleh bertahan. Akhlak yang terpuji tu la yang nak kekal lama. Bosan betul dengan orang sendiri ni. Hairan sungguh la , waktu perlukan kawan atau pertolongan , tau pula cakap Bahasa ibunda siap dialek-dialek. Tak pula pujuk la apa la, janji-janji berkilo gula. Tapi bila tak perlu orang tu macam –macam buat, salah besar semut pun , hina orang macam dinosaur punya kesalahan. Hmmm… menyampah betullah perangai macam ni. Bumi ni bulat macam roda pun ada, jadi maksudnya kita tu bukan duduk dalam situasi hebat. Bila sampai masa, orang yang kita tak pandang tu silap-silap kita nak pandang setiap hari. Silap-silap yang tu setia dengan kita waktu susah melarat. Hmmm benci betul perangai sombong ni, siap tak boleh tidur ingat kata-kata encik sombong ni. Sarip dol kampong dusun pun lagi bagus daripada omputeh yang celup pun tak cerah-cerah. Rasanya keturunan dia pun sebelah asia tenggara ni ja tapi sombongnya mengalahkan  dia tu kerabat diraja England. Ingat-ingat balik siang tadi, hish macam nak nak telefon kedutaan suruh mai ambik omputeh celup ni , hantar la negara mana-mana pun asal tak tinggal dalam kelompok nusantara atau asia tenggara. Menyampah …..( ok tak intro untuk novel yang aku rancang nak buat, tapi tak tau bila lagi nak siap )

Khamis, 19 Mei 2016

TERAPI PSIKOANALITIK : SIGMUND FREUD

Aplikasi Teori
1. Kenalpasti klien dengan menghubungkait dengan keterencatan perkembangan diri klien.
2. Uji sejauhmana pengalaman pengalaman masa lampau beri kesan terhadap diri klien.
3. Mengatasi konflik yang sekian lama dan berurutan dalam diri klien.
4. Mengenalpasti Id, Super Ego dan Ego yang sedang mengawal klien.

Peringkat Perkembangan Personaliti
Oral - 0-3 tahun
Anal- 2-3 tahun
Falik- 4-5 tahun
Latensi- 6-12 tahun
Gental-12 tahun

Proses dan teknik

-Perkaitan Bebas
1. Kaunselor tenangkan klien.
2. Klien luah isi hati termasuk yang tidak logik dan tidak rasional.

-Pentafsiran
1. Kaunselor perlu beri petunjuk dan penjelasan tentang tingkahlaku.

- Tafsiran mimpi
1.Untuk dedahkan bahan-bahan x sedar kepada sedar.
2.Beri celik akal

-Analisa penahanan
1. Klien cuba tahan keluar perasaan.
2. Kaunselor jelaskan tujuan sesi

-Analisa Pemindahan
1. Klien pindah perasaan lampau kepada kaunselor.
Kaunselor faham dan tafsir apa yang berlaku.

Peranan Kaunselor
1. Sedarkan klien dari alam x sedar kepada sedar.
2. Membina semula asas personaliti klien.
3. Bantu klien kurangkan tekanan masa lampau.
4. Beri celik akal kepada klien apa yang berlaku.

Peranan Klien
1. Bersedia dan komited untuk libatkan diri dalam sesi.
2. Sedia untuk peraturan yang ditetapkan.
3. Bersetuju mengikat kontrak untuk bayaran dan sesi.

Prinsip utama tingkahlaku manusia

Keseronokan
- Manusia memang sedar apa yang berlaku dan telah berlaku.

Realiti
- Perlu sesuaikan tingkahlaku dengan lihat batasan realiti dan keseronokan.
-Prinsip ini akan bantu untuk kurangkan tekanan

Polariti
-Manusia akan temui nilai yang baik, betul dan salah.

Pengulangan Aktiviti
-Manusia cenderung untuk mengulangi aktiviti untuk selesaikan masalah.


Alam Sedar
-Manusia memang sedar apa yang berlaku dan telah berlaku

Alam Pra Sedar
- Manusia tidak sedar lalau tidak diberi sepenuh perhatian

Alam Tidak Sedar
-Manusia tidak sedar langsung apa yang berlaku.


RESEPI KUIH BAWANG


Bahan-bahan Resepi

Untuk doh bawang:
1 biji bawang besar ( diblend tanpa air )
1 sudu besar serbuk udang kering
Tepung gandum secukupnya
Untuk doh margerine:
1 1/2 cawan tepung gandum
70gm margerine/mentega
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara

Untuk doh bawang: Tepung diuli bersama bawang blended + serbuk udang kering . Tambahkan tepung hingga adunan sehingga menjadi doh yang bulat. Bahagikan pada 3 bahagian.
Untuk doh margerine : Uli semua bahan hingga menjadi doh yang bulat juga sama seperti tadi. Bahagikan pada 3 bahagian.
Kemudian canaikan doh bawang dan doh margerine secara berasingan.
Letakkan doh bawang di atas doh margerine dan gulung.
Bungkus dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk ( 2-3 jam)
Keluarkan dan hiris nipis2.

Kemudian bolehlah digoreng dalam minyak yang penuh.

RESEPI KUIH SIPUT

KUIH SIPUT

Bahan
5 cwn tepung gandum
1 biji telur
50g marjerin
1 sudu teh serbuk jintan manis - kisar halus
1 sudu teh serbuk jintan putih - kisar halus
2 sudu teh serbuk udang kering - kisar halus
1 sudu teh garam
3 sudu besar serbuk cili @ cili boh
4 sudu besar santan@air (untuk menguli)

Cara
1.Gaul semua bahan kecuali santan@air hingga bercampur semuanya.
2.Uli dengan santan@air hingga menjadi doh.
3.Cubit sedikit adunan,gentil bagi bulat dan tenyeh atas papan kuih siput.
4.Bila semua dah habis digentil goreng hingga masak@kekuningan.
5.Simpan dalam bekas kedap udara

resepi air kunyit asam ..sumber fb

Memiliki tubuh langsing merupakan idaman setiap kaum wanita. Salah satu caranya ialah dengan meminum jamu tradisional. Meminum jamu kunyit asam dipercayai berkesan menurunkan berat badan selain daripada membuang angin dalam badan, melancarkan proses metabolisme tubuh, peredaran darah, membakar lemak terbuang, maka oksigen segar mudah mengalir dalam darah, sehingga mampu mengatur keseimbangan berat badan.
Walau bagaimanapun, jus kunyit asam ini tidak sesuai diambil setiap hari. Maka di syorkan minum jus ini 2 minggu sekali.
Selamat mencuba


 Bahan2

    

Cara2 membuat


Masukkan halia, kunyit dan manjakani ke dalam periuk.
 Rebus halia, kunyit dan manjakani sehingga masak dengan 2 cawan air.
 Setelah selesai merebus, blend kesemua bahan yang direbus bersama2 dengan air rebusan.
  Saringkan dan ketepikan hampasnya.
 Jus yang telah disaringkan tadi dimasukkan semula ke dalam periuk, di rebus di atas api perlahan bersama2 dengan gula melaka dan air asam jawa.