Sekarang ni banyak sangat cerita korea yang ada hero hensem-hensem, cerita melayu dan hindustan pun macam tu juga. Sebenarnya jalan cerita trend sekarang lebih gaya novel jadi fantasi kadang-kadang banyak dari realiti. Tapi seingat-ingat saya dari zaman saya degree lagi -2004, masa tu cerita korea memang lonjak berbanding cerita melayu, perancis, indonesia dan hindustan. erita memang seronok tapi hero dia yang membuatkan peminat termimpi. Sekarang 2013-2014, lonjak kembali cerita korea...hindustan dah kurang, tapi cerita melayu lonjak pula cerita berdasarkan novel tenggelam dah cerita dari tahun sebelum ni yang banyak cerita seram...boleh tengok meja pelajar, beg sekolah dan lain2 , ada nama dan gambar hero pujaan...nasib baik dulu masa saya minit cerita2 ni tak da pelekat apa2 gambar tapi mau tak tidur malam tengok cerita, sanggup tak makan sebab nak beli cd yang ada cerita keseluruhan, tunggu tayangan tv lambat dan kena berebut siaran dengan student lain. Kenangan sementara nak matang.