Khamis, 18 September 2014

Nasi mandy kambing/ayam/daging yaman

Bahan-bahan
Beras basmathi dalam 3-4 cawan
Rempah serbuk mandy
Rempah tumis mandy / boleh digantikan dgn kelengkap sup + buah pelaga
1 1/2 kg kambing / ayam/daging lembu ( daging + tulang)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 batang cili hijau
3 sudu minyak masak
garam secukup rasa


Cara memasak

Kambing/ Ayam/daging
 Rebus sehingga betul2 empuk ( tanpa garam)



Nasi Mandy

1. Rendam beras 20 minit atau lebih kemudian toskan
2. Tumis rempah ( kayu manis, pelaga, cengkih dan lumi), bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dengan api kecil. Apabila bawang garing, masukkan rempah mandy. Tutup api.
3.Campur rempah tumisan, beras, 2 sudu pewarna kuning/kunyit, 1 sudu besar garam , 2 batang cili,daging/ayam/kambing dan 600 ml air rebusan daging/ayam/kambing dalam periuk elektrik. Masak.

Cara membuat Sos Harrah

2 biji tomato, 2 ulas bawang putih, 1 sudu kecil perahan lemon, daun ketumbar, cili api dan sedikit garam. Kisar semua bahan tersebut tanpa air ( boleh juga nak letak 2-3 sudu air).

Cara membuat Salad Arab

1. 2 biji tomato dan 1 batang timun dipotong dadu.
2. Hiriskan halus1 labu bawang besar dan daun ketumbar.
3.Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk, letak sedikit garam dan serbuk lada hitam.

Sup

1.Tumis bawang dan kelengkap sup
2. Masukkan air rebusan daging/ kambing/ayam
3. Masukkan bahan yang dikehendaki seperti daging/ campuran sayur ( boleh juga tak masukkan apa kalau nak buat sup kosong)
4. Garam secukup rasa dan perasa seperti ajinomoto/gula/sesedap rasa