Cuti-cuti sekolah ni seronok tidur saja sebab tak berapa sihat tapi kesian pula bila mak teringin naik keretapi. Mak kata kapal terbang dah naik, feri dah, sampan dah, kereta, basikal, lori dan bas pun dah tapi keretapi tak pernah lagi. Rancang dengan adik dan kakak bawa mak naik keretapi hari jumaat, dari Arau ke Sungai Petani, dah balik pula dari Sungai Petani ke Arau. Mula-mula nak pi beli tiket hari Rabu tapi kat kaunter pula diberitahu kena beli hari yang nak pi. Pi hari jumaat pi yang masa yang bertolak awal pagi. Sepatutnya pukul 10.30 pagi tapi keretapi datang 11.10 pagi. Oooo lupa bagi tau harga tiket rm6.30 untuk dewasa dan kanak-kanak rm3.30. Kami pergi 4 dewasa dan 2 kanak-kanak. Masa naik keretapi mcm2 penumpang boleh jumpa, tapi byk yang dari Thailand, org putih, negro dan lain2, mungkin sebab hentian mula dari padang besar. Tapi ok la sebab boleh bawa mak pergi jalan2. Tak sampai sejam dah sampai Sungai Petani , mungkin sebab keretapi baru kot tu yang laju, kalau dulu mau dekat dua jam. Tapi stesen baru ni kurang syok sikit sebab stesen kat SP ni jauh dari pusat membeli belah, kedai makan , kfc dan lain2. Tak macam stesyen lama, fikir juga kita yang muda2 ni ok ja kalau menapak tapi mak yang berumur dan kanak2 ni mau teruk juga sebab kena naik jejanjas pergi dan balik. Call tanya pendapat abag ke 2 yang tinggal kat SP, jadi terpaksa bocor projek rahsia ni, punya la abang terkejut mak naik keretapi terus dia datang ambik dan bawa rumah dia berehat sebelum bawa pi shoping, seterusnya petang hantar balik dengan kereta ke Perlis. Dia risau mak nak balik dengan keretapi, tapikan memang tak dan la nak naik pun sebab keretapi bertolak pukul 2.50 petang , mana nak dan kalau pi jalan-jalan pun. Apapun enjoy sebab penuhi hajat mak. Hmmm kakak aku dan anak saudara , anak abang ke2 merencang cuti sekolah akan datang naik keretapi ke KL pula..ok la berada dalam family sporting ni... :)