Khamis, 11 September 2014

PROSES GERARD EGAN




 GERARD EGAN
PENGENALAN
Kaunseling adalah satu proses yang amat penting dalam kehidupan manusia secara sedar atau tidak. Tujuan kaunseling sendiri adalah proses dalam membantu seseorang manusia kearah kehidupan yang lebih baik dan berkesan.
 Kamus Dwibahasa Dewan Bahasa & Pustaka mentakrifkan ‘proses’ sebagai suatu siri tindakan, perubahan, perkembangan, dan lain-lain perkara sama ada secara disedari atau tidak, termasuk juga tindakan-tindakan yang menggunakan cara atau kaedah yang khusus serta tertentu. Shertzer, Bruce & Sherley (1980) menjelaskan bahawa proses kaunseling adalah satu proses pembelajaran yang dijalankan untuk menolong seseorang individu yang memerlukan bantuan untuk mengenali alam sekitarnya dengan lebih jelas dan terang. 
      Hansen, Stevic & Warner (1972) dalam buku mereka menjelaskan:
‘…altought individuals experience problems, counseling is not necessarily remedial. The consellor may assist an individual with the dicision-making process in educational and vocational matters as well as resolving interpersonal concerns. Counseling is an applied field in wich the counselor uses behavioral knowledge to help the client…’.  
      Jelaslah untuk melakukan suatu proses perubahan diri bagi seseorang individu itu, kaunselor perlu terlebih dahulu mengetahui serta menggunakan pengetahuan tingkah laku manusia itu terlebih dahulu. Dengan mengetahui selok belok pengetahuan ini barulah pertolongan dapat memanfaatkan klien sepenuhnya. Walaubagaimanapun, proses menjalankan kaunseling bukanlah mudah kerana ia memerlukan satu cara yang sistematik melalui proses pergerakkan dari satu fasa kepada satu fasa yang lain. 
DEFINISI KAUNSELING

Kaunseling berasal daripada perkataan Inggeris iaitu ”counselling”. Melihat kepada makna perkataan ”counseling” iaitu  “professional advice and help given to people with  problems” (New Oxford Dictionary: 2005) yang difahami sebagai nasihat dan bantuan yang diberi secara professional kepada orang-orang yang bermasalah.  Kamus “Steadman's Medical” menakrifkan kaunseling sebagai "a professional relationship and activity in which one person endeavors to help another to understand and to solve his or her adjustment problems; the giving of advice, opinion, and instruction to direct the judgment or conduct of another" (Stedman's Electronic Medical Dictionary, 1994). Iaitu aktiviti dan perhubungan professional di mana seseorang membantu orang lain memahami dan menyelesaikan atau  memberi nasihat, pendapat dan tunjuk ajar dalam memandunya memperimbangkan penyelesian masalah.

Kaunseling menurut Krumboltz (1965) adalah apa sahaja aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha untuk membantu klien yang menunjukkan tingkah laku yang mendorong kepada penyelesaian masalah klien. Menurut Burks dan Stefflre (1979), kaunseling merujuk kepada perhubungan professional antara seorang kaunselor terlatih dan klien. Perhubungan ini biasanya bersifat person-to-person, walaupun kadangkala melibatkan lebih dari dua orang. Perhubungan ini dibentuk untuk membantu klien memahami dan menyatakan pandangan mereka tentang ruang hidupnya, dan mempelajari mencapai matlamat pilihan kendiri melalui pilihan yang bermakna dan bermaklumat setelah menyelesaikan masalah yang bersifat emosional dan interpersonal.

Boy dan Pine (1968) menjelaskan bahawa kaunseling merupakan satu hubungan bersemuka di mana seorang klien mendapatkan bantuan dari seorang kaunselor. Perhubungan ini mempunyai ciri seperti komunikasi yang efektif, saling hormat menghormati, penerimaan klien secara tulin oleh kaunselor dan penumpuan diberikan kepada keperluan-keperluan, masalah serta perasaan klien.
Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. .  James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu. 
Akhirnya Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri  dan kehidupannya yang menimbulakan masalah pada dirinya.
Takrif kaunseling menurut Jabatan Perkhidmatan Awam ialah proses perhubungan menolong sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh berlandaskan etika kaunseling.
Merumus definisi yang telah dinyatakan, kesemua  takrifan kaunseling menyentuh berkenaan  proses membantu menyelesaikan masalah secara sistematik dan beretika. Ianya juga dibuat secara perhubungan profesional dan ini dirangkumkan dalam definisi oleh Zainal Abidin ( 2005) iaitu satu perbincangan antara seorang kaunselor terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan, bersama-sama  memikirkan dan meneliti beberapa alternatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih.














BIODATA GERARD EGAN
Diperkenalkan oleh Gerard Egan, seorang professor dalam bidang Pengajian Psikologi dan Orgranisasi di University Layola, Chicago. Beliau juga merupakan, seorang koordinator program di Pusat Perkembangan Organisasi di universiti tersebut.

Banyak mengajar dan menulis berkenaan dengan komunikasi, kaunseling, pendidikan kaunselor, keberkesanan perniagaan dan pengurusan, perkembangan pengurusan, kepimpinan dan pengurusan inovasi dan perubahan. Juga mengendalikan bengkel tentang tajuk-tajuk tersebut di USA dan sekitarnya.

Selain itu, Egan juga turut menjadi perunding kepada berbagai-bagai syarikat dan institusi di seluruh dunia. Beliau telah menerima anugerah daripada Persatuan Universiti (University Association) di atas sumbangan hebat beliau dalam bidang Perkembangan Sumber Manusia.







THE SKILLED HELPER MODEL

Menurut Egan, model dalam proses menolong adalah seperti PETA yang membantu kaunselor tahu apa yang perlu dilakukan semasa berinteraksi dengan klien.
Selain itu, model juga berperanan sebagai :-

·         pemandu kaunselor dalam menentukan di mana kaunselor
berada ketika bersama klien.
·         Bantu kaunselor tentukan jenis intervensi / pendekatan terbaik untuk bantu klien.


TITIK MULA KEPADA PROSES KAUNSELING

Egan mengatakan bahawa klien yang menyumbang kepada titik permulaan proses kaunseling. Klien akan datang kepada kaunselor untuk bantuan kerana :
1.       Situasi masalah
2.         Potensi yang tidak digunakan.






SITUASI MASALAH (PROBLEM SITUATIONS)

·                  Klien kebiasaannya hadir untuk mendapatkan bantuan kerana mereka
menghadapi
i) krisis
ii)kesusahan
iii)kesukaran
iv)kecewa
v) bimbang

Hai  ini adalah masalah yang tidak boleh kita samakan dengan penyelesaian masalah matematik kerana dalam hal ini kerap kali emosi bergolak dan tidak ada penyelesaian yang jelas.

(D`Zurilla & Goldfried, Egan G 1990). Adalah lebih baik untuk dinyatakan bahawa klien hadir bukan dengan masalah tetapi dengan situasi masalah. Situasi masalah ia itu masalah-masalah yang kompleks dalam kehidupan yang tidak dapat mereka dikendalikan dengan baik.






PELUANG YANG TERLEPAS DAN POTENSI YANG TIDAK DIGUNAKAN

·  Titik mula untuk membantu.
·  Dalam hal ini, persoalannya ialah bukan apa yang salah tetapi apa sepatutnya dilakukan dengan lebih baik.

PROSES KAUNSELING

·         Egan telah membahagikan proses kaunseling kepada 3 Tahap utama iaitu :

1. Senario Semasa (Present Scenario)
2. Senario Dikehendaki (Preferred Scenario)
3. Strategi : Menuju Matlamat (Getting there)

TAHAP 1: THE PRESENT SCENARIO
(SENARIO SEKARANG)
· Membantu klien mengenalpasti, meneroka dan menjelaskan situasi masalah dan peluang yang terlepas.
·      Klien tidak boleh menguruskan masalah atau potensi yang terlepas melainkan ia perlu faham dahulu mengenai situasi masalah dan peluang yang terlepas. Penerokaan dan penjelasan masalah ini berada ditahap 1.


TAHAP 2:PREFERRED SCENARIO
(SENARIO YANG DIINGINI)
· Membantu klien membina matlamat, objektif atau agenda berorientasikan tindakan bagi memahami masalah.
·   Apabila klien sudah memahami akan situasi masalah atau peluang ia akan dapat mengembang dengan lebih jelas. Klien yang dirujuk perlu faham tentang perubahan yang dikehendaki oleh individu yang menghantar mereka.

TAHAP 3:STRATEGY:GETTING THERE
( MENUJU MATLAMAT )
·         Bantu klien bertindak mengikut strategi bagi mencapai matlamat.
·      Klien sudah tahu apa yang mesti mereka sempurnakan dan dimana harus bertindak tetapi masih perlu bantuan dalam menentukan bagaimana untuk mendapatkan.
·      Tahap 3 ini adalah tahap perubahan dari situasi semasa kepada situasi dikehendaki. Lebih kepada TINDA KA N.

Hasil: Tindakan Yang Lakukan : Semua Tahap
·         Membantu klien bertindak berdasarkan kepada apa yang mereka pelajari melalui proses menolong.



Kesimpulan
Kaunselor perlu membantu klien bertindak terhadap apa yang telah mereka
pelajari dalam proses menolong. Dalam model ini klien perlu bertindak bagi pihaknya bermula dari saat mula sesi hingga tamat, berbeza daripada kebanyakan proses lain yang biasanya dibuat dihujung sesi. Klien yang dirujuk perlu dibantu untuk bertindak kadangkala didesak untuk bertindak Tidak semudah apa yang kita lihat dalam gambajarah. Model ini adalah sistematik, kejayaan peringkat adalah bergantung kepada kualiti peringkat 1.

TAHAP 1: THE PRESENT SCENARIO
 (Mengenalpasti Dan Memperjelaskan Situasi
Masalah Dan Peluang Yang Tidak Digunakan)

Kita jarang meminta bantuan daripada kaunselor professional. Kita mengendalikan masalah dalam urusan kehidupan sama ada berjaya atau tidak, secara sendirian atau dengan bantuan secara tidak rasmi dari keluarga, rakan. Disebelah pihak. Mereka masih mencari dan tidak dapat berupaya mengendalikan masalah dalam kehidupan mereka dimana mereka tidak mahu berkongsi dengan keluarga, rakan dan merasakan rakan dan keluarga tidak cukup berupaya untuk membantu.
Mereka mungkin akan meminta bantuan sekiranya:
·         Jika masalah itu serius dan benar-benar menganggu.
·         Jika mereka serius mengenai masalah pengurusan masalah dan mengembangkan
Peluang jika mereka percaya ia benar-benar boleh membantu.


LANGKAH 1-A: PENCERITAAN

·         Membantu klien menceritakan kisahnya.
·         Kaunselor tidak dapat memberikan perkhidmatan jika klien gagal untuk mengembangkan pemahaman klien tentang kesukaran dan kemungkinan dalam kehidupannya. Kesediaan klien menceritakan masalahnya tanpa segan silu sementara kesediaan kaunselor mendengar dengan cermat dan teliti, sambil memikirkan alternatif yang sesuai untuk diambil oleh kliennya merupakan satu jalinan ikatan kontrak.

LANGKAH 1-B: BLIND SPOTS

Kaunselor perlu bantu klien supaya lebih sedar dan mengatasi blindspots dan mengembangkan perspektif baru dalam dirinya dan situasi masalahnya. Satu perkara penting Kaunselor boleh membantu klien mengenalpasti blind spots mengembang yang baru bagi situasi masalah dan peluang yang tidak terlepas Ramai orang gagal untuk mengatasi masalah dalam kehidupan mereka atau menggunakankan peluang kerana mereka tidak melihat dari sudut perspektif yang baru.

Matlamat awal dalam proses kaunseling individu  ditentukan dan dijelaskan kepada klien. Terdapat klien yang menyedari dengan jelas akan masalahnya dan tujuan ia berjumpa dengan kaunselor. Ada juga klien yang mengemukakan masalah awal kepada kaunselor yang bukan masalah utama yang akan menjadi topik perbincangan dengan kecenderungan menyelesaikan masalah yang mungkin lemah, pertengahan atau tinggi. Apa pun, kaunselor mesti memastikan bersama klien apakah matlamat yang ingin dicapai diakhir sesi. Engelkes dan Vandergeot (1982) mengatakan ‘baharulah kita sebagai kaunselor yang menggunakan kemahiran membantu klien itu mencapai objektifnya. Tanpa identifikasi yang cermat, pemilihan yang tepat, dan diskripsi perhatian untuk membantunya ke arah lebih selamat dan sempurna dalam objektifnya, akan merosakkan seluruh matlamat hubungan kaunseling dan bimbingan itu sendiri.

LANGKAH 1-C: MENCARI KEKUATAN

Bantu klien mengenalpasti dan bertindak atas masalah,isu, atau peluang yang boleh mendatangkan kelainan Leverage adalah istilah yang digunakan secara umum bagi langkah 3 ini. Ia merangkumi 3 aktiviti yang berkaitan.

·      Pertama: saranan yang bernilai

·      Kedua: jika klien telah menceritakan kisahnya,
mendedahkan/catatkan nombor masalah pada setiap masa atau situasi masalah yang dibincangkan menjadi kompleks, selepas itu criteria diperlukan bagi menentukan perlu dilakukan dahulu. Dengan kata lain kaunselor perlu membantu klien menstabilkan keutamaan dan mencari apa yang terbaik semasa berurusan dengan situasi masalah yang kompleks.


Tahap 2 :
(Membangunkan Senario Yang Diingini)
Kaunselor mesti mengambil berat mengenai aspek menstruktur sesi temu bual awal dan pada hubungan kaunseling jangka panjang kerana ia penting kepada klien terhadap gambaran apa yang akan berlaku dalam proses kaunseling. Menurut Egan (1990), penstrukturan adalah penerangan yang berkaitan dengan proses kaunseling yang dialami dalam usaha membentuk klien memahami diri dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.Kaunselor yang serius dalam kerjanya memerlukan penglibatan dan struktur yang tegas. Pada pertemuan kali pertama ini kaunselor perlu menjelaskan kepada  klien mengenai peranan kaunselor, peranan klien, matlamat dan risiko klien bertemu kaunselor, kerahsiaan dalam kaunseling dan isu atau masalah yang akan ditumpukan.  
Pada tahap kedua ini pendekatan kearah menguruskan masalah. Pada kacamata Egan, Ada sesetengah orang mengambil pendekatan  satu-tahap dalam menangani masalah Bila berlaku sesuatu masalah terus bertindak . Ada mengambil pendekatan´ dua-tahap dalam menguruskan masalah iaitu

1)analisis masalah
2)teroka penyelesaian, kemudian bertindak menguruskan masalah atau peluang yang tidak digunakan.



LANGKAH 2-A: KEMUNGKINAN
Bantu klien mengembangkan Kemungkinan untuk masa depan yang baik. Kaunselor membantu klien melihat kemungkinan yang akan berlaku sekiranya keadaan permasalahan klien menjadi lebih baik.

LANGKAH 2-B: AGENDA
Bantu klien menterjemahkan kemungkinan tadi kepada agenda-agenda yang realistic dan boleh dicapai. Berbagai kemungkinan boleh dikembangkan berdasarkan kepada matlamat yang mungkin diperolehi dalam proses menolong.

LANGKAH 2-C: COMMITMENT
Bantu klien mengenal pasti galakan yang membolehkan mereka untuk meningkatkan komitmen terhadap agenda yang dibentuk. Sebaiknya klien memilih sendiri agenda mengikut pandangannya, Kaunselor yang berkesan akan menyerahkan tanggungjawab untuk membuat pilihan kepada klien.

TAHAP KE 3 ( STAGE 3)
MERUMUS STRATEGI DAN RANCANGAN.
Menerangkan bagaimana matlamat hendak dicapai / disempurnakan.

·                  Ada klien yang tahu apa yang mereka inginkan tetapi tidak tahu bagaimana
matlamat tersebut hendak dicapai.

·                  Ada pula klien yang bertindak tanpa mengetahui apa sebenarnya yang mereka kehendaki.

·                  Oleh yang demikian, imej-imej kabur tentang matlamat ini perlu diransang dan klien perlu dibantu agar tindakan mereka mempunyai arah dan tujuan yang betul.

LANGKAH 1 : SUMBANGSARAN
(BRAINSTORMING) STRATEGI
Membantu klien brainstorm, strategi-strategi untuk melaksanakan agenda yang telah dirancang / disenaraikan di dalam Tahap 2..Di dalam langkah ini, klien dibantu untuk memikirkan bagaimana untuk  mencapai matlamat yang telah dirancang berdasarkan strategi- strategi.

Strategi-strategi ini berkemungkinan untuk menjadi lebih berkesan jika dipilih daripada beberapa kemungkinan yang dinyatakan pada tahap 2.Preffered scenario   adalah matlamat, penamat, kejayaan atau hasil-hasil yang ingin dicapai dalam proses menolong. Sementara strategi pula adalah satu set  tindakan yang dibentuk untuk mencapai matlamat tersebut.

Sekiranya preffered scenario ini sesuatu yang kompleks, ia perlu dibahagikan kepada beberapa hasil atau pencapaian yang berkaitan.Setiap sub-matlamat ini kemudiannya perlu mempunyai strategi-strategi mereka yang tersendiri. Proses divide and conquer ini boleh membawa kepada kejayaan dan penyelesaian masalah walaupun pada mulanya kelihatan mustahil.


Satu sebab mengapa gagal dalam mencapai matlamat adalah kerana mereka tidak meneroka jalan yang berbeza dalam mencapai dan menyelesaikan matlamat. .Mereka memilih sesuatu strategi tanpa membuat penerokaan yang menyeluruh, mencuba strategi tersebut dan apabila gagal, mereka terus mengatakan matlamat tersebut tidak boleh dilaksanakan.

Menzahirkan seberapa banyak strategi atau jalan akan meningkatkan kemungkinan untuk salah satu atau kombinasi beberapa strategi yang dibentuk, akan sesuai dengan keadaan klien. Dalam peringkat ini, seberapa banyak strategi yang mungkin perlu diteroka. Strategi yang kelihatan pelik atau ganjil mungkin akan memberikan klu untuk satu tindakan yang lebih realistik. Teknik seperti brainstorming dan fantasi selalunya dapat membantu klien mengenalpasti strategi berbeza untuk mencapai matlamat

LANGKAH 2 : MEMILIH STRATEGI YANG TERBAIK
·                  Membantu klien memilih set strategi yang menepati persekitaran dan keupayaan klien.

·                  Setelah beberapa pilihan tindakan yang berbeza telah dikenalpasti, klien dan kaunselor bersama-sama mengkaji pilihan yang ada dan cuba memilih pilihan yang terbaik, sama ada 1 atau kombinasi beberapa pilihan.

·                  Terbaik bermaksud strategi atau kombinasi beberapa strategi yang memenuhi kehendak, keutamaan dan kemampuan klien.Strategi ini perlu dinilai dari sudut realistik.

·                  P ilihan yang dibuat juga, perlu dibuat dari sudut nilai klien itu sendiri.

·                  Realistik ini penting kerana tiada gunanya memilih satu strategi yang pasti akan gagal / tidak dapat dicapai

LANGKAH 3 : MENUKAR STRATEGI MENJADI RANCANGAN

·                  Membantu klien merumus rancangan, iaitu prosedurµ step by
step untuk mencapai / melaksanakan setiap matlamat yang dibina dalam
preffered scenario. Strategi yang nak dipilih perlu diterjemahkan kepadaµ step by step plan .

·                  Klien lebih mudah bertindak sekiranya mereka mengetahui apa yang perlu mereka lakukan langkah demi langkah.

·                  Tempoh masa yang realistik bagi melaksanakan setiap langkah perlu
dititik beratkan

·                  Salah satu cabaran bagi model ini ialah tuntutan disiplin dalam
menjayakan sesi terletak di atas bahu klien.

·                  Tanggungjawab kendiri klien masih menjadi nilai utama dalam tahap ini.

·                  Matlamat, strategi dan tindakan mesti dibuat oleh klien sendiri. Kaunselor hanya membantu untuk meransang klien bertindak.

TINDAKAN: MENYEDIAKAN DAN MENYOKONG KLIEN UNTUK BERUBAH.

Fungsi perancangan ialah memulakan dan memberi panduan kepada klien
dalam bertindak terhadap pengurusan masalah dan pengembangan peluang klien.

·                  Tindakan yang perlu diambil oleh klien untuk melaksanakan apa yang dirancang membawa kepada satu proses yang dipanggilµ transition phase.
·                  Terdapat beberapa perkara yang boleh dibuat oleh kaunselor untuk membantu klien menyediakan diri untuk melaksanakan action program :

1. bantu klien dalam immediate preparation untuk bertindak f"orewarned is forearmed´.
Kaunselor membantu klien melihat kesukaran yang mungkin timbul ketika membuat perancangan utk berubah.

2.             kaunselor boleh memberi  sokongan dan cabaran kepada klien
ketika klien bertindak. Klien perlu sokongan dan cabaran dari dalam
dirinya sendiri dan juga sokongan dan cabaran dari orang lain. Kaunselor juga boleh mencabar klien untuk berubah mencapai apa yg dirancang dengan menggerakkan kesemua kemampuan yang ada.





PENILAIAN BERTERUSAN
Kebanyakkan model menolong, penilaian biasanya dibuat  dipenghujung proses. Menurut model ini, penilaian ini telah terlewat. Maka kerana itu, penilaian bagi model ini diletakkan di setiap tahap sepanjang proses. Di dalam model ini, penilaian bukanlah langkah atau peringkat akhir proses kaunseling, bahkan ia adalah satu proses yang dilaksanakan secara berterusan

MENGATASI KEKEKOKAN / KEKAKUAN KETIKA MENJALANKAN SESI

Kaunselor yang baru terlibat dengan sesi kaunseling, kadangkala mengalami kekakuan / kekekokan ketika menggunakan model menolong, kemahiran dan teknik di dalam sesi kaunseling..Latihan dan pengalaman diperlukan bagi membolehkan kaunselor menerapkan semua elemen di dalam model ini dengan lancar.

Langkah-langkah berikut boleh dijadikan panduan bagi membantu tujuan ini :
1. Melihat / meniru (modeling) sesi yang dijalankan oleh kaunselor yang lebih berkemahiran
2. Latihan langkah demi langkah (step by step practice) yang diselia oleh seseorang yang boleh menegur dan memperbaiki sesi yang dijalankan.
3. Latihan lanjutan kemahiran individu di luar sesi latihan.
4. Latihan yang diselia terhadap perjalanan keseluruhan model.





FLEKSIBEL DALAM  MENGGUNAKAN MODEL

·                  Kaunselor baru atau kaunselor yang berpengalaman tetapi kurang
berkemahiran, kadang kala akan menggunakan model ini secara
terlalu rigid.
·                  Model ini hanya membantu perjalanan proses. Situasi fleksibel sangat
diperlukan ketika sesi berjalan.

PENGKONGSIAN   TANPA   SYARAT MENURUT GERARD EGAN

Berkomunikasi mengenai penghormatan tanpa syarat seringkali diistilahkan sebagai penerimaan , hormat , mengambil berat dan menghargai klien. Egan (1975) merujuk penerimaan tanpa syarat sebagai satu perasaan hormat dan menyatakan bahawa ia adalah satu nilai aktif kaunselor atau pembantu yang membunyai kefungsian yang tinggi.

Menurut Egan lagi , perasaan hormat boleh dikomunikasikan dalam pelbagai bentuk atau cara kaunselor mempersepsikan kliennya dan disebabkan oleh keperluan asas klien terhadap potensi serta kemanusiaan untuk berkembang, penglibatan kaunselor untuk membangunkan kliennya , membantu klien menjadi individu  yang unik dan memperkembangkan keunikannya, percaya kepada potensi klien kea rah tuju kendiri dan mengandaikan bahawa klien adalah komited untuk berubah. Lima sikap ini boleh beroperasi dalam perhubungan kaunseling sekiranya kaunselor mengikat dirinya dengan empat tingkah laku tersebut:
·                  Memberi perhatian berkualiti kepada persoalan dan perasaan klien.
·                  Berkomunikasi mengenai yang tidak bernilai terhadap klien sebagai seorang yang berhak mendapat perhatian yang tulen.
·                  Bertindak balas dengan klien melalui empati yang tepat sebagai satu bentuk berkomunikasi.
·                  Mendemontrasikan kepada klien potensidan kebolehan dirinya untuk tindakan.

URUTAN DAN  PERTINDIHAN

·                  P erjalanan proses yang telah diterangkan sebelum ini hanya satu
proses yang dilihat dari sudut dan logik dan ideal. Namun demikian, di dalam kehidupan sebenar, proses menolong tidaklah sebegitu mudah dan teratur.
·                  P erjalanan proses kaunseling sebenar biasanya tidaklah semudah
dan teratur seperti mana yang telah diterangkan sebelum ini.
·                  Walalupun garis panduan perjalanan proses telah diberikan, kaunselor
perlu peka dan bertindak balas dengan realiti sebenar yang berlaku semasa sesi berjalan.
·                  Tahap atau langkah dalam proses kaunseling mungkin bertindih atau
berpatah balik ke belakang demi menyesuaikan apa yang diutarakan oleh klien dengan turutan langkah proses yang diutarakan oleh Egan. 






THE  STAGE  SPESIFIC  SPEACIALIST
·                  Ada kaunselor yg berkecenderungan untuk menguasai dan pakar dengan satu-satu tahap.
·                  Ada yang mahir dan menguasai penerokaan, ada yg pakar dalam  membuat konfrontasi dan ada yg pakar dan menguasai tahap tindakan dalam proses kaunseling
·                  Kaunselor yang mahir dengan setengah-setengah proses sahaja biasanya bukan sahaja meningkatkan risiko untuk mengabaikan keperluan klien, malahan mereka juga tidak efektif walaupun dalam kepakaran mereka sendiri.

PRINSIP, BUKANNYA FORMULA

Model yang diperkenalkan ini, adalah satu prinsip asas dalam membantu    klien menguruskan hidup mereka dengan lebih berkesan. Namun begitu, model ini bukannya satu formula mudah dalam    menyelesaikan masalah klien. Klien dan kaunselor perlu bekerja sama dalam menterjemahkan prinsip-prinsip dalam model ini kepada cara penyelesaian mengikut kesesuaian kes yang diutarakan klien.







KESIMPULAN
 Perkataan kaunseling mempunyai pelbagai erti mengikut pendekatan individu yang memperaktikkannya tetapi intipati tugas seorang kaunselor terhadap kliennya sama ada dari kelompok kecil atau individu yang bermasalah dan memerlukan bantuan adalah sama-sama memikirkan cara penyelesaian kesulitan dan kekusutan yang dialami seterusnya memilih alternatif-alternatif yang sesuai dan dengan bantuan kaunselor mereka melaksanakan jalan penyelesaian yang dipilih.  
Kesediaan kaunselor dan  klien mahupun situasi dan tempat untuk  memulakan sesi kaunseling adalah penting untuk memastikan kaunseling dapat berjalan dengan lancar. Dalam hal ini kaunselor seharusnya  bijak meyakinkan kliennya bahawa dia benar-benar bersedia dan bersungguh-sungguh ingin membantunya dan mengambil berat masalah yang dibawa, secara jujur dan ikhlas sama ada dinyatakan secara lisan atau gerak tubuh di samping menyediakan fasiliti yang sesuai dalam memulakan sesi kaunseling. 
 Penstrukturan sesi kaunseling perlu dilaksanakan agar masa yang diperuntukkan kepada klien dapat digunakan sepenuhnya dengan topik perbincangan yang releven dengan pokok perbincangan yang dibawa. Penstrukturan ini juga perlu dijelaskan peranan kaunselor sebagai fasilitator dan klien yang dapat menerima dan membuat pilihan alternatif berpaksikan matlamatnya bertemu dengan kaunselor dimana kaunselor bertindak berdasarkan etika kaunseling secara professional. 
Matlamat sesi pertama adalah penting bagi klien membina kepercayaannya kepada kaunselor yang akan sentiasa memerhatikan segala apa yang dilakukan oleh klien semasa perbincangan tersebut dimana matlamat utamanya adalah mengasaskan satu hubungan yang baik, supaya perbincangan selanjutnya akan lebih mudah dan mesra. 
Penjelasan di atas menunjukkan bahawa proses kaunseling merupakan satu proses yang berterusan dan melalui fasa-fasa tertentu apabila wujud persetujuan dan kata sepakat  antara kaunselor dan klien yang membolehkan pelaksanakan proses tersebut berjalan seterusnya. Walaubagaimanapun, persetujuan ini boleh berubah-ubah mengikut keadaan masa dan juga kehendak klien sendiri dan boleh ditamatkan apabila klien telah memperolehi jalan penyelesaian berdasarkan beberapa alternatif terhadap pokok perbincangan yang dibawa kepada kaunselor. Proses kaunseling juga boleh diberhentikan segera, sekiranya kaunselor mendapati tiada jalan lain untuk membantu klien dan lazimnya ia akan merujuk kepada pakar lain untuk meneruskan proses tersebut yang gagal dilaksanakan dengan sempurna. Biar bagaimana sekalipun proses ini patut ditamatkan seharusnya kaunselor bertindak secara bijaksana dan professional agar semua pihak yang terlibat dalam pertemuan ini berpuas hati. 









RUJUKAN

Brammer L.,& Shostrom E. (1996), Therapeutic Psychology, Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall Inc

Egan, G. (2002). Exercise in helping skills. A manusal to accompany the skillep helper.( 7 th ed) Pasific Grove: CA : Brooks Cole.

Sapora Sipon, Hapshah Md Yusof. (2008) .Pengantar Kaunseling Individu. Arah Publication.

Zainal Abidin Ahmad (2004), Bimbingan dan Kaunseling, Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd