GOLONGAN KATA
Penggolongan kata ialah proses
menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota
lain atau golongan yang sama.
Dalam Bahasa Melayu ada empat bentuk
golongan kata :
-
Kata Nama
-
Kata Kerja
-
Kata Adjektif / Sifat
-
Kata Tugas
Kata Nama
Kata nama menunjukkan nama benda, naam
orang, nama tempat dan nama perkara. Kata nama ialah sejumlah perkataan yang
boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa dan lazimnya perkataan demikian
menamakan orang, tempat, benda atau konsep.
Kata nama boleh dikelompokkan kepada
tiga jenis :
a) Kata Nama Khas
-
kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus
dan ejaannya berpangkalkan huruf besar.
-
Ia terbahagi kepada tiga :
i)
Kata Nama Khas Hidup Manusia – contoh : Lina, Ahmad, Tun
Abdul Razak
ii)
Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia – contoh : Tompok, Si
Belang, Jalak, Jibrail
iii)
Kata Nama Khas Tidak Hidup – Balakong, Proton Saga, Parit
Buntar, Pasar Seni, Planet Marikh.
b) Kata Nama Am
-
kata nama yang merujuk kepada benda-benda atau perkara yang
umum sifatnya.
-
Ia terbahagi kepada dua :
i)
Kata Nama Am Abstrak – jenis kata nama yang bukan
berkonsepkan kebendaan, contohnya roh, angin, kedamaian, kemerdekaan,
demokrasi.
ii)
Kata Nama Am Konkrit – kata nama yang berkonsepkan
kebendaan, contohnya sungai, isteri, bapa, kambing.
c) Kata Ganti Nama
-
kata ganti nama terbahagi kepada :
i)
Kata ganti nama tunjuk
-
kata nama yang berfungsi merujuk kepada sesuatu perkara atau
benda
-
ada dua : itu ( merujuk kepada benda yang jauh) dan ini
(merujuk kepada benda yang dekat)
ii)
Kata ganti nama diri – kata ganti nama yang menjadi
pengganti nama sesuatu benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama diri pula
boleh dibahagikan kepada:
-
Kata ganti nama diri tanya – jenis kata yang berfingsi
menanyakan hal benda, perkara atau manusia. Terdapat tiga bentuk :
-
Siapa à
merujuk kepada orang
-
Apa à
merujuk kepada benda atau perkara
-
Mana à
merujuk kepada benda
-
Kata ganti nama diri orang – jenis ganti nama yang merujuk
kepada manusia yang terdiri daripada tiga kategori :
-
orang pertama à
saya, aku, beta, patik, kita
-
orang kedua à
saudara, kamu, awak, engkau, anda
-
orang ketiga à
ia, dia, beliau, mereka, nya.
Kata Kerja
Kata kerja berperanan untuk menunjukan
sesuatu perbuatan atau sesuatu keadaan. Kata kerja dapat dibahagikan seperti
berikut:
1) Kata Kerja Transitif :
a) Kata Kerja Transitif Aktif
b) Kata Kerja Transitif Pasif
2) Kata Kerja Tak Transitif :
a) Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
b) Kata Kerja Tak Transitif Tak
Berpelengkap
Kata kerja transitif ialah kata kerja
yang mesti diikuti oleh objek untuk melengkapkan maksud. Objek yang mengikuti
kata kerja transitif ialah frasa nama. Contoh :
-
Suhaina menjahit baju kurung untuk adiknya.
-
Emak memotong buah tembikai yang baru dibelinya.
Kata kerja transitif aktif ialah kata
kerja yang berfungsi dalam ayat aktif dan menerima awalan ‘men’ dengan atau
tanpa akhiran ‘kan’
atau ‘i’. Contoh :
-
Mastura mencuci pakaian di dalam bilik air
Kata kerja transitif pasif pula ialah
kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif. Kata kerja yang terhasil dari
proses transformasi ayat aktif menjadi ayat pasif akan mewujudkan kata kerja
transitif pasif. Contoh :
-
Pakaian dicuci oleh Mastura.
Terdapat beberapa cara yang dapat
membantu untuk mengenali kata kerja transitif :
-
Mengemukakan pertanyaan ‘apa’ selepas sesuatu kata kerja,
sekiranya sesuatu jawapan boleh diperolehi, maka kata kerja tersebut adalah
kata kerja transitif. Contoh : mengecat apa ? à mengecat rumah
-
Apabila sesuatu kata kerja diberi imbuhan terlebih dahulu,
ini bermakna pada asalnya perkataan ini bukannya kata kerja. Contohnya
perkataaan ‘mengecat’ berasal daripada kata nama ‘cat’ selepas menerima imbuhan
‘menge’.
-
Setiap ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti
mengandungi dua kata nama, ini kerana kata kerja transitif mesti dilakukan oleh
seseorang ke atas orang atau benda lain. Contoh : Sulaiman menembak burung
gagak.
Sulaiman àkata nama pelaku
Burung gagak à kata nama objek
menembak à kata kerja transitif
Apabile membicarakan
mengenai kata kerja transitif, maka perlu diketahui tentang konsep objek tepat
dan objek sipi. Dalam sesuatu ayat yang mempunyai kata kerja, ia boleh diikuti
oleh dua ayat yang kedua-duanya boleh menjadi objek. Contoh :
-
Abu membelikan kekasihnya seutas rantai
emas.
membelikan à kata kerja transitif
rantai emas à objek tepat
kekasihnya à objek sipi
Dalam ayat itu, objek
tepat dapat dikenal pasti dengan hanya bertanya ‘apa’ kepada kata kerja yang
hadir dalam ayat itu.
Kata kerja tak transitif adalah kata
kerja yang tidak memerlukan objek atau pelengkap selepasnya. Kata kerja tak transitif
terbahagi kepada dua :
-
Kata kerja tak transitif tak berpelengkap
-
Kata kerja tak transitif berpelengkap
Kata kerja tak transitif tak
berpelengkap adalah bentuk kata kerja yang paling ringkas, iaitu boleh berdiri
sendiri dengan tanpa diikuti oleh pelengkap atau objek. Kata kerja jenis ini
boleh terdiri daripada kata kerja dasar (tanpa imbuhan) dan dengan imbuhan
awalan. Contoh : terbang, tidur, berlari, berenang.
Kata kerja tak transitif dapat dikenali
dengan bertanya ‘apa’ selepas kata kerja itu. Sekiranya tidak ada jawapan, maka
kata kerja itu adalah kata kerja tak
transitif kerana ia tidak ada objek. Contoh :
Burung terbang à terbang apa ? (tiada jawapan)
Adik berlari à berlari apa ? (tiada jawapan)
Kata kerja transitif berpelengkap
bermaksud kata kerja ini perlu diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan
maksud ayat. Terdapat beberapa jenis pelengkap :
-
Waktu . contoh : Ali duduk sejak tadi.
-
Tempat . contoh : Kakak duduk di atas kerusi
-
Cara . contoh : Ali duduk bersimpuh
-
Sebab. contoh : Dia duduk kerana letih.
Pelengkap ialah unsur ayat yang berfungsi
menyempurnakan maksud ayat. Jikalau pelengkap dalam ayat tidak ada, ayat itu
menjadi tidak gramatis. Contoh :
-
Sarah ingin menjadi peragawati
-
Amri bertambah sayang kepada isterinya
Jika tanpa
pelengkap :
Sarah ingin
menjadi …(menjadi apa?)
Ali
bertambah…(bertambah apa?)
Pelengkap hendaklah dibezakan dengan
objek. Pelengkap hadir selepas kata kerja tak transitif, manakala objek pula
hadir selepas kata kerja transitif dengan tujuan melengkap maksud. Perlu
diingat bahawa kata kerja transitif sahaja dapat dipasifkan.
Bagi mengenali sesuatu perkataan itu kata
kerja atau tidak, terdapat beberapa cara :
1)
Kata kerja dapat digandingkan
dengan kata bantu. Contoh :
minum à sudah minum
sebaliknya :
baju à sudah baju (tidak memberi makna)
Kaedah ini
amat perlu apabila hendakl membezakan beberapa kata kerja yang kelihatan
seakan-seakan kata sifat.
2) Sesuatu perkataan itu diberi imbuhan
tertentu seperti ‘ber’, ‘me’, ‘kan’,’i’
dan ‘di’
Kata Sifat / Adjektif
Kata sifat ialah perkataan yang menjadi
unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Ia boleh dikenal pasti dan dibezakan
dari kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti
oleh kata penguat. Kata sifat menceritakan sifat benda (kata nama) dan sifat
perbuatan (kata kerja).
Kata sifat alam Bahasa Melayu dibahagikan
kepada sembilan berdasarkan kriteria makna.
1)
Kata Sifat Keadaan
-
memberi makna keadaan kata nama
yang diterangkan. Contoh : orang jahat, budak pintar
2)
Kata Sifat Warna
-
membawa makna warna untuk
menerangkan kata nama. Contoh : langit biru, bibir merah.
3)
Kata Sifat Ukuran
-
menyatakan ukuran kata nama.
Contoh : perahu panjang, pokok renek
4)
Kata Sifat Bentuk
-
menerangkan mengenai bentuk
kata nama. Contoh : jalan bengkok, mata bulat
5)
Kata Sifat Jarak
-
menerangkan kata nama dari segi
ruang. Contoh : jalan pintas, kawan jauh.
6)
Kata Sifat Waktu
-
memberi penjelasan konsep masa
sebagai unsur keterangan. Contoh : makanan segera, rumah baru
7)
Kata Sifat Cara
-
membawa makna keadaan kelakuan
atau ragam untuk menerangkan kata nama. Contoh : air deras, hujan lebat
8)
Kata Sifat Perasaan.
-
memberi pengertian kepada
konsep perasaan yang terkandung dalam sesuatu
kata nama. Contoh : suka akan, penuh ragu
9)
Kata Sifat Pancaindera
-
terdiri daripada yang memberi
makna rasa, pandang, dengar, bau dan sentuh. Contoh :
makanan lazat
(konsep rasa)
lelaki
tampan (konsep pandang)
suara
merdu (konsep dengar)
minyak
wangi (konsep bau)
kulit
licin (konsep sentuh)
Terdapat beberapa cara yang boleh
membantu untuk mengenal pasti kata sifat :
1)
Kata sifat boleh berganding
dengan kata penguat seperti amat dan paling, sama ada diletakkan di hadapan
kata sifat atau diakhirnya.
2)
Kata sifat diberi imbuhan ‘ter’
dan ‘se’.
Kata Tugas
Kata tugas mempunyai tugas yang mustahak
di dalam ayat. Kata tugas tidak mempunyai makna tetapi ia digunakan dalam ayat
dan frasa untuk menjalankan sesuatu tugas tatabahasa. Fungsi kata tugas ialah
menjadi penghubung, penentu, penguat, pedepan, pembantu, penegas, penafi,
pembenar, pemeri, penanya dan penyeru.
Ada 16 jenis kata tugas yang
boleh dikelompokkan berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan
ayat, iaitu :
- kata hubung
|
- kata penegas
|
- kata tanya
|
- kata nafi
|
- kata seru
|
- kata pemeri
|
- kata perintah
|
- kata sendi nama
|
- kata pembenar
|
- kata arah
|
- kata pangkal ayat
|
- kata bilangan
|
- kata bantu
|
- kata penekan
|
- kata penguat
|
- kata pembenda
|
Untuk memudahkan penghuraian, jenis kata
ini boleh dibahagikan kepada empat kelompok :
1)
Kata Penyambung Ayat
-
terdiri daripada satu jenis
kata tugas sahaja, iaitu kata hubung.
-
Ia adalah sejumlah perkataan
yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih menjadi satu ayat yang
berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk.
-
Contoh : dan, atau, tetapi,
serta, sebaliknya, serana, supaya, walaupun.
2)
Kata Praklausa
-
sejumlah perkataan yang
terletak perkataan yang terletak dihadapan klausa iaitu yang terdiri daripada :
-
kata seru : berfungsi
melahirkan pelbagai bentuk ayat yang menunjukkan perasaan. Contoh : aduh, cis,
aduhai, amboi.
-
kata tanya : untuk menanyakan
sesuatu atau menyoal sesuatu. Contoh : mengapa , berapa, bila, bagaimana.
-
kata perintah : perkataan yang
bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas. Ia diucapkan dengan nada perintah,
arahan, larangan, silaan atau permintaan. Contoh : jangan, usah, sila, jemput,
minta, tolong.
-
kata pembenar : perkataan yang
mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh : ya, benar, betul,
-
kata pangkal ayat : perkataan
yang hadir di bahagian hadapan ayat yang
menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh : hatta, maka, syahdan,
adapun, alkisah.
3)
Kata Prafrasa
-
sejumlah perkataan yang
terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja atau frasa
adjektif.
-
Ia mendukung tugas-tugas maksud
yang terkandung dalam ayat seperti membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan,
menyendikan, menunjukkanarah dan membilang.
-
terdapat 8 jenis kata prafrasa :
-
kata bantu : jenis perkataan
yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan
menimbulkanmakna-makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Kata bantu
boleh dibahagikan kepada dua kumpulan :
-
kata bantu aspek yang bertugas
menerangkan sama ada perubatan itu sudah dilakukan, sedang dilakukan atau akan
dilakukan. Contoh : telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan, belum.
-
Kata bantu ragam bertugas
menerangkan kemahuan atau perasaan yang dirasai oleh orang yang melakukan
perbuatan tersebut. Contoh : hendak, mahu, hrus, mesti, boleh, dapat.
-
kata penguat : berfungsi
menguat maksud kata adjektif. Contoh : terlalu, paling, sekali, benar, sungguh,
amat.
-
kata penegas : juga dikenali
sebagai kata partikel. Ia adalah sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada
bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Ada
dua jenis kata penegas
-
menegaskan hanya frasa predikat
atau bahagian-bahagiannya. Contoh : -kah, -tah, -lah.
-
menegaskan kedua-dua bahagian
ayat iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau
bahagian-bahagiannya. Contoh : juga, jua, sahaja, pun, lagi, memang.
-
kata nafi : perkataan yang
menjadi unsur nafi frasa frasa predikat iaitu frasa nama, frasa kerja,frasa
adjektif dan frasa sendi nama. Ada
dua bentuk kata nafi : bukan dan tidak.
-
kata pemeri : ia adalah unsur
yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama
dalam predikat. Contoh : adalah, merupakan, ialah.
-
kata sendi nama : kata yang
terletak di hadapan frasa sendi nama.
Kata sendi nama sentiasa hadir di hadapan perkataan yang diterangkan olehnya.
Contoh : di, ke, dari, demi, tentang, seperti, terhadap.
-
kata arah : sejumlah perkataaan
yang hadir sebelum frasa nama, lazimnya hadir sesudah perkataan sendi nama
untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contoh : atas, bawah, tepi, antara.
-
kata bilangan : sejumlah
perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama. Contoh : dua puluh,
segala, semua, para,banyak, masing-masing.
4)
Kata Pasca
-
ia adalah satu bentuk kata yang
hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah ‘-nya’ , yang berfungsi sebagai
penekan dan pembenda.
-
Kata penekan ialah satu bentuk
yang memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh :
Lapisan ozon
sesungguhnya semakin menipis.
-
Kata pembenda pula ialah bentuk
yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan dari kata nama sebagai kata nama.
Contoh :
Lajunya 100
km sejam.