Ahad, 25 Januari 2015

Penulisan Resume

Merujuk kepada buku bimbingan kerjaya oleh Puteri Hayati. Beberapa panduan dalam penulisan resume, antaranya :

1. Butir Peribadi seperti
- Nama penuh mengikut kad pengenalan.
-Tarikh lahir
-Jantina
-Umur
-Nombor kad pengenalan
-Bangsa
-Status
-Alamat tempat tinggal
-Nombor telefon yang dapat dihubungi
-Agama
-Kewarganegaraan
-Alamat e-mail
-Butiran2 lain yang difikirkan perlu

2. Pendidikan
-Senarai semua instutut pendidikan yang diikuti, cara susunan bermula dari sekolah hingga ke peringkat yang lebih tinggi, mengikut kronologi awal hingga terkini.
-Tarikh mendapat sijil atau ijazah yang diperolehi.
-Kursus yang berkaitan pekerjaan termasuk gred markah dan penulisan tesis berkaitan.
- Senarai anugerah biasiswa dan penghargaan yang diperolehi.

3. Status Pekerjaan
Dengan mengikut kronologi dari awal hingga terkini nyatakan pengalaman pekerjaan termasuk:
- Tarikh mula bekerja.
-Nama dan alamat majikan termasuk nombor telefon.
-Jawatan yang disandang.
-Tugas khusus yang dilaksanakan semasa menjawad jawatan tersebut.
-Bidang tanggungjawab semasa memegang jawatan tersebut.

4. Gaji
Pemohon boleh menyatakan jumlah gaji yang diingginkan, jika tangga gaji tidak dimaklumkan dalam pengiklanan. Walaupun begitu perlu membuat rujukan terlebih dahulu berkaitan standard gaji berdasarkan kelulusan dan pengalaman.

5. Kemahiran. Nyatakan kemahiran yang dimiliki seperti:
- Penguasaan bahasa.
-Kemahiran mengendalikan komputer.
-Kemahiran berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
-Masukkan  juga latihan, seminar atau bengkel yang telah disertakan sebelumnya.

6. Wawasan kerjaya
Cita-cita dan wawasan yang ingin berkaitan jawatan yang dipohon.

7. Aktiviti
Nyatakan secara ringkas penglibatan / keahlian dalam persatuan / organisasi.

8. Pencapaian dan anugerah
Penulisan berkisar kepada pencapaian dan anugerah akan menunjukkan pemohon seorang yang aktif, berdedikasi, kreatif dan bercita-cita tinggi.

9. Maklumat tambahan
Untuk menuntuk kelebihan pemohon
- Kelebihan bahasa inggeris atau bahasa asing
-Bersedia bertugas diluar kawasan.

10. Rujukan
Nama 2-3 orang bersama maklumat pekerjaan , alamat diri, no telefon dan alamat majikan , utk memberi rujukan kepada majikan berkaitan pemohon.

11. Fotograf
Gambar terkini berukuran pasport

12. Dokumen sokongan
Salinan sijil2 / transkip yg telah disahkan.