Sabtu, 24 Januari 2015

manual imk dan uak sistem

MANUAL
IMK DAN UAK SISTEM
1. Salin folder “IMK DAN UAK SISTEM” dan tampal pada ruangan desktop pada komputer anda.
2. Klik dua kali folder “IMK DAN UAK SISTEM” untuk membuka folder tersebut.
3. Memasukkan data pelajar :
a. Klik dua kali fail “DATA PELAJAR2.xls” yang terdapat dalam folder “IMK DAN UAK
SISTEM” pada desktop komputer anda .
b. Masukkan data markah IMK pelajar pada ruangan yang berwarna biru dan markah UAK pada ruangan yang berwarna kuning.
c. Simpan fail / save
4. Melihat “laporan.doc” bagi semua pelajar :
a. Klik dua kali fail “laporan.doc” untuk membuka fail tersebut.
b. Klik butang “yes” pada paparan Popup Windows
c. Fail “laporan.doc” akan dipaparkan. Sekiranya tidak fail laporan.doc tidak dipaparkan,klik ‘desktop’ dengan scroll di bahagian kiri dan pilih folder IMK DAN UAK SISTEM kemudian pilih fail DATA PELAJAR2.xls dan klik Open.
d. Klik teks mailings pada menu bar
e. Klik butang untuk melihat paparan “laporan.doc”pelajar samada “paparan sebelum” atau “paparan selepas” berdasarkan paparan asal (default).
5. Masukkan logo sekolah pada ruangan yang telah disediakan:
a. Klik kanan pada kotak “masukkan logo sekolah” yang telah disediakan.
b. Pilih Format Picture dan klik Picture or texture file
c. Klik file, pilih logo sekolah anda berdasarkan lokasi fail logo tersebut disimpan.
d. Klik butang insert.
6. Masukkan nama sekolah pada ruangan yang disediakan.
masukkan logo sekolah
masukkan nama sekolah
7. Mencetak “laporan.doc” :
a. Klik butang finish & merge pada toolbar dan klik teks Print Documents.
b. Pada popup windows Merge to Printer, pilih dan klik mengikut kehendak pengguna.
c. Klik “ok” untuk mencetak.
d. simpan fail
e. Taip tiga mata Holland secara manual.
8. Penerangan Pernyataan Keputusan boleh disertakan bersama dengan Pernyataan Keputusan untuk diberikan kepada murid.
tiga mata Holland
Penerangan mengenai Minat Kerjaya
Konstruk
Keterangan mengenai bidang minat kerjaya
Realistik
Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran praktikal dan mekanikal. Bekerja dengan objek, peralatan, mesin, haiwan dan tumbuhan. Mempunyai kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan, lukisan mekanikal, mesin atau haiwan.
Investigatif
Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan matematik.
Artistik
Persekitaran pekerjaan yang memerlukan daya intuisi yang tinggi, ekspresif, original, bebas, kreatif, inovatif dan artistik. Suka bekerja dalam situasi yang kurang berstruktur, tidak rutin dan tidak berulang-ulang.
Sosial
Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi, kerjasama, kolaborasi, saling membantu, melatih dan membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi perkhidmatan dan menyelesaikan masalah sosial.
Enterprising
Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan, perniagaan dan keusahawanan. Wujudnya suasana pengaruh-mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea
Konvensional
Persekitaran pekerjaan berstruktur dan teratur yang melibatkan data, nombor, dan kerja-kerja perkeranian. Melakukan kerja secara terperinci, mengikut peraturan dan arahan.
Penerangan mengenai Kecerdasan Pelbagai
Kecerdasan
Keterangan mengenai kecerdasan
Verbal-linguistik
Kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis. Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan.
Logik matematik
Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.
Visual- ruang
Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak). Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal.
Muzik
Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk musikal, mendengar dan mengecam paten, membezakan antara bunyi dan mencipta muzik. Sensitif dengan bunyi di persekitaran.
Naturalis
Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.
Intrapersonal
Berkebolehan untuk membuat penilaian kendiri dan menggunakan maklumat tersebut untuk mengawal diri dan membuat pertimbangan kendiri dari aspek kelemahan dan kekuatan yang ada. Individu ini mempunyai kesedaran diri yang tinggi tentang perasaan, sikap, penampilan luaran, mengawal naluri diri, kebolehan memantau pemikiran, tindakan dan perasaan.
Interpersonal
Kecerdasan interpersonal melibatkan kemahiran atau kebolehan individu berkomunikasi, menjalin hubungan dan membina kepercayaan dengan orang lain. Individu ini mampu memahami orang lain, sensitif kepada perasaan, kepercayaan, penilaian dan matlamat orang lain.
Kinestetik
Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain.
Eksistensial
Kecerdasan kewujudan ialah keupayaan atau kebolehan untuk memahami dan menimbang tara perkara-perkara berunsur falsafah yang berkaitan dengan kewujudan Tuhan dan fitrah makhluk (manusia, haiwan, tumbuhan, alam semesta dll)
PENERANGAN PERNYATAAN KEPUTUSAN