Isnin, 12 Januari 2015

Kepak Ayam Panggang Berempah...sumber fb

Kepak Ayam Panggang Berempah

bahan-bahan :
12 ketul kepak ayam
7 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
1 inci halia (ditumbuk)
1 1/2 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
2 batang serai (dihiris dan ditumbuk)
sedikit daun ketumbar (ditumbuk)
1/2 sudu makan rempah kurma atau serbuk ketumbar
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos cili
madu/gula apong/gula melaka secukupnya
garam
2 sudu besar minyak masak/minyak zaitun

Cara-cara :
Bersihkan ayam. Cucuk-cucukkan isinya dengan lidi satay.
Satukan ayam dengan semua bahan di atas kecuali minyak masak. Gaul-gaulkan sebati dan kemudian perapkan selama 1 jam atau lebih.
Kemudian ratakan ayam dengan minyak masak. Susunkan ayam di dalam dulang pembakar yang dialaskan dengan kertas foil.
Panggang hingga masak. Jangan lupa terbalikkan ayam supaya masak sekata. Boleh juga dibakar/panggang atas dapur mengikut keselesaan.
Hidangkan bersama sos cili, nasi putih atau nasi ayam