Isnin, 26 Januari 2015

kata- kata motivasi



SESUNGGUHNYA BESAR GANJARAN ADALAH DENGAN BESARNYA UJIAN. SESUNGGUHNYA ALLAH JIKA DIA MENGASIHI SESUATU KAUM, NESCAYA MEREKA AKAN DIUJI DENGAN UJIAN. BARANG SIAPA YANG REDA MAKA BAGINYA KEREDAAN ALLAH. BARANG SIAPA YANG TIDAK BERSABAR, NESCAYA ALLAH JUGA TIDAK AKAN BERSABAR DENGAN MEREKA!
 (RIWAYAT AT-TIRMIZI & IBN MAJAH)  
 
RASULULLAH SAW BERSABDA YANG BERMAKSUD “BUKANKAH AKU TELAH MEMBERITAHU KAMU SEMUA TENTANG ORANG YANG DIHARAMKAN MASUK KE NERAKA ATAU ORANG YANG DIHARAMKAN KE ATASNYA NERAKA? MEREKA IALAH ORANG YANG BERDAMPING RAPAT DENGAN ORANG RAMAI (BAIK PERGAULANNYA), HATINYA TENANG, BERLEMAH LEMBUT SERTA MUDAH DIBAWA BERUNDING”.
          (RIWAYAT AT- TIRMIZI)

TIADA SIAPA YANG PALING PANDAI DAN PALING BODOH DI DUNIA INI KERANA SETIAP YANG PANDAI  ITU BOLEH  MENJADI BODOH DAN SETIAP YANG BODOH ITU BOLEH MENJADI PANDAI.

KEIKHLASAN ITU UMPAMA SEEKOR SEMUT HITAM DI ATAS BATU YANG HITAM DI MALAM YANG AMAT KELAM. IANYA WUJUD TAPI AMAT SUKAR DILIHAT.

DARI KESUSAHAN ITU AKAN DIPEROLEHI KESENANGAN DAN KEBAHAGIAAN, SEPERTI DURIAN BERDURI KERANA SEDAP ISINYA, KULIT MANGGIS PAHIT SEBAB MANIS DIDALAMNYA DAN BUNGA ROS BERDURI KERANA HARUM BAUNYA.

ORANG-ORANG YANG PALING BERBAHAGIA TIDAK SELALU MEMILIKI HAL-HAL TERBAIK, MEREKA HANYA BERUSAHA MENJADIKAN YANG TERBAIK DALAM SETIAP HAL YANG HADIR DALAM HIDUPNYA.

ORANG YANG BERBAHAGIA ITU AKAN SELALU MENYEDIAKAN WAKTU UNTUK MEMBACA KERANA MEMBACA ITU SUMBER HIKMAH, MENYEDIAKAN WAKTU TERTAWA KERANA TERTAWA ITU MUZIKNYA JIWA, MENYEDIAKAN WAKTU BERFIKIR KERANA BERFIKIR ITU POKOK KEMAJUAN, MENYEDIAKAN WAKTU  UNTUK BERSENDA KERANA BERSENDA ITU AKAN MEMBUAT MUDA SELALU DAN MENYEDIAKAN WAKTU BERIBADAT KERANA BERIBADAT ITU ADALAH IBU SEGALA KETENANGAN JIWA.


JIKA KEJAHATAN DI BALAS KEJAHATAN, MAKA ITU ADALAH DENDAM. JIKA KEBAIKAN DIBALAS KEBAIKAN ITU ADALAH PERKARA BIASA. JIKA KEBAIKAN DIBALAS KEJAHATAN, ITU ADALAH ZALIM. TAPI JIKA KEJAHATAN DIBALAS KEBAIKAN, ITU ADALAH MULIA DAN TERPUJI.
                (LA ROCHE)

AKHLAK YANG BURUK ITU  IBARAT TEMBIKAR YANG PECAH. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah.
           (wahab b munabin)