Sabtu, 24 Januari 2015

TEORI PERSONALITI / TEORI TINGKAHLAKU

Pendekatan tingkahlaku lebih memberi perhatian kepada teori pembelajaran. Mengikut teori tingkahlaku personaliti manusia adalah berdasarkan kepada ciri-ciri berikut ( James & Gailland, 2003)
1. Tingkahlaku organisme menentukan pembelajaran, sikap, kebiasaan dan aspek lain dalam perkembangan manusia.
2. Perkembangan personaliti adalah deterministic iaitu persekitaran dan pengalaman menentukan bagaimana personaliti berkembang.
3.Perbezaan individu didapati daripada perbezaan pengalaman.
4. Dualisme seperti jasad- minda, jasad-roh dan jasad -rohani tidak mempunyai kesahan saintifik di dalam perkembangan, rsamslsn dan kawalan tingkahlaku manusia.
5. Walaupun perkembangan personaliti mempunyai sedikit limitasi baka, yang mana ia ditentukan, kesan persekitaran dan ransangan yang timbul dari dalam diri memainkan peranan penting.

Ciri2 terapi tingkahlaku :
1. Berasaskan kepada prinsip dan prosedur kaedah saintifik.
2.Menangani masalah tingkahlaku klien pada masakini dan faktor2 yang mempengaruhinya bertentangan dengan penentuan dari segi sejarah.
3. Klien dijangka akan mengambil tindakan khusus untuk menangani masalahnya.
4. Umumnya dijalankan sebanyak mana yang boleh di dalam persekitaran klien.
5. Prosedur tingkahlaku untuk memenuhi keperluan klien yang unik.
6. Berasaskan perkongsian kolaboratif antara terapis dan klien di dalam dua aspek.

Matlamat :
Membina sittuasi baru untuk pembelajaran dengan andaian bahawa pembelajaran boleh mengubah tingkahlaku masalah.

Proses :
Cormier dan Cormier (1991) menerangkan tentang urutan memilih dan definesi matlamat semasa sesi kaunseling. Proses ditunjukkan melalui keadaan yang perlu untuk mewujudkan hubungan kolaboratif terapis-klien.
1. Terapis menerangkan tujuan terapis.
2. Klien mengkhususkan perubahan posotif yg diingini dari sesi kaunselin.
3. Klien dan kaunselor menentukan sama ada matlamat yang dinyatakan adalah matlamat perubahan yang dipunyai oleh klien.
4.Klien dan terapis sama2 meneroka sama ada matlamat ini realistik.
5. Mereka membincangkan kebaikan dan kelemahan matlamat tersebut.
6. Mereka membuat keputusan meneruskan mencari matlamat yg dinyatakan, mengambilkira matlamat klien sebagai rujukan.