Jumaat, 2 Januari 2015

kek masam manis - homemade cake

250g mentega
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula perang
1 cawan jem strawberi
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
2/3 cawan susu segar
kepingan haw flakes

Cara membuat
1. Panaskan ketuhar suhu 170 darjah celcius
2. Pukul mentega , gula halus dan esen vanila hingga sebati dikuti telur dipukul hingga kembang.
3. Masukkan separuh tepung berselang seli susu hingga adunan sebati kemudian masukkan jem strawberi kacau hingga rata.
4. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan susun haw flakes secara menegak mengikut citarasa.
5. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 50 minit dan sejukkan sebelum dihidang