Isnin, 26 Januari 2015

Kek Span ....Sumber fb

Kek Span Asas
Adaptasi dari: sweet4ever@myr
sumber: tun telani

Bahan-bahan

150 g tepung gandum
150 g gula kastor
5 biji telur A
1 sb ovalette
80 ml air
80 ml minyak / mentega cair
1 sk serbuk penaik
1 sk esen vanilla
sedikit pewarna pilihan

Cara-cara

Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi ( bergantung kepada pengadun)
Perlahankan kelajuan dan masukkan air, esen vanilla dan pewarna pilihan. pukul dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
Masukkan minyak/ mentega cair ke dalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
Alas loyang 8" dengan kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
Telangkupkan kek di atas redai kek hingga sejuk