Isnin, 26 Januari 2015

Teori Konstruktivisime

Teori  Konstruktivisime

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk yang serba sempurna. Pelajar perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk pelajar. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh pelajar sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran pelajar tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui pelajar adalah realiti yang dibina sendiri. Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.Untuk membantu pelajar membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kesimpulan idea-idea tersebut dibentuk. .

Beberapa orang ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada pelajar. Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa pelajar mempunyai idea mereka sendiri hampir dalam semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan salah konsep ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru. John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan pelajar di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan pelajar meniru dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan pelajar membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif.

Dalam teori konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan guru atau sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubah suai realiti tersebut. Ini adalah sesuai dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputeri. Dalam melaksanakan pengajaran perkakasan komputer pelajar aktif dalam membina realiti mereka sendiri. Segala pengetahuan dibina oleh pelajar dalam modul tidak disokong dari pengetahuan luar. Dick (1997) menyatakan bahawa konstruktivisme hanya mencadangkan kaedah dalam mana persekitaran pembelajaran boleh disusunatur dan diurus supaya dapat membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar. Pembelajaran akan melibatkan pelajar yang aktif dengan mencari pengetahuan dan melibatkan kerja-kerja amali. Teori ini juga beranggapan bahawa pelajar mampu untuk membuat penyelidikan, menganalisis dan mempersembahkan maklumat .
Di dalam teori konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan oleh pendidik tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubahsuai realiti tersebut. Secara umumnya pelajar akan belajar melalui pengalaman yang diperolehi secara sendiri.

Pelajar akan dapat pengalaman untuk belajar pada situasi yang sebenar melalui proses pembelajaran yang aktif . Kesimpulannya konstruktivisme membentuk suasana pembelajaran yang menjurus kepada situasi sebenar dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar. Seterusnya berdasarkan pandangan Jonassen (1991) perbezaan yang besar yang wujud di antara konstruktivisme dengan tingkahlaku serta kognitif ialah untuk kaedah pengajaran yang berasaskan tingkahlaku dan kognitif ianya mempunyai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan manakala kaedah pengajaran yang berasaskan konstruktivisme objektif pembelajaran dan apa yang hendak dicapai adalah lebih terbuka dan bebas. Pandangan Jonassen diambilkira di dalam pembangunan perisian kursus ini dengan menyediakan tempat masuk yang banyak pada setiap skrin di mana pelajar mempunyai kebebasan untuk membina prasarana pembelajaran mereka secara kendiri.
Teori-teori baru dalam psikologi pendidikan dikelompok dalam teori pembelajaran konstruktivis (constructivist theories of learning). Teori konstruktivis ini menyatakan bahwa pelajar  harus menemukan sendiri dan mentransformasikan maklumat, melihat  maklumat  baru dengan aturan-aturan lama dan mengemaskini apabila terdapat  itu tidak lagi sesuai. Bagi pelajar benar-benar memahami dan dapat menerapkan pengetahuan, mereka harus mlihat masalah, menemukan segala sesuatu untuk dirinya, berusaha dengan susah payah dengan idea-idea sendiri. Teori ini berkembang dari kerja Piaget, Vygotsky, teori-teori pemrosesan informasi, dan teori psikologi kognitif yang lain, seperti teori Bruner (Slavin dalam Nur, 2002: 8).
Menurut teori konstruktivis ini, satu prinsip yang paling penting dalam psikologi pendidikan adalah bahwa guru tidak hanya sekadar memberikan pengetahuan kepada siswa. Siswa harus membangun sendiri pengetahuan di dalam benaknya. Guru dapat memberikan kemudahan untuk proses ini, dengan memberi kesempatan pelajar untuk menemukan atau menerapkan idea-idea mereka sendiri, dan mengajar pelajar menggunakan strategi mereka sendiri untuk belajar. Guru dapat membantu pelajar ke pemahaman yang lebih tinggi, dengan menggunakan kaedah mereka sendiri. ( Nur, 2002 :8).
Prinsip-prinsip Konstruktivisme
            Secara garis besar, prinsip-prinsip konstruktivisme yang diterapkan dalam belajar mengajar adalah:
  1. Pengetahuan dibangun oleh siswa sendiri, baik secara personal maupun sosial.
  2. Pengetahuan tidak dapat dipindahkan dari guru ke murid, kecuali hanya dengan keaktifan murid sendiri untuk menalar.
  3. Murid aktif mengkonstruksi terus-menerus, sehingga selalu terjadi perubahan konsep ilmiah.
  4. Guru sekedar membantu menyediakan sara dan situasi agar proses konstruksi berjalan lancar.
  5. Menghadapi masalah yang relevan dengan pelajar.
  6. Struktur pembelajaran seputar konsep utama pentingnya sebuah pertanyaan.
  7. Mencari dan menilai pendapat pelajar.
  8. Menyesuaikan kurikulum untuk menanggapi anggapan pelajar.
  9. Menilai belajar pelajar dalam konteks pengajaran.
.Berikut adalah penerangan secara ringkas tentang setiap prinsip tersebut. Setiap prinsip yang terlibat akan dibincangkan tentang aplikasinya dalam proses pendidikan dengan selanjutnya dalam bahagian kesan-kesannya terhadap pembelajaran para pelajar nanti.

      Pengetahuan dibina oleh pelajar – pelajar bukan merupakan ‘tin kosong’ untuk diisi, tetapi merupakan individu aktif yang perlu berusaha mencari pengertian kepada perkara-perkara yang ditemuinya. Para pelajar mestilah ‘construct’ iaitu membina pengetahuan. Dengan ini, para pelajar perlu menggunakan daya pemikiran mereka sendiri, dan bukannya bergantung semata-mata pada maklumat yang dimiliki oleh guru. Oleh itu, guru-guru tidak sekadar memberi maklumat dan ilmu yang terkandung dalam sukatan pelajaran begitu sahaja, tetapi menggalakkan pelbagai jenis aktiviti dilakukan oleh pelajar di mana setiap aktiviti merupakan suatu proses ke arah membina pengetahuan tertentu.

      Setiap pelajar memiliki idea dan pengetahuan asas – pelajar perlu membina pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan yang sedia ada serta menggunakan idea mereka sendiri. Sememangnya, setiap pelajar mempunyai pandangan dan satu set idea sendiri tentang subjek yang dipelajari. Idea-idea ini tidak harus ditolak begitu sahaja, malah perlu digalakkan oleh guru dengan adanya bimbingan guru. Pengetahuan asas yang sudah ada perlu diaplikasikan oleh para pelajar untuk mewujudkan hubungkait antara subjek-subjek tertentu, seterusnya membentuk suatu pengetahuan dan kefahaman yang baru terhadap subjek tersebut.

      Proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial – para pelajar perlu berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat sesama sendiri dan juga dengan para pendidik tentang subjek yang sedang dipelajari, iaitu pembelajaran secara berkumpulan dititikberatkan. Hal ini adalah kerana para psikologi seperti Jean Piaget berpandangan bahawa pembelajaran merupakan proses yang dinamik dan sosial, iaitu idea-idea berbeza yang difikirkan oleh individu-individu yang berlainan perlu dikumpulkan dan dibandingkan supaya dapat membina pengetahuan yang kukuh asasnya. Para pelajar tidak digalakkan untuk belajar bersendirian semasa dalam kelas.
Mencari dan menilai pendapat pelajar. Pelajar dapat mengaplikasi pengetahuan baru dengan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Ini dapat mewujudkan pemahaman yang baru dan menggalakkan inkuiri dalam kalangan pelajar.
 Guru merupakan fasilitator dalam proses pembinaan pengetahuan pelajar – guru hanya membimbing para pelajar, bukan memindahkan ilmu pengetahuan terus ke otak pelajar. Guru bertanggungjawab untuk memberi para pelajar penunjuk dan garis panduan yang sesuai. Guru tidak memberi jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan; malah, guru hanya berperanan untuk bertanyakan soalan-soalan yang dapat memberangsang pemikiran para pelajar.

 Menerusi tugasan ini, prinsip - prinsip Teori Konstuktivisme akan diaplikasikan dalam pendidikan; seterusnya, dalam tugasan ini, kesan-kesannya terhadap pembelajaran para pelajar dan bagaimanakah kesan-kesan tersebut berlaku akan dianalisis dan dijelaskan.
 Kesan-kesan
Dalam pendidikan yang biasa iaitu pendidikan konvensional, para pelajar dilatih oleh guru untuk menjawab soalan semata-mata berdasarkan fakta-fakta. Meskipun cara menjawab soalan ini mampu memberikan jawapan yang betul serta tepat, cara ini tidak menitikberatkan daya pemikiran para pelajar. Mereka hanya perlu mengingati fakta-fakta tertentu dan memberikannya terus sebagai jawapan tanpa benar-benar memahami mengapa jawapan yang diberi adalah sedemikian.

      Daya ingatan, bukannya daya pemikiran, menjadi asas kepada kecemerlangan seseorang pelajar. Lebih-lebih lagi, para pelajar hanya akan menjalankan proses pembelajaran secara bersendirian, bukannya berkumpulan.

      Sebaliknya, hal tersebut adalah amat berbeza dalam pendidikan yang berbentuk konstruktivis. Dalam pendidikan konstruktivis, guru-guru mencabar para pelajarnya untuk mendapatkan jawapan bagi soalan secara lebih konstruktif, iaitu dengan mengaitkan dan merumuskan konsep-konsep yang diketahui. Cara ini lazimnya dikenali sebagai “problem-solving” di mana guru mengemukakan suatu situasi dan meminta pelajar-pelajar untuk menjelaskan situasi tersebut secara berkumpulan. Apabila para pelajar menganalisis data yang sedia ada iaitu data yang diberikan oleh guru ataupun data yang boleh diperhatikan oleh pelajar itu sendiri, mereka berupaya untuk membuat justifikasi terhadapnya, seterusnya melakukan suatu ramalan untuk membuat suatu kesimpulan tentang masalah yang hendak diselesaikan. Kesimpulan yang dibina itulah merupakan jawapan bagi soalan yang dikemukakan oleh guru.

      Tambahannya, kaedah pembelajaran secara berkumpulan dalam kelas ini meningkatkan lagi kualiti pendidikan yang disampaikan. Menurut kajian yang dilakukan oleh Johnson and Johnson (1986) [4], terdapatnya bukti kukuh bahawa pembelajaran secara berkumpulan ini mencapai tahap pemikiran yang lebih tinggi dan para pelajar tersebut boleh mengingati maklumat yang dipelajari untuk jangka masa yang lebih lama berbanding dengan pelajar yang belajar secara bersendirian.

      Dalam konteks perbincangan ini, Teori Konstuktivisme mampu meninggalkan kesan yang signifikan khasnya dalam mata pelajaran berunsurkan Sains seperti Biologi, Fizik dan Kimia. Hal ini demikian kerana mata pelajaran tersebut menekankan cara membuat kesimpulan terhadap fenomena alam menerusi eksperimen. Dalam pelaksanaan eksperimen, guru-guru akan menyatakan suatu masalah manakala para pelajar akan berfikir secara berkumpulan untuk merangka suatu eksperimen untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kumpulan pelajar itu perlu membuat pemerhatian sendiri dan seterusnya membuat penilaian terhadap pemerhatian yang dialami supaya boleh memberi penjelasan yang sesuai bagi pemerhatian tersebut.

      Sesungguhnya, proses ini hanya dapat dilakukan sekiranya kumpulan pelajar tersebut melakukan perbincangan, memikul tanggungjawab sendiri dalam proses pembelajaran, dan hasilnya, pelajar-pelajar yang berfikiran kritis akan dilahirkan (Totten, Sills, Digby & Russ, 1991 [5])Akhirnya, dalam proses ini, para pelajar akan berjaya membina pengetahuan tentang sesuatu fenomena alam menerusi usaha sendiri dengan bimbingan oleh guru dari semasa ke semasa.

      Tidak dapat dinafikan, jawapan yang dibina secara konstruktivis ini tidak semestinya betul pada setiap masa. Akan tetapi, proses untuk membina jawapan tersebut membolehkan para pelajar untuk menggunakan daya pemikiran mereka, sekaligus melahirkan pelajar yang lebih kritis, kreatif dan rasional. Sememangnya, sama ada jawapan yang dibina itu betul atau salah tidak perlu dibimbangi, kerana pada akhir sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran (P & P), guru masih dapat menjelaskan jawapan yang sebenar.

      Malah, dalam Journal of Technology Education oleh Anuradha A. Gokhale , para pelajar yang telah melibatkan diri dalam suatu kajian terhadap pembelajaran secara berkumpulan telah memberi respons bahawa pembelajaran dengan cara sedemikian berjaya membantu pemahaman mereka, memberangsangkan pemikiran mereka dan memberi persepsi baru kepada mereka.
 Oleh hal demikian, melalui proses“problem-solving” ini yang berunsurkan Teori Konstuktivisme, pelajar-pelajar bukan sahaja mendapat jawapan yang betul, malah dalam proses tersebut, mereka melatih diri sendiri untuk berfikir secara invididu dalam usaha menjelaskan sesuatu fenomena. Hal ini jauh lebih berkesan berbanding dengan kelas konvensional di mana pelajar hanya mengetahui jawapan betul tanpa menggunakan daya pemikiran otak mereka.

Selain itu, pendidikan konstruktivis melatih daya pemikiran pelajar apabila guru-guru mengemukakan soalan terbuka (soalan “open-ended”). Contoh-contoh soalan terbuka adalah seperti “Apakah pendapat anda terhadap situasi ini?”, “Terangkan sebab-sebab anda membuat pilihan tersebut.”, “Bagaimanakah anda boleh jelaskan masalah ini?”, dan sebagainya. Haruslah disedari bahawa apabila pelajar-pelajar digalakkan untuk memberi respons terbuka, mereka bukan sahaja boleh memberi pandangan sendiri terhadap sesuatu subjek, malah lebih penting lagi, mereka akan didorong untuk memikirkan suatu penjelasan yang logikal bagi menyokong pandangan mereka terhadap subjek tersebut. Dalam konteks ini, guru-guru menerima mana-mana jawapan daripada pelajar, asalkan jawapan  tersebut mempunyai asas yang logikal, matang dan bermakna.

      Soalan terbuka sedemikian sememangnya amat sesuai digunakan dalam proses P & P, terutamanya dalam mata pelajaran seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Contohnya, sekiranya dilihat menerusi komponen sastera mata pelajaran Bahasa Melayu, para pelajar dapat ditanyakan sama ada mereka bersetuju dengan tindakan watak-watak dalam sesebuah cerita dan untuk memberi penjelasan atas jawapan mereka. Di samping menggalakkan para pelajar untuk memberi penerangan yang bermakna sebagai sokongan jawapan mereka, soalan terbuka sedemikian boleh melahirkan daya pemikiran yang lebih matang dalam diri pelajar-pelajar.

      Jelasnya, dari segi daya pemikiran para pelajar, penggunaan Teori Konstuktivisme dapat menghasilkan proses pembelajaran yang lebih saintifik, matang dan menyeluruh bagi para pelajar.
 Selai itu,  telahpun dibuktikan bahawa terdapatnya hubungan yang jelas antara sikap pelajar dalam kelas serta keberkesanan pembelajaran pelajar tersebut. Keaktifan penglibatan serta usaha yang disumbangkan oleh para pelajar dalam sesuatu aktiviti dalam kelas berhubung kait dengan tahap motivasi para pelajar (Pintrich & De Groot, 1990 Pintrich & Schrauben, 1992).

      Dalam konteks ini, penggunaan Teori Konstuktivisme dalam proses P & P juga dapat menanam sikap yang lebih positif dalam para pelajar dalam kelas. Hal ini disebabkan beberapa faktor iaitu tahap penglibatan pelajar dalam kelas, tahap bimbingan  yang diberikan oleh guru dan juga kepelbagaian dalam cara pembelajaran.
 Sekiranya cara pendidikan konvensional dipraktikkan, para pelajar lazimnya merupakan golongan yang pasif, di mana guru-guru akan mengajar manakala penglibatan para pelajar hanya tertakluk kepada mendengar dan menerima segala maklumat yang disampaikan oleh guru. Dalam keadaan sedemikian, kemungkinan besar para pelajar merasakan diri sendiri tidak terlibat dalam kelas. Tidak hairanlah para pelajar berpendapat bahawa sesuatu kelas membosankan. Kesannya, penglibatan para pelajar yang minima ini mengakibatkan sesetengah pelajar hilang minat dan tidak bermotivasi untuk belajar.

Menerusi cara pendidikan konstruktivis, tahap penglibatan pelajar dalam kelas ditingkatkan, dan ini mampu menyumbang kepada sikap mereka terhadap pembelajaran mereka. Menurut Teori Konstuktivisme, interaksi yang jelas antara guru dengan para pelajar perlu wujud. Misalnya, guru-guru sentiasa mengemukakan soalan-soalan yang memberangsang untuk dijawab oleh pelajar, para pelajar turut digalakkan untuk menyertai sesi perbincangan dengan guru ataupun sesama sendiri.

      Menurut Garner (1990), proses memperoleh pengetahuan dipengaruhi oleh faktor kontekstual kelas – contohnya, interaksi yang dinyatakan tadi mampu menyediakan suasana yang menyumbang kepada pemahaman para pelajar. Pembelajaran yang optimum dapat dicapai dengan adanya komunikasi antara guru dengan pelajar serta dalam kalangan pelajar.

      Haruslah disedari juga bahawa aktiviti-aktiviti yang diadakan dalam kelas konstruktivis sentiasa berbentuk ringkas supaya para pelajar dapat memahami konsep-konsep utama dalam sesuatu bidang dahulu, sebelum mempelajarinya secara teliti. Ini dapat memudahkan proses pembelajaran, sekaligus memberi motivasi dan keyakinan kepada para pelajar. Motivasi sedemikian pernah digambarkan mempunyai dua komponen: satu yang berkait dengan nilai sesuatu aktiviti dan satu lagi berkait dengan keyakinan pelajar terhadap kebolehannya sendiri untuk berjaya (Pintrich, Marx & Boyle, 1993).

      Tambahan lagi, aktiviti dalam kelas yang lebih berkemungkinan membuahkan hasil dalam pembelajaran adalah aktiviti yang dirasakan menarik, penting dan mudah dilakukan oleh pelajar (Strike & Posner, 1992).
 Lebih-lebih lagi, apabila para pelajar berupaya mencari penyelesaian kepada masalah-masalah yang dikemukakan dalam kelas, baik secara berkumpulan mahupun individu, mereka akan berasa lebih yakin terhadap kebolehan diri dalam sesuatu bidang. Pokoknya, dengan penggunaan Teori Konstuktivisme, mereka akan berasa lebih bersemangat untuk menyertai sesi P & P, seterusnya meningkatkan tahap pembelaja
Tidak dapat dinafikan, dalam usaha penggunaan Teori Konstuktivisme dalam proses P & P, terdapat beberapa cabaran serta masalah yang perlu dikawal dan ditangani untuk memastikan Teori Konstuktivisme dapat diimplementasi dengan berkesan.
 Disebabkan Teori Konstuktivisme menggalakkan para pelajar untuk membina pengetahuan sendiri berdasarkan idea-idea sendiri, kemungkinannya jawapan yang diperoleh oleh para pelajar tidak begitu konstruktif seperti yang diharapkan. Hal ini adalah kerana setiap individu mempunyai tahap pemikiran serta cara pemikiran yang berlainan. Meskinpun para pelajar akan melatih daya pemikiran mereka, akan menjadi suatu masalah untuk menjadikan sebuah kelas konstruktivis efektif dalam melengkapi mereka dengan ilmu pengetahuan yang sebenarnya.

      Lebih-lebih lagi, setiap guru masing-masing mengejar masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang telah disediakan. Kelas konstruktivis lebih menekankan penerokaan yang lebih bebas oleh para pelajar dalam sesuatu bidang. Masalah yang mungkin timbul daripada kebebasan ini adalah bahawa para pelajar akan mengemukakan pelbagai persoalan yang tidak terkandung dalam sukatan pelajaran. Akibatnya, sukatan pelajaran yang patut diajar tidak dapat dihabiskan dan para pelajar mungkin mencapai keputusan yang tidak memuaskan dalam peperiksaan awam.

      Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang perlu dipertimbangkan seperti kebolehan para pendidik, kedudukan kewangan keluarga para pelajar yang masing-masingnya berlainan (ini menyediakan persekitaran yang mungkin kondusif ataupun sebaliknya bagi para pelajar yang berlainan status ekonomi), sikap ibu bapa yang berlainan dan kurangnya sumber maklumat bagi sesetengah kumpulan pelajar.

      Akan tetapi, haruslah disedari bahawa cabaran-cabaran tersebut bukanlah mustahil untuk diatasi. Dengan adanya kerjasama yang utuh antara guru-guru dengan ibu bapa serta subsidi oleh pihak kerajaan, pendidikan yang mempunyai unsur konstruktivis dapat mencapai matlamatnya dengan para pelajar.
Kesimpulan
  Kesimpulannya, memandangkan penggunaan Teori Konstuktivisme mendatangkan kesan yang amat positif terhadap pembelajaran para pelajar, Teori Konstuktivisme perlulah dipraktikkan di mana-mana yang sesuai dalam proses P & P seharian untuk memberi pendidikan yang lebih efektif, selaras dengan hasrat negara Malaysia untuk melahirkan generasi masa depan yang “Cemerlang, Gemilang, Terbilang”.





Bibliografi
Ar-Rosail.Www.freewebs.com.arrosailtep/majalah/konstruktivisme.htm.
Bab 5.Www.b.domaindlx.com/infodata/pdf.
Konstruktivisme.Www.scribd.com/doc/414820/konstruktivisme.
Tajuk.Geoticies.Com/ishamnurul/geb353.wdp/pdf.
Teori pembelajaran konstruktivisme. Members lycos.co.uk/jcaldwell/teori pembelajaran.