Rabu, 20 Mei 2015

BISKUT CRUMBLE BLUEBERI

sumber fb : resepi biskut tradisional dan moden

BISKUT CRUMBLE BLUEBERI
Bahan-bahan:
250 gm mentega
150 gm gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 /2 cawan tepung jagung
1 biji telur
1 sdt esen vanila
*Jika adunan lembut sangat, boleh ditambah sedikit tepung jagung.

Bahan untuk crumble:
50gm gula kastor
100gm mentega-dari peti ais
30gm serbuk badam
150gm tepung gandum
5 sudu besar nestum
*Gaulkan semua bahan didalam mangkuk dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti (crumble).
Cara:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati. Canaikan adunan biar rata. Letak blueberi jem dan taburkan crumble. Potong 4 segi. Bakar dalam suhu 180'c sehingga masak.