Rabu, 13 Mei 2015

Resepi Singgang Ikan Tongkol

Resepi Singgang Ikan Tongkol

BAHAN-BAHAN:
3 ketul ikan tongkol yang telah dipotong
2 biji bawang merah | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
15gm halia | dihiris
15gm lengkuas | dihiris
6 biji cili padi | dibelah dua
3 keping asam keping
1 batang serai
Garam secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan bahan-bahan yang telah di hiris tadi bersama asam keping.
2. Kemudian masukkan serai dan juga cili padi. Kacau rata.
3. Selepas itu masukan ikan tongkol. Perasakan dengan garam secukup rasa.
4. Angkat dan sedia dihidangkan