Isnin, 18 Mei 2015

Pantun untuk guru


Indah sungguh si bunga kemboja
Dikutip oleh si baju biru
Sungguh petah berbicara
Itulah guru bahasa Melayu

Sungguh lembut tutur si  gadis
Menjadi dambaan si teruna
Hatinya  dan  bicaranya sentiasa manis
Guru kaunseling positif orangnya

Membeli ikan di tepi jalan
Sembang sebentar bersama En Baba
Tegas dalam mendokong peraturan
Guru disiplin itulah orangnya

Putih-putih si bunga  cempaka
Wangi baunya pujaan dara
Guru matematik pendiam orangnya
Kiraan nombor kehebatan dia

Hinggap di nuri di atas dahan
Terbang sepi bersama si unggas
Bicaranya menjadi tauladan dan sempadan
Guru Pendidikan Islam diberi tugas

Sejarah kita perlu dihati
Supaya menjadi tauladan dan sempadan
Perkara lama sentiasa diingati
Guru sejarah memberi pengajaran

Sungguh wangi si bunga seroja
Menjadi pendinding sepi dihati
Guru pendidikan seni cantik lukisannya
Menjadi pengubat letihnya hati