Bahan-bahan CHAR KWAY TEOW ( 2 orang )
* UTK PASTE *
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sudu sos tiram
3 sudu kicap pekat
3 sudu kicap manis
2 pati ikan bilis / pati udang
2 sudu garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sudu)
1 sudu gula
* UTK MEE *
300 gm kuey teow
1 sudu cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur
Cara penyediaan:
UTK PASTE - Rebus udang dengan air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jangan buang.
Campurkan semua bahan untuk paste dengan air rebusan udang tadi, reneh
hingga menjadi paste yang agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk
dan bolehlah simpan dalam peti sejuk.
UTK MEE - Tumis lada boh
hingga garing. Masukkan dalam 4 sudu paste tadi. Masukkan udang yang
telah direbus tadi dan kerang. Biasanya char kway teow agak berkuah.
Dengan itu letak sikit air dalam 1/2 cawan.
Air didih masukkan kway
teow, kucai, taugeh dan kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah
diangkat. Proses memasak char kway teow ini dalam 3-4 min sahaja,
pastikan api kuat semasa memasak.