Khamis, 24 Julai 2014

11 LAPORAN KAJIAN KES



Laporan Kajian Kes

Kaunselor Pelatih dikehendaki membuat laporan kajian kes berdasarkan SATU (1) kes yang dikendalikan. Gaya penulisan mestilah mengikut format American Psychological Association (A.P.A). Pemilihan kes kaunseling adalah bergantung kepada pertimbangan kaunselor pelatih sendiri tetapi bilangan sesi yang dikendalikan bagi kes yang dipilih itu hendaklah sekurang-kurangnya TIGA (3) sesi. Sesi rakaman audio perlu disertakan sebagai bukti. Format penulisan kajian kes adalah seperti berikut :
a.            Latar belakang klien
b.            Isu yang dikemukakan
c.            Laporan sesi-sesi kaunseling yang dijalankan
d.            Pandangan kaunselor pelatih terhadap isu yang dikemukakan :
i.              Teori berkaitan yang diaplikasi ke dalam isu yang ditimbulkan.
ii.             Teknik dan kemahiran kaunseling yang digunakan.
iii.            Kesukaran yang dihadapi oleh kaunselor pelatih semasa menjalankan sesi kaunseling serta cadangan untuk mengatasinya.
iv.           Kemajuan yang ditunjukkan oleh klien berhubung masalahnya.
e.            Penutup