Rabu, 23 Julai 2014

Keutuhan Wacana



KEUTUHAN  WACANA
Satu aspek penting dalam analisis wacana adalah keutuhan wacana. Dengan menganalisis keutuhan wacana kita dapat menentukan sama ada sesuatu teks itu sebuah wacana atau hanya sekumpulan ayat yang tidak teratur. Melalui analisis keutuhan wacana juga kita dapat pula memahami hubungan bahasa dengan alam di luar bahasa secara lebih mendalam.
Perkataan wacana atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai dapat dijelaskan seperti berikut (Webster, 1983) :
a.       Hubungan fikiran dengan kata-kata, ekspesi idea-idea atau gasasan ataupun percakapan.
b.      Hubungan secara umum, sama ada sebagai satu subjek atau pokok perbincangan.
c.       Risalah bertulis, disertasi formal, kuliah, ceramah, khutbah dan sebagainya.
Perkataan wacana sebenarnya tidak terbatas kepada percakapan semata-mata. Kenneavy (1980 :4 berpendapat “…..wacana sebagai penghakiman apa pun  yang merangkumi  batasan ayat, dalam keadaan yang dinyatakan  wacana berkemungkinan untuk terdiri daripada keseluruhan teks. Dengan kata lain, teks mempunyai  kemungkinan untuk menjadi satu wacana. “ Menurut beliau, wacana tidak terhad kepada apa bentuk yang dilahirkan melalui teks sahaja. Malah boleh  terdiri sama ada sebahagian ataupun keseluruhan idea daripada lisan ataupun tulisan masih dianggap wacana. Ini menjelaskan kepada kita bahawa wacana mencakupi komunikasi  di khalayak seperti syarahan, penulisan , laporan dan sebagainya.
Menurut Stubb (1983) wacana ialah suatu kesatuan bahasa yang lebih besar daripada ayat dan klausa. Wacana menjadi unit linguistic yang lebih tinggi kedudukannya daripada batasan  ayat dan klausa. Dalam hal inii, wacana boleh terdiri daripada bentuk novel, buku, eksiklopedia dan sebagainya yang membawa makna atau mesej yang lengkap. (Harimurti Kridalaksaba, 1984) Asmah Haji Omar (1986) berpendapat, wacana ialah penglahiran system bahasa dan unsure-unsur lain system bahasa yang membantu kea rah menjadi pertuturan ataupun tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam aktiviti komunikasi.
Samsuri (1992) berpendapat wacana ialah rakaman kebahasaan yang runtut tentang peristiwa komunikasi. Komunikasi berkenaan dapat menggunakan bahasa lisan dan tulisan. Laras menurut Raminah Haji Sabran (1989), ialah unit tatabahasa yang melebihi batas ayat kerana boleh terdiri daripada ayat, ceraian, bab, buku , cerita, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubungan dan perkembangan  fikiran yang berurutan. Jesteru, wacana dapat dijelaskan sebagai satu unit bahasa yang terdiri daripada ayat-ayat, ceraian, bahagian, buku, cerita, dialog, cerita,  perbincangan dan sebagainya yang telas menunjukkan urutan fikiran daripada segi penyampaian wacana.
Walaupun begitu terdapat aspek penting yang menghasilkan wacana yang utuh iaitu terdapatnya runtuhan atau koheran ( kesinambungan idea yang menjadikan wacana itu suatu teks yang bermakna serta dapat difahami)  dan wujudnya tautan atau kohesi (keserasian hubungan antara suatu unsur lingustik dengan unsur linguistic yang lain). Selain itu, keutuhan wacana juga dapat dianalisis daripada wujudnya hubungan atau kaitan daripada aspek semantic, fonologi dan grammatical antara bahagian dalam sesuatu wacana. Hubungan wacana daripada aspek semantic pula bermaksud hubungan daripada aspek kepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana. Kepaduan ini dapat dilihat antara bahagian wacana, keseluruhan wacana dan situasi sesuatu wacana yang terdapat dalam wacana. Kaitan semantic antara bahagian-bahagian wacana ialah terbahagi kepada 6 kaiatan.  Kaitan pertama ialah sebab dan akibat. Contoh ayat adalah : Pemuda itu terlibat dengan lumba haram.  Dia dijatuhi hukuman penjara selama 2 tahun. Seterusnya kaitan sebab dan hasil. Contoh ayat :  Pelajar itu rajin berusaha. Dia mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR. Kaitan kedua pula adalah latar dan kesimpulan .  Contoh ayat : Halaman rumah Puan Farah sentiasa hijau dengan pokok-pokok yang menyegarkan. Rupa-rupanya isteri beliau yang pandai menanam dan nengurus tanaman.
Seterusnya kaitan syarat dah hasil. Contoh ayat: Rakyat harus tekun bekerja. Ketekunan rakyat rakyat menentukan kemajuan negara. Kaitan yang kelima adalah kaitan perbandingan . Contoh ayat : Ali pelajar yang rajin. Amir pula pelajar yang malas. Kaitan seterusnya adalah kaitan memperkuat isi atau hubungan penjelasan. Contoh ayat : Bencana Tsunami sungguh dasyat. Ombak besar itu mengorbankan ratusan ribu nyawa manusia serta banyak memusnahkan harta benda. Disamping itu semantic juga mempunyai kaitan dengan segi konteks atau latar wacana. Hubungan semantic dalam sesuatu wacana juga dikaitkan dengan situasi wacana. Dalam hal ini, pengetahuan tentang laras bahasa yang digunakan akan membantu seseorang memahami sesuatu wacana. Begitu juga dengan kesepaduan tajuk dan kaitan antara penutur dengan pendengar.
Keutuhan wacana juga dapat ditimbulkan oleh unsur-unsur fonologi dalam sesuatu wacana. Antaranya termasuklah hentian, intonasi dan nada suara. Contohnya terdapat ayat yang jika diucap dengan nada yang lembut maka ayatnya ialah berbentuk silaan. Tetapi, jika diucap dengan nada yang keras, ayat itu merupakan ayat suruhan yang membawa perasaan marah dan tidak boleh ditentang. Selain itu keutuhan wacana  juga mempunyai kaitan dengan aspek gramatikal. 
Kaitan daripada aspek gramatikal ialah hubungan wacana yang berkaitan dengan tatabahasa. Antara penanda grammatical yang mewujudkan keutuhan wacana ialah penanda rujukan, penanda penggantian, ellipsis dan penanda penghubung. Penanda rujukan menggunakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tunjuk. Penanda rujukan digunakan untuk perkaitan antara bahagian dalam wacana. Berikut adalah contoh penanda rujukan yang menggunakan kata ganti nama diri orang. Kata ganti nama diri orang yang digunakan sebagai penanda rujukan Dalam contoh adalah mereka: Wanita sekarang bukan seperti wanita dahulu. Dahulu mereka lebih banyak membantu suami di rumah tetapi sekarang mereka telah tampil ke hadapan untuk memberikan sumbangan dalam pembanguna negara.
Manakala kata hubung berfungsi menjalinkan kata dengan kata, frasa dengan frasa , klausa dengan klausa dan ayat dengan ayat.  Seterusnya hubungan pelenyapan (penghilangan) dan keutuhan wacana adalah bertujuan untuk mengelakkan pengulangan terhadap sesuatu maklumat yang tersirat daripada penyataan-penyataan yang diberikan. Contoh ayat : Fatin datan petang semalam, ibunya pagi ini. ( Yang dilenyapkan ialah datang pada bahagian ayat keduanya).
Kita boleh menilai keutuhan sesebuah wacana dengan melihat penanda wacana, mengenalpasti ayat-ayat  yang berfungsi dan mengesan serta menginterpretasi organisasi penulisan. Ketiga-tiga cara ini mudah difahami dan boleh diaplikasi di sekolah rendah dan di sekolah menengah.