Khamis, 24 Julai 2014

5. BORANG PERSETUJUAN TERMAKLUM



Borang Persetujuan Termaklum

Pengenalan
Saya _______________________________, No. Matrik : __________ kaunselor pelatih Universiti Utara Malaysia (UUM) sedang menjalankan latihan praktikal di Pusat/Kolej anda. Latihan praktikal ini merupakan syarat yang perlu dipenuhi untuk bergraduat.
Di sepanjang latihan praktikal ini, saya akan diselia oleh _______________________________ (sebagai penyelia Pusat/Kolej). Penyelia akademik pula akan membuat penyeliaan sebanyak sekurang-kurangnya tiga kali. Sebarang kemusykilan mengenai penyeliaan, sila hubungi penyelia akademik saya _______________________________.
Praktikum akan bermula pada ____________________ sehingga ____________________. Sekiranya saya mempunyai klien pada tarikh akhir praktikum, saya akan membuat rujukan jika penamatan tidak dapat dilakukan.

Matlamat Sesi
Dengan persetujuan anda sebagai klien, kita akan berbincang menetapkan matlamat sesi. Oleh itu, kerjasama anda adalah diperlukan.

Tanggungjawab Kaunselor
Dalam sesi individu ini, saya berperanan sebagai kaunselor kepada anda dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati digniti diri, nilai dan keupayaan anda. Kegagalan klien untuk menghadiri sesi selama beberapa kali boleh menyebabkan saya membuat penamatan sesi dan/atau merujuk kepada kaunselor lain. Sekiranya isu yang dibawa di luar keupayaan (competence) saya sebagai kaunselor, maka saya boleh merujuk anda kepada kaunselor lain dengan persetujuan anda sebagai klien. Sekiranya saya perlu merakam sesi yang dijalankan, maka saya perlu meminta persetujuan daripada pihak anda.
Tanggungjawab dan Hak Anda Sebagai Klien
Untuk memastikan keberkesanan sesi, adalah penting bagi anda :
1)            Menghadiri sesi seperti yang ditetapkan dengan persetujuan bersama.
2)            Memberi kerjasama semasa sesi dijalankan.
3)            Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengatasi isu yang dikemukakan.
4)            Jika anda tidak dapat menghadiri sesi, sila maklum kepada saya sebelum temujanji diadakan.
5)            Anda juga berhak untuk menarik diri daripada sesi dan/atau merujuk kepada kaunselor lain sekiranya anda tidak berasa selesa dengan saya.
6)            Anda mempunyai hak untuk mengetahui segala maklumat sesi yang telah direkodkan atau/dan didokumentasikan.

Kerahsiaan dan Limitasi Kerahsiaan
Semua perbincangan dalam sesi adalah dirahsiakan. Saya menjamin kerahsiaan dan anda juga bertanggungjawab menjaga kerahsiaan tersebut. Terdapat beberapa limitasi mengenai isu kerahsiaan ini yang memerlukan saya melaporkan kepada pihak berkenaan seperti:
a.            Jika maklumat yang dikongsi akan/boleh membahayakan diri anda misalnya anda mencederakan diri sendiri atau orang lain atau sebarang perlakuan berbahaya yang menunjukkan anda tidak dapat mengawal diri sendiri.
b.            Jika anda terlibat dalam penderaan kanak-kanak, orang tua, orang kurang upaya atau pasangan anda.
c.            Jika syarikat insurans memerlukan rekod sesi untuk membuat perkhidmatan dan menentukan ganti rugi.
d.            Sebagai sebahagian daripada proses penyeliaan, saya mungkin membincangkan rekod sesi klien dengan penyelia akademik/penyelia Pusat/Kolej saya.

Sekiranya saya diwaran(subpoenae) dari mahkamah, maka saya boleh menceritakan isu yang kita bincangkan bersama apabila disoal.

Terima kasih kerana membaca persetujuan termaklum ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan saya.





















Pengakuan Kaunselor Pelatih:
Nama Kaunselor Pelatih         : _______________________________

Tandatangan                           : _______________________________

Tarikh                                      : _______________________________


Persetujuan Klien:
Saya telah membaca dokumen ini, berbincang dengan _______________________________ (Nama Kaunselor Pelatih), memahami kandungan dan bersetuju untuk menghadiri sesi ini.
Nama Klien                             : _______________________________

Tandatangan                           : _______________________________

Tarikh                                      : _______________________________