Laporan
kajian
i)
BIODATA DAN SEJARAH HIDUP
Almarhum
Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8
Februari 1903 hingga 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah
Melayu dari tahun 1955 dan menjadi Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan
pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan
salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Dikenali sebagai “Tunku”,
beliau juga dikenang sebagai “Bapa Kemerdekaan” dan “Bapa Malaysia” di atas usaha
dan sumbangan Tunku dalam proses memerdekakan negara kita.
Dilahirkan
di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang dikenali sebagai Istana Pelamin,
Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada
Sultan Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang
isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan
Luang Naraborirak (Kleb), seorang Pegawai Daerah Thailand. Kelahiran Tunku
disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah.
Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah Ibni Sultan Abdul Hamid, telah berumur
30 tahun ketika itu. Semasa kecil, Tunku dipanggil ‘Awang’ kerana rupa parasnya
yang tidak sesegak adik-beradiknya yang lain dan kulitnya yang agak gelap. Beliau
bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak kampong.
Tunku biasa mengendap burung dan melastik serta bermain lumpur sehingga
menghidapi penyakit puru di kakinya.
Pada
tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam
yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Setar. Beliau dikurniakan
dengan dua cahayamata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah.
Mariam meninggal dunia pada tahun1934 kerana menghidapi penyakit malaria di
Kuala Nerang , Kedah. Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet
Coulson, bekas tuan rumahnya di England. Antara saksi perkahwinannya di Geylang
Serai, Singapura ialah Syed Ahmad Al Sagoff. Sebenarnya, kerabat diraja Kedah
dilarang berkahwin dengan wanita Inggeris kerana peristiwa penipuan Pulau
Pinang oleh Kapten Francis Light, seorang Inggeris.
Tunku
mengalami nasib yang sama seperti Tunku Yusuf Ibni Sultan Abdul Hamid.
Dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah. Tunku kemudian
berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang
juga merupakan adik Syed Omar Barakbah, rakan sekuliahnya di England pada tahun
1939. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya
di Kedah (Islam disamakan dengan Arab). Oleh sebab perkahwinan ini tidak
mendapat seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah,
Mariam dan Sulaiman. Tunku juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina
pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata
perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.Tunku Abdul
Rahman Putra Al Haj ialah seorang pejuang kemanusiaan yang tulen dan berjiwa
rakyat. Tunku antara pemimpin yang menyahut permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) untuk menghantar misi pendamai dan keamanan ke Congo yang dilanda
peperangan saudara. Beliau juga membangunkan rumah untuk membantu mangsa-mangsa
pembinaan ‘Kereta api maut’ dan anak-anak yatim semasa pemerintahan Jepun.
Almarhum
Tunku Abdul Rahman merupakan insan yang berperikemanusiaan serta ikhlas dan
sewajarnya dikenang oleh rakyat kerana member keizinan kepada PERKIM Kedah
menggunakan sebidang tanah kepunyaannya di kawasan Perbandaran Kota Setar, Alor
Setar, Kedah. Di atas sebidang tanah inilah didirikan bangunan rumah pemulihan
anak-anak yatim dan warga tua yang dinamakan Darul Aitam Wal Miskin. Tunku
sering membantu rakyat miskin yang datang memohon bantuan kewangan, biasiswa
pelajaran, perubatan dan pekerjaan. Kedudukan yang tinggi bukan penghalang
untuk memisahkan Tunku dengan rakyat.Tunku juga merupakan seorang yang cinta
akan perpaduan dan perdamaian. Bagi kemerdekaan negara harus dicapai dengan
cara yang aman. Beliau pernah berkata;
“
kita percaya kepada kedamaian, objektif kita ialah menegakkan hak asasi
manusia, mengenengahkan kepandaian untuk membangun, memelihara dan menegakkan
kebebasab untuk berfikir”.
Sifat
cinta akan perdamaian dan kesederhanaan inilah yang sentiasa diamalkan oleh
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj sehinggalah beliau menghembuskan
nafas yang terakhir pada usia 87 tahun di Hospital Besar Kuala Lumpur. Pihak
kerajaan telah mengiktirafkan ‘ Istiadat Pengebumian Negara’ kepada Tunku. Pada
Disember 1990, jenazah Tunku telah diberi penghormatan terakhir oleh orang ramai
di Dewan Bankusi, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Jenazah Tunku dikebumikan di
Makam Diraja Langgar, Kedah. Pemergiannya merupakan suatu kehilangan yang besar
dan jasanya sentiasa dikenang oleh rakyat Malaysia.
ii)
LATAR BELAKANG TOKOH DALAM
ASPEK PENDIDIKAN DAN PEKERJAAN
Tunku
Abdul Rahman Putra Al Haj bermula pendidikannya pada tahun 1909 di sebuah sekolah rendah melayu di Jalan
Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar Bahasa Melayu
di sekolah itu. Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar Bahasa
Inggeris. Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan Bahasa Inggeris
yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di sini, Tunku belajar di sekolah
pada waktu siang dan membaca Al Quran pada waktu petang. Pada tahun 1913
sewaktu Tunku berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama
Tunku Yusuf Ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya dan belajar di Sekolah
Thebsirintrawat (Debsirindir School).
Pada
tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School.
Antara guru yang mengajar Tunku ketika itu ialah H.R. Cheeseman dan S.M. Zainal
Abidin. Tunku seorang yang aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet. Pada
tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima biasiswa Negeri Kedah untuk
melanjutkan pendidikannya di Kolej St.
Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama layak menerima pendidikan di United Kingdom di
bawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di
asrama St. Catharine kerana Dasar Aparteid iaitu perbezaan warna kulit yang
masih diamalkan. Beliau membantah kepada William Peel iaitu Penasihat British
kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf kepada
Tunku.
Dari
segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar ke England, tiada
sepasang pun baju Melayu yang dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah
pakaian barat di kedai Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di England, Tunku
amat berlainan dengan Sultan Perak yang berbaju Melayu, siap dengan tengkolok.
Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, Ivor
Jenning (Sir), H. V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada
jurusan sastera (Sejarah). Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal Riley Sport
dan kereta mewah dan pernah melakukan 28 kesalahan trafik jalan raya semasa
berada di Cambridge. Tunku tidak dapat memduduki peperiksaan akhir Ijazah
Sarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu peperiksaan. Dengan bantuan
dan kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak, beliau memperolehi ijazahnya
pada tahun 1925.
Pada
tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di
Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya
yang lalu. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner
Temple pada tahun 1930. Selepas kepulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai
Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931 dan dilantik
sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun berikutnya. Beliau
dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat British
pada masa itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas sebagai Pegawai Jajahan di
Sungai Petani disamping berperanan sebagai Hakim Daerah dan Pengerusi Lembaga
Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid
Rahmaniah sempena nama Tunku.
Pada
tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk
menyambung pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon haji Jubir.
Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang
akan meletus di Eropah. Pada tahun 1940, Tunku dilantik sebagai Timbalan
Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah. Pada 9 Disember 1941,
Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah, ayahandanya yang ketika itu
berumur 80 tahun sewaktu Pegawai British hendak membawanya ke India. Bagi
beliau tidak wajarlah seseorang sultan melarikan diri dari tanahairnya semasa
peperangan. Berpakaian Tentera Utara Australia, Tunku menculik ayahanda yang
ketika itu bersama dengan Syed Abu Bakar Al Idrus, seorang Merinyu Kesihatan
Kedah dan menyembunyikannya di Sedim dekat dengan Kulim di bawah jagaan
Penghulu Wahab. Tunku Badlishah, pemangku Raja Kedah tidak berpuas hati dengan
tindakan Tunku yang membelakangkannya sebagai bakal pengganti Sultan Kedah.
Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid di bawa ke Alor Setar. Jepun
mengiktiraf baginda sebagai Sultan kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di
bawah Gabenor dan Tentera Jepun. Sultan Abdul Hamid meninggal dunia pada tahun
1943. Semasa Jepun memerintah, Tunku kekal sebagai Pegawai Jajahan Kulim tetapi
ditemani oleh Otaha, seorang Pegawai Jepun yang pernah menjadi tukang gunting
di pecan Alor Setar.
Tunku
menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947. Sewaktu tempoh
itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak Bin Hussein. Beliau dipilih sebagai
Presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu British dan Abdul Razak yang berumur 26
tahun ketika itu telah dipilih sebagai setiausaha. Semasa itu juga Tunku
menyertai Persatuan Pelajar India Islam yang menuntut kemerdekaan India. Beliau
juga berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang calon Parti Liberal. Tunku
akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949. Seorang yang bersemangat
kesukanan. Tunku memulakan pertandingan bola sepak antarabangsa yang digelar
Pesta Bola Merdeka pada tahun 1957. Pada tahun berikutnya, beliau dipilih
sebagai Presiden pertama untuk Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebuah jawatan
yang beliau memegang sehingga 1976.
Pada
tahun 1930, Almarhum Tunku Abdul Rahman pulang ke Tanah air. Tunku telah
menyertai Perkhidmatan Awam Kedah sebagai seorang Kadet di Pejabat Penasihat
Undang-Undang. Semasa menjadi Kadet, Tunku telah membantah tindakan kerajaan
British yang ingin menyatukan perkhidmatan kastam di seluruh negeri Melayu dan
Negeri-Negeri Selat. Tindakan ini menyebabkan negeri Kedah tidak mempunyai
kuasa untuk mengutip wang cukai barang-barang masuk dan keluar.
Tunku
Abdul Rahman Putra Al Haj ditukarkan ke Kulim, Kedah sebagai Penolong pegawai
Daerah. Tunku juga dilantik memegang jawatan Timbalan Pengarah Perkhidmatan
Pasukan Kawalan Am (A.R.P) pada tahun 1940. Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj
melancarkan Operasi Menyimpan Padi
dan mengarahkan orang kampong
membuat kawasan tempat tinggal penduduk sebagai kawasan Jelapang Padi bagi
mengelakkan masalah kekurangan makanan. Tindakan ini menyebabkan Kedah tidak
kehabisan bekalan makanan apabila tentera Jepun menyerang Kedah semasa Perang
Dunia Kedua. Semasa pemerintahan Jepun, Tunku Abdul Rahman telah diberi jawatan
sebagai Penyelia Pelajaran Negeri Kedah. Pada tahun 1948, setelah menamatkan
pengajiannya dalam jurusan Undang-Undang, Tunku dilantik sebagai Pendakwaraya
dalam Perkhidmatan Kehakiman di Kuala Lumpur.
Selepas
kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan
kemenangan besar dalam pilihanraya umum pada tahun 1957 dan 1964. Pembentukan
Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian Tunku yang
teragung. Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah Persekutuan Malaya,
Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia
yang pertama. Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan
pemasukan Singapura yang menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40
%. Kedua-dua UMNO dan MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan
Rakyat (PAP pada waktu itu, diperlihatkan sebagai sebuah parti sosialis yang
radikal) Lee Kwan Yew kepada pengundi-pengundi di Malaysia. Untuk mengatasi
kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba membentuk sebuah parti di Singapura
untuk mencabar kedudukan Lee Kwan Yew di sana.
Sebagai gerak balas, Lee Kwan Yee mengancam bahawa PAP akan menyertai
Pilihan Raya Persekutuan 1964 di Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal
bahawa beliau tidak akan berbuat demikian. Ini membangkitkan kemarahan Tunku
yang mendesak supaya Singapura meninggalkan Malaysia.
Pada
7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur bahawa
Parlimen harus mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura daripada
Persekutuan. Dalam perkataannya, Parlimen harus memilih untuk memutuskan semua
pertalian dengan sebuah Kerajaan Negeri yang tidak mempertunjukkan sebarang
kesetiaan kepada Kerajaan Pusat berbanding kaedah yang tidak diingini untuk
menindas tindakan PAP. Pemisahan dan kemerdekaan Singapura menjadi rasmi pada 9
Ogos 1965.
Pada
tahun 1961, Tunku menubuhkn Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang mengabungkan
Malaya, Thailand dan Filipina. Perkumpulan ini kemudian digantikan dengan
perkumpulan yang lebih besar, iaitu Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara
(ASEAN) pada 8 Ogos 1967. Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti
Perikatan dikurangkan dengan hebat. Perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti
pilihan raya itu mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur.
Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis
terhadap cara pengendalian krisis itu oleh Tunku dan MAGERAN, sebuah jawatan
kuasa darurat mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaan darurat. Kuasa
Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar dan pada 22 September 1970,
beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian
meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah
penentangan hebat oleh ‘ Turki Muda’ yang terdiri daripada penentang-penentang
parti seperti Dr.Mahathir Mohamad dan Musa Hitam. Pasangan itu kemudian
masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Pada tahun
1977, setelah memperolehi sebahagian besar hak milik The Star, sebuah syarikat
surat khabar yang berasaskan di Pulau Pinang, Tunku menjadi pengerusinya.
Ruang-ruangnya ‘Mengenang Kembali’ (Looking back) dan ‘Sebagaimana Yang Saya Perlihatkan’ (As I See It), kritis
kepada kerajaan dan pada tahun 1987,
Perdana Menteri Dr. Mahathir mengharamkan surat khabar itu.
Ini
menyebabkan perpecahan di dalam UMNO antara Tunku dan Bekas Perdana Menteri,
Tun Hussein Onn menubuhkan sebuah parti baru yang digelar “UMNO Malaysia”,
tetapi pendaftarannya dibatalkan oleh Dr. Mahathir yang menubuhkan Umno baru.
Tunku kemudian menyokong Semangat 46 yang merupakan kumpulan serpihan UNMO yang
diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkempen dengan cergas untuk
Semangat 46 dalam Pilihan Raya Umum 1990, tetapi sewaktu itu, kesihatannya
telah merosot. Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di
Pulau Pinang. Beliau meninggal duni pada 6 Disember 1990 ketika berumur 87
tahun dan disemadikan di Makam Diraja
Langgar, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
ASPEK KAJIAN
i)
PERANAN DAN SUMBANGAN
Selepas
Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj kembali ke Malaya pada tahun 1949,Tunku ditugaskan
untuk bekerja di sebuah Pejabat Pegawai Undang-Undang di Alor Setar. Beliau
kemudian meminta berpindah ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan
Pendakwa Raya dan selepas itu dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Seksyen.
Dalam tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu
di tengah – tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh British. Datuk
Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk
menentangi Malayan Union dan Tunku menyertai UMNO. Pada Ogos 1951, suatu krisis
di dalam UMNO memaksa Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku
dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20
tahun.