TEORI KAUNSELING
INDIVIDU
1. TEORI PSIKOANALITIK
Perspektif
yang akan disentuh disini ialah pandangan Sigmund Freud berkaitan struktur
personaliti. Beliau mengemukakan Teori Psikoanalitik yang menyentuh tentang
pembentukan personaliti berdasarkan persaingan antara tiga unsur kuasa iaitu
(a) keinginan memenuhi kehendak asas yang dikenali sebagai id (b)
keperluan untuk akur dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh masyarakat
yang dikenali sebagai ego (c) ingin hidup dengan kod moral mengikut
pandangan sendiri yang dikenali sebagai superego. Ketiga-tiga kehendak
tersebut sering tidak dapat ditunaikan oleh seseorang secara serentak. Ini
menyebabkan kita bertindak
mengikut
kehendak diri sendiri. Inilah yang berlaku kepada pelajar di sekolah. Sebagai
contoh, mereka tahu ponteng sekolah menyalahi peraturan sekolah serta
bertentangan dengan kehendak ibu bapa mereka. Namun oleh kerana terikut dengan
kawan ataupun tarikan daripada keseronokan luar seperti kedai siber yang
menyediakan kemudahan internet dan permainan yang lebih menarik daripada
pelajaran yang terdapat di sekolah, telah menyebabkan mereka sanggup ponteng
sekolah demi memenuhi kehendak diri sendiri. Inilah unsur memenuhi keseronokan
yang disebut sebagai id. Jika remaja tersebut dapat berfikir bahawa
ponteng menyalahi undang-undang sekolah, maka remaja telah mencapai tahap ego.
Peringkat superego dapat dicapai apabila kod moral remaja tersebut
selari dengan id dan ego lalu merealisasikannya dengan tidak akan melakukan
perkara yang bertentangan dengan undang-undang dan juga bertentangan dengan
prinsip moral diri yang tidak sanggup melakukan perkara yang salah. Jika tahap
ini berjaya dicapai maka tingkah laku remaja berada di landasan yang betul dan
selari dengan kehendak sekolah. Ketiga-tiga kuasa dalaman ini bertindak dalam
zon yang dipanggil unconscious iaitu tidak sedar. Dalam menyelesaikan
permasalahan dalam zon unconscious ini, Freud telah mengenal pasti
strategi yang dipanggil defence mechanisms (mekanisma untuk
mempertahankan) yang merupakan suatu usaha untuk mempertahankan sebarang
tindakan yang telah dilakukan oleh individu.
Defence
mechanisms yang pertama ialah rationalization.
Apabila kita mula bertindak untuk melakukan sesuatu, kita telah bersedia dengan
jawapan tentang mengapa kita bertindak demikian. Contoh remaja yang pertama
kali ingin ponteng sekolah akan memberi alasan pada diri sendiri, tindakan
ponteng tersebut tidak mengapa kerana itulah pertama kali dia ponteng dan tidak
merasa rugi tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut. Defence mechanisms yang
kedua dipanggil repression iaitu perasaan cemburu yang perlu dipendamkan
sahaja akibat kesilapan sendiri. Contohnya seorang remaja yang selalu melakukan
kesalahan disiplin, prestasinya mula merosot. Dia melihat rakan lain yang
berdisiplin dan rajin, lulus dengan cemerlang. Akibatnya timbul perasaan
cemburu di hatinya. Perasaan cemburu tersebut terpaksa dipendamkan kerana tidak
sepatut dia merasa cemburu kerana sikapnya memang bermasalah berbanding
rakannya yang baik dan mengikut peraturan sekolah. Defence mechanisms seterusnya
dipanggil displacement iaitu seorang pelajar merasa marah terhadap guru
kerana menegur sikapnya yang tidak baik. Kesannya pelajar tersebut rasa ingin
bertindak terhadap guru tersebut tetapi tahu kesan akibat daripada tindakan
itu. Maka dia meluahkan perasaan marahnya terhadap rakan pelajar lain misalnya
bertindak kasar terhadap mereka seperti memaki hamun dan memukul seolah-olah
kita sedang melepaskan geram terhadap guru tersebut. Defence mechanisms yang
disebut sebagai projection pula adalah perasaan bersalah tentang sesuatu
tindakan yang telah kita lakukan, lalu kita membuat kesimpulan bahawa individu
lain juga akan bertindak begitu dalam situasi yang sama seperti situasi yang
kita alami. Seterusnya adalah defence mechanisms yang dikenali sebagai reaction
formation iaitu bertindak secara bertentangan dengan perasaan yang telah
sebati dengan jiwanya. Contohnya seorang remaja yang mempunyai tingkah laku
baik tetapi oleh kerana ingin diterima oleh ahli kumpulan di sebuah sekolah
yang baru dimasuki, dia terpaksa mengikut budaya kumpulan tersebut walaupun
bertentangan
dengan sifat asalnya. Ini banyak berlaku kepada pelajar yang tidak ada rakan di tempat baru. Oleh kerana
ingin diterima sebagai rakan, mereka sanggup berubah sikap asal, seterusnya
menghancurkan diri dan masa depan. Akhir sekali adalah sublimation iaitu
mengarahkan perasaan yang tidak sesuai agar ditukarkan menjadi sesuatu yang
bermanafaat dan diterima oleh masyarakat. Sebagai contoh, seorang remaja yang
berasa terlalu marah kepada rakannya dalam kelas tetapi enggan memukul rakannya
itu kerana takut dimarahi guru, telah meluahkan kemarahan tersebut dengan
menyibukkan diri dengan aktiviti di padang seperti bermain bola sepak dan
sebagainya. Ini merupakan defence mechanisms yang baik dan dapat
membentuk tingkah laku baik kerana berjaya mengubah sikap asal yang berbentuk
negatif kepada tindakan yang bersifat positif. Ini patut digalakkan dalam
kalangan remaja. Jelas sekali dalam memahami tingkah laku bermasalah dalam
kalangan remaja, peranan unsur kuasa dalaman seperti id, ego dan superego
yang dinyatakan oleh teori psikoanalitik secara terus berkait rapat dengan pembentukan
tingkah laku bermasalah. Ini ditambah lagi dengan peranan kewujudan aspek unconscious
dalam diri seseorang. Dengan mengetahui beberapa aspek dalam defence
mechanisms, kita dapat menyelami fikiran remaja
yang
bertindak secara bermasalah kerana aspek unconscious telah mempengaruhi tingkah
laku remaja tersebut. Mereka ingin mengelak daripada dikenakan tindakan disiplin
ataupun dikenali sebagai remaja yang nakal dan bermasalah. Sebagai ibu bapa dan
guru, aspek unconscious perlu diberi perhatian dalam menangani masalah
tingkah laku remaja kerana remaja tidak dapat melihat secara signifikan, cara
tindakan mereka selari dengan kehendak masyarakat ataupun sekolah. Sekiranya
elemen unconscious itu bertepatan dengan tuntutan moral, ianya perlu
dipupuk tetapi jika ia bertentangan maka ibu bapa dan guru perlu memperbetulkan
agar ia tidak berterusan dan menjadi sebahagian daripada nilai hidup mereka.
2. TERAPI KEWUJUDAN
Tokoh
bagi terapi kewujudan adalah Sidney Jourard, Abraham Maslow, Viktor Frankl,
Irvin Yalom, Rollo May, dan Clement Vontrest. Mereka adalah ahli teori Amerika.
Falsafah asas Kewujudan berasal dari Eropah. Tulisan-tulisan Soren Kierkegaard,
Pyoder Dostoyeski, dan Viktor Frankl banyak mengandungi falsafah-falsafah
Kewujudan, dan mereka ini dating dari Eropah.
Walau bagaimanapun, Rollo
May dan Viktor Frankl adalah dua tokoh teori yang utama. Terapi
Eksistensial yang juga dikenali sebagai Terapi Kewujudan berasal dari satu
bentuk falsafah yang menekankan kebebasan individu. Kehidupan manusia tidak
disekat oleh kuasa-kuasa yang tidak sedar, seperti mana yang diutarakan oleh
Terapi Psikoanalitik ataupun oleh pelaziman-pelaziman yang dipelajari di dalam
masyarakat seperti mana yang dianjurkan oleh Terapi Tingkah Laku. Malah, Terapi
Kewujudan ini memberi maruah, penghormatan dan kedudukan kepada manusia sebagai
unsur yang boleh memandu hidupnya sendiri.
Hasil daripada
keyakinan dan kepercayaan seperti ini telah wujud terapi yang mirip kepada
falsafah ini. Terapi Pemusatan Insan oleh Carl Rogers dan Terapi Gestalt oleh
Perls yang memberi status dan keyakinan telah sedikit sebanyak dipengaruhi oleh
falsafah Kewujudan. Oleh kerana falsafah ini begitu sejagat sifatnya, maka
Terapi Kewujudan yang terhasil juga mempunyai asas-asas dan pengaruh yang
berbeza. Menyedari akan wujudnya perbezaan-perbezaan di antara teori-teori yang
diutarakan serta sifat-sifat umum yang terdapat di dalam pandangan
pelopor-pelopor teori ini, maka satu keputusan telah diambil untuk menghuraikan
teori ini yang diutarakan oleh Rollo May, sebagai satu pendekatan yang
berteraskan falsafah kewujudan.
Rollo May
Beliau telah dilahirkan
pada tahun 1909 di Ada, Ohio. Beliau merupakan anak kedua dari enam orang adik
beradik dan anak lelaki yang tertua di kalangan keluarganya. Bapa May bekerja
di Young Men’s Christian Association (YMCA) dan inilah yang telah menggalakkan
May untuk memepelajari disiplin diri melalui aktiviti renang. Hubungan beliau
dengan keluarganya tidak begitu erat dan beliau membayangkan kehidupan di rumah
adalah tidak membahagiakan. Akibatnya, beliau berubah menjadi seorang pendiam
dan pemberontak semasa beliau remaja (Rabinowitz, Good & Cozad, 1989).
Pada tahun 1930, beliau
Berjaya mendapat ijazah dalam bahasa Inggeris dari Oberlin College dan diterima
untuk mengajar dalam bidang tersebut di Anatolia College di Greece. Semasa cuti
semester, beliau telah bercuti dan melancong ke Vienna dan beliau telah
mendaftarkan diri di seminar yang telah dikendalikan oleh Alfred Adler di mana
kemudiannya beliau berminat dalam bidang psikoanalisis. Selama beliau tinggal
di Greece, beliau lebih gemar bersendirian dan bekerja secara berterusan. Ini menyebabkan
keputusan peperiksaan beliau gagal di mana beliau terpaksa mengulang setahun
lagi.
Pada tahun 1933, beliau
telah kembali ke Amerika Syarikat untuk memasuki Union Theological Seminary.
Disinilah beliau kuat dipengaruhi oleh Paul Tillich seorang ahli teologi
kewujudan. Selepas itu, beliau mempunyai kerjaya yang cemerlang sebagai seorang
Menteri Keagamaan. May telah mengambil keputusan untuk menyambung ijazah dalam
bidang Psiokologi Klinikal dari Universiti Columbia. Tetapi, beliau telah
diserang penyakit batuk kering. Ini menyebabkan beliau terpaksa ditahan di
Sanitarium selama dua tahun.
Semasa dalam proses
rawatan, beliau banyak menghabiskan masa dengan membaca dan mempelajari buku
yang ditulis oleh seorang ahli teori kewujudan, Soren Kierkegaard. Selepas
beliau sembuh, May telah menyambung dan menamatkan pelajaran dalam bidang
kedoktoran di Columbia pada tahun 1949. Beliau telah menyertai fakulti William
Allanson White Institute di New York.
Beliau telah muncul
sebagai seorang yang boleh menyatakan tentang Terapi Kewujudan yang difikirkan
boleh diaplikasikan dalam psikoterapi di Eropah. Beliau juga telah menulis dua
buah buku iaitu Love and Will (1969) iaitu bukunya yang paling popular dan The
Courage To Create ( 1975). Pada tahun 1980-an, beliau telah bersara.
Beliau meninggal dunia pada 22 Oktober 1994, ketika berusia 85 tahun.
Viktor Frankl
Beliau telah dilahirkan
pada tahun 1905 di Venna Australia. Beliau menerima ijazah dalam bidang
perubatan pada tahun 1930 dan ijazah kedoktorannya pada tahun 1949 daripada
Universiti Vienna. Beliau telah menubuhkan Youth Advicement Centre di Vienna
pada tahun 1928 hingga 1938. Beliau juga memiliki beberapa buah hospital dan
klinik pada sekitar tahun 1930 dan 1942.
Walaupun beliau adalah
pelajar Freud, tetapi beliau begitu meminati Teori Kewujudan yang diperkenalkan
pada tahun 1930-an apabila beliau membaca buku falsafah seperti Heidegger. Beliau
mula mewujudkan formula dan idea tentang Teori Kewujudan (logotherapy) dalam
kaunseling pada tahun 1938. Menurut bahasa Greek perkataan logo bermaksud
mencari makna.
Semasa Perang Dunia
Kedua (1942-1945), beliau telah dipenjarakan oleh nazi di Kem Auschwitz dan
Dachau dan ahli keluarganya termasuk abang, isteri dan anak-anaknya telah mati.
Di Kem inilah beliau memikirkan tentang makna kehidupan dan bagaimana seksanya
tinggal di kem tersebut. Berkat keazaman inilah beliau mendapatkan kepercayaan
untuk meneruskan kehidupan.
Pada tahun 1940-an,
beliau telah berkahwin dengan Ellenonara dan menetap di Australia. Pada tahun
1947, beliau telah menyertai fakulti Universiti Vienna dan akhirnya menjadi
ahli United States International Universiti of San Diego. Beliau telah
mengembara ke seluruh dunia dan telah memberi ceramah di Eropah, Amerika Latin,
Asia Tenggara dan Amerika Syarikat. Selain itu, beliau juga merupakan professor
pelawat di Universiti Harvard, Universiti Stanford dan Universiti Southern
Medthodist. Beliau juga telah bekerja untuk mengalih bahasa lebih kurang 20
buah buku dan menyambung pengajian dalam bidang perkembangan Terapi Kewujudan.
Beliau telah menulis buku Man’s Search For Meaning (1962) yang merupakan antara
buku paling terkenal di dunia dan The Will To Meaning (1969).
Viktor
Frankl
Peranan kaunselor
Mengikut Graen (1976)
terdapat 3 faktor yang menentukan satu peranan.
1) Had keupayaan yang
dibuat oleh seseorangitu ditetapkan oleh kepintarannya, metodologi serta alat
kelengkapan yang telah sedia ada.
2) Had keupayaan yang
menggolongkan unsur-unsur yang telah ditetapkan oleh sesebuah organisasi
itu sendiri.
3) Had keupayaan
bagi orang yng memenuhi peranan itu sendiri.
Terapi kewujudan
membuat andaian bahawa individu mempunyai masalah hasil daripada kewujudan yang
terbatas. Sekatan itu termasuklah:
- Batasan biologi
· Batasan
persekitaran
· Batasan
diri sendiri
Tugas utama kaunselor:
· Membantu
dan membimbing klien mengenali masalahnya serta mencari alternative untuk
membuat pilihan menyelesaikan masalahnya.
· Mengenali
klien dengan lebih dekat, mengetahui dunia subjektifnya serta membantu menerokai
kemungkinan-kemungkinan baru dalam hidupnya.
· Mencabar
dan seterusnya mendorong klien mencabar diri sendiri sehingga mereka menyedari
tindakan-tindakan yang dilakukan selama ini telah menyebabkan mereka menghadapi
masalah.
Peranan klien
· Klien
merupakan orang yang dating meminta pertolongan dalam menyelesaikan masalah.
· Setiap
klien yang dating menemui kaunselor mengharapkan pertolongan dan bantuan agar
soalan-soalan yang mereka kemukakan akan terjawab dalam sesi kaunseling.
·
Bukan semua harapan yang diletakkan kepada kaunselor dapat dipenuhi
oleh kaunselor semata-mata tanpa bantuan ,kerjasama dan pendedahan serta
penerokaan yang jujur, ikhlas, terbuka dan bebas daripada pihak klien kerana
merekalah yang sebenar-benarnya yang akan menentukan kejayaan satu sesi
kaunseling.
Perhubungan kaunselor
dengan klient
· Dalam
teori kewujudan, perhubungan antara kaunselor dengan klienamatlah penting.
· Kaunselor
haruslah bersifat jujur,ikhlas,boleh dipercayai dan dicontohi oleh klien.
· Melalui
teknik empati,refleksi,parafrasa dan lain-lain teknik bukan arahan yang
digunakan akanmenyebabkan klien membina hubungan dengan kaunselordan sedia
mencurahkan segala isi hati, perasaan dan pengalamannya.
3. TERAPI PEMUSATAN KLIEN
Carl
R.Rogers.
Perubahan
boleh berlaku.
Desakan
semulajadi untuk majukan diri dan bergerak ke arah kesejahteraan.
Mempunyai
nilai positif dan negatif terhadap pengalaman.
Anggapan penghargaan terhadap diri mempengaruhi tingkahlaku.Konsep kendiri
terbentuk hasil persepsi individu berhubung dengan pengalaman positif atau
negatif.
Individu
boleh mengasingkan pengalaman positif dan negatif.
Ia
boleh menolak, menerima dan memberi erti yang bermakna terhadap pengalaman
dalam pembentukan konsep kendiri.
Jika
kehendak desakan tidak tercapai ia akan memendam pengalaman. Ia menganggap
orang lain tidak dapat menerima secara positif desakan tadi dan menghasilkan
konsep kendiri yang negatif. Ini menimbulkan konflik antara ideal self dengan
real self.
Individu
menerima syarat-syarat penilaian yang telah dipelajari agar diterima oleh orang
lain. Syarat-syarat ini lebih menguasai desakan.
Konflik
berlaku kerana tidak kongruen antara kendiri dengan pengalaman.Konflik adalah
ancaman kepada pertumbuhan individu dan menimbulkan helah bela diri.
Tujuan kaunseling untuk menyepadukan/ kongruen semula rasa hati yang ideal dengan konsep kendiri klien.
Penerimaan Tanpa Syarat akan menimbulkan kesedaran tentang pengalaman rasa hati terpendam. Menerima klien tanpa penghakiman. menerima sebagai dirinya yang mempunyai kekuatan dan kelemahan emosi, pemikiran dan tingkahlaku. Klien dapat meluahkan segala desakan rasa hatinya iaitu konsep kendirinya.
Kongruen
Usaha
persepaduan secara sedar pengalaman yang wujud kini dengan kendiri. Jurjur atau
tidak berpura-pura.
Empati
Faham
dan peka keadaan dalaman dari segi pemikiran dan emosi yang sedang dirasai
klien. Membawa kepada hubungan yang akrab.
Tingkahlaku
individu berpunca dari desakan dalaman individu yang menggerakkan ke arah
kesejahteraan diri. Ini menyebabkan berlaku konflik antara kehendak
kesempurnaan yang idel dengan alam situasi sebenar. Ini akan menghasilkan
suasana kecelaruan dalam diri individu.
Proses
Kaunseling
Interaksi
akrab antara kaunselor dengan klien menjadi pemangkin perubahan dalaman klien.
Konsep
kendiri individu merupakan tunjang pembentukan personaliti individu.
Pengurangan
jurang antara ideal self dengan real self adalah permulaan perubahan
tingkahlaku klien.
Proses
tanpa arahan.
Keredaan,
kongruen dan empati adalah kunci utama proses.
Jika
kaunselor dapat mewujudkan suasana yang teraputik, maka dengan sendirinya kesan
terapi akan dapat dinikmati oleh klien.
Matlamat
kaunseling adalah klien dapat mencapai kesejahteraan diri melalui rasa lega dan
pembaharuan syarat-syarat penilaian kendiri serta dapat membuat perubahan
tingkahlaku.
Terbina
wawasan baru terhadap alam sebenar.
MATLAMAT
Bebas
dan bersepadu.
·
Menghadapi
dan mengatasi masalah.
·
Membuka
apa yang membalutnya dan menghadapi realiti.
·
Menerima
dirI
·
Menerima,
merasai, dan mengalami realiti
·
Yakin
diri
·
Mengarah
kendiri tanpa mengenepikan norma
·
“inner
directed”
·
Kesediaan
untuk berkembang
4. TERAPI GESTALT
Terapi
Gestalt dikembangkan oleh Friedrich Salomon Perls berpandukan psikologi Gestalt
yang diasaskan oleh Max Werthemeir dan Wolfgang Kohler. Semua tokoh ini berpendapat bahawa manusia
seharusnya dilihat secara keseluruhan (holistic) dan tidak berasingan. Perkataan Gestalt itu sendiri bermaksud
keseluruhan dalam bahasa Jerman. Perls
melihat secara keseluruhannya bahawa manusia mempunyai bahagian-bahagian
tertentu seperti pengalaman, perasaan,
kegembiraan, ketakutan, kesedihan dan sebagainya. Semua fenomena ini menjadikan manusia itu
unik. Manusia pada mulanya adalah satu tetapi kemudiannya telah berkembang dan
mengalami pelbagai peristiwa dan menyebabkan manusia telah kehilangan
bahagian-bahagian tersebut. Contohnya apabila seseorang bersedih ia akan
kehilangan bahagian gembiranya, apabila ia takut ia akan hilang bahagian
beraninya. Dalam terapi Gestalt ia akan
menyatukan kembali bahagian-bahagian yang terpisah tersebut ke satu unit yang
menyeluruh. Secara umumnya terapi
Gestalt mempersepsikan manusia adalah bertanggungjawab terhadap
tindakan-tindakan yang dibuatnya. Terapi
ini member focus kepada “disini dan sekarang” (here and now). Menurut Perls sekiranya seseorang terlalu
memikirkan masa hadapan maka ia akan mengalami kebimbangan. Oleh itu Perls menekankan kewujudan
(existential) pada masa sekarang dan fokus pada diri sendiri serta bersedia
merasai kewujudan pada masa sekarang.
Pada
dasarnya teori Gestalt mengandaikan manusia boleh menghadapi persoalan hidupnya
terutama jika mereka mengetahui apa yang berlaku di persekitaran mereka. Oleh itu terapi ini telah menyediakan
persekitaran yang sepatutnya dan cabaran-cabaran untuk menolong individu kearah
kewujudan yang sebenar yang lebih penting dan lebih mencabar.
5. TERAPI REALITI
Terapi
realiti adalah satu bentuk terapi yang agak baru dalam kaunseling. Terapi ini
diasaskan oleh William Glasser seorang psikologis di California dalam tahun
1965. realiti adalah selari. Terapi realiti adalah merujuk kepada dunia
fenomena klien dan menekankan kepada cara yang subjektif iaitu klien akan
melihat dan bertindakbalas dengan dunia persekitaran mereka melalui kaawalan
penilaian dalaman internal locus of evaluation. Glasser (1985) telah menekankan
bahawa manusia melihat dunia melalui lima keperluan asas genetik dan bukannya
dunia seperti ianya yang sebenar. Seperti mana terapi lain yang di atas, terapi
realiti telah menegaskan bahawa manusia mempunyai kebebasan, boleh membuat
pilihan dan bertanggungjawab terhadap pilihan tersebut. Manusia boleh mengawal
secara berkesan kehidupan ini jika mereka bersedia untuk berusaha menentukan
matlamat. Oleh itu dengan meletakkan prinsip-prinsip teori kawalan dalam,
manusia boleh mencegah banyak masalah yang menjurus kepada terapi. Terapi
realiti berorientasikan tingkah laku secara menyeluruh yang melibatkan komponen
doing, thinking, feeling dan physiology. Hal ini bermakna klien
bertanggungjawab untuk memilih bukan sahaja apa yang mereka lakukan tetapi apa
jua yang mereka fikirkan, rasai, dan mengalaminya secara fizikal. Dalam
ertikata yang lain terapi ini menekankan kepada tingkah laku dan pemikiran.
Tugas kaunselor ialah bertindak secara aktif , mengarah, didaktif dan kognitif.
Kaunselor juga akan mengikat kontrak dengan klien dalam usaha klien untuk
mengubah tingkah lakunya. Sebagai suatu bentuk terapi mengarah, kaunselor
berperanan sebagai guru, dan juga sebagai teladan. Walau bagaimanpun, adalah
menjadi tanggungjawab kaunselor untuk mencabar klien berhadapan dengan realiti
semasa jika perlu. Terapi ini juga menekankan secara langsung kepada
peristiwa-peristiwa masa lampau. Ia juga menolak konsep sakit jiwa yang dipolopori
oleh teori psikoanalisis.
Secara umumnya matlamat terapi realiti ialah untuk menyediakan suatu suasana yang boleh membantu klien bagi membina kekuatan psikologi (psychology strength) untuk menilai atau menghargai tingkah laku semasa. Ianya boleh digunakan dalam terapi atau kaunseling individu, kerja-kerja sosial, pendidikan, terapi kelompok, , kaunseling keluarga, kaunseling pemulihan, pengurusan institusi dan perkembangan serta kemajuan masyarakat.
4.2Latar Belakang Tokoh. William Glasser merupakan pengasas kepada terapi realiti. Beliau dilahirkan di Cleveland Ohio, California pada tahun 1925. Beliau merupakan anak yang ketiga dan yang bongsu dalam keluarganya. Bagi Glasser , zaman kanak-kanaknya merupakan zaman yang mengembirakan dan semasa di sekolah beliau sangat berminat bermain muzik dan dalam bidang sukan. Pada tahun 1944, ketika berumur 19 tahun, Glasser telah mendapat ijazah pertamanya dalam bidang kejuruteraan kimia dari Case Institute of Technology. Empat tahun kemudian beliau mendapat ijazah Master dalam Clinical Psychology dari Case Western Reserve University. Namun tesis untuk mendapatkan PhDnya telah ditolak. Semasa berumur 28 tahun(1953), Glasser mendapat ijazah perubatan dari universiti yang sama. Pada tahun 1956, Glasser telah menjadi ketua psikatarist di Ventura School for Girls, iaitu sebuah institusi yang dikendalikan oleh kerajaan California untuk merawat gadis-gadis yang rosak moral dan melanggar peraturan atau undang-undang.Dalam tahun 1961, Glasser menghasilkan bukunya yang pertama iaitu Mental Health or Mental Illness yang menjadi asas kepada teknik dan konsep terapi realiti. Selama tempoh dua belas tahun di Ventura School, Glasser telah memajukan lagi terapi realitinya dengan mengendalikan program-program yang berjaya di sekolah berkenaan. Istilah realiti terapi digunakan untuk pertama kalinya oleh Glasser dalam manuskripnya yang bertajuk “Reality Therapy” : A Realistic Approach To The Young Offender” dalam tahun 1964. Pada tahun 1965, bukunya yang terkenal bertajuk Reality Therapy : A New Approach To Psychiatry telah diterbitkan.Dalam tahun 1966, Glasser mula mengaplikasikan idea-idea realiti terapinya dalam sistem pendidikan di California. Idea-idea ini akhirnya telah dimuatkan ke dalam bukunya yang ketiga iaitu “Schools Without Failure”(1969). Pada tahun 1968, Glasser telah mengasaskan penubuhan Institute For Reality Therapy do Los Angeles. Institut ini menawarkan kursus-kursus dan latihan untuk para doktor, ahli-ahli fiziks, pegawai perundangan, pegawai polis, jururawat, peguam, hakim, guru dan kaunselor. Dua tahun kemudian iaitu tahun 1970, William Glasser La Verne College Center ditubuhkan di University of La Verne di California Selatan untuk menyediakan pengajian luar kampus kepada guru-guru untuk mendapatkan ijazah.Bermula tahun 1981, Glasser telah menjalinkan idea asalnya dengan teori kawalan (Control Theory) yang menegaskan bahawa tingkah laku dijana dari dalam individu. Apa yang diperoleh dari luar hanyalah maklumat (information). Bukunya yang bertajuk Stations of the mind(1981) dan Control Theory : A New Explanation of We Control Our Lives(1984) telah menunjukkan pendirian teori ini dan menghuraikan bagaimana otak manusia mempengaruhi persepsi dalaman.
Buku-buku lain yang dihasilkan oleh Glasser ialah The Identity Society(1972), Positive Addiction(1976), Control Theory In The Claaroom(1986), The Quality School :Managing Students Without Coercion(1990) dan The Quality School Teacher(1993). Glasser juga sering memberikan kuliah atau ceramah dan bengkel di peringkat antara bangsa mengenai aplikasi teori kawalan dan realiti terapi.
4.3 Latar Belakang Terapi. Terapi Realiti merupakan satu bentuk terapi yang agak baru dalam dunia kaunseling. Ianya telah diasaskan oleh William Glasser iaitu seorang psikologis dari California pada tahun 1965 ekoran daripada ketidaksetujuan Glasser terhadap teori psikoanalitik. Kottler dan Brown( )menyatakan bahawa terapi realiti merupakan suatu pendekatan mengajar yang menekankan kepada penyelesaian masalah, tanggungjawab peribadi dan keperluan untuk menangani atau mengatasi keperluan ‘realiti’ seseorang individu. Menurutnya lagi terapi realiti adalah berdasarkan kepada assumsi atau andaian bahawa setiap individu perlu untuk membina identiti sama ada berjaya atau gagal. John J. Pietrofesa(1984), berpendapat bahawa terapi realiti berasaskan kepada andaian terhadap sesuatu tingkah laku sama ada menolong atau menghalang untuk memenuhi keperluan asas manusia. Keperluan tersebut merupakan keperluan untuk disayangi dan menyayangi orang lain dan keperluan merasa dihargai dan menghargai orang lain. Tingkah laku yang dapat dipenuhi dikatakan bertanggungjawab dan yang gagal adalah sebaliknya. Tingkah laku yang tidak bertanggungjawab akan membina identiti gagal dan seterusnya akan menghadapi kegagalan. Maka kaunselor adalah membina identiti individu itu ke arah kejayaan.
Glading (1993), berpendapat terapi realiti menegaskan baahawa perubahan individu dilakukan melalui tindakan dan pemikiran. Beliau mencadangkan bahawa dunia dalaman individu adalah yang paling berpengaruh dalam menentukan tingkah laku yang telah dipilihya. Terapi ini juga berorientasikan tindakan (action oriented) yang bersifat konkrit, mengajar, mengarah dan kognitif. Oleh itu secara keseluruhannya kita dapati, teori realiti lebih menekankan kepada keperluan untuk memenuhi kehendak psikologi (a fulfilments of psychology needs). Secara amya didapati terapi realiti adalah untuk menyediakan individu dalam susasana yang boleh membantu mereka membina kekuatan psikologi untuk menilai atau menghargai tingkah laku semasa. Terapi ini juga boleh digunakan dalam kaunseling individu, kaunseling keluarga, kaunseling pemulihan, kaunseling kelamin, pendidikan, kerja-kerja sosial, terapi kelompok, crisis intervention, pengurusan institusi dan perkembangan kemajuan masyarakat.
4.4 Pandangan terapi Tentang Kejadian Manusia
Menurut William Glasser (1965), terdapat tiga andaian terhadap kejadian manusia berdasarkan terapi realiti. Diantaranya ialah :
4.4.1 Manusia berfungsi pada tahap atau keadaan kesedaran tanpa dipengaruhi oleh kuasa tidak sedar.
4.4.2 Dalam diri setiap manusia terdapat dorongan yang sihat. Dorongan ini mengandungi dua tahap iaitu dalam bantuk fizikal dan psikologikal.
Dalam bentuk fizikal, merupakan suatu keperluan asas kepada manusia seperti makan minum dan tidur. Manusia juga dipengaruhi oleh keinginan untuk kelangsungan hidup (survival). Manakala dalam bentuk psikologikal pula, terbahagi kepada empat bahagian iaitu :
a. Rasa kepunyaan (belonging). Rasa kepunyaan ini misalnya seperti keperluan kepada rakan, keluarga dan kasih sayang.
b. Kuasa iaitu suatu keperluan penghargaan kendiri , dihargai dan bersaing.
c. Kebebasan (freedom) iaitu suatu keinginan untuk membuat pilihan dan keputusan.
d. Keseronokan iaitu suatu bentuk keperluan untuk bermain, berehat, ketawa, gembira dan lain-lain .
Keempat-empat keperluan ini akan membawa kepada identiti diri seseorang individu. Ianya akan tercapai apabila individu itu diterima oleh orang lain atau masyarakat. Yang paling penting dalam keperluan psikologikal ialah apaabila seseorang itu akan mengalami rasa cinta dan rasa dihargai.Menurut Glasser, seseorang individu yang tidak ada rasa dicintai akan mengalami kegagalan identiti, personaliti tidak seimbang, kurang keyakinan diri dan cepat putus asa. Dalam suasana mencapai identiti diri ini terdapat dua waktu yang kritikal dalam kehidupan di zaman kanak-kanak di antara umur 2 hingga 5 tahun dan 5 hingga 10 tahun.
Dalam peringkat umur antara 2 hingga 5 tahun , proses sosialisasi awal berlaku seperti berhubung dengan ibu bapa, adik beradik dan rakan sebaya. Pada peringkat ini kanak-kanak sudah mula mengalami perasaan kecewa dan kerisauan. Pada peringkat ini, kanak-kanak memerlukan kasih sayang, bimbingan, dan penerimaan dari ibu bapa. Jika ini berlaku maka kanak-kanak itu tadi akan mula membentuk identiti yang kekal.Pada peringkat umur 5 hingga 10 tahun pula, kanak-kanak akan terlibat dengan alam persekolahan dan mula memperolehi pengetahuan dan membentuk konsep diri. Di peringkat ini, kanak-kanak akan menghadapi masalah sosialisasi dan masalah pembelajaran . Dalam kontek pembelajaran , sekiranya individu tidak belajar sesuatu pada masa atau peringkat muda maka individu itu boleh belajar di waktu selepas itu.

6. TERAPI TINGKAHLAKU
Mengikut
pendekatan ini perasaan, pemikiran dan kepercayaan adalah perkara- perkara yang
boleh dipelajari (Hyman 1997). Melalui pendekatan ini tingkah laku dibentuk
melalui pengalaman. Oleh itu untuk membentuk tingkah laku pelajar ialah dengan
cara menyelami perasaan dan pemikiran pelajar melalui unsur-unsur nasihat dan
perbincangan. Dengan memahami pelajar yang bermasalah disiplin, pembentukan
tingkah laku dapat dilakukan. Tingkah laku bermasalah ataupun tidak berdisiplin
dapat dihindari dan seterusnya melahirkan tingkah laku yang baik (Alberto &
Troutman 1990, Bandura 1977, Skinner 1982,1968, Axelrod 1983). Dengan
beranggapan semua tingkah laku boleh dipelajari, guru berperanan penting untuk
membantu pelajar yang menghadapi masalah tingkah laku untuk membina tingkah
laku yang positif dan dapat diterima di sekolah. Pembelajaran pula berlaku
setelah melalui prinsip-prinsip peneguhan dan dendaan. Pendekatan ini melihat
peneguhan sebagai pembentuk tingkah laku yang sangat berkesan. Di samping itu
tingkah laku, pemikiran, dan perasaan dapat diukur, diramal dan dikawal. Mereka
menambah bahawa tingkah laku dapat dimodifikasi dengan cara peneguhan yang
sistematik, menarik keluar peneguhan, mengenakan dendaan dan mendesak secara
rasional. Ini dapat melahirkan tingkah laku yang
dikehendaki.
Kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa pemberian ganjaran
merupakan
pembentuk tingkah laku yang sangat berkesan (Wolery, Baily &Sugai 1988).
Pengamal tingkah laku percaya tingkah laku bermasalah adalah akibat daripada
pelajar tidak selesa dengan peraturan ataupun undang-undang sekolah dalam
mengawal tingkah laku. Dalam minda pelajar telah sedia wujud perasaan iaitu
guru mesti menghukum pelajar yang melakukan kesalahan dan pelajar sekolah mesti
patuh kepada undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan tidak
boleh melakukan sebarang kesalahan. Di samping itu
terdapat
tanggapan pelajar iaitu mereka mesti mendapat markah sebaik mungkin agar
diiktiraf sebagai pelajar yang berjaya. Kesannya pelajar akan menghukum diri
sendiri terlebih dahulu dengan menyatakan bahawa dia seorang pelajar yang nakal,
malas, tidak pandai dan pelbagai sifat negatif lagi menyebabkan pelajar tersebut
enggan berubah disebabkan kepercayaan bahawa sifat tersebut akan terus kekal
dalam diri mereka. Di sinilah guru perlu memainkan peranan dengan mengenali
pelajar dengan lebih dekat agar masalah pelajar dapat diketahui. Suatu diagnosis
perlu dilakukan agar guru tahu sifat negatif yang bersarang dalam
minda
pelajar supaya ia dapat dirungkaikan. Dengan lain perkataan, teori tingkah laku
percaya personaliti seseorang dibentuk oleh pengalaman (Hamilton 2007). Pandangan
pendokong teori tingkah laku percaya semua manusia dilahirkan bersih, suci
dalam keadaan kosong. Apa yang terjadi kepada manusia adalah hasil pembentukan
tingkah laku yang telah dibentuk oleh asakan persekitaran. Kita dianggap
sebagai makhluk yang pasif dan menerima apa sahaja yang membentuk kita
berdasarkan pengaruh persekitaran. Pembentukan personaliti individu adalah
kesan daripada pembelajaran melalui pelbagai pengalaman yang dilalui.
Pendekatan tingkah laku merujuk situasi begini yang membentuk tingkah laku
manusia sebagai pelaziman (conditioning). Terdapat dua jenis pelaziman
iaitu pelaziman klasik dan pelaziman operan. Pelaziman klasik merupakan suatu
pembelajaran yang berkait rapat antara rangsangan neutral dengan rangsangan
biologikal. Pelaziman ini dikemukakan oleh Ivan Pavlov berdasarkan ujiannya
terhadap seekor anjing dan perkaitan dengan pengeluaran air liur. Setelah
diberi pelaziman mendapat makanan, anjing tersebut akan mengeluarkan air liur. Pelaziman operan pula
yang diperkenalkan oleh B.F. Skinne rberkaitan dengan pembelajaran berdasarkan
kesan akibat yang telah diterima. Ia melibatkan penggunaan peneguhan positif
dan peneguhan negatif. Peneguhan positif berkait rapat dengan pemberian
ganjaran terhadap tingkah laku yang ditonjolkan dan ingin terus dikekalkan. Ini
memberi gambaran tingkah laku tersebut akan berulang dengan pemberian ganjaran
tersebut. Peneguhan negative pula berkaitan dengan memberi sesuatu yang tidak
baik tetapi kesannya menghasilkan sesuatu yang baik. Sama ada peneguhan positif
ataupun negatif kedua-duanya akan memberi kesan yang baik ia itu membentuk
tingkah laku yang baik dalam suatu jangka masa yang panjang. Satu lagi
pembentuk tingkah laku ialah dengan menggunakan dendaan. Ia merupakan satu
kaedah mengenakan sesuatu yang tidak menyenangkan kepada individu agar individu
dipaksa untuk mengubah tingkah laku yang tidak baik kepada tingkah laku yang
boleh diterima. Bagi Skinner, dendaan merupakan kaedah yang tidak berkesan
untuk membentuk tingkah laku dan mengekalkan dalam suatu jangka masa yang
panjang. Oleh itu, dendaan hanya menghasilkan perubahan jangka pendek sahaja. Satu
lagi teori yang menggunakan pendekatan tingkah laku ialah Teori Pembelajaran
Sosial yang oleh Albert Bandura. Mengikut beliau individu bertingkah laku
berdasarkan pengalaman dengan melihat orang lain yang dianggap sebagai model.
Individu akan mengamalkan apa yang dilihat sebagai tingkah laku yang perlu
diamalkan. Sekiranya berterusan, tingkah laku tersebut akan kekal dalam diri
individu. Untuk jangka masa yang panjang, dendaan tidak akan memberi kesan
kepada pelajar yang terlibat (Skinner 1968). Dendaan seperti merotan, berdiri
atas kerusi dan lain-lain lagi hanya membawa kepada perasaan tidak puas hati,
dendam dan ingin memberontak (Khalim 2004). Untuk jangka masa pendek, memang diakui pelajar
yang didenda akan mengubah tingkah laku kerana terpaksa, takut malu ataupun
tidak mahu menanggung kesakitan.
7. TERAPI KOGNITIF
TINGKAHLAKU
Terapi
Tingkah Laku Kognitif ialah satu model psiko-pendidikan. Ia menekankan terapi
sebagai satu proses pembelajaran: mendapatkan dan berlatih menggunakan
kemahiran-kemahiran baru, mempelajari cara-cara baru untuk berfikir dan
mendapatkan cara-cara yg lebih efektif untuk mengatasi masalah.
Masalah-masalah tingkah laku mungkin berpunca daripada zaman kanak-kanak lagi. Akan tetapi, masalah-masalah ini berulang kerana pengaruh-pengaruh semasa. Sistem pemikiran individu ialah punca utama kecelaruan. Dialog dalaman mempengaruhi tingkah laku
seseorang. Klien menerokai tanggapan-tanggapan dan konsep-konsep salah dan mengubahnya dengan pemikiran yang efektif. Matlamat terapi untuk mencabar klien supaya melihat pemikiran salah dengan bukti- bukti yang dikumpulkan dan dinilaikan olehnya sendiri: Untuk membantu klien melihat dan mengurangkan pemikiran yang rigid: Untuk sedar tentang pemikiran automatik dan mengubahnya. CT memfokus pada hubungan kolaboratif. Menggunakan dialog Socratic, ahli terapi membantu klien mengenalpasti pemikiran tidak berfungsi (dysfunctional) dan mencari panduan alternatif dalam hidup. Ahli terapi menggalakkan pengalaman-pengalaman corrective yg membawa kepada kemahiran-kemahiran baru. Klien mendapat insight tentang masalahnya dan perlu aktif dalam mengubah pemikiran dan tingkah laku yang menjatuhkan diri sendiri (selfdefeating).

8. TERAPI RASIONAL
EMOTIF TINGKAH LAKU
REBT
ialah satu terapi yg berbentuk didactic, kognitif dan berorientasikan tindakan.
Ia menekankan peranan fikiran dan sistem pemikiran sebagai punca masalah
peribadi. Manusia cenderung untuk dipengaruhi oleh pemikiran yg salah (faulty).
Hal ini menyebabkan gangguan emosi dan tingkah laku. Pemikiran sangat
menentukan perasaan dan tindakan kita. Terapi berorientasikan pemikiran dan
tingkah laku. Ia menekankan peranan berfikir, membuat keputusan, menyoal,
bertindak dan kembali membuat keputusan.
9. TERAPI RINGKAS
PENYELESAIAN MASALAH BERFOKUS
SFBT
telah dikembangkan lebih dari 50 tahun dahulu, bermula di Amerika Syarikat. Dan kemudian berkembang diserata pelosok
dunia termasuk Eropah. Orang yang
memberi nama terapi ini dan terlibat dalam langkah-langkah spesifik dalam
terapi ini ialah sepasang suami isteri, Steve de Shaver dan Insoo Kim Berg
beserta kumpulan mereka di Pusat Brief Family Therapy di Milwaukee, Amerika
Syarikat. Konsep terapi SFBT ini telah
banyak digunakan dalam bidang-bidang seperti penyalahgunaan dadah, terapi
keluarga dan terapi seks, Matlamat
utama terapi ialah untuk membantu klien mengenalpasti dan melayan kemahiran,
keupayaan dan sumber luaran. Proses ini bukan sahaja membantu menstruktur
cerita klien sebagai individu yang cekap tetapi dapat membantu mengenalpasti sumber-sumber
untuk menangani masalah yang mana sumber dikenalpasti oleh klien. Klien digalakan untuk membincangkan tentang
perubahan daripada membincangkan tentang masalah yang sedang di hadapi. Mereka mengandaikan sekiranya seseorang
selalu bercakap mengenai masalah ia akan menghasilkan tambahan masalah,
sekiranya kta bercakap mengenai perubahan ia akan menghasilkan perubahan.
Terapi ini melihat keunikan individu sebagai kekuatan untuk menentukan masa
hadapan. Masalah dan masa silam tidak
perlu difikirkan dalam menangani sesuatu
masalah kerana SFBT memberi fokus pada masalah yang ada, bukan yang tiada dan klien dilihat
sebagai pakar dalam penyelesaian masalah.
Seperti namanya, ini adalah tentang terapi yang
singkat dan berfokus pada solusi, bukan pada masalah. Ketika ada masalah,
banyak profesional menghabiskan banyak waktu berpikir, berbicara, dan
menganalisis permasalahan, sementara penderitaan yang dialami klien sedang
berlangsung. Terpikir tim profesional kesehatan mental di Pusat Terapi Singkat
Keluarga yang begitu banyak waktu dan energi, serta sumber daya banyak, dihabiskan
untuk berbicara tentang masalah, daripada berpikir tentang apa yang mungkin
membantu klien untuk mendapatkan solusi yang akan membawa pada realistis,
bantuan wajar secepat mungkin. Oleh karena itulah muncul Terapi Singkat
Berfokus Solusi.
Terapi singkat berfokus solusi (SFBT) adalah salah
satu pendekatan keluarga, yang dikenal sebagai terapi sistem, yang telah
dikembangkan selama 50 tahun terakhir ini, pertama di Amerika Serikat, dan
akhirnya berkembang di seluruh dunia, termasuk Eropa. Terapi singkat berfokus
solusi disebut hanya sebagai “terapi berfokus solusi (TBS)” atau “terapi
singkat”.
Pelopor terapi singkat berfokus solusi adalah Insoo
Kim Berg dan Steve de Shazer, serta praktisi SFBT berbasis sekolah dan ahli
lainnya. Kita terfokus kepada segi-segi pokok dari teori SFBT, khususnya cara
dimana para praktisi berfokus solusi berpikir tentang perubahan, kapasitas
klien, dan sifat resistensi klien.
Berg
dan Miller (1992) menjelaskan terdapat
tiga perkara penting dalam terapi SFBT
- Jangan cari masalah
- Apabila anda tahu sesuatu perkara itu berkesan, anda perlu lebih banyak lakukan perkara tersebut
Jika
tidak berkesan jangan teruskan, usahakan yang
Konsep
SFBT ialah:
- Keunikan pengalaman manusia menjelaskan bahawa setiap individu adalah unik. Kaunseling perlu dilakukan dengan melihat keunikan setiap keperluan individu bukannya melihat secara keseluruhan (Berg dan Miller,1992)
- Klien adalah pakar dalam kehidupan mereka sendiri dan mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah hasil daripada kemahiran yang dibawa dalam sesi secara sedar atau tidak.
- Pengalaman negative yang berulan-ulang mempunyai kesan yang akan menghalang individu daripada mengetahui kekuatan dan kebolehan mereka.
- Melahirkan perhubungan yang terapeutik dan hubungan kerjasama antara klien dan kaunselor dimana mereka sama-sama mencipta reality dan setiap pihak akan saling mempengaruhi antara satu sama lain.
- Terapi ini member focus kepada perkara yang ada daripada perkara yang tiada.
- Setiap masalah akan memfokuskan kepada apa yang boleh dilakukan lebih daripada apa yang tidak boleh dilakukan.
- Perubahan dicapai dengan menghargai apa yang berlaku dalam kontek kehidupannya