Elemen-elemen kaunseling dan
psikologi yang diterapkan dalam solat
Disediakan : Campaka binti Yaakob (
Matrik 810328)
Abstrak
Tugasan ini dilakukan untuk
menambah pengetahuan berkaitan kebaikan solat dalam seseorang insan. Kita hanya
mengetahui bahawa kita wajid menunaikan solat tapi kita tidak lihat secara
mendalam kebaikan-kebaikan tersirat dalam solat. Solat adalah aspek penting dalam
kehidupan seharian kita. Solat ditekankan dalam kehidupan setiap insan yang
dilahirkan di dalam Islam mahupun kepada yang baru memeluk Islam.
Solat merupakan tiang kepada agama yang dapat
mendisiplinkan umat dan dengan solat juga, ia dapat memelihara jiwa seorang
Islam daripada kemaksiatan dan kemungkaran yang saban hari semakin mencabar
dalam kehidupan arus kemodenan akhir-akhir ini. Ia aspek penting dalam
membentuk jati diri yang kuat untuk menempuh dugaan seharian yang menjadi
permainan dalam kehidupan manusia.
Solat menjadi kekuatan jiwa yang hakiki dalam
memainkan peranan yang penting untuk menjaga diri serta mendapat ketaqwaan yang
tinggi dengan kekuatan-kekuatan tambahan yang harus difahami oleh setiap insan
dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran semasa.
Pendahuluan / Pengenalan
Psikologi Islam merupakan salah satu dari kajian ilmu-ilmu keislaman. Ia memiliki
kedudukan yang sama dengan disiplin ilmu keislaman yang lain, seperti Ekonomi
Islam, Sosiologi Islam, Politik Islam, Kebudayaan Islam, dan sebagainya.
“Islam” di sini bermaksud corak, cara pandang, pola pemikiran, paradigma dan
aliran. Maksudnya psikologi yang dibangunkan dengan gaya berfikir sebagaimana
yang berlaku pada tradisi keilmuan dalam Islam sehingga dapat membentuk aliran
tersendiri yang unik dan berbeza dengan psikologi barat.
Tentunya hal itu tidak terlepas dari kerangka ontologi (hakikat jiwa),
epistimologi (bagaimana cara mempelajari jiwa) dan aksiologi (tujuan
mempelajari jiwa) dalam Islam.
Psikologi Islam membicarakan aspek-aspek dan perilaku kejiwaan manusia.
Aspek-aspek kejiwaan dalam Islam seperti al-ruh, al-nafs, al-kalb, al-`aql,
al-dhamir, al-lubb, al-fu’ad, al-sirr, dan al-fithrah. Setiap aspek tersebut
memiliki eksistensi, dinamisme, proses, fungsi, dan perilaku yang perlu dikaji
melalui al-Qur’an, al-Sunnah, serta dari khazanah pemikiran Islam.
Psikologi Islam tidak hanya menekankan perilaku kejiwaan tetapi
membicarakan secara mendalam erti jiwa itu sendiri. Sebagai satu fakulti insan,
jiwa manusia bersifat punya potensi dan perlakuan yang sangat tergantung pada
usaha. Ini menunjukkan psikologi Islam mengakui adanya kesedaran dan kebebasan
manusia untuk berfikir, berkehendak, dan bersikap secara sedar. Walaupun begitu
kebebasan tersebut tetap dalam batas-batas sunnah-sunnah Allah Swt.
Intervensi
dalam kaunseling ialah merubah dan membuka pemikiran, perasaan dan tingkah laku
seseorang yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan mempertingkatkan
keyakinan diri. Oleh itu intervensi solat dalam kaunseling ialah merubah dan
membuka pemikiran, perasaan, tingkah laku dan spiriual individu yang bermasalah
dengan menggunakan konsep pendekatan solat berdasarkan hikmah dan kelebihan
yang terdapat dalam solat.
Intervensi
solat ini juga ditakrifkan sebagai pendekatan solat dalam menangani
masalah-masalah yang berkaitan dengan kaunseling. Solat merupakan salah satu
intervensi yang digunakan dalam kaunseling islam. Intervensi solat dalam
kaunseling ini bukan sahaja dilihat pada gerakan fizikal solat tersebut tetapi
juga dilihat melalui hikmah-hikmah solat yang telah ditemui oleh beberapa
tokoh. Daripada kajian yang telah dilakukan intervensi solat ini bersesuaian
dalam pembangunan rohani, fizikal dan psikologi.
Kamal Abd Manaf (1995) menyatakan solat merupakan penghulu kepada tiang agama dan tempat berlindungnya segala keyakinan. Solat juga penghulu segala amal kebaktian dan ketaatan. Semua asal usul dan cabang-cabangnya (furuk) dapat dijadikan sebagai asas dalam pembentukan insan kamil. Solat juga mempunyai rahsia-rahsia kebatinan yang dapat menyuluh keindahan dan membina ketenteraman. Melalui solat, kita dapat membersihkan diri untuk mempelajari ketepatan masa, hidup berdisiplin dan membina kosentrasi.
Kamal Abd Manaf (1995) menyatakan solat merupakan penghulu kepada tiang agama dan tempat berlindungnya segala keyakinan. Solat juga penghulu segala amal kebaktian dan ketaatan. Semua asal usul dan cabang-cabangnya (furuk) dapat dijadikan sebagai asas dalam pembentukan insan kamil. Solat juga mempunyai rahsia-rahsia kebatinan yang dapat menyuluh keindahan dan membina ketenteraman. Melalui solat, kita dapat membersihkan diri untuk mempelajari ketepatan masa, hidup berdisiplin dan membina kosentrasi.
Ulasan karya elemen-elemen kaunseling atau psikologi yang diterapkan dalam solat
Ibadat
adalah satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan. Sebab itu dalam Al
Fatihah yang kita baca dalam solat, kita dahulukan ibadat sebelum meminta
pertolongan daripada Allah Taala yang bermaksud :
“
Engkaulah sahaja (ya Allah) yang kami sembah,dan kepada Engkaulah sahaja kami
memohon pertolongan ‘.(Surah Al-Fatihah 1:5)
Ayat
ini dimulakan dengan perkataan sembah yakni ibadat dan ayat ini diulang setiap
rakaat, kemudian disebut mohon pertolongan. Ini menunjukkan kepentingan ibadat
dalam kehidupan muslim.
Solat adalah penghubung utama
antara hati manusia dengan Allah.Dalam sehari kita diwajibkan bersolat sebanyak
lima kali sehari. Pengabaian terhadap tanggungjawab ini menyebabkan ramai
muslim mudah terjebak ke kancah kemaksiatan; zina, gejala dadah, gangsterisme,
pemujaan dan sebagainya.Dalam tinjauan yang dilakukan ke atas remaja yang
terlibat dalam gejala sosial mendapati kebanyakan remaja ini tidak mengambil
peduli akan solat.
Kita harus sentiasa ingat, solat
adalah kunci untuk amalan lain diterima Allah. Tanpa mengerjakan solat yang
diibaratkan sebagai tiang agama, amalam-amalan baik yang lain hanya sia-sia.Justeru,setiap
muslim tidak harus mengambil sambil lewa akan tanggungjawab mereka sebelum
melaksanakan tuntutan agama yang lain.
Disamping itu juga, doa dan
wuduk memainkan peranan penting tanpa disedari, melalui kajian ini kita dapat
melihat kebaikan dan kelebihan yang diterapkan dalam setiap aspek yang
ditekankan dalam solat.
Metodologi Kajian
Metodologi kajian yang digunakan
adalah kaedah penyelidikan kualitatif dengan merujuk bahan dokumentasi seperti
buku-buku ilmiah, majalah-majalah islamik, jurnal , kutbah jumaat dan maklumat
internet. ( rujuk bahagian rujukan)
Hasil kajian
elemen-elemen kaunseling atau psikologi yang diterapkan dalam solat
Wujudnya suasana sentiasa
menasihati
Berjemaah
amat penting dalam Islam dan hidup seseorang insane. Manusia tidak mampu hidup
sendirian . Konsep hidup berjemaah atau bermasyarakat amat penting dalam
pelbagai cabang ilmu seperti psikologi, akhlak, sains, politik dan lain-lain
lagi. Sekiranya tiada masyarakat, maka cabang ilmu tersebut tidak akan wujud.
Contoh yang paling praktikal adalah dengan mewujudkan budaya melakukan aktiviti
secara bersama seperti dengan solat berjemaah. Ibubapa patut melatih anak-anak
mereka solat berjemaah kerana melalui solat, si ayah dapat melatih anak
mentaatinya. Solat berjemaah simbol ketaatan kepada seorang ketua. Makmum mesti
mengikut setiap gerak laku dalam solat yang diketuai imam.
Dengan
itu, anak-anak lebih mudah mendengar nasihat dan teguran ayah. Si ayah juga
juga boleh menyampaikan tazkirah selepas solat berjemaah dan secara tidak
langsung dapat menegur tingkah laku anak-anak. Ibu bapa juga boleh menyuruh
anak-anak menyaipaikan tazkirah ringkas kepada ahli keluarga. Tazkirah ini
tidak semestinya terlalu ilmiah, memadailah anak menyampaikan apa-apa yang
telah dipelajarinyadi sekolah. Ini dapat mewujudkan budaya suka akan ilmu dalam
keluarga tersebut. Selain itu, solat
berjemaah juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan antara ahli keluarga,
disamping boleh berbincang perbagai perkara selepas solat berjemaah.
Sebagai
ibubapa menasihati adalah tanggungjawab yang tidak boleh di abaikan. Lukman
al-Hakim memberi nasihat kepada anak-anak anaknya :
Wahai
anakku:
·
Janganlah mensyirikkan Allah kerana
syirik adalah sebesar-besar kezaliman.
·
Taatilah dan berbuat baik kepada
kedua-dua ibubapa. Allah akan membalas semua amalan walaupun sebesar biji sawi.
·
Dirikanlah solat.
·
Ajak manusia kea rah kebaikan dan
tegahlah mereka daripada melakukan kemungkaran.
·
Bersabarlah terhadap apa yang menimpa
kamu.
·
Jangan bangga diri
·
Sederhanalah dalam berjalan dan
lunakkanlah suaramu kerana seburuk-buruk suara ialah suara keldai.
Ini
adalah contoh seorang bapa yang bijaksana, yang menasihati anaknya secara
hikmah sehingga terekod dalam al_Quran dalam surah Luqman ayat 13 hingga 19.
Nasihat kita terhadap anak-anak perlu berdasarkan keadaan semasa dan keadaan
anak itu sendiri.
Hubungan kekeluargan
Melalui
solat juga sebenarnya, kita telah mewujudkan sesuasana kasih sayang. Hal ini
adalah kerana ketika di tempat ibadat kita akan sama-sama mengaminkan doa dari
iman . Selalunya doa lebih kearah kebaikan dunia dan akhirat kepada diri,
masyarakat, keluarga dan Negara. Malahan ketika kita solat juga kita tidak lupa
mendoakan untuk ibubapa dan keluarga. Malahan dalam agama sendiri menuntut agar
kita menghormati ibubapa sekalipun mereka berakhlak buruk. Bukan sahaja tidak
boleh menderhaka, tidak mendoakan kesejahteraan kedua-duanya juga sudah
dianggap derhaka,apatah lagi mendoakan kecelakaan. Sebenarnya dengan berdoa
juga kita dapat mengeluarkan rahsia yang terpendam dalam diri dan juga membantu
kita menanggani tekanan. Kadangkala sebagai manusia, kita seringkali wujud
perasaan memendam masalah kerana tidak pasti siapa yang paling dipercayai,
namun dengan solat kita dapat meluahkan rasa hati kepada Allah.
Solat membantu mendisiplinkan
tingkahlaku seseorang invdividu
Intervensi
solat dalam tingkah laku digunakan bagi mengubah amalan dan gaya hidup mereka.
Solat membantu manusia mendisiplinkan diri dan membantu manusia membina
peribadi agung. Selain itu, ia juga berperanan dalam meningkatkan penampilan
diri sebagai seorang muslim dan membantu mengatur kehidupan agar lebih afektif
dan sihat.
Oleh itu, apabila masyarakat
hidup dalam keadaan berdisiplin dan mematuhi peraturan-peraturan yang luhur,
yang terhasil dari mengerjakan solat berjemaah maka terhakislah rasa sombong,
dengki, riak dan akan terjalin rasa saling memahami, hidup tenang, bersopan
santun dan penuh kemesraan.
Solat dapat menangani tekanan /stress
Dunia pekerjaan banyak memberi tekanan kepada
setiap individu dan memberi kesan yang buruk dalam kehidupan seharian. Tekanan
disebabkan interaksi kompleks anatara persekitaran kerja, personaliti dan
reaksi tubuh badan dan mental seseorang yang sekaligus memberi tekanan tertentu
yang merangsang tindakbalas individu secara mental dan fizikal. Contohnya
hubungan dengan rakan sekerja, ketua yang suka menengking, suasana kerja yang
negatif dan banyak lagi sehingga ianya memberi impak kepada psikologi dan
fisiologi individu. Sekiranya tekanan ini tidak dikawal dengan baik, ia akan
menyebabkan banyak perkara negatif yang mengganggu kehidupan seseorang itu
seperti rasa terganggu, lesu, gelisah, rasa bersalah,takut serta hilang tumpuan
terhadap kerja yang dijalankan.
Selain itu juga, impak negatif juga menyebabkan ada individu yang mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan tekanan mereka iaitu dengan cara ponteng kerja, meminum arak, pertengkaran dengan pasangan, mendera anak dan banyak lagi. Dengan melepaskan tekanan mereka dengan cara tersebut menyebabkan mereka berasa puas. Namun, ianya bukanlah menyelesaikan masalah tetapi semakin bertambah masalah mereka. Sebagai seorang muslim, kita perlu sedar bahawa kaedah terbaik menangani tekanan dalam hidup dengan cara merapatkan diri serta mengeratkan hubungn kita dengan Pencipta kita iaitu melalui solat dengan cara menjalankan solat 5 waktu dan memperbanyakkan solat sunat.
Menurut kajian pakar psikologi barat, mereka mengakui bahawa solat banyak memainkan peranan penting dalam memberi ketenangan jiwa dan pemikiran seseorang. Menurut kesimpulan beberapa kajian sarjana barat juga, secara saintifiknya solat merupakan satu tempoh masa ‘aman dan damai’ di mana seluruh tubuh dan minda seseorang berfokus kepada sesuatu iaitu Allah s.w.t. Gerakan-gerakan dan keadaan minda dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon-hormon seperti Cortisol, Epinephrine dan Neropinephrine daripada kalenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap sebarang tekanan. Selain itu juga, solat merupakan intervensi positif terhadap sistem pernafasan, aliran oksigen dalam badan, degupan jantung serta gelombang otak.
Selain itu juga, dengan mendirikan solat 5 waktu dan dilengkap dengan solat-solat sunat yang pelbagai, seseorang itu akan diberikan pertolongan oleh Allah dalam sebarang kesukaran seperti Firman Allah s.w.t dalam surah Al Baqarah ayat 153 yang bermaksud:
Selain itu juga, impak negatif juga menyebabkan ada individu yang mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan tekanan mereka iaitu dengan cara ponteng kerja, meminum arak, pertengkaran dengan pasangan, mendera anak dan banyak lagi. Dengan melepaskan tekanan mereka dengan cara tersebut menyebabkan mereka berasa puas. Namun, ianya bukanlah menyelesaikan masalah tetapi semakin bertambah masalah mereka. Sebagai seorang muslim, kita perlu sedar bahawa kaedah terbaik menangani tekanan dalam hidup dengan cara merapatkan diri serta mengeratkan hubungn kita dengan Pencipta kita iaitu melalui solat dengan cara menjalankan solat 5 waktu dan memperbanyakkan solat sunat.
Menurut kajian pakar psikologi barat, mereka mengakui bahawa solat banyak memainkan peranan penting dalam memberi ketenangan jiwa dan pemikiran seseorang. Menurut kesimpulan beberapa kajian sarjana barat juga, secara saintifiknya solat merupakan satu tempoh masa ‘aman dan damai’ di mana seluruh tubuh dan minda seseorang berfokus kepada sesuatu iaitu Allah s.w.t. Gerakan-gerakan dan keadaan minda dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon-hormon seperti Cortisol, Epinephrine dan Neropinephrine daripada kalenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap sebarang tekanan. Selain itu juga, solat merupakan intervensi positif terhadap sistem pernafasan, aliran oksigen dalam badan, degupan jantung serta gelombang otak.
Selain itu juga, dengan mendirikan solat 5 waktu dan dilengkap dengan solat-solat sunat yang pelbagai, seseorang itu akan diberikan pertolongan oleh Allah dalam sebarang kesukaran seperti Firman Allah s.w.t dalam surah Al Baqarah ayat 153 yang bermaksud:
“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah
pertolongan dengan bersabar dan dengan mengerjakan sembahyang kerana
sesungguhnya Allah menyertai menolong orang yang sabar”Amalan
berzikir dan bertasmid yang terdapat dalam solat dapat menenangkan jiwa
sebagaimana jaminan Allah dalam surah ara Radh ayat 28 maksudnya : “
orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Dan ketahuilah
bahawa zikrullah itu tenang tenteramlah hati manusia.”
Selain itu juga solat boleh menghilang tekanan dalam diri seseorang dengan cara mendengar, membaca dan menghayati ayat-ayat Quran serta setiap apa yang kita baca setiap kali kita mendirikan solat kerana Al-Quran adalah penawar kepada kesaktian minda ( riwayat Bukhari). Membaca Al-Quran dapat memberi ketenangan kepada individu bila dihayati dan difahami dan dengan syarat kita mestilah khusyuk dan istiqamah dalam mendirikan solat.
Selain itu juga solat boleh menghilang tekanan dalam diri seseorang dengan cara mendengar, membaca dan menghayati ayat-ayat Quran serta setiap apa yang kita baca setiap kali kita mendirikan solat kerana Al-Quran adalah penawar kepada kesaktian minda ( riwayat Bukhari). Membaca Al-Quran dapat memberi ketenangan kepada individu bila dihayati dan difahami dan dengan syarat kita mestilah khusyuk dan istiqamah dalam mendirikan solat.
Solat
juga mewujudkan hubungan erat antara masyarakat
Antara hikmah solat berjemaah di
masjid adalah mampu untuk membentuk ukhwah dan saling bertukar fikiran secara
rasional tanpa mengira latar belakang dan fahaman, kerana masing-masing menjaga
adab ketika berada di rumah Allah.
Solat berjemaah mengajar umat
Islam hidup bermasyarakat dengan disiplin dan peraturan yang murni dan luhur.
Ini dapat digambarkan apabila azan berkumandang, maka bilal lah yang patut
dipatuhi dan imam solat yang mesti diikuti, serta saff jemaah yang mesti
diperhati, berdiri sama lurus, rukuk sama tunduk dan sujud sama merendah diri
sebagai syiar dan lambang untuk sama-sama meletakkan kepatuhan dan ketaatan
hanya kepada Allah dalam menjalani hidup berkeluarga, berjiran tetangga,
bermasyarakat, bekerja dan bernegara.
Sabda rasulullah s.a.w yang
bermaksud:
“Dan tidaklah berkumpul satu
kaum di satu rumah dari rumah-rumah Allah sambil membaca kitab Allah (al-Quran)
dan mempelajarinya bersama di antara mereka kecuali turunlah ke atas mereka
pertolongan, mereka dilimpahi rahmat, malaikat menaunginya dan Allah menyebut
namamereka dikalangan orang yang ada di sisinya. Sesiapa yang lambat amalnya
maka tidak disegerakan dekatnya kepada Allah”.
Sungguhpun begitu hebat kebaikan
solat berjemaah namun sebahagian umat Islam pula tidak mengambil berat dengan
azan yang dikumandangkan oleh bilal, biar sekuat mana pembesar suara sampai ke
telinga, biar secantik mana masjid dibina, biar masjid berkarpet tebal dan
berhawa dingin, namun jemaahnya hanya dalam lingkungan lima puluhan atau
ratusan orang berbanding dengan jumlah penduduk taman ribuan orang, sedangkan
masjid boleh menampung ribuan jemaah dengan kos pembinaan masjid jutaaan
ringgit. Namun anak-anak kita, jiran tetangga kita, ahli masyarakat kita
sebahagiannya masih liar dengan masjid, masih seronok berlonggok di simpang-simpang
jalan, masih selesa di padang-padang permainan, masih enak menghirup kopi di
kedai-kedai berhampiran, masih leka berurus niaga di pasar-pasar malam, masih
leka denagn menggilapkan kereta, atau masih leka dengan gurauan anak dan cucu
yang tercinta atau masih ternganga dengan siaran television, sekalipun masjid
hanya dipisahkan dengan pagarnya sahaja.
Sebenarnya setiap orang
dipertanggungjawabkan untuk mengajak, menyeru, menasihat orang Islam yang lain
apabila berlaku keengkaran terhadap kepatuhan beragama atau tidak kisah dan
tidak ambil peduli dengan seruan azan yang mengajak solat bersama, mengajak ke
arah kemenangan bersama, kita bimbang mereka lebih jauh dari Allah. Apabila
Allah jauh dari hati kita maka syaitanlah yang cepat menghampiri kita.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya:
“Tidak sewajarnyalah bila ada
tiga orang dalam sebuah qariah atau sebuah kampung yang tidak mahu mendirikan
solat berjemaah dalam kampong tersebut melainkan syaitanlah yang akan menguasai
mereka, maka kamu hendaklah mendirikan solat berjemaah, kerana sesungguhnya
serigala itu hanya akan memakan kambing yang duduk bersendirian”.
(riwayat Abu Daud dan
an-Nasa’i).
Solat membuka pintu rezeki
Kebanyakan masyarakat
beranggapan bahawa rezeki itu hanyalah harta dan wang ringgit.Akhirnya, mereka
berkerja siang malam hanya untuk itu. Mereka berkerja keras sehingga
meninggalkan solat dan mengabaikan tanggungjawab kepada anak-anak, kasih sayang
dah perhatian yang secukupnya. Natijahnya, masalah melanda rumah tangga,
anak-anak menjadi liar dan hati selalu tidak tenteram.
Puncanya, kerana mereka tersalah
mentafsir rezeki. Sebab itu Islam meletakkan solat sebagai kunci kepada rezeki.
Mengajak keluarga menunaikan solat, akan melahirkan keharmonian dah ketenangan
dalam rumah tangga. Si suami yang selalu bersolat jemaah di masjid,akan membawa
pulang ‘cahaya kebahagiaan’ kepada keluarga.
Ingat, wang dah harta benda
bukanlah rezeki yang mutlak, tapi keluarga yang bahagia mampu memberi kita
ketengangan dan kebahagian yang lebih baik yang akan memotivasikan anda untuk
berkerja dengan lebih kuat.
Membantu dalam proses memberi ilham dan panduan
Cuba tanya diri anda, tatkala
anda berasa keliru untuk membuat keputusan, apa yang anda lakukan.Tatkala
seorang lelaki mahu melamar anda sebagai isteri dan anda terasa sangsi, apa
yang anda lakukan?.Dan ketika anda mendapat banyak tawaran ke universiti dan
ragu-ragu universiti manakah yang terbaik buat anda, apa yang anda lakukan
Adakah anda terus berfikir dan berfikir?. Atau anda membiarkan masalah itu terus
membelungi tanpa jalan penyelesaian.Jadi bagaimana?
Jawapannya ada dalam solat.Orang
yang menunaikan solat akan dibuka hatinya oleh Allah. Lihat sahaja para nabi ,
setiap kali mereka berada dalam situasi sukar, mereka pasti berdoa.
Solat membantu memperkuatkan mental dan fizikal
Solat yang khusyuk melatih kita
untuk menjadi fokus dalam setiap perkara yang kita lakukan.Bagaimana? Dalam
solat,kita diajar untuk khusyuk dan memahami setiap maksud bacaan. Solat
melatih kita mendiamkan anggota zahir dan dalam pada masa yang sama
menggerakkann angota batin iaitu hati dan minda untuk memahami maksud bacaan.
Solat juga mampu menguatkan
fizikal anda. Bandingkan perbezaan tatkala anda bangun subuh pada waktunya dan
keadaan anda bangun lewat.Jika anda bangun lewat, anda akan terasa tidak
bersemangat, lesu dan tidak bermotivasi. Sebab itulah, dalam islam kita
digalakkan agar tidak tidur selepas subuh.
Solat membantu dalam menguat jiwa dan penyeri wajah
Orang yang mengerjakan solat
dengan khusyuk akan lahir ketenangan atau sakinah dalam dirinya.Ketenganan ini
akan memberi dua kebaikan.
Pertama, wajahnya akan kelihatan
berseri kesan daripada kebersihan hati. Orang yang berseri wajahnya bukanlah
bermakna dia cantik atau kacak tetapi diwajah ada ketenagan pada orang yang
melihatnya.
Kedua, ketenangan itu akan
memberi kekuatan untuk menghadapi masalah. orang yang tenang akan sentiasa
sabar, tidak gelabah dan menyelesaikan sesuatu masalah dengan tersusun.
Solat membantu membentuk sahsiah
dan kematangan individu
Orang yang matang adalah orang
yang bijak membuat keputusan berdasarkan sebab-sebab yang munasabah. Mereka
tahu menzahirkan emosi berdasarkan keadaan dan bertindak mengikut keperluan.
Orang yang khusyuk dalam solat
membuahkan ketajaman fikiran. ini memberi kesan dalam aspek berfikiran dan
membuat keputusan. Orang matang tidak akan menghabiskan masanya dengan perkara
yg tidak berfaedah.
Solat melatih seseorang individu berkaitan ketepatan masa
Islam meletakkan solat lima
waktu sebagai satu signifikan agar manusia tidak pernah lupa akan
penciptanya.Solat lima waktu perlu ditunaikan pada awal waktunya, maka
seseorang yang selalu bersolat akan menunaikan tepat pada waktunya.Jadi, solat
lima waktu merupakan satu latihan tersusan untuk meningkatkan kualiti jiwa
seeorang.
Kebaikan
berwuduk
Syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhuk . Banyak
rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara
rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:
Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh.Ini betul-betul luar biasa.Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran. Hal ini boleh dirujuk juga kepada kaedah akupultur.
Pada anggota badan yang terkena semasa berwuduk terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wuduk. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu. Berikut merupakan titik –titik akupultur yang didapati ketika mengambil wuduk:
Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh.Ini betul-betul luar biasa.Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran. Hal ini boleh dirujuk juga kepada kaedah akupultur.
Pada anggota badan yang terkena semasa berwuduk terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wuduk. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu. Berikut merupakan titik –titik akupultur yang didapati ketika mengambil wuduk:
Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493!
Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wuduk.
Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wuduk. Hal ini adalah kerana wuduk mambantu merawat kesihatan pada tuduh badan Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.
Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan. Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduk kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.
Titik akupuntur di telinga. 125 disentuh semasa mengambil wuduk.
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493!
Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wuduk.
Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wuduk. Hal ini adalah kerana wuduk mambantu merawat kesihatan pada tuduh badan Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.
Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan. Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduk kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.
Titik akupuntur di telinga. 125 disentuh semasa mengambil wuduk.
Wuduk
membantu mengawal perasaan marah
Pada peringkat permulaan, sifat marah
bukan penyakit, cuma luahan seseorang dalam bentuk tindakan dan tingkah laku.
Ia adalah akibat daripada sesuatu sebab atau kesan yang kalau tidak berbuat
demikian, kita berasa tidak selesa dan resah gelisah.
Sifat marah sudah mula bertapak
di hati, jika tidak dibendung lama kelamaan akan memakan diri sendiri. Ia juga
akan membawa padah kepada orang yang kita sayangi dan hormati, serta membawa
keburukan serta kemudaratan kepada sekeliling kita.
Bagi membendung dan mengubati
penyakit marah, Islam mengajarkan kepada kita satu ubat terbaik iaitu menahan
diri tatkala marah dan sabar ketika hawa nafsu meluap-luap.
Rasulullah bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya marah adalah
secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada
kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka
apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka
rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada
Allah).” (Riwayat al-Tirmizi)
Sebenarnya, sifat marah itu
dicetuskan oleh syaitan. Syaitan dijadikan daripada api oleh itu ingatlah
bahawa api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah,
sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan di anggota
wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan,
malah ia juga dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang sedang panas
akibat marah.
Rasulullah bersabda bermaksud:
“Apabila seseorang daripada kamu
marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada
secebis api.” (Riwayat Abu Daud).
Nabi Muhammad SAW menasihatkan
kepada orang yang sedang marah supaya mengambil wuduk. Di samping itu,
perbanyakkan zikir kepada Allah dapat menghapus dan memadamkan api kemarahannya
yang sedang meluap-luap.
Islam mengajar umatnya mengambil
berat hubungan murni antara suami dan isteri, anak dengan ibu bapa dan antara
adik beradik. Ia adalah teras penting kehidupan sesebuah keluarga.
Kepentingan doa
a) Membentang masalah dengan jelas
membantu mengurangkan tekanan
Doa
adalah langkah pertama untuk menyelesaikan masalah. Doa secara tidak langsung
adalah cara kita membentangkan masalah kita untuk diselesaikan. Malangnya,
ramai orang yang hanya gelisah tidak tentu arah apabila ditimpa masalah. Mereka
hilang arah, atau tidak tahu pun apa masalah mereka yang sebenar. Doa menolong
kita menukarkan masalah ke dalam bentuk perkataan. Dengan berdoa, masalah yang
asalnya kabur dan samar menjadi jelas dan terang. Doa adalah seperti menulis
masalah kita di atas kertas. Dengan berdoa seolah-olah kita “ bercakap,
berkata-kata dan mengadu” dengan Allah.
Justeru,
semasa kita bermohon, merayu, mengadu dan meluahkan segala-galanya kepada
Allah, kata-kata kita semasa itu seperti membentangkan kita kepada Allah. Ini
tanpa disedari akan memberi keselesaan dan menguruangkan sedikit bebanan
perasaan seseorang individu.
b) Melahirkan perasaan ingin
berkongsi masalah
Menurut
pakar psikologi, tidak ramai manusia yang begitu kuat sehingga mampu menanggung
masalah paling sulit dan perit secara bersendirian. Adakalanya kita sangat
memerlukan insane lain untuk mendengar dan berkongsi masalah dengan seseorang.
Namun adakalanya masalah kita terlalu personal yang kita rasa malu dan enggan
untuk diceritakan kepada orang lain. Namun, adakalanya masalah kita terlalu
personal yang kita rasa malu atau enggan untuk diceritakan kepada orang lain.
Kadangkala kebimbangan kita terlalu tinggi sehingga tidak dapat berbincang
dengan saudara mara ataupun rakan-rakan. Jai berdoa kepada Allah adalah jalan
yang sesuai. Berdoa memberikan kita berasa “tidak bersendirian” dalam menghadapi
sebarang kebuntuan hidup. Kata pujangga Profesor Dr Hamka, ‘Ketika pintu dibumi
sudah tertutup segalanya, pintu ke langit sentiasa terbuka!” Maksudnya ,
apabila manusia tidak boleh lagi diharap mendengar pengaduan kita, Allah
sentiasa ada untuk mendengar segala rintihan dan harapan.
c) Menghindar daripada penyakit
fizikal
Sains
perubatan berjaya memusnahkan penyakit yang disebabkan opeh bacteria dan virus
yang boleh membunuh manusia. Namun ia tidak mampu mengekat emosi kerisauan,
ketakutan, kebencian, kemurungan yang semakin mendular dalam kehidupan
masyarakat kini. Semua emosi negatif ini memberi kesan langsung kepada fizikal
manusia. William James, seorang pakar perubatan dan psikologi menyatakan “Tuhan
boleh mengampuni segala dosa kita, tetapi system urat saraf kita tidak.”
Malahan dengan berdoa kita boleh mengubat hati dengan mengelak sifat-sifat yang
tidak baik. Plato pernah berkata : Kesalahan ahli perubatan adalah cuba
mengubat tubuh badan tanpa mengubat fikiran. Sedangkan fikiran dan jasad adalah
satu dan tidak boleh dirawat berasingan”. Hal ini, diakui oleh pakar perubatan
meden dengan mewujudkan satu “ubat” baru yang dikenali sebagai psikosomatik (
gangguan fizikal manusia yang timbul akibat masalah psikologi, seperti rasa
bimbang, takut dan lain-lain) yang digunakan untuk merawat fikiran dan tubuh
badan.
Aura Solat
- Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna
biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem
metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat
diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum
(keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu
itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh
melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya
sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
- Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau
(isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang
berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang
berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat
Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut
dan hilang sifat cerianya.
- Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren,
iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan
dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem
reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal
Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar
ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur). Dan jangan lupa, tenaga pada
waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
- Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna
merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak
berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri
frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu
ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam
perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib
dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang
boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah
keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
- Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna
Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia
ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan
otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam
kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu
tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana
keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih,
merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi
kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit
kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini selalu dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana
telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan
bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan
kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih
dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat
memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai
dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .
Penutup
Sebenarnya,
sebagai seorang yang beragama Islam, kita memang diterapkan bahawa solat itu
tiang agama. Perkara penting dan paling asas yang perlu kita lalukan adalah
solat, malahan solat juga mencegah kita daripada melakukan kemungkaran. Namun
masih lagi dikalangan kita sibuk dengan segala urusan di dunia sehingga
melewat-lewatkan solat atau tidak melaksanakan solat. Hal ini sedenarnya
memberi kerugian dari segi rohani dan jasmani. Selain kita hilang keredhaan
Allah, sebenarnya kita mengabaikan kesihatan kita.
Rujukan
Buku
Muhammad
Nu’aim Yasin. Panduan Solat Qasar dan Jawak. (2010). Jasmin
Publications.
Selangor
Patricia
H Miller (1996), Theories of development psychology. W.H. Freeman and
Company N.Y.
Ruhaya Hussin, Sapora Sipon.
(2010) . Teori Kaunseling dan Psikoterapi
Edisi
Kedua.Universiti
Sains Malaysia, Negeri Sembilan.
Sabariah
Siron. (2005) .Teori Kaunseling dan
Psikoterapi .Peartice Hall,Petaling Jaya
Internet
Sallmah
Salleh. (2011). Intervensi solat dalam
kaunseling.www.kelebihansolat.
Kelebihan Solat
.www.halaqah.net
Kutbah jumaat.www.mimbarjumaat
Rahsia
solat di awal waktu. http: pakarhowto.com/rahsia solat
Majalah
Nik
Abdul Rahim Nik Abdul Ghani.(2010).Ibadah
membentuk peribadi mulia. Solusi no:24.Telaga Biru
Pahrol
Muhammad Juoi.(2011).Doa :Mustajab atau
Terhijab. Solusi no:22.Telaga Biru
Pahrol
Muhammad Juoi.(2011).Rahsia dan keajaiban
solat subuh. Solusi no:31.Telaga Biru