Khamis, 24 Julai 2014

TERAPI RINGKAS PENYELESAIAN MASALAH ( SOLUTION FOCUS)



TERAPI RINGKAS PENYELESAIAN MASALAH BERFOKUS
SEJARAH
         SFBT  telah dikembangkan lebih dari 50 tahun dahulu,  bermula di Amerika Syarikat.  Dan kemudian berkembang diserata pelosok dunia termasuk Eropah.  Tokoh yang memberi nama terapi ini dan terlibat dalam langkah-langkah spesifik dalam terapi ini ialah sepasang suami isteri, Steve de Shaver dan Insoo Kim Berg beserta kumpulan mereka di Pusat Brief Family Therapy di Milwaukee, Amerika Syarikat.  Terapi singkat berfokus solusi (SFBT) adalah salah satu pendekatan keluarga, yang dikenal sebagai terapi sistem. Antara tokoh –tokoh yang utama dalam mengetengahkan terapi ini ialah Steve de Shazer , Insoo Kim Berg , Willion’Hanlon dan Michele Weiner-Davis ( Gladding , 2005).

De Shazer (1988, 1991) menyatakan bahawa tidak perlu mengetahui penyebab masalah untuk menyelesaikannya, dan bahawa tidak ada hubungan antara masalah dan solusi mereka. (Bertolino dan Hanlon, 2002; Gingerich & Eisengart, 2000; O’Hanlon & Weiner-Davis, 1989). Menyatakan mengumpulkan maklumat tentang masalah tidak diperlukan untuk perubahan, setiap orang mungkin mempertimbangkan beberapa solusi, dan apa yang benar bagi satu orang mungkin tidak sesuai untuk orang lain.
Solusi yang berfokus pada terapi singkat (SFBT) didasarkan pada pandangan bahawa orang-orang yang sihat dan berkeyakiann, memiliki kemampuan untuk membangun solusi yang dapat meningkatkan kehidupan mereka.Proses terapeutik menyediakan suatu konteks dimana individu fokus pada pemulihan dan menciptakan solusinya, bukan membicarakan masalah mereka. O’Hanlon (1994) menggambarkan orientasi positif ini: “mengembangkan solusi-meningkatkan kehidupan  untuk kehidupan manusia daripada berfokus pada masalah dan perubahan luar biasa dapat terjadi sangat cepat.Kaunselor  dapat berperanan dalam membantu orang dalam membuat suatu pergeseran dari masalah dengan kemungkinan-kemungkinan baru, dapat mendorong dan menentang klien untuk menulis cerita yang berbeza dan berakhir pada sesuatu yang baru (O’Hanlon, dalam Bubenzer & West, 1993).

MATLAMAT
Konsep terapi SFBT ini telah banyak digunakan dalam bidang-bidang seperti penyalahgunaan dadah, terapi keluarga dan terapi seks,    Matlamat utama terapi ialah untuk membantu klien mengenalpasti dan melayan kemahiran, keupayaan  dan sumber luaran.  Proses ini bukan sahaja membantu menstruktur cerita klien sebagai individu yang cekap tetapi dapat membantu mengenalpasti sumber-sumber untuk menangani masalah yang mana sumber dikenalpasti oleh klien.  Klien digalakan untuk membincangkan tentang perubahan daripada membincangkan tentang masalah yang sedang di hadapi.  Mereka mengandaikan sekiranya seseorang selalu bercakap mengenai masalah ia akan menghasilkan tambahan masalah, sekiranya kita bercakap mengenai perubahan ia akan menghasilkan perubahan. Terapi ini melihat keunikan individu sebagai kekuatan untuk menentukan masa hadapan.  Masalah dan masa silam tidak perlu difikirkan dalam menangani sesuatu  masalah kerana SFBT memberi fokus pada masalah  yang ada, bukan yang tiada dan klien dilihat sebagai pakar dalam penyelesaian masalah.

Seperti namanya, ini adalah tentang terapi yang singkat dan berfokus pada solusi, bukan pada masalah. Ketika ada masalah, banyak profesional menghabiskan banyak waktu berpikir, berbicara, dan menganalisis permasalahan, sementara penderitaan yang dialami klien sedang berlangsung.



PERANAN KAUNSELOR DAN KLIEN
Klien sepenuhnya mengambil peranan dalam proses terapeutik jika mereka berkeinginan untuk menentukan arah dan tujuan perbualan (Walter & Peller, 1996).Kaunselor berusaha untuk menciptakan hubungan kolaboratif untuk membuka berbagai kemungkinan sekarang dan perubahan masa depan (Bertolino & O’Hanlon, 2002).
Kaunselor berperanan menciptakan iklim saling menghormati, dialog, pertanyaan, dan penegasan di mana klien bebas untuk menciptakan, mengeksplorasi, dan co-penulis cerita-cerita mereka yang berkembang (Walter & Peller, 1996).Tugas utama sesi kaunseling adalah membantu klien membayangkan bagaimana mereka akan menyukai hal-hal yang berbeza dan apa yang diperlukan untuk membawa perubahan-perubahan ini (Gingericli & Eisengart, 2000).
Dalam terapi ini juga, klien memberi maklumat kepada kaunselor. Beberapa pandangan digunakan untuk memberi keyakinan kehidupan klien, maklumat tidak dapat diubah dan membantu klien agar tidak terpesong daripada masalah sebenar. Kaunselor yang berfokus solusi Singkat membantu klien dalam memberi perhatian pada pengecualian untuk pola masalah mereka (Miller, Hubble, & Duncan, 1996). SFBT berfokus pada mencari tahu apa yang dilakukan orang-orang yang bekerja dan kemudian membantu mereka dalam menerapkan budaya untuk menghilangkan masalah dalam jumlah waktu yang sesingkat mungkin.



O’Hanlon (1999) menyatakan: “itu mendorong orang untuk pindah dari sifat menganalisis masalah yang muncul dan sebagai gantinya mulai mencari solusi dan mengambil tindakan pemecahannya”  Ada berbagai cara untuk membantu klien dalam berfikir mudah apa yang telah mereka lakukan. De Shazer (1991) lebih memilih untuk melibatkan klien dalam percakapan yang mengarah ke cerita progresif dimana orang menciptakan situasi, mereka lebih terus pada tujuan.

Berg dan Miller (1992) menjelaskan  terdapat tiga perkara penting dalam terapi SFBT
  1. Jangan cari masalah
  2. Apabila anda tahu sesuatu perkara itu berkesan, anda perlu lebih banyak  lakukan perkara tersebut
TUJUAN
Terapi penyelesaian masalah berfokus mencerminkan gagasan dasar tentang perubahan, interaksi, dan mencapai tujuan.Tujuan SFBT (O’Hanlon & Weiner Davis, 1989):
(1) Mengubah situasi atau kerangka acuan; mengubah perbuatan situasi yang problematis, dan menekan kekuatan klien dan sumber daya.
(2) Membantu klien mengasingkan sebuah sikap dan mengukur pergeseran dari membicarakan masalah-masalah untuk berbicara tentang solusi.
(3) Mendorong klien untuk terlibat dalam perubahan atau berbicara solusi daripada masalah dengan memahamkan bahawa apa yang kita bicarakan kebanyakan akan berjaya.
Walter dan Peller (1992) menekankan pentingnya membantu klien untuk menciptakan tujuan:
(1) Positif dalam bahasa klien,
(2) Berorientasi proses atau tindakan,
(3) Secara terstruktur di sini dan sekarang,
(4) Dapat dicapai, konkret dan spesifik, dan
(5) Dikawal oleh klien.
Klien harus terlebih dahulu merasa bahawa masalah mereka didengar dan difahami sebelum mereka dapat merumuskan tujuan yang bermakna.

PRINSIP-PRINSIP TERAPI PENYELESAIAN MASALAH BERFOKUS
Bery dan Miller (1992) menjelaskan tiga perkara penting dalam SPBT ialah jangan cari masalah, apabila anda tahu sesuatu perkara itu berkesan, anda perlu banyak lakukan perkara tersenut. Jika tidak berkesan, jangan teruskan. Usaha yang lain. Menurut Bery dan Miller (1992) lagi, keunikan pengalaman manusia  menjelaskan bahawa setiap individu  adalah individu yang unik. Masalah yang berlaku  dimanifestasikan berbeza mengikut sumber semasa , nilai peribadi, iklim politik  dan konteks di manaterapi dijalankan. Kaunseling perlu dilakukan  dengan melihat keunikan setiap keperluan individu, bukannya melihat kepada secara keseluruhannya.Setiap masalah perlu berfokus kepada apa yang  boleh dilakukan  lebih daripada apa yang tidak boleh dilakukan. Klien bermula dengan melihat  apa yang  telah Berjaya dilalui.







KONSEP DAN PROSES SPBT

Konsep SFBT ialah:
  • Keunikan pengalaman manusia menjelaskan bahawa setiap individu adalah unik.  Kaunseling perlu dilakukan dengan melihat keunikan setiap keperluan individu bukannya melihat secara keseluruhan (Berg dan Miller,1992)
  • Klien adalah pakar dalam kehidupan mereka sendiri dan mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah hasil daripada kemahiran yang dibawa dalam sesi secara sedar atau tidak.
  • Pengalaman negative yang berulan-ulang mempunyai kesan yang akan menghalang individu daripada mengetahui kekuatan dan kebolehan mereka.
  • Melahirkan perhubungan yang terapeutik dan hubungan kerjasama antara klien dan kaunselor dimana mereka sama-sama mencipta reality dan setiap pihak akan saling mempengaruhi antara satu sama lain.
  • Terapi ini member focus kepada perkara yang ada daripada perkara yang tiada.
  • Setiap masalah akan memfokuskan kepada apa yang boleh dilakukan lebih daripada apa yang tidak boleh dilakukan.
  • Perubahan dicapai dengan menghargai apa yang berlaku dalam kontek kehidupannya

Ada beberapa kebaikan positif dan fokus pada solusi di masa depan. Jika klien dapat. Reorientasi diri dalam arah kekuatan mereka menggunakan solusi-talk, ada kesempatan baik sesi kaunseling dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat.Orang yang datang untuk terapi memang memiliki kemampuan cara bertindak secara efektif, mengenali mereka telah berurusan dengan masalah.Ada pengecualian untuk setiap masalah. Berbicara tentang pengecualian, klien boleh  mendapatkan mengawal atas apa yang menjadi masalah untuk dapat diatasi. Iklim pengecualian ini memungkinkan untuk menciptakan kemungkinan solusi dapat dilaksanakan secepat mungkin.Klien sering hadir hanya satu sisi dari diri mereka sendiri. Kaunselor aliran solusi berfokus mengundang klien untuk memeriksa sisi lain dari cerita yang mereka sajikan.Perubahan kecil membuka jalan bagi perubahan yang lebih besar.Klien ingin mengubah, memiliki keinginan untuk perubahan, dan melakukan yang terbaik untuk membuat perubahan terjadi. Kaunselor harus analisis kerjasama memahami klien daripada merancang strategi untuk mengendalikan pola resistif. Klien boleh dipercayai dalam keinginan mereka untuk memecahkan masalah mereka.

PROSES
Bertolino dan O’Hanlon (2002) menekankan pentingnya menciptakan hubungan terapeutik kolaboratif dan melakukannya untuk keberhasilan terapi. Mengakui bahawa terapis memiliki keahlian dalam menciptakan konteks untuk perubahan, mereka menekankan bahawa klien adalah ahli dalam kehidupan mereka sendiri. Singkatnya, collaborative dan hubungan kerjasama cenderung lebih efektif daripada hubungan dalam terapi.

Walter dan Peller (1992) Empat langkah yang menjadi ciri gambaran proses SFBT:
(1) Mencari tahu apa yang diinginkan dan yang tidak mereka inginkan klien.
(2) Jangan mencari patologi, dan tidak berusaha untuk mengurangi memberikan dengan label diagnostik bagi klien. Sebaliknya, carilah apa yang klien lakukan dan mendorong mereka agar terarah. Ini adalah untuk membantu klien lebih berfokus.
(3) Bereksperimen dengan melakukan sesuatu yang berbeza.
(4) Simpan terapi singkat dengan mendekati setiap sesi seolah-olah itu adalah yang sesi terakhir.

Pendekatan tradisional untuk memecahkan masalah (De Jong & Berg, 2002):
(1) Klien diberi kesempatan untuk menjelaskan masalah-masalah mereka, kaunselor mendengarkan dengan penuh hormat dan klien hati-hati menjawab pertanyaan kaunselor, “Bagaimana saya boleh membantu anda?”
(2) Kaunselor bekerja dengan klien dalam mengembangkan maklumat klien dengan secepat mungkin. “Apa yang berbeza dalam hidup anda ketika masalah anda bermula?”
(3) Kaunselor meminta klien tentang masalah-masalah yang kurang parah. Klien dibantu dengan penekanan khusus pada apa yang mereka lakukan untuk membuat suatu peristiwa terjadi.
(4) Pada setiap akhir percakapan solusi, kaunselor menawarkan maklumat semula, memberikan dorongan, dan menunjukkan apa yang difikir klien sebelum sesi berikutnya untuk memecahkan masalah mereka kepada beberapa peringkat penyelesaian.
(5) Terapis dan klien mengevaluasi kemajuan yang dibuat dalam mencapai solusi dengan menggunakan skala penilaian




TEKNIK SPBT
Teknik-teknik yang dalam SPBT adalah teknik soalan ajaib, soalan berskala scaling question, soalan berdaya tindak balas dan soalan berfokus masa depan. Soalan ajaib ialah kaedah soal jawab ahli terapi atau kaunselor yang digunakan untuk membantu klien melihat bagaimana masa depan akan berbeza apabila masalah tidak lagi wujud. Ia juga boleh membantu dalam membentuk matlamat klien. Soalan berdaya tindak balas pula dibentuk untuk mendapatkan maklumat mengenai sumber kekuatan  klien yang sering tidak diketahui atau dipedulikan oleh klien . Cerita-cerita dan pengalaman yang paling teruk juga mempunyai daya tindak balas dan sumber kekuatan. Soalan berfokus masa hadapan  adalah bertujuan melihat bagaimana sesuatu perkara boleh berbeza. Soalan ini bertujuan memberitahu bahawa perkara boleh berbeza dan boleh membantu menghubung membina matlamat. Teknik soalan mencari pengecualian menjelaskan bahawa klien menghadapi masalah yang berbeza-beza daripada masalah yang paling serius kepada masalh yang kurang serius. Kaunselor pada peringkat ini akan menggalakkan klien untuk menjelaskan masalah yang pernah dialami dan apa yang telah klien lakukan untuk mengatasi masalh ini. Tujuan teknik ini adalah untuk mengingati kejayaan pada masa lalu dan memberi keyakinan klien untuk menghadapi masa akan datang. Teknik soalan berskala pula digunakan untuk membantu dalam menjelaskan masalah klien. Tujuan teknik ini adalah untuk membantu klien membina matlamat dan keyakinan.

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN
Kelebihan terapi ini adalah terapi ini memberi penekanan kepada teori dan maklumat yang diberikan oleh klien secara langsung. Maklumat yang diberi oleh klien akan diuji dalam konteks yang luas tetapi pengalaman lalu akan dititik beratkan dan diberi perhatian  jika berkaitan peristiwa yang berlaku sekarang. Kelebihan seterusnya , kaunselor akan membantu klien untuk menjelaskan atau mendefinisikan masalah yang dihadapi dengan jelas , tepat dan boleh berlaku. Kaunselor juga akan memfokuskan kepada perubahan bagi masalah yang ingin diselesaikan  bukan membuat analisis ke atas punca masalah. Segala perubahan  yang berkaitan tingkahlaku walaupun kecil akan memjadi asas kepada perubahan yang besar. Klien diminta atau digalakkkan  pada peristiwa yang berlaku sekarang dan membayangkan peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapan.
Manakala kelemahan terapi ini adalah kaunselor hanya memfokuskan sedikit sahaja peristiwa masa lalu klien. Menurut Gladding (2005), kadang-kadang seseorang individu itu memerlukan  penyelesaian masalah terhadap isu masa lalu mereka sebelum mereka boleh bergerak kepada masa sekarang dan akan datang.
KESIMPULAN
Secara ringkasnya terapi ini melihat seseorang individu itu mempunyai keunikan tersendiri dan individu itu sebenarnya mempunyai kemampuan diri atau potensi  untuk mencari jalam penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. Malahan dalam terapi penyelesaian masalah berfokus sebenarnya mempunyai kelebihan dan sumber kekuatan untuk klien menentukan masa hadapan penyelesaian yang dibuat mereka. Terapi ini juga menekankan kepada masalah masa sekarang dan kemungkinan yang berlaku pada masa hadapan untuk menghadapi masalah daripada membebankan klien untuk memikirkan masalah pada masa lalu. Kaunselor hanya membantu dalam memberi panduan untuk klien celik akal untuk mencapai matlamat mereka.



RUJUKAN
Bertolino,B. & O’Hanlon, W.H.(2002). Collaborative, competency-based counselling and therapy. In Corey, G,(2009).Theory and Practice of Counseling and Pcychotherapy (8th ed.).(pp.380).Belmont, CA:Brooks/Cole.

Bery & Miller, (1992) Working with the Problem Drinker: A Solution Focused Approach. New York: Norton.

O’Hanlon, W.H& Weiner-Davis, M. (2003). In search of solutions : A new direction in  psychotherapy (rev.ed.) . In Corey, G. 2009. Theory of practice of counselling and Psychotherapy (8th ed).(pp.381-382). Belmont, CA:Brooks/Cole.

Walter, J.L., l. & Peller,J.E. (1992). Becoming solution-focused in brief therapy. In Corey, G. (2009). Theory and practice of counselling and Psychotherapy (8th ed).(pp.380-381). Belmont, CA:Brooks/Cole.