Rabu, 23 Julai 2014

Ayat Majmuk



Ayat Majmuk

1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.

2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.

Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
            B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )

            C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu.  ( Ayat
                 Majmuk )

Ayat Majmuk juga dinyatakan  ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya  ayat  baru. Ayat I di bawah, misalnya ialah ayat hasil daripada cantuman ayat I (a) dengan ayat I (b) :
I.              Ali sedang membaca buku dan Fatimah sedang membuat kira-kira.
(a)          Ali sedang membaca buku.
(b)          Fatimah sedang membuat kira-kira.
Demikian juga ayat 2 berasal daripada ayat 2(a) dan 2(b), ayat 3 daripada 3(a) dan 3(b), ayat 4 daripada 4(a) dan 4(b), ayat 5 daripada 5(a) dan 5(b) dan ayat 6 daripada 6(a)      dan 6 (b)  seperti  yang berikut:
2.            Abu rajin tetapi adiknya malas.
(a)        Abu rajin.
(b)        Adiknya malas.
3.            Guru sekolah saya tekun dan berdedikasi.
(a)        Guru sekolah saya tekun.
(b)        Guru sekolah saya berdedikasi.
4.            Dia membeli buku yang tebal.
(a)        Dia membeli buku.
(b)        Buku itu tebal.


5.            Ayah mendapat berita bahawa abang telah tamat latihan.
(a)        Ayah mendapat berita.
(b)        Abang telah tamat latihan.
6.            Anak itu menangis kerana ia lapar.
(a)        Anak itu menangis.
(b)        Anak itu lapar.
            Daripada  contoh-contah di atas jelas kelihatan bahawa terdapat berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Dengan berdasarkan cara ayat-ayat majmuk itu dibentuk, oleh dikatakan terdapat  tiga jenis utama, iaitu:
(i)            Ayat majmuk gabungan
(ii)          Ayat majmuk pancangan
(iii)         Ayat majmuk campuran
Perbincangan berikut akan menghuraikan ketiga-tiga jenis ayat majmuk ini dengan terperinci.

v    AYAT MAJMUK GABUNGAN
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan  atau  mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya seperti dalam contoh-contoh berikut:
1.                  Murid-murid berlari dan bernyanyi.
2.                  Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk.
3.                  Encik hendak ke sekolah atau hendak ke pejabat?.
Ayat-ayat yang disambungkan itu setara sifatnya, iaitu ayat-ayat itu sama taraf dan boleh berdiri sendiri. Hubungan antara satu ayat dengan yang lain wujud oleh sebab ayat-ayat tersebut disusun berturut-turut. Ayat-ayat ini boleh juga disambungkan tanpakata hubung: apabila ini berlaku, nada suara berfungsi sebagai penanda, iaitu disuarakan sebagai deretan pernyataan. Sebagai contoh:
1.                  Ali berdiri tegak, memerhatikan gerak-geri mereka.
2.                  Penari-penari itu sungguh lincah, melompat ke kiri, melompat ke kanan.
Dalam contoh-contoh di atas kelihatan bahawa ayat-ayat yang digabungkan itu, dalam bentuk tulisan, dipisahkan  oleh  tanda  baca koma (,)



§     PEMBENTUKAN AYAT MAJMUK GABUNGAN
Ayat-ayat berikut merupakan  contoh ayat majmuk yang dibentuk dengan menggunakan kata-kata hubung seperti dan, lalu, lagi, serta dan sebagainya. Contohnya:
1.            Saya minum teh dan Aminah makan nasi lemak.
2.            Mereka bangun lalu turun ke serambi.
3.            Ayahnya banyak pengalaman lagi besar pengaruhnya.
4.            Ia bercakap dengan kuat serta menepuk-nepuk dadanya.
5.            Mereka melompat-lompat sambil menjerit dengan kuat.

Kata hubung dalam ayat-ayat  1-5 di atas letaknya antara dua ayat yang digabungkan dan tidak berpihak kepada mana-mana ayat. Tugas kata hubung adalah untuk menghubungkan ayat-ayat dan menjadikan satu ayat yang lebih besar.
Dalam penyambungan ayat-ayat ini beberapa perkara dapat berlaku pada bahagian-bahagian ayat yang terlibat. Dalam contoh-contoh berikut kesemua bahagian ayat yang digabungkan itu dikekalkan, iaitu ayat (a) digabungkan dengan ayat (b) dengan kata hubung untuk menghasilkan ayat (c):
1.         (a)       Saya minum teh.
            (b)       Aminah makan nasi.
                        Kata hubung : dan
(c)  Saya minum teh dan Aminah makan nasi.


2.         (a)       Ahmad Kurus.
            (b)       Adiknya gemuk.
                        Kata hubung : tetapi
            (c)        Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk.                                              


PEMAJMUKAN

Kata Majmuk

1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya.

2.     Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.

3.     Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri.

4.     Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan.
5.         Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi.

6.         Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi.

Bentuknya

7.         Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang.

8.         Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda, dan sebagainya.

9.            Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun.

10.            Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.

11.        Dari segi bentuknya, kata majmuk ter­bahagi kepada beberapa kelas seperti yang berikut:

(a) kata nama majmuk;

(b) kata bilangan majmuk;

(c) kata adjektif majmuk;

(d) kata kerja majmuk;

(e) kata sendi majmuk;

(f) kata keterangan majmuk;

(g) Kata hubung majmuk.

12 Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata nama.

Contoh kata nama majmuk, antara yang lainlain, ialah air mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta.

13. Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus lima puluh.  

14.        Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut.

15.        Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan.

Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar.

16.        Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus.

17 Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan sedari.

18 Kata keterangan majmuk, antara yang lainlain, ialah acap kali, boleh jadi, demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala.

19 Kata hubung majmuk, antara yang lain-lain, ialah apabila, manakala, dan meskipun.

Tugasnya

20.        Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut:

           (a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya.

air (kata nama) + mata (kata nama)
air mata (kata nama)
lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif)
lemah lembut (kata adjektif)
mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja)
mogok duduk (kata kerja)
dari (kata sendi) + pada (kata sendi)
daripada (kata sendi)

(b) mengubah kelas kata dasar. Contohnya:

apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan tanya)
apabila (kata nama)
alim (kata adjektif) + ulama (kata nama)
alim utama (kata nama)
gulung (kata kerja) + tikar (kata nama)
gulung tikar (kata kerja)
tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama)
tumbuk rusuk (kata nama)
cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif)
cerdik pandai (kata nama)
lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja)
lalu lintas (kata nama)
banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama)
banyak mulut (kata adjektif)
lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif)
lambat laun (kata keterangan)

Maknanya

21.        Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:

(a) kata majmuk wajar;  

(b) kata majmuk kiasan

22. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat diketahui daripada makna katakata yang menjadi komponennya.
Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur.

23.        Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang ada pada kata-kata yang menjadi komponennya.

Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kenamengena dengan buah ataupun hati.

Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati.




24.        Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar.

adat istiadat
alih bahasa
bahasa pasar
bakul sampah
batang hidung
cakera padat
cantik jelita
daya cipta
dengki hati
emas putih
esok hari
gagah berani
galah canggah
rendah hati
sabun mandi
sihat akal
gunung api
hancurlebur
harga borong
hitam manis
ikan parang
inti sari
isi perut
juling air
kaca mata
kerak bumi
otak depan
olah raga
pagar duri
pindah tangan
rabun jauh
tahan lasak
kongsi gelap
lampu duduk
lipat ganda
lubang hidung
mabuk taut
merah jambu
minyak makan
naik takhta
nenek moyang
orang gaji
tuan rumah
udang galah
uji kaji
wang saku
warta berita
zat air

24.        Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan.

akal kancil
anak angkat
anak baju
anak emas
anak kunci
batu loncatan
banyak mulut
buah mulut
bulan madu
cahaya mata
cakap angin
campur tangan
cekak musang
dapur susu
mata hari
naik darah
nyawa ikan
otak udang
tangan besi
timbang rasa
darah daging
datang bulan
daun pintu
emas kahwin
embun jantan
filem bisu
gaji buta
gantung kemudi
gatal mulut
gunung payung
habis akal
lalat hijau
lebar mulut
lemah semangat
lepas tangan
main angin
malam buta
sampai hati
tali barut
tanah air
hajat besar
harga diri
ibu ayam
isi hati
jalan bahasa
jauh hati
kaki tangan
karat hati
kata dua
kecil hati
kereta api
papas hati
panjang tangan
pasar gelap
patah hati
rendah hati
sagu hati
sakit hati
tumbuk rusuk





Bibliografi

Ayat majmuk. www.geocities.com.

Ayat majmuk .www.scribd.com.

Golongankatamajmuk.www.tutor.com.my/stpm/golongan%20kata/golongan_kata majmuk..htm.

Kata majmuk.www.angelfire.com.

Kata majmuk. Faculty.unitarkljl.edu.my/ ALD0063/week6/morfologi/golongan 20 kata.com.


Kata majmuk.shhk8k.tripod.com/bm/majmuk.htm.sk

Kata majmuk.www.cs.ui.ac/wedkuliah

Tatabahasa Dewan. Nik Safiah Karim,Farid M.Onn,Hashim Hj. Musa dan Abdul
            Hamid Mahmood. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 2006.