SEJARAH
MALAYSIA
1.
Huraikan
secara ringkas DUA daripada perkara-perkara berikut:
a)
Suruhanjaya
Cobbold
b)
Suruhanjaya
Reid
c)
Sistem
Ahli
Jawapan:
a)
Suruhanjaya
Cobbold
i.
Suruhanjaya
Cobbold telah ditubuhkan pada tahun 1962
ii.
Tujuan
Suruhanjaya ini dibentuk untuk meninjau pendapat dan pandangan penduduk Sabah
dan Sarawak mengenai cadangan penubuhan Malaysia
iii.
Suruhanjaya
telah meninjau pandangan berbagai kumpulan dan lapisan masyarakat selama tiga
bulan dari bulan Febuari 1962 hingga April 1962
iv.
Dalam
rangka tinjauannya, Suruhanjaya telah mengadakan peninjauan yang meluas dan
telah menerima 2,200 memorandum
v.
Suruhanjaya
telah mengemukakan laporan kepada Kerajaan British di mana 80% daripada rakyat
Sabah dan Sarawak telah menyokong rancangan penubuhan Malaysia, sementara 20%
lagi tidak bersetuju dengan rancangan tersebut.
b)
Suruhanjaya
Reid
i.
Dipengerusikan
oleh Lord Reid dari U.K.
Ahli-ahli lain terdiri daripada Sir Ivor Jennings(U.K), Sir William Mc. Kell(Australia), B.Malik (India)
dan Halim Abdul Hamid (Pakistan)
ii.
Suruhanjaya
ini ditugaskan meyelia, dan megesyorkan satu perlembagaan bagi Tanah Melayu
berdasarkan pemerintahan demokrasi berparlimen.
iii.
Suruhanjaya
telah menerima 131 memorandum daripada berbagai pertubuhan dan orang
perseorangan
iv.
Suruhanjaya
telah mengadakan sebanyak 118 persidangan mulai Jun hingga Oktober 1956
v.
Rang
Perlembagaan yang dipinda diluluskan oleh Majlis Persekutuan pada 15 Ogos 1957
dan diluluskan pada 27 Ogos 1957
c)
Sistem
Ahli
i.
Dimulakan
dalam tahun 1951 di peringkat Persekutuan. Ianya lebih kurang sama dengan
Kabinet yang wujud sekarang
ii.
Ianya
hanya merupakan suatu cara untuk memberi latihan kepada pemimpin-pemimpin
Persekutuan Tanah Melayu dalam hal-ehwal pentadbiran.
iii.
Ahli-ahlinya
dilantik dan tidak diberi kuasa sepenuhnya untuk menentukan dasar kerajaan
iv.
Dengan
wujudnya system ini maka perjalanan pentadbiran tidak lagi tertumpu kepada
Ketua Setiausaha Kerajaan. Beliau kini bertindak sebagai penyelaras sahaja.
v.
Diwujudkan
beberapa jabatan dan sesetengahnya diketuai oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis
Perundangan Persekutuan.
2.
Campurtangan
penjajah British dalam pentadbiran di negeri-negeri
Melayu
Bersekutu pada akhir abad ke-19 telah membawa perubahan dalam system politik
dan ekonomi. Huraikan perubahan-perubahan tersebut.
Jawapan:
POLITIK
i.
Wujudnya
system residen
Sistem ini bermula
apabila ditandatangani Perjanjian Pangkor 1874 oleh Sir Andrew Clarke, Gabenor
Inggeris bagi Negeri-negeri Selat denganRaja Abdullah, bakal Sultan Perak.
ii.
Campurtangan
Inggeris
Campurtangan yang
lebih aktif dalam menentukan dasar-dasar yang berkaitan dengan pengutipan
hasil, undang-undang tanah dan guna tenaga.
III.
Penentangan
orang Melayu
Kehilangan kuasa
,hak pungutan cukai,pelanggaran adat resam Melayu oleh Inggeris.
iii.
Perubahan
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Semenjak tahun
1896 pihak Inggeris telah berusaha untuk menyekutukan negeri-negri
Selangor,Pahang, Perak dan Negeri Sembilan. Pelaksanaan dasar ini mengambil
masa 10 tahun untuk dijayakan. Tujuan
penyekutuan ini ialah untuk menyelesaikan masalah-masalah asas seperti
penyelarasan dasar dan system untuk pengambilan buruh imigran,memperimbangkan
kemajuan perhubungan infrastruktur dan pelaksanaan satu dasar dan system tanah
yang seragam di negeri-negeri tersebut.
Hasil dari
persekutuan ini ialah:
·
Kemajuan
system jalanraya dan keretapi di pantai barat Semenanjung
·
Pembangunan
lading-ladang pertanian secara besar-besaran oleh sector swasta
Mengukuhkan lagi
dasar ‘pecah dan perintah’ Inggeris.
EKONOMI
i.
Ekonomi
penjajah yang bercorak selektif
Iaitu hanya
memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan yang memberi hasil sahaja
ii.
Wujud
konsep ‘Old Malaya’ dan ‘New Malaya’
Old Malaya – dimana kegiatan ekonominya tertumpu pada
pertanian secara kecil-kecilan dan penangkapan ikan.
New
Malaya-kegiatan ekonomi tertumpu kepada kegiatan perlombongan,pertanian
lading,perkilangan serta perdagangan.
iii.
Aktiviti
ekonomi bersifat ‘export oriented’
di negeri-negeri
pantai barat
iv.
Aktiviti
sara diri dan ekonomi dualisme- di negeri-negeri pantai timur.
v.
Perkembangan
perusahaan bijih timah
Semakain berkembang
pesat semasa pemerintahan Inggeris di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Ini
disebabkan permintaan yang besar ke atas bahan tersebut khususnya daripada Great Britain
sendiri.
vi.
Kegiatan
pertanian komersial
Sumber pendapatan
tambahan. Gambir dan lada hitam diusahakan oleh orang Cina di Johor, ubi kayu
di Negeri Sembilan, tebu di Perak dan kopi di Perak dan Selangor.
vii.
Perhubungan
/ infrastruktur
viii.
Petempatan
semula (Bandar baru,kampong dan estet)
ix.
Kemasukan
imigran/ masyarakat majmuk.
3.
Akibat
daripada keganasan yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Kerajaan
Inggeris telah mengistiharkan darurat pada tahun 1948. Nyatakan lima (5) langkah yang
telah diambil oleh Kerajaan Inggeris bagi membenteras kegiatan PKM di antara
tahun 1948 hingga 1960.
Jawapan:
i.
Memperkenalkan
“Rancangan Briggs” iaitu menempatkan semula setinggan Cina di kawasan-kawasan
terpencil ke kampong-kampung baru yang dikawal. Tujuannya menyekat bekalan
makanan,ubat-ubatan dan kelengkapan senjata dari jatuh ke tangan komunis.
Sistem ini dikenali sebagai “Min Yuen “
ii.
Menubuhkan
jawatankuasa-jawatankuasa kerja perang
iii.
Menjalankan
operasi-operasi ketenteraan memeriksa kawasan penempatan Cina dan rondaan ke
kawasan-kawasan hutan yang dianggap tempat perlindungan dan penyembunyian
komunis
iv.
Menubuhkan
sukarelawan untuk serta menentang komunis. Contohnya pasukan ‘home guard’
v.
Melancarkan
perang saraf/psikologi , terutama untuk menarik sokongan Melayu melalui
penyebaran risalah,memberi pengampunan,memberi kemudahan kerakyatan,pemilikan
tanah dan jawatan-jawatan pentadbiran.
vi.
Komitmen
British memberikan kemerdekaan kepada PTM-melalui kerjasama dan gabungan antara
parti-parti yang mewakili kaum di Tanah Melayu
vii.
Rundingan
Baling diadakan antara pemimpin kerajaan dan komunis sebagai langkah penamatan
tuntutan komunis dan pengapunan ahli komunis yang menyerah diri.
viii.
Mengadakan
kad pengenalan diri
4.
Penjajahan
British di Tanah Melayu telah mengakibatkan masalah perpaduan di antara kaum di
Tanah Melayu. Jelaskan factor-faktor yang telah menyumbangkan kepada masalah
perpaduan tersebut.
Jawapan:
i.
Pemisahan
tempat tinggal atau petempatan
British
mengamalkan dasar pecah dan perintah; jarak social serta segregasi antara
kumpulan-kumpulan etnik sengaja diwujudkan dan dikekalkan. Menetapkan status
dan peranan yang berlaianan bagi kaum Melayu,Cina dan India.
ii.
Perbezaan
tumpuan sector ekonomi
Orang-orang
Melayu,Cina ,India menjalankan aktiviti ekonomi
yang berlainan.Wujudnya jurang pendapatan yang tidak seimbang antara kaum. Ini
menimbulkan persaingan ekonomi dan ketidakpuasan di kalangan kaum tertentu.
iii.
Pengasingan
system Pendidikan
Tiada terdapat
satu system Pendidikan nasional di Tanah Melayu. Wujud empat aliran system
Pendidikan yang berlaianan. Murid-murid tidak berpeluang bercampur gaul dengan
murid dari kumpulan etnik lain.
iv.
Fahaman
dan pengaruh politik
Wujudnya
berbagai-bagai persatuan politik,social dan ekonomi yang berasaskan kumpulan
etnik telah juga memperkuatkan lagi identity etnik dan syak wasangka
v.
Masalah
ekonomi
Orang-orang Melayu
menguasai bidang yang mundur dan sector primer, orang Cina menguasai sector
yang lebih maju. Ketidakseimbangan pendapatan menyebabkan setiap kaum saling
mencemburui.
vi.
Penggunaan
akhbar yang berbeza-beza
Akhbar berperanan
penting dalam menyemarakkan semangat perkauman di kalangan masyarakat berbilang
kaum. Setiap akhbar mengikut bahasa masing-masing memberikan perhatian secara
menyeluruh kepada golongan tertentu sahaja. Fenomena ini memperkuatkan semangat
kecintaan pada tanah air dan kaum masing-masing sahaja dan menyulitkan mereka
untuk memahami bahasa, budaya dan sensitivity kaum-kaum lain.
vii.
Pengasingan
agama
Anutan agama yang berlainan antara kaum lebih menjarakkan mereka dari segi
pergaulan. Ini berhubungkait dengan
amalan dan peraturan setiap agama yang dianuti.
viii.
Persatuan-persatuan
mengikut kaum.
Ini menggalakkan serta menebalkan semangat perkauman.
5.
Terangkan
factor-faktor penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.
Jawapan:
a)
Pemberian
Taraf kerakyatan secara Jus Soli’
·
Pemberian
taraf kerakyatan secara jus soli kepada kaum bukan Melayu terutamanya Cina,
merupakan factor paling penting yang menimbulkan bantahan. Menurut perlembagaan
Malayan Union, orang bukan Melayu akan diberikan taraf kerakyatan tanpa syarat.
·
Tindakan
ini akan menyebabkan kaum bukan Melayu mempunyai hak yang sama dengan kaum
Melayu, sedangkan taat setia mereka kepada Tanah Melayu belum dapat dipastikan
lagi. Selain itu, orang Melayu akan ketinggalan dari segi ekonomi berbanding
kaum Cina dan ini sudah tentu menjadi ancaman yang amat berbahaya kepada ketuanan
politik Melayu.
·
Pemimpin-pemimpin
Melayu mempunyai kewajaran untuk berasa khuatir kerana tindakan Malayan Union
itu akan hanya menimbulkan sentiment perkauman yang membara di kalangan kaum
Melayu dan bukan Melayu.
b)
Ancaman
kepada kuasa dan kedaulatan Sultan Melayu
·
Melalui
rancangan Malayan Union, kuasa dan kedaulatan raja-raja Melayu terhapus
sepenuhnya. Kuasa sultan hanyalah dalam aspek agama dan adapt resam sahaja, itu
pun dengan kebenaran Gabenor Inggeris yang turut menjadi Pengerusi Majlis Agama
Islam dan adapt istiadat Melayu. Tindakan ini amat memalukan orang Melayu
·
Dengan
penghapusan kuasa sultan, lambing keagungan politik tradisional Melayu terhapus
dan dengan sendirinya Tanah Melayu berstatus Tanah Jajahan Inggeris.
·
Orang
Melayu turut membantu tindakan Inggeris menghapuskan hak-hak keistimewaan ke
atas orang Melayu.
c)
Tindakan
penipuan Harold Mac Michael
·
Tindakan
Mac Michael mengugut sultan untuk mempersetujui rancangan Malayan Union telah
disepakati oleh sarjana sejarah sebagai factor kemarahan orang Melayu
termasuklah juga daripada raja-raja Melayu secara tidak langsung
·
Menurut
JM Gullick, seorang sarjana sejarah politik, tindakan kurang bijak Harold telah
menggagalkan dasar Malayan Union akibat tentangan hebat daripada orang-orang
Melayu
d)
Sokongan
bekas pegawai British di Tanah Melayu
·
Bekas
pegawai Inggeris yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Frank
Swettenhem, George Maxwell,R.O Winstead dan Sir Cecil Clementi Smith telah
memberikan pandangan mereka yang disiarkan dalam akhbar Times ke seluruh England.
·
Mereka
berpendapat bahawa rancangan Malayan Union merupakan tindakan buruk kerajaan
Parti Buruh terhadap Tanah Melayu kerana tidak langsung menghormati kedaulatan
dan keistimewaan peribumi asal yang telah dijajah oleh Inggeris sejak sekian
lama.
·
Sokongan
ini telah menaikkan semangat perjuangan orang Melayu untuk menentang
perlaksanaan dasar Malayan Union.
6.
Pada
27 Mei 1961 Tunku Abdul Rahman mengemukakan idea penubuhan Malaysia dalam satu perjumpaan
Correspondents Association of Southeast Asia di Singapura. Beliau mencadangkan
kerjasama politik dan ekonomi yang lebih erat antara Tanah Melayu
,Singapura,Sabah ,Sarawak dan Brunei.
Terangkan
sebab-sebab asas mengapa beliau mencadangkan penubuhan Malaysia.
Jawapan:
1.
Ancaman
Komunis
a) Perkembangan
pengaruh komunis di Asia Tenggara terutamanya di Singapura telah membinbangkan
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman
b) Tunku Abdul Rahman
khuatir Singapura akan jatuh ke tangan komunis dan seterusnya mengancam
keselamatan Persekutuan Tanah Melayu
c) Tunku Abdul Rahman
berpendapat bahawa penubuhan Malaysia
dapat menyekat perkembangan pengaruh komunis di Singapura dan Sarawak.
2.
Keseimbangan
Kaum
a) Percantuman
Singapura sahaja dengan Persekutuan Tanah Melayu akan mengancam kedudukan orang
Melayu dari segi bilangan penduduk
b) Lebih kurang 80%
penduduk Singapura terdiri daripada orang bukan Melayu
c) Sabah,Sarawak dan Brunei perlu digabungkan dalam Malaysia bagi memastikan
keseimbangan antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera.
d) Jumlah penduduk
bumiputera di negeri-negeri Borneo adalah
kira-kira tiga kali ganda lebih dari jumlah orang Cina.
3.
Kemerdekaan
segera bagi Singapura,Sabah dan Sarawak
a) Singapura,Sabah
dan Sarawak dapat mencapai kemerdekaan dengan lebih segera lagi menerusi penubuhan
Malaysia.
b) Kerajaan British
tidak begitu berminat untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura dan
wilayah-wilayah Borneo secara persendirian
memandangkan keselamatan negeri-negeri tersebut mungkin terancam.
4.
Perkembangan
ekonomi
a) Singapura
mempunyai pertalian ekonomi,geografi dan sejarah yang erat dengan Semenanjung
Tanah Melayu
b) Percantuman akan
mendatangkan faedah-faedah ekonomi bagi kedua-dua Negara
c) Ekonomi Sabah dan
Sarawak dapat dimajukan melalui penyertaan dalam Malaysia.
d) Sabah dan Sarawak diberi jaminan bahawa Kerajaan Pusat akan
membiayai pelbagai projek pembangunan di negeri-negeri tersebut.
5.
Sokongan
kerajaan British
a) Sokongan kerajaan
British juga penting dalam mempengaruhi pembentukan Malaysia
b) Kerajaan British
menyokong penubuhan Malaysia
memandangkan ia akan menyekat perkembangan pengaruh komunis di Singapura dan Sarawak serta dapat melindungi pelaburan British di
kawasan-kawasan berkenaan.
6.
Peristiwa
tuntutan Filipina,Indonesia
dan Brunei
terhadap Sabah
7. Terangkan secara ringkas
perkembangan politik dan
perlembagaan di
Sabah dan Sarawak sebelum pembentukan Malaysia 1963.
Jawapan :
1.
Dari
tahun 1881 hingga tahun 1946, Borneo Utara (sabah) diperintah oleh Syarikat
Borneo Utara British
2.
Pada
bulan Julai 1946, syarikat tersebut menyerahkan segala haknya ke atas Sabah kepada Kerajaan British
3.
Pada
tahun 1950 Kerajaan British memperkenalkan sebuah perlembagaan baru bagi Sabah
4.
Struktur
kerajaan terdiri daripada seorang Gabenor British, sebuah Majlis Mesyuarat
Kerja dan Majlis Perundangan Sabah
5.
Sabah dibahagikan
kepada empat Residensi yang seterusnya dibahagikan kepada daerah
6.
Pilihanraya
yang pertama bagi peringkat daerah sahaja telah diadakan pada bulan Disember
1962- Mei 1963.
7.
Ahli
Majlis Daerah melantik ahli Majlis Resedensi dan mereka pula melantik ahli ke
Majlis Perundangan Sabah
8.
Pilihanraya
tersebut dimenangi oleh Parti Perikatan Sabah dengan majority yang besar.
9.
Donald
Stephens (kemudiannya dikenali sebagai Tun Fuad Stephens) dilantik sebagai
Ketua Menteri yang pertama pada bulan Ogos 1963.
10.
Sarawak pula diperintah
oleh Keluarga Brooke antara tahun 1841-1946
11.
Kerajaan
British mengambil alih pemerintahan Sarawak
pada bulan Julai 1946
12.
Sarawaak
mendapat sebuah perlembagaan baru pada tahun 1956.
13.
Struktur
kerajaan terdiri daripada Gabenor British, Majlis Mesyuarat Negeri(badan
perundangan) dan Majlis Tertinggi(badan eksekutif)
14.
Dari
segi pentadbiran, Sarawak dibahagikan kepada lima bahagian dan setiap bahagian pula
dibahagikan kepada daerah.
15.
Pilihanraya
pertama untuk Majlis Daerah sahaja telah diadakan pada tahun 1959.
16.
Ahli-ahli
Majlis Daerah memilih wakil-wakil ke Majlis Bahagian dan mereka pula memilih
wakil-wakil ke Majlis Mesyuarat Negeri.
17.
Pilihanraya
1963 dimenangi oleh Parti Perikatan Sarawak
18.
Datuk
Stephen Kalong Ningkan dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak yang pertama.
19.
Politik
berdasarkan kaum / puak setempat
20.
Ada ancaman komunis
di Sabah dan Sarawak
21.
Wujudnya
parti politik yang tersusun dan berorganisasi
22.
Sebelum
kedatangan syarikat Borneo Utara Sabah di bawah jajahan Sulu
23.
Sebelum
kerajaan Brooke Sarawak di bawah Kerajaan Brunei
24.
Suruhanjaya
Cobbold untuk mendapatkan pandangan rakyat Sabah dan Sarawak untuk mewakili Malaysia
8. Pada 16 September 1963, Sabah dan
Sarawak meyertai Malaysia.
Huraikan dengan jelas factor-faktor yang mendorong penyertaan kedua-dua negeri
tersebut ke dalam Malaysia.
Jawapan:
a.
Pentadbiran
dan keselamatan
i.
membolehkan
Sabah dan Sarawak mendapatkan kemerdekaan
lebih awal
ii.
memperkuat
dan memperkukuhkan pertahanan serantau Asia Tenggara menghadapi ancaman
daripada kuasa-kuasa luar.
iii.
Melalui
penyertaan dalam Malaysia
, satu Negara yang lebih kuat dan kukuh akan dapat diwujudkan. Ini akan dapat
menyekat pengaruh kuasa-kuasa luar dan menjamin keselamatan serantau.
iv.
Bekerjasama
dan mengurangkan ancaman komunis dalam negeri.Pengalaman dan cara-cara Tanah
Melayu menghadapi ancaman komunis dapat digunakan bagi tujuan yang sama di
Sabah dan Sarawak
v.
Latarbelakang
pentadbiran yang sama di bawah British memudahkan penyatuan Sabah dan Sarawak dengan Tanah Melayu.
vi.
Membolehkan
wakil-wakil Sabah dan Sarawak dalam cabinet
menteri
b.
Ekonomi
i.
Sabah
dan Sarawak mempunyai sumber-sumber ekonomi
yang sama dengan Tanah Melayu seperti hasil pertanian, kayu balak dan galian.
Oleh itu, tenaga pakar yang sama dapat digunakan untuk meningkatkan pengeluaran
di kedua-dua negeri itu.Dengan itu projek-projek pembangunan dapat dipesatkan.
ii.
Kegiatan
ekonomi di Sabah dan Sarawak dan antara Sabah,Sarawaak
dan Semenanjung akan lebih berkembang. Eksport dan import akan meningkat.
c.
Sosial
i.
pada
amnya rakyat Sabah dan Sarawak adalah daripada
satu rumpun yang sama dengan orang-orang di Tanah Melayu.
ii.
Mereka
bertutur bahasa dan mengamalkan kebudayaan yang hamper sama dengan penduduk di
Tanah Melayu. Ini memudahkan integrasi nasional.
iii.
Bimbang
akan perluasan kuasa Indonesia
untuk membentuk Indonesia Raya
iv.
Kepentingan
dan keistimewaan bumiputera Sabah dan Sarawak
akan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.
9.
Jelaskan
factor-faktor yang menyebabkan perjuangan PKM gagal mendapatkan sokongan
masyarakat dalam tempoh 1948-1960.
Jawapan :
·
ideology
komunis bertentangan dengan agama Islam
·
keanggotaan
Parti Komunis Malaya dikuasai oleh orang Cina
·
keadaan
ekonomi Persekutuan Tanah Melayu yang stabil dan memuaskan
·
matlamat
dan perlembagaan Parti Komunis Malaya tidak jelas dan meragukan
·
tindakan
keras British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
·
tindakan
ketenteraan
·
penempatan
semula penduduk pinggir hutan ke kampong baru
·
pengistiharaan
darurat
·
pengasingan
daripada komintang
·
taktik
Parti Komunis Malaya gagal
·
Melancarkan
perang saraf / psikologi
·
Komitmen
Inggeris memberi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
10.
Cadangan
pembentukan Malaysia
telah mendapat tentangan daripada pelbagai pihak. Nyatakan tiga (3) pihak tersebut dan
sebab-sebab penentangan mereka.
Jawapan :
Pihak yang menentang dan sebab-sebab
penentangan:
a.
Barisan Sosialis
Singapura
Barisan sosialis
serta parti-parti pembangkang yang lain menentang gagasan tersebut kerana
mahukan Singapura kekal sebagai negeri yang berasingan
Mereka bercadang
untuk menjadikannya sebagai satu pusat komunis di Asia Tenggara.
BSS menganggap ini
adalah satu rancangan British untuk mengekalkan pengaruh British
b.
Parti Rakyat Brunei
AZ Azhari,
pemimpin Parti Rakyat Brunei
ingin supaya satu gagasan politik yang dikenali sebagai Kerajaan Borneo Utara
ditubuhkan.
Azahari ingin
menubuhkan sebuah kerajaan Kalimantan Utara yang diketuai oleh Sultan Brunei
c.
Indonesia
Walaupun pada
mulanya tidak menunjukkan sebarang bantahan namun kemudiannya menentang dengan
alas an gagasan tersebut berunsur penjajahan.
Malaysia bercadang untuk
mengambilalih Sumatera
Malaysia akan menjadi
lemah dan akan jatuh ke tangan orang Cina dan kemudian diperintah komunis
Borneo Utara dan
Sarawak telah dipaksa untuk bersatu dengan Malaysia.
d.
Filipina
Kerajaaan Filipina
di bawah Macapagal menuntut supaya Borneo Utara (Sabah)
dikembalikan kepadnya.
Menurut mereka, Sabah adalah sebahagian daripada Kerajaan Sulu.
Memandangkan Kerajaan Sulu adalah sebahagian daripada Filipina maka Sabah perlu dikembalikan kepada mereka.
11.
Huraikan
tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan selepas peristiwa 13 Mei
untuk mengembalikan semula perpaduan kaum di Malaysia.
Jawapan:
Tindakan-tindakan
yang telah diambil oleh Kerajaan ialah:
i.
Pembentukan
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
·
Diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri ,Tun Abdul Razak
·
Fungsi utamanya ialah,
·
Mengembalikan
keamanan dan undang-undang negara
·
Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna
·
Mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara
kaum di seluruh negara
ii.
kerajaan telah mewujudkan Majlis Muhibah Negara(MMN) dan
Jabatan Perpaduan Negara(JPN) untuk menyusun dan melaksanankan dasar serta
aktiviti yang dapat memupuk perpaduan kaum.
·
JPN diketuai oleh Tan Sri Ghazali Shafie
·
Peranan JPN mendraf satu ideologi untuk negara selepas
itu dinobat sebagai Rukunegara
·
MMN membantu memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara
kaum, membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela
·
1972 JPN dan MMN digabungkan menjadi Kementerian
Perpaduan Negara
iii.
Kerajaan juga menubuhkan Majlis Perundingan Negara(MPN). Majlis ini
menimbangkan apa-apa perkara berkenaan dengan perpaduan Negara yang difikirkan
oleh Pengarah Gerakan patut dirujukkan kepada Majlis Gerakan Negara.
·
Pengerusi
MPN Tun Abdul Razak
·
Ahli
majlis terdiri , menteri MAGERAN,kerajaan-kerajaan negeri,parti-parti
politik,Sabah dan Sarawak,kumpulan-kumpulan agama,bada-badan
professional,perkhidmatan awam,kesatuan sekerja,wartawan,persatuan guru.
·
Fungsi utama untuk meneliti isu-isu perpaduan Negara
serta mencari jalan menyelesaikan masalah-masalah masyarakat berbilang kaum.
·
Penasihat pada MAGERAN mengenai perkara-perkara yang
berkaitan dengan perhubungan kaum.
iv.
Pembentukan Rukun Negara di mana prinsip-prinsipnya
mengajak rakyat Malaysia menyokong cita-cita berikut:-
·
Mencapai
perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat
·
Memelihara
cara hidup demokratik
·
Mencipta
satu masyarakat yang adil dan kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama
secara adil dan saksama
·
Menjamin
satu cara yang lebih liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak.
v.
Pembentukan
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan objektifnya untuk membasmi kemiskinan dan
menyusun semula masyarakat.
·
Strategi
membasmi kemiskinan ;
·
Mengikut kawasan luar Bandar dan Bandar
·
Mengikut negeri
·
Penyediaan keperluan asas dan mutu kehidupan
·
Penyusunan semula masyarakat;
·
Peningkatan dalam pendapatan dan menyusun kadar
kemiskinan mengikut kaum
·
Penyusunan semula corak gunatenaga
·
Penyusunan semula hakmilik dalam sektor syarikat
·
Pencapaian-pencapaian lain
12.
Nyatakan perkara-perkara penting yang telah dipersetujui
oleh Jawatankuasa
Perundingan Perpaduan Malaysia
yang telah ditubuhkan di Singapura pada Julai 1961
Jawapan:
·
Perlembagaan
Tanah Melayu 1957 dijadikan asas kepada Perlembagaan Malaysia
·
Pembahagian
kuasa antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dipersetujui.
·
Negeri
Sabah dan Sarawak diberi kuasa istimewa
termasuk dalam bidang imigresen
·
Islam
dijadikan agama rasmi
·
Bahasa
Melayu dijadikan bahasa rasmi
·
Kedudukan
istimewa bumiputra Sabah dan Sarawak
dikekalkan
·
Satu
Suruhanjaya dibentuk bagi meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah mengenai
cadangan penubuhan Malaysia.
13.
Huraikan
cirri-ciri Perlembagaan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British di Tanah
Melayu dalam tahun 1946.
Jawapan:
Ciri-ciri utama
Perlembagaan Malayan Union
i.
Semua
Negeri Melayu(termasuk Pulau Pinang dan
Melaka) disatukan di bawah satu pemerintahan pusat.
ii.
Malayan
Union diperintah(diketuai) oleh seorang Gabenor British dengan bantuan ‘Majlis
Mesyuarat Kerja’ dan ‘Majlis Perundangan’.
iii.
Singapura
tidak dimasukkan dalam Malayan Union tetapi dijadikan ‘Tanah Jajahan Mahkota
British’ yang berasingan di bawah kuasa seorang Gabenor British.
iv.
Kedaulatan
Raja-raja Melayu dihapuskan dan hanya berkuasa dalam soal-soal agama Islam.
Mereka Cuma menjadi Raja Kehormat sahaja dan mengetuai ‘Majlis Penasihat
Melayu’
v.
Majlis-majlis
Mesyuarat Negeri dikekalkan bagi menguruskan hal ehwal Kerajaan Tempatan dan
majlsi-majlis ini diletakkan di bawah kawalan pemerintahan pusat.
vi.
Perlembagaan
Malayan Union memberi hak kewarganegaraan yang sama rata bagi semua orang tanpa
mengira bangsa dan asal keturunan. Hak-hak ini termasuk kemasukan ke dalam
perkhidmatan kerajaan dan satu undi dalam pilihanraya umum.
vii.
Kewarganegaraan
diberikan kepada semua orang asing yang dilahirkan di Tanah Melayu dan
Singapura serta mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di
sana untuk selama 10 daripada 15 tahun sebelum 15 Febuari 1942
viii.
Hak
kerakyatan bagi bukana melayu menerusi prinsip jus soli.
ix.
Orang
melayu akan hilang hak dan keistimewaan mereka sebagai bumiputra.
14.
Selepas
Kerajaan British memberikan komitmen kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah
Melayu (PTM) beberapa peristiwa telah berlaku. Jelaskan peristiwa-peristiwa
yang dianggap penting yang berlaku menjelang kemerdekaan tersebut.
Jawapan:
i. Sistem Ahli 1951
·
9
tokoh tempatan dilantik menjadi ahli Majlis Perundangan Persekutuan, antaranya
ialah Dato Onn Jaafar,Datuk Thuraisingam dan Tun H.S Lee
·
bertaraf
menteri
·
Tujuannya
mendedahkan pemimpin tempatan dalam selok-belok pentadbiran Negara
·
Semua
ahli bertanggungjawab kepada pentadbiran Inggeris bukan kepada Majlis
ii.
Pilihanraya
Majlis-majlis Tempatan 1951 -52
·
Di
Pulau Pinang,(1 Disember 1951) Prti Radikal menang majority, iaitu 6 daripada
9, Parti Buruh dan UMNO ikut bertanding.
·
Di
Kuala Lumpur(16 Febuari 1952), Perikatan UMNO-MCA menang majority (9 daripada
12). 1 lagi; masing-masing oleh Parti Negara dan Bebas.
·
Di
Johor Bahru, Muar dan Melaka dimenangi oleh Perikatan,UMNO dan MCA.
iii.
Pilihanraya
Persekutuan (Pertama) 1955
·
Pada
27 Julai 1955
·
Parti
Perikatan (UMNO-MCA-MIC) menang majority (51 daripada 52). 1 lagi dimenangi
oleh PAS. Ikut bertanding Parti Negara(IMP), Parti Buruh dan Parti Progresif
Rakyat.
iv.
Rombongan
Merdeka 1956 ke London
·
8
wakil Persekutuan Tanah Melayu hadir, iaitu 4 wakil Raja-raja Melayu dan 4 lagi
Perikatan. Diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.
·
Rundingan
pada 18 Januari hingga 8 Febuari 1956. Keputusannya:
a. British setuju
beri kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
b. Mengarahkan
ditubuh Suruhanjaya Reid untuk merangka perlembagaan PTM
v.
Suruhanjaya
Reid
·
Pengerusi
Lord Reid. Bersidang sebanyak 118 kali dan menerima 131 memorandum bertulis
daripada pertubuhan dan individu.
·
Tugas,
merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
·
Rang
perlembagaan diluluskan oleh Majlis Perundangan pada 15 Ogos 1957 dan berkuatkuasa
27 Ogos 1957.
15.
Pada
tahun 1962, atas cadangan Tunku Abdul Rahman Kerajaan British bersetuju
membebaskan Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak dengan syarat
negeri-negeri tersebut bergabung dengan
Persekutuan Malaya untuk membentuk Malaysia. Tiap-tiap pihak di atas mendapati
konsep Malaysia
menarik dengan alas an-alasan tersendiri. Huraikan dengan jelas alas an-alasan
yang telah mendorong penerimaan konsep Malaysia
oleh Persekutuan Malaya, Sinagpura, Sabah dan Sarawak.
Jawapan:
Setiap pihak
mendapati konsep Malaysia
menarik dengan alas an-alasan tersendiri. Persekutuan Malaya menerima konsep Malaysia
kerana
i.
kemasukan
Singapura ke dalam Persekutuan Malaysia
akan dapat membendung perkembangan komunis di sekitarnya
ii.
kemasukan
Sabah dan Sarawak ke Malaysia
akan dapat mengimbangkan penduduk Cina yang lebih besar di Singapura dengan
penduduk yang kurang di Borneo.
iii.
Percantuman
dengan negeri-negeri baru itu akan menghasilkan faedah-faedah ekonomi tertentu
Singapura menerima
konsep Malaysia
kerana
i.
negeri
itu akan dapat mencapai kemerdekaannya lebih awal
ii.
negeri
itu akan dapat membendung ancaman komunis yang berkembang di pulau itu.
Sabah dan Sarawak
menerima konsep Malaysia
kerana
i.
yakin
akan dapat mencapai kemerdekaan masing-masing menerusi Malaysia
ii.
negeri-negeri
itu belum boleh lagi merdeka dengan sendirinya apabila pihak British berundur
pada tahun 1962.
Secara umumnya Malaysia
telah ditubuhkan dengan mengambilkira factor-faktor berikut:
i.
ancaman
komunis di Singapura dan Persekutuan Malaya
ii.
ketidakseimbangan
penduduk Cina dan Melayu antara Singapura dan Persekutuan Malaya
iii.
ketidak
seimbangan antara golongan pribumi dengan orang Melayu di Sabah dan Sarawak
iv.
ketidakseimbangan
antara penduduk pribumi di Sabah, Sarawak dan Malaya
v.
kemerdekaan
dapat dipercepatkan bagi Si ngapura, Sabah,Sarawak dan Malaya
menerusi satu persekutuan yang lebih besar.
vi.
Sokongan
kerajaan British terhadap pembentukan Malaysia untuk melindungi dan
memperkukuhkan pelaburan British di bekas tanah jajahan.
16.
Jelaskan secara ringkas peristiwa penting yang berlaku
menjelang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu seperti berikut :
a) Sistem
ahli 1951
b) Pilihanraya
Majlis Tempatan 1951-1952
c) Pilihanraya
Persekutuan (pertama) 1955
d) Rombongan Merdeka 1956 ke London
e) Suruhanjaya Reid.
Jawapan:
a) Sistem Ahli
i) Dimulakan dalam tahun 1951 di peringkat
Persekutuan . Ianya lebih kurang sama dengan Kabinet yang wujud sekarang
ii) Ianya hanya merupakan suatu cara untuk
memberi latihan
kepada pemimpin-pemimpin Persekutuan Tanah Melayu dalam hal-ehwal
pentadbiran.
iii) Ahli-ahlinya
dilantik dan tidak diberi kuasa sepenuhnya untuk menentukan dasar kerajaan
iv) Dengan wujudnya
system ini maka perjalanan pentadbiran tidak lagi tertumpu kepada Ketua
Setiausaha Kerajaan. Beliau kini bertindak sebagai penyelaras sahaja.
v) Diwujudkan
beberapa jabatan dan sesetengahnya diketuai oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis
Perundangan Persekutuan.
b) Pilihanraya
Majlis-majlis Tempatan 1951 -52
·
Di
Pulau Pinang,(1 Disember 1951) Prti Radikal menang majority, iaitu 6 daripada
9, Parti Buruh dan UMNO ikut bertanding.
·
Di Kuala Lumpur(16 Febuari 1952), Perikatan UMNO-MCA
menang majority (9 daripada 12). 1 lagi; masing-masing oleh Parti Negara dan
Bebas.
·
Di Johor Bahru, Muar dan Melaka dimenangi oleh
Perikatan,UMNO dan MCA.
c) Pilihanraya
Persekutuan (Pertama) 1955
·
Pada
27 Julai 1955
·
Parti
Perikatan (UMNO-MCA-MIC) menang majority (51 daripada 52). 1 lagi dimenangi
oleh PAS. Ikut bertanding Parti Negara(IMP), Parti Buruh dan Parti Progresif
Rakyat.
d) Rombongan
Merdeka 1956 ke London
·
8 wakil Persekutuan Tanah Melayu hadir, iaitu 4 wakil
Raja-raja Melayu dan 4 lagi Perikatan. Diketuai oleh Tunku Abdul
Rahman.
·
Rundingan pada 18 Januari hingga 8 Febuari 1956.
Keputusannya:
a.
British setuju beri kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
b.
Mengarahkan ditubuh Suruhanjaya Reid untuk merangka
perlembagaan PTM
e) Suruhanjaya Reid
i) Dipengerusikan
oleh Lord Reid dari U.K. Ahli-ahli lain terdiri daripada Sir Ivor
Jennings(U.K), Sir William Mc. Kell(Australia), B.Malik (India)
dan Halim Abdul Hamid (Pakistan)
ii) Suruhanjaya ini ditugaskan meyelia, dan
megesyorkan satu perlembagaan bagi Tanah Melayu berdasarkan pemerintahan
demokrasi berparlimen.
iii) Suruhanjaya telah menerima 131 memorandum
daripada berbagai pertubuhan dan orang perseorangan
iv) Suruhanjaya telah mengadakan sebanyak 118
persidangan mulai Jun hingga Oktober 1956
v) Rang
Perlembagaan yang dipinda diluluskan oleh Majlis Persekutuan pada 15 Ogos 1957
dan diluluskan pada 27 Ogos 1957
17.
Huraikan langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan
Malaysia bagi mewujudkan perpaduan kaum selepas berlakunya peristiwa 13 Mei
1969 .
Jawapan
: (Rujuk nom. 11 )
18. Terangkan factor-faktor yang
diambil kira dalam penentuan Dasar Luar Malaysia
Jawapan:
Kepentingan
nasional
·
Dari aspek keselamatan, Malaysia ingin mengelakkan
sebarang ancaman atau serangan dari negara-negara luar.
·
Dari aspek ekonomi, Malaysia bergantung kepada
perdagangan antarabangsa oleh kerana ekonomi Malaysia adalah berorientasikan
eksport
·
Jestru itu, Malaysia mengadakan hubungan baik dengan
semua negara serta memperjuangkan prinsip perdagangan bebas dan pasaran
terbuka.
Piagam pertubuhan
bangsa-bangsa bersatu
·
Malaysia merupakan
penyokong kuat PBB yang dianggap sebagai pelindung negara-negara kecil serta
penggalak keamanan dan kemakmuran dunia
·
Malaysia berpegang teguh
kepada prinsip-prinsip piagam PBB seperti memelihara keamanan dunia,melindungi
hak asasi manusia,menegakkan keadilan dan kewibawaan undag-undang dan
menggalakkan perkembangan ekonomi dan social
Persekitaran Geostrategik
·
Malaysia terletak di
rantau Asia Tenggara yang telah mengalami masalah ketidakstabilan politik sejak
Perang Dunai Kedua
·
Kewujudan
Malaysia
sebagai sebuah negara berdaulat bergantung kepada kejadian-kejadian yang
berlaku di Asia Tenggara
·
Malaysia juga terletak di
persimpangan dua jalan laut yang penting iaitu Lautan Hindi dan Lautan
Pasifik.ini menarik minat kuasa-kuasa luar untuk menegakkan pengaruh
masing-masing di rantau Asia Tenggara.
·
Jestru itu Malaysia mengutamakan hubungan yang baik
dengan negara-negara Asia Tenggara . Malaysia juga ingin menjadikan Asia
Tenggara satu kawasan yang aman bebas dan berkecuali
Islam
·
Memandangkan
Islam merupakan agama persekutuan Malaysia menitikberatkan hubungan
baik dengan negara-negara Islam
·
Malaysia menyertai
Pertubuhan Persidangan Islam serta menyokong projek-projek tertentu seperti
Bank Pembangunan Islam
Bekas jajahan
British
·
Malaysia sebagai bekas
jajahan British menganggap dirinya sebagai anggota Komanwel British
·
Malaysia meneruskan hubungan dengan Britain dan
kerajaan-kerajaan Komanwel yang lain seperti Australia dan New Zealand
Dasar Berkecuali
·
Sejak
tahun 1970 malaysia
mengamalkan dasar berkecuali, iaitu ia ingin mengadakan hubungan yang baik
dengan semua negara yang mengamalkan dasar aman dan persahabatan tanpa mengira
ideology mereka
·
Dasar berkecuali ini bertujuan mengelakkan penglibatan
Malaysia dalam pertikaian antara kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan
Russia.
Prinsip hidup
bersama
·
Malaysia berpegang teguh
kepada prinsip hidup bersama secara aman dan damai. Malaysia berpendapat bahawa rakyat
sesebuah negara hendaklah menentukan nasib mereka sendiri
·
Malaysia juga berpendapat
bahawa negara-negara luar tidak boleh campur tangan dalam hal ehwal sesebuah
negara
·
Jestru itu Malaysia telah menyokong perjuangan Pertubuhan
Pembebasan Pelastin,Kerajaan Demokratik Kemboja dan pejuan-pejuang Mujahidin
Afghanistan.