Khamis, 22 Disember 2016

Asam Pedas Rebus Ikan Pari versi Cik Bunga

Bahan-bahan yang dipotong

Semangkuk ikan pari yang dipotong kecil
Sebiji timun dipotong
Semangkuk bunga kubis dipotong kecil


Bahan Kuah

8-12 biji cili kering yang telah direndam
Belacan sebesar ibu jari
Satu sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar garam ( boleh kurangkan garam jika nak kurang masin)
1/2 sudu kecil ajinimoto
Bunga kantan
4 ulas bawang putih, 1 biji bawang merah

Belander semua bahan kuah diatas , masuk dalam periuk, letak air 7 gelas ... biarkan api mengelegak masukkan 2 keping asam keping dan ikan pari, biar dalam 5 minit, seterusnya masukkan timun dan bunga lobak. Biar sehingga timun masak, tutup api.

 Ikan pari boleh diganti dengan ikan lain