Khamis, 29 Disember 2016

petua-petua dapur dan masakan

Hilangkan hanyir ayam

Petua 1 : Basuh ayam dengan tepung (tepung apapun tak pa). ramas ayam dengan tepung. Bilas air biasa.
Petua 2 : Basuh dengan asam, ramas ayam dengan asam. Bilas air biasa.
Petua 3 : Basuh dengan daun pisang, ramas ayam dengan daun pisang. Bilas air biasa.

Brokoli kekal hijau

Brokoli mudah kuning apabila simpan lama. Masukkanbrokoli di dalam mangkuk berisi air sejuk. Biarkan selama sejam, brokoli akan kembali hijau.

Membuang bau hanyir ikan

Petua 1 : Cuci ikan dengan limau kasturi.
Petua 2 : Cuci ikan dengan tepung gandum
Petua 3: Cuci ikan dengan asam jawa.

Hilangkan lumpur dalam kerang

Masukkan kerang dalam air , kemudian ramas dengan surat khabar 5-10 minit.

Sayur kembali segar

 Selalunya sayur yang disimpan dalam peti ais beberapa hari sudah kurang segar. Untuk kembali kesegaran , rendam sayur sekejap dalam air yang dicampur sedikit cuka.

Jantung pisang tidak lebam

Ketika  rebus masukkan sedikit garam dan cuka.

Buah melaka lebih enak

Untuk menghasilkan buah melaka yang sedap, bancuh tepung pulut dengan air sejuk dari peti ais. Kacau hingga sebati baru masukkan pewarna .

Hilangkan bisa nanas dalam masakan

Setelah nanas dikupas, celur dalam air panas seketika. Angkat dan bolehlah dimasak.

Lembutkan cendawan kering

Petua melembutkan adalah seperti berikut, basuh dulu cendawan. Kemudian rendamkan dengan air suam yang dicampur sedikit dengan gula pasir. Hasilnya cendawan lebih lembut dan licin.


Elak tepung mudah rosak

Caranya untuk menggelakkan tepung rosak, bungkus seketul arang dengan kain bersih letakkan dan letak dalam bungkusan tepung. Hasilnya tepung akan tahan lebih lama.

Donat lebih gebu

Untuk mendapatkan donat yang gebu, campurkan air kelapa dengan ibu roti.