Sabtu, 31 Disember 2016

BISKUT RAYA ..... RUJUKAN FB RESEPI MASAKAN TERKINI

Biskut cornflake madu 1

Bahan-Bahan:

Cornflakes 1 kotak
1/4 cawan madu
1/4 cawan mentega
1 1/2 sudu besar gula kastor
ceri atau mixed fruit
hirisan badam
paper cup, secukupnya

Cara Penyediaan:

1. Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian
masukkan madu dan gula, kacau sebati.

2. Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang
dimasukkan ke dalam acuan kuih. (tak ramas pun xpe)

3. Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk
cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.

4. Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri, mixed fruit dan hirisan badam

5. Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius.
(jangan sampai hangus sudah)



 Resepi Biskut Cornflakes Madu  2

Bahan - bahan :

Bahan-bahan ( 50-60 biji )

4 cawan Cornflakes
¼ cawan madu
¼ cawan mentega
Papercup secukupnya
Sprinkles sebagai hiasan
Ceri (sebagai hiasan - ikut suka)

Cara-cara

1. Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair.

2. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.

3. Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi.

4. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.

5. Sudukan ke dalam papercup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri jika suka. Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.




CORNFLAKES MADU  3

Bahan A:

125 gm butter
1/2 cawan brown sugar
1 cawan madu

Bahan B:

1 kotak cornflakes Nestle (500 gm)
1 cawan kismis
1 cawan badam cincang panggang/ gajus

Hiasan:

mangkuk kertas kecil
ceri merah dan hijau dipotong kecil

Cara:

1. Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul rata.
2. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
3. Hiaskan dengan hirisan ceri merah/ hijau.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 8-10 minit.
5. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.



 Biskut Cheese

Bahan - bahan :

250gm Mentega
180gm Gula Aising
2 biji Kuning Telur
250gm Tepung Ubi - sanggar 10 min
225gm Tepung Jagung
1/2 st baking powder
70gm Parutan Keju Cheddar- utk letak dlm adunan
kuning telur dan sedikit parutan keju - utk hiasan

CARA2:

1. Pukul Mentega & Gula sehingga sebati.

2. Masukkan kuning telur & pukul sehingga sebati.

3. Masukkan bahan2 kering.

4. Canai & terap.Sapukan sedikit kuning telur di permukaan biskut dan taburkan sedikit parutan keju atas setiap biskut.

5.Bakar 160C 15 -20 minit.




Resepi Biskut Makmur
Bahan-bahan :

150g minyak sapi
100gm Butter
500gm Tepung Biskut Mix Segera GUNDUSSS

Cara

• Sebatikan semua bahan

• Dah bakar salutkan dengan gula icing

• Bakar 170c selama 20-25 minit

Bahan inti

200gm kacang tanah bakar dan tumbuk kasar
30gm mentega kacang
50gm gula

Cara

Sebatikan semua bahan




Resepi Biskut Bangkit Cheese

BAHAN2:
250g Mentega
180g Gula Aising
2 Kuning Telur
250g Tepung Ubi - sanggar 10 min
225g Tepung Jagung
1/2 st BP
1/4 st Garam
70g Parutan Keju Cheddar
Sedikit Paruan Keju - utk hiasan

CARA2:
Pukul Mentega & Gula sehingga kembang. Masukkan kuning telur & pukul sehingga sebati.
Masukkan bahan2 kering.
Canai & terap
Tabur parutan keju atas setiap biskut
Bakar 160C 15 min.






Resepi Raisin Scones

Bahan-bahan:-

1) 3 cawan tepung naik sendiri
2) 70g butter ( bekukan dlm freezer 15 minit )
3) 3/4 cawan susu segar
4) 1 biji telur ( pukul dan bahagikan 2 bahagian agak2 je )
5) 1/4 cawan gula
6) 1/3 cawan raisin (kismis)
7) 1 sudu kecil esen vanila
8) Secubit garam

*Raisin boleh diganti dengan cranberry kering kalau nak buat cranberry scones or boleh jugak diletak kedua-duanya sekali.

Cara-cara:

1) Panaskan oven 180°C.

2) Sagat kasar butter. Kalau xde grater, boleh jugak kowang potong kiub kecil2. Sejukkan sekejap dalam peti ais selama 5 minit. Tujuan nak sejukkan balik butter tu untuk menjadikan scones tu testur dia ringan. Selepas 5 minit satukan tepung dan juga butter.

3) Ramas butter dan tepung dengan hujung jari sampai rupanya seperti serbuk roti. Kemudian,masukkan raisin. Gaul2 supaya raisin tu bersalut dengan tepung. Masukkan sebentar ke dalam peti ais.

4) Dalam bekas lain, satukan susu, 1/2 telur, garam, gula dan juga esen vanilla, pukul sebati sampai gula hancur. Keluarkan tepung tadi dan tuang campuran susu ke dalam tepung sedikit demi sedikit, tuang sekadar semua adunan bersatu.

5) Uli sedikit, adunan hendaklah tak terlalu keras/lembut dan doh boleh dibentuk bulat.
6) Canaikan adunan dan tekap dengan acuan yang sesuai. Gelas boleh digunakan.
7) Susun atas tin pembakar. Jarakkan sedikit dan sapu telur di pemukaannya.
8) Bakar selama 20-25minit atau sehingga masak. Scones akan menjadi kuning keemasan bila masak.






Resepi Biskut Semperit Susu

Bahan:

125g susu pekat manis -resepi asal guna 250g (1/2 tin yang beratnya 505g)
125g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti biskut berminyak - resepi asal 250g
230g tepung jagung Brown and Polson (cap butterfly) - resepi asal 600g. Ku guna 230g, just nice untuk picit dalam acuan

Cara:
Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu (ku guna whisk telur je).

Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi.

Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan.

Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.

Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. My experience, 230g just nice untuk picit ke dalam acuan.

Resepi asal guna 300g tapi pada saya terlalu keras kalau guna semua. Memadai adunan boleh dikepal boleh berhenti tambah tepung.

Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).

Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.






RESEPI TART NENAS KEJU

Bahannya:

300 gm tepung gandum
175gm butter
30gm gula castor
2 bj kuning telur
100gm keju ~ diparut
1 sb susu serbuk
inti nenas secukupnya ~ saya beli yg dah siap

Bahan sapuan:

2 biji kuning telur
keju parut secukupnya

Caranya:

1. Pukul butter dgn gula hingga rata.

2. Masukkan satu persatu kuning telur dan keju. Pukul hingga rata.

3. Campurkan susu serbuk, tepung sedikit demi sedikit dan adun hingga rata dan lembut.

4. Ambil sedikit adunan, leperkan dan masukkan inti nenas. Bentukkannya menjadi bebola.

5. Sapu atas kuih dgn telur kuning dan taburkan keju secukupnya.

6. Bakar hingga masak, pada suhu 170C.



Suci dalam debu

 Bahan-bahan:

1 bungkus popia
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan gula - kisar halus
1 cawan nestum - kisar halus
Lidi satay
Telur
Minyak masak

Cara - cara:

1. Gulung kulit popia dengan menggunakan lidi satay, tinggalkan dlm 1-2cm untuk lekatkan dgn telur. Buat hingga habis. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengekalkan kelembapan dan mudah dipotong.

2. Potong kulit popia yang telah digulung tadi secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.

3. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing. Angkat dan toskan.

4. Apabila sudah sejuk, tabur,horlicks, gula dan nestum kisar di atas kulit popia tersebut. Gaul hingga semua kulit popia disaluti bahan di atas. Simpan dalam bekas kedap udara.


BANGKIT SUSU

Bahan-bahan:

250gm tepung ubi / tapioca flour
1 helai daun pandan ~ digunting kecil2
2sb gula icing ~ saya letak 1sb je
3sb susu pekat manis ( 60gm)
100gm majerin / mentega ~ saya tambah lagi sikit

Cara:

1. Sangar (goreng kering) tepung ubi bersama daun pandan hingga ringan dan sejukkan.
2. Ayak tepung dalam mangkuk. Masukkan gula dan susu, uli hingga sebati.
3. Masukkan mentega sikit2 ( saya tambah mentega lagi sikit) dan uli lagi hingga lembut dan boleh dikepal.
4. Canai doh dan terap guna acuan pilihan. Susun dalam dulang pembakar, bakar pada suhu 150C selama 12 - 15 minit atau ikut kepanasan oven masimg2.
5. Sejukkan dulu baru disimpan dalam bekas kedap udara.



Biskut Sarang Semut
Bahan-Bahan :
1 cawan marjerin
1 ½ cawan gula halus
1 ½ tepung gandum - di ayak
1 ½ tepung kastad - di ayak
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Bahan Hiasan :
coklat rice coklat
paper-cup kecil
Cara-cara Menyediakan:
1. Masukkan marjerin dan gula dan pukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung kastard yang telah diayak dan gaul rata dan ulikan menjadi satu doh dan kemudian masukkan ke dalam peti seti sejuk selama 15 minit.
4. Dengan menggunakan jurai sarang semut/pemarut sarang semut,parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan kemudian,sudukan ke dalam papercup.
5. Taburkan coklat rice atas permukaannya.
6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 darjah celcius selama 15 minit atau sampai masak.


  
Resepi Tart Nenas Gulung

Bahan-Bahan Tart Nenas Gulung

250gm butter
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi
1 bj kuning telur
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3 1/4 cawan tepung gandum

~ utk tart gulung(3 3/4 cawan tepung gandum ~ utk tart bunga)*
kalau nak buat tart bunga kena tambahkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dicanai dan tidak terlalu lembik.. jgn terlalu banyak ya nanti keras lak

jem nenas secukupnya ~ digentel dengan bulat2 (kecik sedikit dari guli)

Hiasan:
1biji kuning telur
1 titik pewarna kuning
1 sudu air
Bancuh ketiga-tiga bahan ini sehingga sebati.

Cara-cara membuat Tart Nenas Gulung

Ayak ke tiga-tiga tepung.Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.Pukul lagi hingga sebati.Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.Perap sebentar supaya doh ini mesra.Ketika membuat tart gulung ini buat la macam biasa ya.. (dari start picit doh kat acu tart tu, letak inti yang digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur ) Buat hingga adunan habis dan bakar sehingga masak dgn suhu 175 - 180C. Bakar dalam anggaran 25 minit.Angkat dan sejukkan atas rack dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.



 BISKUT NESTUM

Bahan-bahan:
,
250 gm butter
100 gm kismis (ganti ngan choc chip pun bole)
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
3 cawan nestum
1 cawan gula caster
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
.
Cara:
.
1. Pukul butter dengan gula hingga putih.
2. Masukkan telur dan esen vanila... kacau sebati.
3. Masukkan semua tepung dan nestum... masukkan kismis... uli hingga sebati.
4. Bentukkan bisut ikut suke korang... bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 165'c (ikut oven).






ALMOND ROCHER

BAHAN-BAHAN:

Bahan A:
100gm mentega
40gm gula kastor
1 sudu makan susu
pekat manis
1/2 sudu makan pes mocca

Bahan B:
30gm cornflakes |dikisar halus
10gm badam kisar
10gm croquant
40gm tepung jagung
1/2 sudu makan tepung beras
120gm tepung gandum

Bahan Hiasan:
3 biji telur putih
Sedikit badam cincang
Coklat masakan putih
Coklat putih

CARA MEMASAK:

1. Sebatikan semua bahan A hingga rata.
2. Masukkan kesemua bahan B dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
3. Ambil 1/2 sudu makan adunan dan bentukkan menjadi bujur.
4. Celupkan ke dalam putih telur dan golekkan ke dalam badam cincang.
5. Susun dalam dulang pembakar dan bakar selama 30 minit pada suhu 150˚C.
6. Apabila sejuk, celupkan dalam coklat masakan dan lorekkan dengan coklat putih di atasnya.



Resipi Kuih Bangkit

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
2 biji kelapa (diambil pati santannya)
5 biji telur ayam
1 paket tepung sagu
Sedikit serbuk penaik

Cara-cara:

Ayak tepung gandum, tepung sagu serta serbuk penaik kemudian gaulkan sehingga sebati. Masukkan santan, telur & gula dan dipukul sehingga kembang.

Masukkan tepung kedalam adunan santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.

Terapkan dengan acuan. Bakar dengan suhu yang sederhana sehingga masak



 Resepi semperit chocolate

Bahan-bahan
240 g mentega
3 sudu besar serbuk koko
120 g gula halus
2 biji kuning telur
150 g tepung jagung
80 g tepung kastard
230 g tepung gandum
Hiasan
cip coklat secukupnya
Cara Memasak
Pukul mentega dan gula hingga sebati
Masukkan kuning telur dan pukul sebati lagi
Selepas itu masukkan tepung gandum, tepung jagung ,tepung kastard yang telah diayak serta serbuk koko. Uli hingga menjadi doh lembut.
Sapu dulang dengan mentega. masukkan doh dalam acuan bunga dahlia atau bergerigi. Picit doh di atas dulang.
Hiaskan dengan taburan coklat cip di atasnya. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius selama 15-20 min.



 Samperit Susu

1 ketul butter
1cwn susu pekat
3 cwn stgah tepung jagung....kalau lembik tambah lag sampai x melekat pd tgn...

Cara2
1.Pukul butter dn susu sebati.. X perlu kembang sgt..
2.. Masuk tepung sikit demi sedikit.. X cukup tambah lagi...

Resepi diatas hanya anggaran.. Kena rasa dgn tgn.. Klau tpung x melekat kira cntik utk ditekan...Letak pewarna...
Siap..sy bkar 170 api atas bawah...20 minit..



 BISKUT SUSU
Olahan Semula : Suzana Ibrahim

Bahan-bahan:

1 awan marjerin
1/4 cawan gula aising
1 cawan susu pekat manis
3 cawan tepung jagung

Cara Penyediaan

1) gaulkan marjerin, gula aising dan tepung jagung hingga sebati
2) tuangkan susu sedikit demi sedikit. Ssu tidak perlua habis jika doh sudah sebati
3) canaikan dan terap engikut bentuk kesukaan masing-masng
4) bakar pada suhu 160 degree selam 15-20 minit



Biskut semperit
Bahan-bahan :

* 250 gram butter/margerin
* 1 cawan gula halus/icing/kastor - nk kurangkan pon bole ( haku guna gula 3/4cwn gula icing)
* 1 biji telur gred A
* 1 1/2 cawan tepung gandum
* 2 cawan tepung ubi
* 2 titik pewarna kuning
* 1 sudu teh esen vanilla
* * ekstra tepung gandum & ubi 1/2 cawan** (haku buat 1/3 tepung gandum + 1/3 tepung ubi)
* colour rice utk hiasan (optional)

Cara-cara

1. pukul telur dan gula halus/icing sebentar dan masukkan pula butter, esen vanilla dan pewarna kuning dan gaul kesemuanya hingga rata

2. masukkan tepung ubi dan tepung gandum dan uli sehingga menjadi doh

3.jikalau doh masih lembik tambah ekstra tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi sederhana lembik ( lembut ) agar mudah di terap

4. sebelum menerap doh tadi tutup doh dengan tuala basah.**doh mudah keras dgn sendiri kerana tepung ubi sentiasa tutup dgn tuala basah agar lembut** jgn biar doh terdedah.

5.terap doh memanjang di dalam dulang pembakar setiap satu barisan potong kepada 4 bahagian

6. ulangi menerap doh sehingga selesai, kalau nk hias dgn colour rice, tabur diatas doh yg telah diterap...

7. bakar didalam oven pada suhu 145c selama 20 minit, bergantung pd oven masing2. Siap



 Resepi Biskut Coco Crunch Cookies

Bahan-bahan:

250gm mentega
180gm gula perang
2 biji kuning telur
300gm tepung gandum
30gm tepung jagung
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikabonat
100gm coco crunch - kisar halus
50gm chocolate chips halus

Hiasan : Coco Crunch secukupnya dan coklat masakan cair

Cara-cara :
1. Ayak tepung, baking powder dan soda bikabonat. Satukan dengan serbuk coco crunch dan chocolate chips. Gaul rata, ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula perang hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga sebati.
3. Masukkan ke dalam adunan tepung, gaul hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 10 minit.
4. Ambil doh sebesar ibu jari, gentel bulat dan tekan atasnya dengan coco crunch.
5. Bakar pada suhu 150C selama 25 minit atau hingga masak.
6. Sejukkan dahulu sebelum dihias dengan coklat masakan cair jika suka.




BISKUT ALMOND LONDON

Bahan-bahan:
250g mentega
125g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50g serbuk badam (optional)
200g tepung jagung - ayak
300g tepung gandum - ayak
1 sudu besar tepung beras - ayak
1 sudu teh baking powder - ayak
200g kacang badam (digoreng tanpa minyak)
50g badam cincang untuk hiasan
+/- 700g cokelat compound

Cara Membuat :
1.Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lagi. Masukkan serbuk badam dan kacau.
2.Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.
3.Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
4.Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
5.Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit.
6.Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler.Celupkan biskut tadi dan letak dalam kertas cawan.
7.Taburkan badam cincang di atasnya.Biarkan ia kering. Siap disimpan.
 
 
 BISKUT MAKMUR

Bahan-Bahan:

Bahan untuk doh:
500g tepung gandum
2/3 cawan gula icing
1 tin kecil minyak sapi
Paper cup

Bahan untuk inti:
200g kacang tanah, digoreng tanpa minyak
3/4 cawan gula icing
*1 sudu besar mentega kacang, optional

Bahan untuk salut:
Sedikit gula icing
Cara Penyediaan:

Sangai tepung gandum dalam kuali, kemudian ayak tepung bersama gula icing. Gaul adunan bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.
Kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula icing dan mentega kacang.
Sukat doh menggunakan satu sudu besar untuk pastikan mendapat kuih yang sama besar. Kemudian leperkan dan letakkan inti kacang di tengah. Tutupkan inti dan buat bentuk membujur.
Susun di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit, suhu 150-160 darjah celcius. Kuih mungkin agak lembut bila disentuh ketika masih panas.
Sejukkan biskut, salutkan dengan gula icing dan letakkan di dalam paper cup.

Tips:
Sangai adalah kaedah menggoreng tanpa menggunakan minyak. Untuk sangai tepung gandum, tidak perlukan masa yang lama. Cukup sekadar 4-5 minit sahaja.


ALMOND COKLAT CHIPS COOKIES

Bahan-bahan:

180 gm mentega
30 gm shortening
1 kuning telur
50 gm gula perang
50 gm gula castor
180 gm tepung redrose
30 gm tepung ubi
½ tsp soda bicarbonate
½ tsp coklat emulco100 gm coklat chips
60 gm almond nibs - saya guna walnut yang dibakar sekejap dan dicincang kasar

Cara:

Satukan tepung redrose, tepung ubi dan soda bikabonate. Putar shortening, mentega, gula dan telur hingga sebati. Masukkan coklat emulco. Masukkan almond nibs dan coklat chips. Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh. Ambil sejemput adunan dan susun di dalam dulang pembakar dan tekan dengan garpu
Bakar biskut selama 20 minit dengan suhu 180 C.
Tips : masukkan tepung sedikit sedikit untuk mendapat doh yang yang tidak keras.




RESEPI BISKUT KACANG / MAZOLA

Bahan-bahan

1 cawan marjerin
3/4 cawan gula halus
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
1 cawan kacang tanah (dikisar)
1 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
Cara-cara
1. pukul marjerin dan gula sampai kembang
2. masukkan telur. kacau hingga rata
3. masukkan tepung jagung, tepung gandum, kacang, baking powder dan esen vanila. kacau hingga sebati.
 
 
RESEPI BISKUT BADAM YG RANGUP

Bahan-Bahannya:-
150 g mentega
125 g gula aising
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*
100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)

Untuk Hiasan:-
1 kuning telur
Badam cincang secukupnya

Cara membuatnya:-
Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit.
Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...
4. jika adunan terlalu lembut, tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan sesuai untuk dicanai.
5. canai adunan dan terap mengikut bentuk kesukaan anda.
6. sebagai hiasan letakkan biji kacang dan sapukan kuning telur atas setiap adunan yang telah diterap.
7. bakar 160C selama 15-20 minit.
 
 
 Respi Biskut Marble Susu Cappucino

Bahan-bahan:

125 gm mentega lembut
95 gm susu pekat
1/2 sdb gula halus
1 3/4 cawan tepung naik sendiri - diayak
1/2 sdk esen vanilla
1 sdb serbuk koko - diayak
1 sdt cappucino emulco

Cara membuatnya:

1. Putar mentega, susu pekat manis, gula dan essen vanilla sehingga sebati
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga boleh dikepal (jika adunan masih melekat teruk, ambil tepung sikit2, dan teruskan menguli. Jangan banyak sgt, nanti biskut jadi keras)
3. Bahagikan adunan doh kepad 2 bahagian. Satu bahagian digaul bersama serbuk koko dan emulco cappucino, dan sebahagian lagi biarkan warna asal.
4. Gulungkan kedua-dua doh secara berasingan dan memanjang.
5. Lekatkan kedua2 doh, dan gulung lagi. Potong doh kepada beberapa bahagian dan bulat-bulatkan sebesar biji guli.
 
 
 Resepi Biskut Bright Eye Susan

Bahan-bahan ( dlm 80biji )

260gm tepung gandum *
1/2 tsp baking powder *
secubit garam *
250gm butter
125gm gula castor
1 tsp esen vanilla
1 biji kuning telur

HIASAN:

1 biji putih telur,almond nibs(x perlu dipanggang) & jem strawberry secukupnya.........

Cara-cara

1. ayak bhn2 yg bertanda * & ketepikan.
2. pukul butter & gula hingga sebati.
3. masukkan kuning telur & terus kacau.
4. masukkan esen vanilla & terus kacau.
5. kaup balikkan adunan tepung kedlm butter & uli sedikit sehingga menjadi doh yg lembut.
6. sukat adunan sebanyak 1 sudu kecil & bulat-bulatkan(utk bentuk yg sama).
7. celup permukaan ats biskut dlm putih telur & celup dlm almond nibs.
8. susun biskut dlm dulang & buatkan lubang tengah & paipkan jem kedlm lubang(guna jari @ hujung senduk 9. kayu buat lubang ditengah2 biskut)
10. bakar suhu oven 200c selama 10 minit @ sehingga masak.ikut suhu oven masing2.